Monday, February 27, 2012
DALANG BUAT KECOH!!! Ada bukti blogger UMNO Mat Indon Mali (MiM) terlibat
Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Lee Khai Loon berkata AMK mempunyai gambar dan bukti bahawa Timbalan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gelugor, Dr. Novandri Hasan Basri ada bersama samseng yang membuat kecoh dan provokasi.
Menurutnya, AMK kesal dengan tindakan ganas samseng UMNO dan Perkasa sehingga mengakibatkan dua orang wartawan termasuk seorang terpaksa menerima lapan jahitan di tangan.
Jelas Khai Loon, lebih mendukacitakan adalah tindakan polis yang lewat mengawal keadaan dan tidak berupaya mengelakkan kecoh berlaku.
Malahan, polis juga cuba lepas tangan dengan menuduh penganjur tidak memaklumkan polis lebih awal tentang himpunan itu, kata Khai Loon.
“Sebenarnya program-program anjuran Pakatan Rakyat atau masyarakat sivil bukan pertama kali menghadapi kecoh dan provokasi daripada samseng yang dipercayai berkaitan dengan UMNO dan PERKASA.
“Banyak perbuatan samseng berlaku di ceramah atau program yang diadakan di Selangor, Melaka dan Pahang.
“(Sebelum ini) kereta Ketua Umum Parti KEADILAN Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dirosakkan samseng di Sembrong minggu lepas,” katanya.
Justeru, beliau mahu polis bertindak segera dengan tegas terhadap samseng Umno yang menyerang peserta Himpunan Hijau semalam.
“AMK menyeru agar polis mengambil tindakan tegas terhadap golongan yang memukul dan mencederakan wartawan dan orang awam.
“Polis perlu bersikap neutral serta professional dalam menyiasat insiden tersebut agar mengembalikan kewibawaan polis.
“Banyak laporan polis dibuat tetapi tiada tindakan serius diambil untuk membanteras insiden tersebut” ujarnya.
SELESAI!!!Lapan exco angkat sumpah, dua menyusul
Ir Pahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh dijangka akan mengangkat sumpah pada hari dan masa yang akan ditetapkan kemudian.
Sekaligus menggagalkan hasrat Umno-APCO untuk mengucar-kacirkan kerajaan negeri serta menumbangkan PAS Kedah.
Ahmad Bashah Md Hanipah pasti akan malu besar kerana perancangannya selama dua bulan, gagal.
Dewan Ulama PAS percaya kemelut kepimpinan yang melanda pentadbiran Datuk Seri Azizan Abdul Razak bukan isu besar, menegaskan tiada pergeseran dalaman yang berlaku.
Jelas Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib, kemelut itu mungkin berlaku disebabkan pengaruh pihak luar yang cuba merosakkan hubungan antara pemimpin parti itu.
“Tidak...tidak... Ia bukan isu besar, saya percaya tiada pergeseran dalaman yang berlaku.
“Insya-Allah, perkara ini akan diselesaikan segera,” katanya kepada The Malaysian Insider.
PAS Kedah berdepan kemelut pelantikan semula barisan exco kerajaan negeri bagi sesi 2012 yang akan mengangkat sumpah esok di Istana Anak Bukit, Alor Setar.
Sebelum ini wujud khabar angin dua exco Kedah menghantar surat kepada Azizan bagi menyatakan keengganan dilantik semula ke jawatan itu.
Dua exco yang disebut-sebut berbuat demikian ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Datuk Phahrolrazi Zawawi yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah, dan Pengerusi Kesihatan, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi negeri, Datuk Dr Ismail Salleh yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kedah.
Mereka dipercayai berbuat demikian kerana kecewa dengan sikap serta kepemimpinan Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, berhubung pelbagai isu yang melanda pentadbirannya sejak kebelakangan ini.
Semalam Azizan berkata hanya lapan anggota exco kerajaan negeri bagi sesi 2012 akan mengangkat sumpah berbanding 10 sebelum ini.
Beliau berkata, lapan individu itu bukan muka baru.
Tambah Harun, barisan kepimpinan PAS Kedah sewajar bekerjasama, saling mempercayai dan tidak mementingkan diri sendiri.
Jelas beliau, jika berlaku masalah cara terbaik adalah mengadakan perbincangan untuk mencari jalan penyelesaian.
“Saya harap mereka dapat saling bersama, kuat serta tenang untuk memikul tugas yang diberikan terutamanya untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.
“Selesaikan segera apa yang berlaku dan fokus pilihan raya umum akan datang,” katanya.
MB TERENGGANU!!! Mat Said bakal ditendang, bukan 2 orang yang mengidam tapi 4
BERITA SEDIH+KECEWA!!! Ceramah Hasan Ali di Seri Manjung dilanda ribut,khemah berterbangan..
Ribut besar di seri manjung menggagalkan ceramah yb dato Dr HA, khemah trpelanting & trcampak, Xdapat orng manjung nak dengar dakyahnya! - Twetter dari YB Nizar sebentar tadi.
Mungkin inilah balasan Allah kepada Hasan Ali yang menyerang dengan fitnah dan mencerca terhadap DSN baru-baru ini dalam ceramah DHA di Parlimen Bukit Gantang.
Menurut sumber dari lokasi,ceramah ini berlansung di stadium Majlis Perbandaran Manjung ( MPM ). Wah...hebat sungguh Dr Hasan Ali diraikan oleh mereka yang pastinya UMNO BN, Tetapi bagi mengaburi orang ramai mereka akan berselindung disebalik nama-nama NGO. Khabarnya ceramah di Seri Manjung di anjurkan oleh 4B,MAYC dan beberapa NGO yang semuanya topeng UMNO.
Disini Dr Hasan Ali digandingkan dengan penceramah Ust Kazim Elias ( UMNO ). Tetapi Ust Kazim tidak hadir dan diganti dengan seorang Ust dari Pulau Pangkor.
PULAU PANGKOR...???? Adakah ianya Dr Zambry Abdul Kadir...?? Ianya menjadi tanda tanya kepada penulis sekarang...hehehe...Orang ni
ASRULLAH AFFENDI ABDULLAH !!! Inilah nama PONDAN UMNO yang cuba menumbuk Nurul Izzah
Tapi yang pasti amalan politik ganas yang dipercayai didalangi oleh Umno berlaku terhadap program Pakatan Rakyat dan kini tidak terbendung lagi. Link FB mamat nih di sini.
Katanya, serangan terhadapnya oleh lelaki pada ceramah di Felda Lepar Hilir I pada malam semalam itu hampir-hampir mengenainya
"Ia hanya beberapa inci (hampir mengenai), kamu pasti tidak mahu ukur, ia sangat tidak menyenangkan," kata Nurul Izzah.
Menurutnya lagi, penyerang yang memakai baju merah (gambar) perlahan-lahan memasuki tempat ceramah di sebuah kedai kopi sebelum melancarkan serangan.
Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Petaling Jaya hari ini, Nurul Izzah berkata sekiranya tiada penyokong yang menahannya, beliau pasti menerima nasib seperti Anwar yang dipukul menjelang perbicaraan kes liwat pertamanya lebih sepuluh tahun lalu.
Nurul Izzah mendedahkan, polis tempatan berjaya mengenali identiti penyerang itu sebagai Asrullah Affendi Abdullah. Bagaimanapun, maklumat lain masih belum diketahui setakat ini.
Nurul Izzah turut menunjukkan kepada pemberita beberapa keping gambar ketika kejadian bagi menyokong dakwaannya.
Pagi tadi, akhbar web PKR Keadilandaily melaporkan, anggota Umno setempat sengaja mengganggu ceramah Pakatan dengan menganjurkan sesi karaoke dan menghantar SMS ugutan sebelumnya.
Menurut Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, ketika giliran Nurul Izzah berucap, kumpulan itu mula menyerbu ke lokasi ceramah sambil melemparkan kata-kata kesat kepada anak perempuan Ketua Umum PKR itu.
Dakwanya, "budak-budak muda" itu cuba memukul Nurul Izzah sehingga beliau dan puteri Anwar itu terpaksa diiringi polis meninggalkan kawasan berkenaan.
PONDAN UMNO!!! Gambar Samseng Taik Kucing UMNO yang cuba menumbuk Nurul Izzah tersebar
Nurul Izzah dilaporkan hampir dipukul sewaktu ceramah di Felda Lepar Hilir oleh samseng-samseng yang mengganggu ceramah Pakatan Rakyat itu.
- Lagi ceramah diganggu, Nurul nyaris jadi mangsa
- 9:03AM Feb 27, 12
Satu lagi usaha mengganggu ceramah Pakatan Rakyat dilaporkan malam semalam dan kali ini kejadian berlaku di Felda Lepar Hilir I, Gambang, Pahang.
Kali ini, yang nyaris menjadi mangsa kali ini adalah Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad (bawah, kiri) dan Naib Presiden parti itu, Nurul Izzah Anwar.Ceramah itu didakwa diganggu oleh ahli Umno yang dengan senagja memasang pembesar suara di sebuah kedai kopi di mana Nurul Izzah dan Nik Nazmi dijadual berucap mulai jam 9 malam hingga tengah malam.
"Pemimpin PKR tempatan telah mendapat kelulusan polis untuk kita berucap ... tetapi sebelum majlis bermula mereka menerima ugutan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mahu mereka membatalkan ceramah itu.
"Sepanjang ucapan saya kira-kira 20 hingga 30 minit, mereka memainkan lagu dan muzik dengan kuat bagi mengalihkan perhatian orang ramai.
"Pada mulanya, kami sangka bunyi itu datangnya dari konsert, kemudian, kami dapati bahawa mereka sebenarnya menganjurkan satu sesi karaoke," katanya.
Keadaan semakin tidak terkawal apabila tiba giliran Nurul Izzah untuk berucap, kata Nik Nazmi, dengan kumpulan itu mula menyerbu ke lokasi ceramah sambil mencaci dan melemparkan kata-kata kesat kepada anak perempuan ketua umum PKR itu.
"Budak-budak muda cuba pukul Nurul Izzah di ceramah kami di Felda Lepar Hilir. Saya dan Nurul Izzah diiringi polis keluar untuk elak samseng Umno," kata Nik Nazmi.
Nurul Izzah (kanan) pula dalam raeksi awalnya berkata beliau bersyukur kerana selamat tetapi memberi jaminan tidak akan gentar dengan gelagat liar berkenaan.
"Bersyukur pulang dgn selamat. Moga teman-teman di Felda Lepar Hilir juga bertahan dan bersemangat walaupun samseng-samseng Umno berlagak liar, ugut fizikal.
"Tangan (penumbuk) hanya beberapa inci dari (wajah) saya," katanya di Twitter pada jam 1 pagi ini.
Skim penempatan Felda itu terletak di kawasan parlimen Paya Besar dan kini dipegang oleh Abdul Manan Ismail dari Umno.
Sehubungan itu, Nik Nazmi dan Nurul Izzah akan membuat laporan di balai polis Merchant Square berdekatan ibu pejabat PKR pada jam 3 petang hari ini.
Kejadian itu hanya salah satu daripada siri gangguan dalam beberapa bulan kebelakangan ini apabila pemimpin Pakatan cuba menggempur kubu-kubu BN, khususnya Umno menjelang pilihan raya umum akan datang.
Semalam, perhimpunan solidariti Himpunan Hijau di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade yang dihadiri Ketua Menteri Lim Guan Eng turut diganggu oleh kumpulan yang dianggotai oleh pemimpin Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA.
20 Februari lalu, kereta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang dengan lontaran batu, kayu dan mercun sehingga kemek dan cerminnya pecah ketika berceramah di Jalan Mersing, Sembrong.
13 Februari pula kunjungan Anwar ke Felda Tun Ghafar Baba, di Machap, Alor Gajah juga dicemari oleh penyokong Umno yang mengganggu ceramah beliau.
Awal bulan ini pula sekatan jalan raya didirikan daripda menghalang pemimpin dan penyokong Pakatan daripada menghadri ceramah yang dijadualkan di kubu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pekan.