Sunday, March 4, 2012

SETELAH CUKUR BULU KENING!!!! Masitah tergamak fitnah Presiden PAS berskandal dengan anak dara

Oleh: laniismaa

"Membaca tulisan Dr Mashitan Ibrahim di akhbar Sinar Harian, terasa teramat pelik dengan Ustazah ini, tak padan dengan gelaran Ustazah dan Doktor. Sehingga ada yang memberi komen ustazah pencukur bulu kening menjadi penyebar fitnah. Inilah jadinya kalau ustazah masuk UMNO.

Kali ini dia menulis tentang skandal seks, krisis politik PR. Ceritan ulangan dan bercerita semula kes yang melibatkan pemimpin PR selepas Dr Badrolamin dituduh berkhalwat. Dia bercerita tentang skandal seks Anwar Ibrahim, dia mengulang semula kes khalwat Mohamad Sabu walaupun Mat Sabu tidak bersalah.

Dia memfitnah Adun PAS Selising berzina dengan isteri orang di gerabak keretapi. Dia juga memfitnah Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah berskandal dengan anak dara 10 tahun lalu. Itulah cerita fitnah Ustazah Mashitah. Kebanyakkan cerita kedai kopi yang tidak mempunyai sandaran kukuh.

Tak pula disebut tentang cerita yang benar-benar berlaku di kalangan peminpin UMNO tentang skandal seks mereka. Yelah takkan nak bercerita tentang perut busuk ahli parti sendiri. Cerita kahwin Najib, cerita rogol Rahim Thamby Chik, cerita Muhammad Taib, episod Ziana Zain dalam UMNO. Takkan UMNO syumul!!

Bahagian paling sesat tulisan Dr Mashitah melalui tulisannya di bahagian penutup.

Rakyat jelata tidak seharusnya terpengaruh dengan gelaran ustaz atau lebai hatta tuan guru daripada kalangan pemimpin parti pembangkang. Ataupun terpegun dengan jubah yang labuh, serban yang tinggi atau janggut yang panjang.

Maksud tulisannya boleh terpengaruh sekiranya ustaz atau lebai hatta tuan guru dari kalangan UMNO walaupun menjual agama kerana nafsu tembolok sendiri yang termasuk dirinya. Takkan juga Dr Mashitah boleh menghina sunnah sesuka hati!! -Rujuk tulisannya, KLIK!

BOLEH PULA!!! UMNO berkempen dalam masjid

UMNO selalu mendakwa PAS menggunakan masjid untuk berkempen politik... tapi semasa lawatan Najib ke kelantan pada 2 mac 2012..

beliau telah berucap berkempen politik didalam masjid... dan beliau berkempen terhadap pegawai pegawai kerajaan yang terdiri daripada pengetua dan guru besar sekolah sekolah, di parlimen Pasir Mas...

Berikut ialah gambar Al Ustaz Imam Najib memberikan tazkirah politik tersebut seperti disiarkan oleh Utusan Melayu...


Najib Tun Razak memberi ucapan motivasi kepada pemimpin tempatan, pengetua dan guru besar sekolah-sekolah dalam Parlimen Pasir Mas pada perjumpaan ringkas selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Mukim Hutan Chengal, Pasir Mas, Kelantan semalam. Turut sama Mustapa Mohamed (kanan).

RAMALAN DAIM!!! PRU 13 tahun 2013, Parlimen Tergantung


Sebelum kita membaca ramalan Tun Daim Zainuddin yang dibuat melalui wawancara khas dengan akhbar China Press, adalah amat penting untuk kita mengingati bahawa Daim adalah satu-satunya pemimpin yang secara terbuka meramalkan Barisan Nasional (BN) akan kehilangan beberapa negeri dan mencatatkan keputusan terburuk dalam pilihan raya umum (PRU) ke-12 lalu.

Justeru, bersandarkan pengalaman sebelum ini, maka ramalan yang dibuat Daim pastinya memiliki nilai politik yang tinggi dan perlu diberikan perhatian.

Antara ramalan beliau untuk PRU ke-13 seperti yang disiarkan di muka satu akhbar China Press ialah :

-Orang ramai sudah bosan dengan pertelingkahan politik yang tidak putus-putus antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR), dan ini mungkin menyebabkan mereka tidak akan turun mengundi dalam PRU yang akan datang dan keadaan tersebut mewujudkan ‘Parlimen Tergantung’ atau Hung Parliament.

-Pentadbiran BN di Pahang tidak akan terjejas akibat isu Lynas.

-Rakyat juga bosan dengan pertelingkahan dalaman di kalangan para pemimpin PR di Kedah dan Selangor. Dapatkan anda bayangkan pertelingkahan yang akan wujud jika PR memerintah Kerajaan Pusat? (Soalan yang dilontarkan oleh Daim)

-Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin menunggu sehingga tahun hadapan sebelum mengadakan PRU ke-13.

-Mana-mana kerajaan akan melakukan kesilapan apabila memerintah sesebuah negara untuk tempoh yang lama.

-PR akan mengekalkan kuasa di Pulau Pinang dan Kelantan tetapi berkemungkinan besar kehilangan negeri Kedah.

-BN dan PR akan bertarung sengit di Selangor dan Perak.

-Hampir 20 peratus undi masyarakat Cina terutama dari kawasan luar bandar akan berpihak kepada BN.

-BN masih mampu mengekalkan kuasanya di Johor.

-Sukar untuk meramalkan berapakah jumlah kerusi yang BN akan menang atau tewas. Perhatian khusus harus diberikan kepada kelompok pengundi muda.

**Parlimen tergantung juga adakalanya dikenali sebagai Parlimen seimbang. Ia biasanya wujud dalam negara demokrasi dengan sistem dua parti di mana keputusan sesuatu pilihan raya memperlihatkan tidak ada mana-mana parti yang berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mutlak.

**Tun Daim adalah Menteri Kewangan negara antara tahun 1984 hingga 1991. Beliau juga merupakan seorang usahawan dan ahli ekonomi yang amat disegani bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga dalam dunia perniagaan peringkat global.

Oleh: Arshad Khan

MINTA MAAF!!! Lakonan terdesak Najib untuk tarik undi


Wah, sudah pandai rupanya perdana menteri Najib melakonkan babak sedih mengenai kehilangan lima buah negeri selepas pilihanraya umum ke 12 Mac 2008 dulu.

Agaknya siapalah pengarah drama yang berjaya membuatkan lakonan Najib nampak real dan langsung tak terasa imej 3D kelihatan di mukanya!


Sesudah berani meminta maaf di Selangor, selepas itu di Kedah, apakah Najib sanggup meminta maaf kepada rakyat negeri Perak yang dirampas secara haram dari tangan Pakatan Rakyat?

Masihkah Najib ingat betapa Jamaaluddin Mohd Radzi dan Osman Jailu bersama dengan Hee Yit Foong berpaling tadah dari amanah rakyat hingga kerja busuk mereka terdedah beberapa bulan selepas itu?


Apakah Najib mahu mengaku bahawa kejatuhan Perak berpunca dari wang judi yang dibekalkan Vinsetan dengan habuan lumayan kepada Zaki Tun Azmi dan Hafarizam Harun hingga rakyat sudah jauh dari istana?


Jangan ditangisi kehilangan Pulau Pinang, Selangor dan Kedah selain Kelantan kerana yang bakal menangis kehilangan Putrajaya dan Kerajaan Persekutuan adalah Najib sendiri.


JALAN PULANG



Pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang hari ini mempersoalkan jika permohonan maaf yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung kesilapan lampau BN, semalam merangkumi rampasan kuasa pada 2009 ke atas kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.


"Sejurus sebelum beliau menjadi Perdana Menteri, Najib berkomplot dan merancang merampas kuasa dengan cara yang tidak sah dan tidak demokratik di Perak. Beliau menjatuhkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang dipilih melalui proses demokrasi oleh rakyat dengan menggulingkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.


"Adakah Najib (kiri) akan memohon maaf kerana rampasan kuasa yang tidak sah di Perak itu?" kata Lim dalam satu kenyataan media hari ini.


Beliau juga menyenaraikan beberapa kesilapan lalu BN. Ini termasuk menyebabkan Indeks Persepsi Rasuah Malaysia (CPI) menjunam kepada skor yang paling rendah dalam sejarah, iaitu pada 4.3 mata pada tahun 2011. Turut disentuh adalah skandal kewangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakan berjumlah hampir RM100 bilion.


Ini kata Lim, dijayakan dengan bantuan 'bailout' RM840 juta baru-baru ini kepada bekas pengerusi MAS Tan Sri Tajudin Ramli melalui penyelesaian luar mahkamah dengan Danaharta dan beberapa GLC semasa pentadbiran Najib.

8 APRIL !!! Shahrizat mungkin tidak dilantik semula sebagai Senator

Post Pic
KUALA LUMPUR, 4 MAC : Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mungkin tidak akan dilantik semula sebagai Senator apabila penggalnya berakhir pada 8 April, lapor akhbar Sin Chew.

Jika tidak dilantik semula, Shahrizat terpaksa melepaskan jawatan dalam Kabinet susulan skandal Perbadanan Fedlot Kebangsaan (NFC) yang membabitkan suami dan anak-anaknya.

“Jika tidak ada perkembangaan baru, Shahrizat mungkin tidak dapat melanjutkan tempoh pelantikannya sebagai senator manakala kedudukannya di Kementerian tidak diisi sehingga Parlimen dibubarkan,” lapor akhbar berbahasa Cina itu.

Beliau dilantik sebagai senator dan Menteri Kabinet walaupun tewas pada pilihanraya umum tahun 2004.

Ketua Wanita UMNO itu kerap menegaskan isu NFC tidak ada kena mengena dengannya dan adalah sebuah projek yang diuruskan oleh suami beliau.

Pembangkang mendakwa suami dan anak-anak Shahrizat menggunakan sebahagian daripada pinjaman kerajaan RM250 juta untuk membeli tanah, kereta mewah, kondominium serta untuk pelaburan di luar skop projek ternakan lembu daging.