Saturday, March 10, 2012
TERKINI!!! Setiausaha Agung UMNO nafi terima surat letak jawatan Shahrizat
"Tiada... tiada (surat perletakan jawatan) setahu saya. Saya ada bercakap dengan dia (Shahrizat) pada Isnin lepas tetapi (kandungan) tak boleh cakap (dedah)," katanya kepada pemberita apabila ditanya sama ada Umno sudah menerima surat perletakan jawatan Shahrizat.
Sebelum itu, Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya melancarkan Mini Karnival Puteri Umno di Presint 9, di sini hari ini.
Isu perletakan jawatan Shahrizat sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Ketua Pergerakan Wanita Umno timbul apabila beliau dikaitkan dengan isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang diterajui suaminya Datuk Seri Dr Mohamed Salleh Ismail yang terbabit dalam projek lembu daging di Gemas, Negeri Sembilan.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan mengumumkan kedudukan Shahrizat secara teratur pada waktu dan masa yang sesuai.
Ditanya sekiranya Shahrizat meletak jawatan, Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN berkata: "Kita terimalah."
"Parti akan terus bergerak sekiranya beliau (Shahrizat) meletakkan jawatan sebagai Ketua Pergerakan Wanita. Kita ada Naib Ketua Wanita dan Jawatankuasa Wanita Pusat yang boleh bergerak. Dalam parti, tiada individu yang akan menjadi jaguh kerana kita mengamalkan konsep bermuzakarah," katanya.
Apabila ditanya sama ada Shahrizat akan memberi implikasi kepada BN, khususnya pada Pilihan Raya Umum ke-13, Tengku Adnan berkata individu harus sedar apa yang harus dibuat demi kepentingan parti.
"Sebagai seorang Ketua Pergerakan Wanita Umno, seorang pemimpin yang matang, beliau seharusnya berfikir. Adakah beliau membawa mudarat kepada parti? Beliau mesti memutuskannya sendiri. Jika ya, saya berpendapat beliau perlu berundur,"katanya.
"Ini terpulang kepada diri sendiri. Beliau (Shahrizat) menang sebagai Ketua Pergerakan Wanita Umno kerana dipilih dan bukan dilantik manakala jawatan sebagai Menteri merupakan hak mutlak Perdana Menteri untuk membuat keputusan,"katanya.
Shahrizat yang dilantik sebagai Senator pada 9 April 2009 akan tamat tempoh penggal sebagai Senator pada 8 April ini.
Sebelum ini, beberapa pemimpin parti menasihati Shahrizat agar melepaskan jawatan untuk mengelakkan dirinya menjadi bebanan kepada BN, termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang meminta agar 'jangan terlalu sayang kepada jawatan".
UNDI MELAYU JOHOR!!! Jika masih kepada UMNO/BN, habislah.....
Sebagai termaklum, Perdana Menteri Najib Razak telah menukar nama stesen bas Puduraya kepada Pudu Sentral. Ini adalah bukti pengkhianatan Najib ke atas bahasa Melayu.
Yang bergelar pejuang bahasa masih memberi undi kepada Umno walaupun banyak pengkhianatan Umno ke atas bahasa Melayu.
Itu cerita bahasa Melayu. Orang Melayu juga peka ke atas masalah tanah. Di Johor, khasnya Pasir Gudang, dilaporkan 290 buah keluarga di Kg. Plentong Tengah, seolah-olah sudah kehilangan hak ke atas tanah sendiri.
Walhal ratusan buah keluarga itu mendiami kawasan itu sejak 30 tahun lalu. Kalau Umno membela maruah dan harga diri Melayu hal ini pasti tidak akan berlaku. Itulah wajah Umno terhadap Melayu di Johor, walaupun negeri itu kubu kuat Umno.
Itu cerita di selatan tanah air. Di utara pada 1993 timbul laporan tentang kira-kira 1,000 ekar tanah Rizab Melayu di Kerpan di Kedah. Tanah yang asalnya tanah sawah bendang, telah dialirkan air masin dari laut untuk membuat projek ternakan kolam udang harimau.
Seorang penulis berjiwa rakyat, Azizi Abdullah tampil menuang detik peristiwa ini lalu membancuh segala isi pahit maung cerita derita pesawah itu lewat novelnya yang berjudul - Harga Sebuah Maruah. Umno, di dalam novel ini, bersama pihak pemaju, dengan segala macam muslihat sudah mengambil apa yang dicitakan selama ini; tanah!
Begitulah, bagaimana sedikit demi sedikit, tanah-tanah ini terjual, sama ada secara rela, terpaksa atau kerana gelap mata bangsa Melayu sendiri. Ketika ini, yang paling parah adalah usaha rakyat membela tanah kaum peneroka Felda di samping tidak melupakan kedudukan bahasa Melayu itu.
Agak ganjil bagi sesetengah orang jika mereka mahu fikirkan bagaimana Umno mengkhianati Melayu dengan mengorbankan tanah mereka ini. Di Perak, sebelum BN mengguling kerajaan Pakatan Rakyat, sudah ada 200 ekar tanah rizab Melayu yang lama diberi kepada kapitalis Cina.
Yang kerap melalui Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat lebuh raya Utara Selatan PLUS tentu terserempak tapak kilang simen YTL. Ia dahulunya dikenali Perak Hanjoong. Ya, tanah inilah juga pada asalnya tanah rizab Melayu yang terhampar seluas 200 ekar itu.
Rupa-rupanya sejak merdeka daripada belenggu British, kita dapati bukanlah tanah Melayu itu kekal. Malah ia menyusut sedikit demi sedikit dan wilayah Malaysia semakin berkurangan dan hidup kita menjadi terhimpit.
Apabila disemak sejarah, pada 1957, dilaporkan bahawa kita ini memiliki kira-kira 3 juta hektar tanah rizab Melayu. Ini menunjukkan bahawa, pada suatu sudut lain, walaupun penjajah British dianggap perompak tetapi dalam kes tanah rizab Melayu ini, masih ada saki-baki kemanusiaan di jiwa British.
Lalu, Malaya pun akhirnya merdeka, secara politik. Namun, ada kejutan berlaku pada 1995. Ketika disemak kedudukan tanah rizab Melayu ini, didapati 43 peratus tanah rizab Melayu sudah hilang melesap dalam tempoh 38 tahun, sejak merdeka.
Jumlah kehilangan tanah rizab Melayu yang disebut dalam nisbah peratusan itu bersamaan 1.3 juta hektar tanah. Jelas, yang tinggal 'kekal' kini cuma 1.7 hektar tanah saja. Demikianlah politik Umno menjahanamkan tanah sebagai lambang maruah dan harga diri Melayu.
Kini ketika berada pada 2012, 16 tahun setelah Melayu kehilangan 1.3 juta hektar rizab tanahnya pada 1995, kita seolah-olah terdengar jerit pekik arwah Sultan Johor yang mahu mengambil Pulau Batu Putih yang terlepas ke Singapura itu.
Bayangkan, kalau Sultan Johor (negeri yang dianggap tebal Melayu itu) gagal mendapat kembali tanah hingga hujung nyawanya, untuk bela 290 keluarga di Kg Plentong Tengah pun tidak terdaya kerana Umno sudah bertukar rupa sebagai pengkhianat, maka terhadap siapa mereka berharap selain Tuhan?
Satu jawapan yang ada buat masa sekarang adalah - Pakatan Rakyat! ~ lidahrakyat
TU DIA!!! Pengundi di pekan bertambah 33.35 %, Petaling Jaya bandar besar pun hanya 6 %
Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN
Daripada empat negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat (dan tambahan satu lagi, Perak, yang direbut BN melalui rampasan kuasa selepas tidak sampai setahun diterajui Nizar Jamaluddin), tanpa ragu semua maklum bahawa Selangor merupakan sasaran utama Najib Razak dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Sebagai Ketua Perhubungan Umno Negeri, Najib atas kapasiti Perdana Menteri akan memperkakaskan segala kemudahan, jentera dan sumber, bagi memastikan Pakatan Rakyat dapat ditewaskan di negeri termaju itu.
Ia mengingatkan kita kepada taktik dan strategi licik (sehingga tidak dapat dihidu) Umno dalam usaha menawan Terengganu selepas Barisan Alternatif membuat kejutan pada pilihan raya 1999.
Ramai terperanjat apabila negeri yang kaya dengan hasil bumi itu, dan pernah menerima royalti petroleum RM1 bilion setahun, ditumpaskan dengan "begitu mudah sekali", tanpa didahului riak protes rakyat terhadap pemerintahan Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Tanpa mengetepikan faktor-faktor lain yang menyebabkan kekalahan PAS, termasuk kelemahan dalaman, hakikat yang tidak dapat ditolak adalah peningkatan mendadak pengundi yang jauh melebihi kadar pertumbuhan penduduk Terengganu.
Wan Nik Wan Yussof, dalam buku Demokrasi Rakyat Terengganu Menolak Parti Islam (2004) mendedahkan fakta berikut:
Jumlah pertambahan pengundi di Terengganu, antara tahun 1999 hingga 2004, sebanyak 66,853 pemilih, iaitu 17.18 peratus (3.44 peratus setahun). Sedangkan pertambahan tahunan penduduk hanya 1.53 peratus. Ini menunjukkan pertumbuhan tahunan pemilih lebih tinggi sebanyak 1.91 peratus berbanding peningkatan penduduk Terengganu.
Bagi Wan Nik, gambaran ini menjelaskan bahawa kadar pertumbuhan pemilih bagi tempoh 1999- 2004 adalah lebih tinggi sebanyak 9.53 peratus berbanding pertumbuhan penduduk. Kadar peratus ini menyamai 36,935 pemilih. Ini bermakna hampir 37,000 pemilih yang dalam senarai daftar pemilih 2004 mungkin bukan bermastautin di Terengganu.
Difahamkan tokoh di sebalik perencanaan sulit itu adalah Idris Jusoh, yang kemudiannya menjadi Menteri Besar Terengganu (2004-2008). Ada sumber mendakwa khidmat Idris turut diminta untuk menjayakan misi besar Umno Selangor dalam PRU13.
Justeru, apabila ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching, pada 4 Mac lalu, menimbulkan kecurigaannya berhubung kenaikan mendadak pemilih baru di Selangor, terutama di kawasan luar bandar berbanding dengan tahun 2008, saya kira ia bukan lagi satu isu menggemparkan, malah sudah dijangka sejak empat tahun lalu.
Teo memberi contoh kawasan Parlimen Hulu Selangor yang mencatat peningkatan pemilih lebih 20 peratus berbanding tahun 2008. "Di tempat yang mempunyai bandar-bandar baru, ini boleh diterima. Tetapi di Hulu Selangor tidak ada ramai orang yang berpindah ke sini, jadi kita dapati peningkatan dalam jumlah yang besar ini sangat mencurigakan," katanya.
Soal membersihkan senarai daftar pemilih sememangnya sudah menjadi tuntutan utama Bersih sehingga tercetusnya dua kali demonstrasi raksasa di ibu negara, pertama pada November 2007 dan kedua, Julai 2011.
Pada 15 Februari lalu, anggota Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) mengenai pembaharuan sistem pilihan raya, Anthony Loke memberitahu semakan audit yang dijalankan olehMimos Bhd, sebuah syarikat teknologi milik penuh kerajaan, ke atas daftar pemilih mendedahkan wujudnya jumlah amat besar pengundi yang meragukan.
Terdapat sekurang-kurangnya 230,000 pengundi yang mencurigakan. Loke berkata Mimos pada taklimatnya memberitahu pihaknya mengesan 820 kes di mana terdapat lebih daripada 100 pengundi yang menetap di alamat yang sama.
"Selain itu, kami mendapati 1,259 kes di mana antara 51-100 pengundi tinggal di alamat yang sama, 3,254 kes di mana terdapat antara 21-50 pengundi tinggal di alamat sama, dan 6,002 kes yang melibatkan antara 11 hingga 20 pengundi di rumah sama," tambahnya.
Menurut sumber, Umno Selangor begitu bergantung kepada manipulasi daftar pemilih memandangkan majoriti pengundi di negeri itu dilihat masih menaruh kepercayaan kepada Pakatan.
Dari segi isu dan mood rakyat, meskipun dilontar pelbagai tohmahan dan rasuah politik, kepemimpinan Khalid Ibrahim dijangka tidak menghadapi masalah besar untuk terus mentadbir Selangor.
Namun kebimbangan ramai lebih terfokus kepada senarai pemilih yang mencurigakan itu. Anda boleh menilai dan mentafsir sendiri fakta dalam Jadual 1, iaitu kadar peningkatan jumlah pemilih suku ketiga 2011 berbanding tahun 2008, mengikut kawasan Parlimen tertentu di Selangor.
Ooops, di Pekan, kadar pertambahan itu sebanyak 33.35 peratus! (Lupa saya, "pekan" itu maknanya "bandar" 'kan?. Patutlah kadarnya begitu tinggi sekali ... ha ha ha). Perhatikan juga kadar peningkatan pengundi di Petaling Jaya Selatan dan Petaling Jaya Utara, di bawah 8 peratus...
Jadual 1
PARLIMEN PERTAMBAHAN
SUNGAI BESAR 19.95%
HULU SELANGOR 25.14%
KUALA SELANGOR 20.39%
SELAYANG 18.86%
PANDAN 18.18%
HULU LANGAT 23.95%
SERDANG 22.63%
PUCHONG 24.94%
PJ SELATAN 5.64%
PJ UTARA 7.76%
SUBANG 35.02%
SHAH ALAM 19.87%
KOTA RAJA 29.51%
KUALA LANGAT 23.62%
SEPANG 24.64%
RM 400 RIBU !!! Hanya untuk satu meja makan, banyaknya duit Najib ambil mana?
Bukan sahaja beliau dituduh menyalahgunakan kuasa, pemimpin berusia 59 tahun itu mungkin mengecewakan lagi rakyat apabila mereka mendapat tahu pada Jumaat lepas bahawa Perdana Menteri telah menggunakan wang rakyat bagi membayar perbelanjaan majlis pertunangan anaknya.
“Ini bukan perkara kecil. Ia mungkin hanya RM409 767 tetapi ia menunjukkan betapa teruknya kerajaan kita yang sanggup menggunakan dana kerajaan untuk membiayai perbelanjaan peribadi PM dan juga menteri kabinetnya,” ujar pengarah strategi PKR Rafizi kepada sidang media yang dinanti-nantikan pada juamaat lepas.
Rafizi menunjukkan bukti dengan sebuah salinan pesanan untuk majlis makan daripada Shangri La Hotel, yang menjadi penyedia makanan untuk majlis pertunangan yang diadakan di Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri. Inbois berjumlah RM 409,767 itu telah dibilkan kepada Jabatan Perdana Menteri.
Bagaimanapun, Rafizi juga memberitahu wartawan bahawa Najib mungkin membayar balik bil tersebut tetapi ia masih lagi satu penyalahgunaan kuasa kerana menggunakan jabatannya untuk menguruskan majlis tersebut yang dihadiri oleh 1000 orang jemputan. Menurut Rafizi lagi, perkara ini telah menimbulkan spekulasi mengenai pendapatan Najib.
“Jika dia telah bayar balik, kami mahu tahu dari mana dia dapat wang tersebut. Ia sangat banyak, hampir setengah juta untuk majlis pertunangan,” tambah Rafizi.
JPM tolak dakwaan Rafizi yang mungkin sudah melakukan banyak pembongkaran
Sementara itu, JPM telah menolak dakwaan tersebut dalam kenyataan 2 perenggan yang dikeluarkan mereka. Ini hanyalah membayangkan betapa Rafizi mungkin telah melakukan pembongkaran yang tepat.
Walaupun telah 3 tahun menjadi PM, Najib telah dihujani dengan pelbagai dakwaan rasuah. Masih kuat spekulasi yang mengatakan beliau terlibat dengan pembunuhan Altantuya dan juga menerima ganjaran RM 570 juta daripada sebuah firma Perancis, DCN yang menjual 2 buah kapal selam Scorpene pada tahun 2002.
“Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli sepatutnya memohon maaf atas dakwaan beliau yang palsu itu. Ia berupa fitnah dan memburukkan nama Perdana Menteri,” menurut kenyataan daripada JPM.
“Tiada dana rakyat yang digunakan untuk membiayai kos majlis pertunangan anaknya, ia telah dibiayai sendiri oleh Perdana Menteri dan keluarga beliau.”
Walaubagaimanapun, kontroversi pembiayaan majlis pertunangan anak Najib itu, Nooryana Najwa yang berkahwin dengan anak saudara pemimpin di Kazakhtan tahun lepas bukanlah kontroversi pertama. Semasa lawatan rasmi ke sana pada Jun lepas, Najib dan isterinya Rosmah Mansur telah didakwa membawa bersama mereka jemputan mereka untuk menghadiri majlis pertunangan Nooryana di sana.
Jemputan mereka itu didakwa telah diterbangkan ke sana menggunakan kelas Pertama sebagai sebahagian daripada delegasi lawatan rasmi. Perbelanjaan itu telah ditanya di Parlimen. Kementerian Luar terpaksa mengakui bahawa kos perjalanan berjumlah RM 1.1 juta.
Pembongkaran kecil daripada skandal-skandal yang lebih besar
Perbelanjaan mewah telah lama membelenggu pentadbiran Najib. Bukan sahaja rosmah yang menjadi perhatian kerana kemaruk membeli-belahnya, koleksi beg tangan Birkin dan cincin berlian benilai USD 24 juta, Najib sekeluarga juga telah diketahui pergi bercuti di Perth semasa Hari Malaysia.
Yang paling teruk, Najib telah menggunakan jet kerajaan untuk membawa tetamunya ke Perth. Apabila tertangkap, sebab yang mereka beri adalah mereka telah ke sana untuk majlis rasmi bersama pelajar Malaysia dan najib telah memberikan sebuah ucapan yang memberikan inspirasi kepada pelajar kita. Tetapi malangnya untuk Najib, para pelajar cepat-cepat menidakkan dakwaan tersebut di Facebook dan terus memburukkan situasi untuk keluarga Perdana Menteri.
“Ini mungkin sedikit sahaja daripada skandal-skandal besar yang kita tidak tahu. Sepatutnya ada siasatan dan penelitian dalam perbelanjaan JPM. Jawapan samar-samar dan memberi nilai secara keseluruhan tidak dapat diterima. Sepatutnya ada perincian perbelanjaan. Ini adalah perkara asas dan ia sepatutnya diketengahkan kepada rakyat demi kepentingan mereka,” ujar Rafizi.
Hubungan dengan Kazakhstan
Tetapi sekarang, semua mata tertumpu pada Kazakhstan. Baru-baru ini, diketahui bahawa pengarah Pusat Feedlot Kebangsaan telah membeli apartmen bernilai RM1.7 juta yang bakal digunakan sebagai ofis di Almaty, di bahagian selatan Kazakh.Pengarah NFC adalah suami dan anak kepada Menteri Wanita, Shahrizat Jalil. Mereka telah didakwa menyalahgunakan kuasa dan menyalahgunakan pinjaman kerajaan berjumlah RM250 juta untuk membeli kondo mewah di Bangsar, Singapura dan sekarang, Kazakhstan.
Perjanjian pinjaman itu mengatakan bahawa ia hanya boleh digunakan untuk membangunkan projek ternakan lembu- mengukuhkan dan menguruskan “sebuah pusat Feedlot yang konsisten dengan polisi kerajaan Malaysia untuk membangunkan, mempromosi dan menjaga pengeluaran daging lembu dan produk daging lembu…”
“Berdasarkan perjanjian pinjaman, NFCorp sememangnya tidak menternak lembu atau mendapatkan dagingnya di Kazakhstan tetapi membeli apartmen di sana,” ujar Ahli Parlimen DAP PJ Utara Tony Pua dalam kenyataan beliau pada hari Khamis.Najib menyaksikan penjanjian 5 memorandum persefahaman di Kazakhstan. Salah satu di antaranya adalah berkait dengan NFC yang membuat perjanjian dengan pihak Kazakh untuk mengimport daging lembu di Malaysia.
“Beliau tidak dapat lari lagi. Dalam kes Kazakh-NFC, beliau harus berterus-terang. Bagaimana beliau sebagai PM dan menteri kewangan boleh endorse perjanjian yang menyalahi perjanjian pinjaman NFC, yang bertujuan melindungi kepentingan rakyat Malaysia. Ini adalah wang rakyat. Sama juga dengan RN409 767 untuk majlis pertunangan anaknya di Putrajaya. Adakah kita akan membayar segalanya untuk mereka, baik kecil atau besar? Jika ini adalah penyalahgunaan kuasa, bukan sahaja ia salah tapi ia jenayah. Rasuah itu jenayah dan tidak boleh dibenarkan berlaku,” tegas Rafizi.
Dipetik dari - Malaysia Chronicle
UNDI POS!!! PAS NS bertanding 14 kerusi tapi hanya 10 boleh diharap
Berdasarkan statistik Pilihanraya Umum ke 11 tahun 2004 dan ke 12 pada tahun 2008, DUN Kota dalam kawasan Parlimen Rembau adalah merupakan kawasan paling selamat Umno di Negeri Sembilan. 3 DUN lain yang paling selamat untuk Umno di Negeri Sembilan ialah DUN yang mempunyai ribuan pengundi pos tentera dan polis iaitu DUN Bagan Pinang, DUN Gemas dan DUN Serting.
Ketiga-tiga DUN yang begitu ramai pengundi pos ini termasuk DUN Kota (yang pengundi posnya kurang 100 orang) yang ditandingi oleh PAS, juga merupakan DUN paling selamat untuk Umno di atas kertas, sudah pasti menjadi rebutan pihak Umno untuk menjadi calon semasa pilihanraya.
Apabila DUN Kota ini menjadi DUN paling selamat untuk Umno, maka secara tidak langsung permasalahan utama rakyat di kawasan ini tidaklah menjadi perhatian utama pimpinan pusat dan negeri.
Ini terbukti apabila terdapat sebuah Projek Perumahan yang terbengkalai di Lubuk China dalam DUN Kota sejak tahun 2005, sehingga kini belum dipulihkan. Maklumat lanjut Projek Perumahan yang terbengkalai ini di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2012/01/perumahan-terbengkalai-di-lubuk-cina.html
Ura-ura pembinaan UiTM (kemungkinan di Chengkau) dalam DUN Kota semasa Pilihanraya Umum ke 12 tahun 2008, akhirnya kini tidak menjadi kenyataan. Maklumat lanjut pembinaan UiTM di Parlimen Rembau di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2011/06/siapa-yang-janji-nak-bina-uitm-di.html
Semasa Pilihanraya Umum ke 12 tahun 2008, calon PAS, Azhar Ibrahim tewas dengan majoriti 4601 undi dengan hanya memperolehi 23.62% undi.
Manakala pada Pilihanraya Umum ke 11 tahun 2004, calon PAS, Zainal bin Jinin juga tewas dengan majoriti 4601 undi dengan hanya memperolehi 21.58% undi.
Sekiranya PAS bertanding 14 kerusi DUN di N.Sembilan , secara teknikalnya PAS hanya bertanding 10 kerusi DUN, apabila 4 DUN di atas dikategorikan DUN paling selamat untuk Umno di N.Sembilan.
Untuk Pakatan Rakyat memenangi 4 DUN tersebut, maka suatu usaha yang luar biasa oleh semua pihak haruslah dilakukan. Jika tidak , permasalahan para pengundi di DUN tersebut tidak akan mendapat perhatian oleh pimpinan di peringkat negeri dan pusat.
SHAHRIZAT LETAK JAWATAN!!! Bukan khabar angin, tapi akan pasti
Akhbar berkenaan berkata, menurut satu sumber, Shahrizat telah memaklumkan pegawai terdekatnya Jumaat lalu bahawa beliau akan melepaskan jawatan menteri dan juga Ketua Wanita Umno.
"Shahrizat (gambar) telah memberitahu kami beliau ingin melepaskan kedua-dua jawatan. Beliau tidak setuju dengan cadangan beliau letak jawatan sebagai menteri tetapi kekal sebagai Ketua Wanita Umno sehingga pilihan raya depan.
"Beliau telah buat keputusan untuk melepaskan kedua-dua jawatan tersebut," jelas Ketua Wanita Umno negeri.
Seorang lagi pemimpin kanan Wanita memberitahu akhbar berkenaan bahawa seorang pembantu Shahrizat telah memaklumkan beliau akan meletak jawatan semalam.
"Namun perkara itu tidak berlaku. Kami masih lagi berteka teki kerana pegawainya yakin pengumuman akan dibuat semalam. Mungkin beliau menantikan masa yang sesuaI," kata sumber tersebut.
The Malaysian Insider turut difahamkan Shahrizat akan membuat pengumuman rasmi malam tadi, tetapi beliau masih lagi belum berbuat sedemikian.
The New Straits Times turut melaporkan berdasarkan sumber peringkat tertinggi bahawa mereka yakin Shahrizat tidak akan bertanding untuk pilihan raya akan datang.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam berkata pengumuman terhadap perletakan jawatan Shahrizat akan dibuat kemudian.
"Terdapat banyak sangat khabar angin. Tapi kita akan membuat pengumuman dalam keadaan yang lebih teratur," kata Presiden Umno itu di Johor.
Spekulasi nasib Shahrizat telah menjadi bualan hangat sepanjang minggu ini, dengan berbulan dakwaan bahawa beliau dan keluarganya telah menyalahgunakan dana awam bernilai RM250 juta untuk projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) bagi kegunaan peribadi.
Skandal NFC menjadi perhatian umum setelah dilaporkan dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara 2010 projek ternakan lembu di Gemas itu gagal menepati sasaran.
Bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai ini telah menerima desakan meletak jawatan daripada pembangkang termasuk pemimpin veteran Umno, dengan menegaskan beliau hanyalah isteri kepada Salleh dan tiada kena mengena dengan projek tersebut.
Pihak polis bulan lalu telah mencadangkan agar Peguam Negara mendakwa pengarah NFCorp atas tuduhan pecah amanah, namun beliau meminta agar pihak polis untuk menjalankan siasatan dengan lebih terperinci berhubung perkara it
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/nst-lapor-shahrizat-akan-letak-jawatan/
PAKATAN PERINTAH MALAYSIA!!! Tol Jambatan Pulau Pinang dihapuskan
Itu adalah janji Pakatan yang disampaikan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang.
Setakat ini, semua janji yang berada dalam bidang kuasa kerajaan negeri Pulau Pinang telah pun dilaksanakan.
Hanya janji yang melibatkan kuasa kerajaan pusat seperti pemansuhan tol dan pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan belum dapat dilaksanakan kerana UMNO-Barisan Nasional masih berkuasa di peringkat persekutuan.
Pakatan Rakyat lebih memahami penderitaan rakyat berikutan tekanan ekonomi semasa, bukan sahaja kesan ekonomi global tetapi juga akibat pembaziran dan kehilangan wang rakyat kerana salah urus, penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa kerajaan UMNO-BN.
Tidak cukup dengan itu, keangkuhan dan kesombongan pimpinan UMNO-BN masih menjadi amalan.
Sementara wang rakyat digunakan untuk memancing undi dan rasuah politik, kroni-kroni mereka mengambil kesempatan untuk meragut kekayaan negara yang sepatutnya diagihkan secara adil kepada golongan yang memerlukan.
Corak pentadbiran dan pengurusan UMNO-BN masih di takok lama. Mereka mudah lepas tangan untuk meletakkan beban di bahu rakyat daripada sanggup berkorban memenuhi keperluan rakyat.
Pakatan mahu hapuskan tol, UMNO-BN terus lanjut konsesi tol
Dalam isu tol Jambatan Pulau Pinang, kerajaan UMNO-BN terang-terangan tidak pedulikan rakyat. Apabila Pakatan berjanji untuk menghapuskan tol tersebut, pimpinan UMNO-BN memberi jawapan kurang cerdik – negara akan bankrap jika tol berkenaan dimansuhkan.
Lebih dari itu, kerajaan pusat UMNO-BN telah melanjutkan pula tempoh konsesi kutipan tol Jambatan Pulau Pinang selama 17 tahun sehingga 2038! Alasan UMNO-BN untuk lanjutan itu adalah semata-mata kerana ia “bermurah hati” untuk tidak menaikkan kadar tol dalam masa tiga tahun akan datang.
Guan Eng telah pun menjelaskan bahawa alasan negara boleh bankrap kerana pemansuhan tol Jambatan Pulau Pinang serta tol-tol Lebuh Raya Utara-Selatan (NSE) dan Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) adalah tidak masuk akal dan dangkal.
Menurut beliau, jJambatan Pulau Pinang telah mengutip RM1.859 bilion dengan kos pembinaan RM944 juta, iaitu lebihan sebanyak RM924 juta.
Bagi BKE, tol yang dikutip berjumlah RM340 juta manakala kos pembinaannya RM256 juta, iaitu lebihan sebanyak RM84 juta, yakni rakyat tidak sepatutnya dibebankan dengan tol sehingga 31 Disember 2038, malah tol bagi Jambatan Pulau Pinang dan BKE harus dihentikan serta merta.
“Kos maksimum untuk pemansuhan NSE dan Jambatan Pulau Pinang adalah RM50 bilion, iaitu RM40 bilion untuk NSE dan RM10 bilion untuk Jambatan Pulau Pinang. Jumlah RM50 bilion tidak akan menjadikan negara bankrap.
“Yang akan menjadikan negara bankrap adalah rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kronisme. Lagipun, kos projek MRT baru pun sudah mencecah RM50 bilion,” tambah beliau.
Jambatan kedua belum siap, kerajaan UMNO-BN sibuk nak kutip tol
Yang terbaru, belum pun siap Jambatan Kedua Pulau Pinang, kerajaan UMNO-BN awal-awal lagi sudah mengumumkan kadar tol RM7 untuk kereta, dengan alasan bahawa ia harus sama dengan kadar yang dikenakan untuk jambatan yang sedia ada.
Malah, laporan versi online akhbar The Star hari ini menggambarkan seolah-olah sesuatu yang lucu bagi pihak kerajaan UMNO-BN apabila memetik Pengarah Utusan Jambatan Kedua Sdn Bhd Datuk Dr Ismail Mohamed Taib sebagai berkata bahawa pihaknya sebenarnya mahu kadar tol yang lebih rendah tetapi bimbang jika pihak jambatan pertama akan “bising”.
“Jambatan pertama Pulau Pinang sepatutnya menaikkan kadar kepada lebih RM9, jadi kami sedia ikut mereka. Bagaimana pun, apabila mereka mengesahkan kekal pada kadar RM7, maka kami pun akan kenakan kadar RM7,” kata Dr Ismail sebagaimana yang dipetik oleh akhbar tersebut.
Jambatan kedua itu dijangka siap pada September 2013.
Sebagaimana yang dikatakan oleh Guan Eng sebelum ini, semakan semula dan pelanjutan tempoh konsesi tol sehingga 2038 telah dilakukan tanpa rundingan dengan rakyat dan hanya menguntungkan syarikat-syarikat pengendali tol.
Itulah cara, amalan dan budaya kerajaan UMNO-BN yang semakin jelas tidak akan berubah sama sekali, walau apa pun yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak cuba janjikan atau laksanakan, termasuk menyalahgunakan wang rakyat sebagai gula-gula politik menjelang PRU ke-13.
– Roketkini.com
HARI-HARI UMNO DOK KEJI!!! Kedah terus bertambah rezeki
Oleh: ZULKIFLI YAHAYA
(Nota Utara, Harakah)
Kedah dilaporkan sebagai negeri yang mengalami konflik dalaman yang teruk di kalangan pemimpin kerajaan negeri sehingga sukar sekali untuk dipulihkan. Apabila yang bercerita mengenai teruknya konflik itu ialah Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan lain-lain pemimpin UMNO maka ia ibarat ‘kawah menuduh pinggan hitam.’
Pemimpin BN berceramah kononnya akibat asyik bergaduh pembangunan di Kedah tidak dapat dijalankan. Sepanjang empat tahun berlalu, hanya dua minggu berlaku ribut di cawan kopi. Itu pun sudah selesai dan semua yang terbabit sudah bersatu. Berbeza dengan BN, konflik dalaman sudah jadi macam anai-anai bersarang dalam rumah usang. Tunggu masa saja rumah itu akan ranap.
Menariknya, Kedah di minggu-minggu berlaku ribut di cawan kopi ini, adalah tempoh yang cemerlang dalam catatan kejayaan pembangunan (kalau itulah ukuran kejayaan bagi BN).
Kedah dijangka meraih pulangan berjumlah RM10 juta setahun hasil daripada pengeluaran bijih besi di tapak berdekatan Gunung Jerai yang telah memulakan operasinya.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, operasi perlombongan di tapak seluas 26.091 hektar itu dijalankan secara usaha-sama di antara anak syarikat kerajaan negeri, Permodalan Kedah Berhad (PKB) dan Nacstone Mining Worlwide (M) Sdn. Bhd.
Sumber baru ini akan memberikan pulangan royalti sebanyak lima peratus kepada kerajaan negeri dan tidak termasuk keuntungan yang diperolehi PKB melalui kerjasama itu. Sepanjang tiga bulan beroperasi, sudah tiga kali bijih besi di eksport ke China melibatkan jumlah sebanyak 100,000 tan dan nilainya bergantung pada pasaran harga semasa.
Beberapa tapak lain juga dikenal pasti mengandungi bahan galian bernilai seperti kuart di Bukit Kachi di Sintok yang hanya menunggu kelulusan lesen pajakan melombong.
Menurutnya lagi, dianggarkan lebih satu juta metrik tan bijih besi di tapak yang pertama beroperasi, manakala di tapak berdekatan masih lagi menunggu kelulusan untuk dilombong. Rezeki dari bumi ini tidak muncul di zaman BN.
Satu lagi catatan kejayaan apabila Kedah menerima pelaburan sebanyak RM1.84 bilion daripada Syarikat Panasonic Energy Malaysia Sdn Bhd. Syarikat tersebut telah melaksanakan majlis pecah tanah dan pertukaran perjanjian sewaan tanah dengan kerajaan negeri Kedah di Kulim Hi-Tech Park sewaktu kemelut politik kononnya sedang berlaku.
Produk yang akan dihasilkan adalah production of HIT solar modules (pengeluaran bersepadu bagi wafer, sel-sel dan modul). Keluasan bangunan tersebut adalah seluas 70 ribu meter persegi dengan bilangan pekerja yang akan berkhidmat syarikat tersebut nanti adalah 1,500 orang. Pembangkang sibuk menjaja cerita kononnya kerajaan negeri gagal menjana pekerjaan. Sekarang mulut mereka terkatup.
Bagi tahun 2011, Kedah menduduki tempat kelima di kalangan negeri-negeri di Malaysia menerima kemasukan pelaburan di sektor perkilangan. Jumlah pelaburan yang diterima hingga Disember 2011 adalah sebanyak RM6.14 bilion yang melibatkan 42 projek yang diluluskan.
Tempat pertama bagi kemasukan pelabur adalah Pulau Pinang dengan jumlah pelaburan RM9.106 bilion, diikuti Selangor dengan jumlah RM8.741 bilion, Sarawak dengan jumlah RM8.453 bilion dan tempat keempat adalah Johor dengan jumlah RM6.584 bilion. Tempat kelima tidaklah baik sangat tetapi sekurang-kurangnya ia mengatasi Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Perlis, Pahang, Terengganu dan Sabah yang diperintah BN. Baru empat negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat namun tiga darinya sudah berada dalam kelompok lima yang terbaik.
Di Taman Berteknologi Tinggi Kulim (KHTP) kerajaan negeri telah tambah kepada zon industri fasa empat kepada pelabur akibat dari permintaan yang tinggi dari para pelabur.
Hasrat Kedah untuk menjadikan negeri ini sebagai Belanda Timur dirancakkan lagi apabila kerajaan negeri di bawah anak syarikatnya iaitu Syarikat Kedah Biorecources Corporation (KBioCorp) Sdn Bhd membina Makmal Kultur Tisu. Ia juga dirasmikan di musim konflik ini juga.
Pusat pembiakan kultur tisu yang serba lengkap di kawasan Koridor Utara ini akan dapat membantu bagi menjadikan Kedah sebagai negeri pertanian sepertimana negara Belanda. Justeru itu, KbioCorp akan menjadi peneraju pengeluaran benih tanaman kultur tisu yang terbaik di kawasan Utara dan Malaysia amnya.
Cuti sekolah singkat akan muncul. Sekretariat Pembangunan Insan Kerajaan Negeri Kedah sibuk lagi dengan Kem Anak Soleh yang dianjurkan merata tempat seluruh negeri Kedah. Biasanya ibu bapa akan merungut kerana perdaftaran segera ditutup sejurus selepas dibuka. Apa boleh buat kerana permintaan tinggi.
Semua mengharap kerajaan yang ada dapat melakukan sesuatu untuk mentarbiyah anak-anak mereka menjadi manusia sempurna. Mereka tidak memperolehnya sewaktu kerajaan BN dulu.
WAHAI NAJIB!!! Nak nafi kena bagi bukti kerana Rafizi dakwa dengan bukti
Sambil menegaskan bahawa tidak timbul soal beliau memohon maaf, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli sebaliknya meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjawab lapan perkara dengan mengemukakan dokumen rasmi sebagai bukti perbelanjaan pertunangan anak perempuannya tidak dibayar oleh rakyat.
- Pertama, Najib perlu mengesahkan sama ada perbelanjaan yang tertera seperti dokumen Hotel Shangrila itu adalah perbelanjaan majlis pertunangan anak beliau;
- Kedua, Najib perlu mengesahkan sama ada dokumen Banquet Event Order (BEO) yang dikemukakan olehnya (Rafizi) adalah dokumen yang sah dan bukannya palsu;
Nooryana Najwa Najib and Daniyar Nazarbayev- Ketiga, Najib perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri
mengemukakan kepada rakyat salinan Purchase Order (dokumen tempahan) yang dihantar kepada Hotel Shangrila untuk menentukan pihak manakah sebenarnya yang bertanggungjawab membuat tempahan tersebut;
- Keempat, Najib perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan rekod perakaunan dari sistem perakaunan Kerajaan Malaysia yang merekodkan Purchase Order tersebut, bagi menentukan sama ada tempahan direkodkan sebagai tanggungan Kerajaan Malaysia;
- Kelima, Najib perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan kepada rakyat salinan invois yang dihantar oleh Hotel Shangrila kerana ia boleh menjadi bukti bahawa ia dicaj kepada Perdana Menteri atas kapasiti peribadi beliau ataupun ditanggung oleh Kerajaan Malaysia;
- Keenam, Najib perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan rekod perakauan dari sistem perakaunan Kerajaan Malaysia yang merekodkan invois tersebut, bagi menentukan sama ada bayaran akan dibuat oleh Kerajaan Malaysia;
- Ketujuh, Najib perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan baucer bayaran yang dibuat kepada Hotel Shangrila untuk menentukan siapakah yang mula-mula sekali menyelesaikan tanggungan belanja majlis tersebut; dan
- Kelapan, Najib perlu mengemukakan bukti bayaran yang dibuat oleh beliau dan keluarga beliau untuk menanggung perbelanjaan tersebut; termasuklah salinan cek, penyata bank atau dokumen-dokumen lain dari akaun bank peribadi beliau.
"Sekiranya perdana menteri berjaya mengemukakan dokumen-dokumen tersebut dan membuktikan tidak pernah sekalipun caj tanggungan berjumlah hampir setengah juta itu direkodkan sebagai tanggungan Kerajaan Malaysia, barulah rakyat Malaysia boleh berpuas hati bahawa majlis mewah untuk pertunangan anak beliau itu tidak ditanggung rakyat Malaysia," tegas Rafizi dalam satu kenyataan.
Jika tidak, tambahnya, perdana menteri akan berdepan dengan persepsi rakyat bahawa beliau pun tidak ubah seperti menteri-menteri lain di dalam kabinetnya yang didakwanya, menggunakan wang rakyat dengan sewenang-wenangnya untuk bermewah bagi tujuan peribadi.
Menurut Rafizi, beliau menyambut baik kenyataan rasmi yang pantas dikeluarkan oleh PMO menafikan bahawa perbelanjaan majlis pertunangan anak Najib pada 17 Jun 2011 lalu dibiayai oleh wang rakyat melalui Pejabat Perdana Menteri, walaupun dokumen dari Hotel Shangrila yang mengendalikan majlis secara jelas menunjukkan semua urusan tempahan dan bayaran dibuat melalui PMO.
"Persoalan saya memohon maaf tidak timbul kerana kenyataan dua perenggan itu hanyalah satu penafian, tanpa ada sebarang bukti atau fakta yang boleh menafikan kesahihan dokumen atau tuduhan yang dibawa terhadap Perdana Menteri.
"Dalam suasana kepercayaan rakyat terhadap iltizam BN memerangi rasuah adalah sangat rendah, penafian semata-mata tidaklah mencukupi. Apatah lagi apabila dokumen yang dibawa menjadi bukti kukuh bahawa Pejabat Perdana Menteri mengendalikan urusan tempahan dan bayaran bagi majlis itu," tambahnya.
Malaysiakini
PENJARA SETAHUN!!! Hukuman kepada Imam Hoslan 'nyata keterlaluan"
Karpal, yang merupakan peguam yang mewakili Hoslan berkata hukuman Mahkamah Persekutuan itu adalah "nyata keterlaluan".
Karpal berkata, Hoslan tidak akan berpeluang untuk mengemukakan
rayuan kerana hukuman itu dijatuhkan oleh Mahkamah Persekutuan.
Bagaimanapun, katanya, dalam kes-kes terkecuali, mahkamah boleh menyemak keputusannya sendiri.
"Tidak syak lagi apa yang Hoslan lakukan adalah salah. Ia adalah tidak wajar dan tidak dapat dipertahankan, tetapi di sisi lain, Mahkamah Persekutuan perlu mengambil kira keadaan yang membawa kepada tindakan imam tersebut," kata Karpal kepada pemberita dalam satu sidang akhbar hari ini.
"Beliau telah dihalau keluar dari kuarters kediamannya di masjid di Kampung Pandan, dan kes itu berlarutan sejak tahun 1999.
"Beliau diberitahu rayuannya kepada Mahkamah Persekutuan telah
ditolak kerana ia melampaui masa, oleh itu dia bertindak dalam kekecewaan pada saat itu," tambah peguam veteran tersebut.
Pada tahun 2008, Jabatan Halehwal Agama Islam Wilayah Persekutuan mengeluarkan arahan mengusir imam tersebut yang tinggal di dalam kawasan Masjid Ar Rahimah, selepas dakwaan masalah tatatertib dibuat terhadapnya.
Hoslan, bapa kepada tujuh orang anak, melempas selipar ke arah panel tiga anggota mahkamah tertinggi itu, yang terdiri daripada Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Suriyadi Halim Omar, Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Zaleha Zahari dan Hakim Besar Malaya, Datuk Zulkifli Ahmad Makinuddin yang mengetuai panel tersebut.
Insiden melempas selipar itu berlaku pada 22 Februari. Dua minggu selepas itu, Hoslan dipanggil ke Mahkamah Persekutuan dan dijatuhkan hukuman pada 8 Mac.