Sunday, March 18, 2012

PANAS!!! Benarkah UMNO bayar RM 5000 kepada Hasan Ali setiap kali ceramah hentam PAS?

Kerana Hassan Ali,Umno Larut Berbalah

Suatu perkara yang amat menarik perhatian penulis hari ini apabila dikhabarkan oleh salah seorang penyokong tegar umno di kawasan ini berhubung satu ribut kecil yang kini sedang melanda Umno Larut.

Semuanya bermula apabila terdapat pimpinan dan ahli-ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan pihak penganjur yang telah membuat bayaran sebanyak RM5000 kepada Dr Hassan Ali(DHA) untuk memberi ceramah kepada penduduk di Batu Kurau baru-baru ini.

Sudahlah pada hari ceramah tersebut rata-rata hadirin yang hadir seolah-olah merasa tertipu apabila Ustaz Kazim Ellias yang sebelum ini dikhabarkan akan berganding dengan DHA dalam ceramah itu dilihat tidak muncul2 sehinggalah program ceramah selesai.

Jadi terpaksalah juga mereka yang hadir mendengar kelentong DHA selama 2 jam dari awal hinggalah ke akhir ceramah walaupun kebanyakan mereka dilihat langsung tidak berminat mendengarnya.

Penulis yang kebetulan berada di sana pada malam itu sempat juga mendengar rungutan daripada hadirin yang duduk di bawah pentas.Kebanyakan mereka dengan wajah hampa melahirkan rasa terkilan terhadap pihak penganjur apabila Ustaz Kazim kesayangan mereka tidak muncul-muncul di atas pentas..

Jadi jelaslah di sini bahawa,di antara ratusan yang hadir itu bukanlah kerana hendak mendengar ceramah DHA sangat pun.Kalau tidak kerana tertera nama Ustaz Kazim di banner dan poster yang diedarkan beberapa hari sebelum itu,nescaya ceramah DHA di Batu Kurau pada malam tersebut akan mengalami nasib yang sama seperti ceramahnya di Kampung Melayu Subang sebelum ini.Hanya deretan kerusi kosong yang akan menjadi pendengar setia.Haha.

Bebalik kepada tajuk asal.RM5000 untuk satu sesi ceramah.Biar betul? Kalau 40 buah ceramah DHA minta wang sebanyak itu bermakna jumlahnya dah mencecah RM200 000.Ini yang membuatkan Umno Larut berbalah kerana penulis difahamkan Ustaz Kazim Ellias kesayangan mereka pun tidak pernah mendapat bayaran sebanyak itu hanya untuk satu sesi ceramah.Haha padan muka hampa!!

Di kesempatan ini,penulis ingin membuat satu cabaran kepada UmnGok agar dianjurkan sekali lagi ceramah DHA di Batu Kurau tapi kali ini penulis minta supaya jangan ditulis nama Ustaz Kazim sebagai penceramah bersama dalam poster dan banner macam yg dibuat sebelum ni..

Cukup sekadar DHA seorang sahaja,bukan apa,kita nak lihat berapa orang pula yang akan hadir mendengar kelentong si parasit macam dia..PERSEPSI KITA BERBEZA

Hassan Ali sedang berperasit di bawah khemah milik Umno di Batu Kurau

ADUHAI POLIS MALAYSIA!!! Takut dengan Samseng UMNO, kena cekup kerana menculik la pulak


ALOR SETAR: Tiga penjenayah termasuk seorang anggota polis digantung kerja tidak sempat ‘meraikan’ wang tebusan RM40,000 diperoleh apabila mereka ditahan selepas menculik seorang lelaki di depan hotel di Bedong, Sungai Petani, Jumaat lalu.

Ketiga-tiga suspek berusia antara 28 hingga 50 tahun itu ditahan berhampiran Plaza Tol Jalan Duta, Kuala Lumpur arah utara, jam 2 pagi kelmarin selepas keluarga mangsa menyerahkan wang tebusan RM40,000.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi Jumaat lalu, mangsa, seorang lelaki berusia 23 tahun dari Sedaka, Yan, dekat sini, diculik ketika mahu memasuki keretanya, Proton Gen2 di depan hotel berkenaan oleh tiga lelaki menaiki Honda Civic disyaki dicuri beberapa minggu sebelum itu.

Selepas menculik mangsa dan mencuri keretanya, suspek membawa lelaki itu ke ibu negara sebelum menghubungi keluarganya bagi meminta wang tebusan RM60,000. Bagaimanapun, hasil rundingan, kumpulan penculik itu bersetuju menerima RM40,000.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, polis yang menerima laporan daripada keluarga mangsa merancang membayar wang tebusan itu di satu lokasi di ibu negara. -hm

Polis culik peniaga diberkas

AHMAD menunjukkan gari dan sebahagian wang yang dirampas daripada tiga lelaki pada sidang akhbar di Alor Setar, Kedah semalam.

ALOR SETAR – Kecekapan polis Kedah menyiasat satu kes culik di Bedong, Sungai Petani dekat sini dapat menahan tiga lelaki termasuk seorang anggota polis yang bersekongkol dengan perbuatan jahat tersebut di Plaza Tol Jalan Duta, Kuala Lumpur Sabtu lalu.

Kesemua suspek berusia antara 28 dan 50 tahun tersebut ditahan pada pukul 2 pagi.

Anggota polis tersebut bertugas di Negeri Sembilan tetapi dia kini digantung kerja sejak beberapa bulan lalu ekoran kes dadah manakala dua lagi rakannya mempunyai rekod jenayah berkaitan kes curi kenderaan.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, kejadian berlaku apabila mangsa, 23, yang bekerja sendiri telah diculik di hadapan sebuah hotel di Bedong pada pukul 11 pagi Khamis lalu.

Katanya, ketika itu, sebuah kereta Honda Civic yang dinaiki suspek telah menghalang kereta jenis Proton Gen 2 mangsa sebelum salah seorang suspek memperkenalkan diri sebagai polis Bukit Aman.

“Suspek kemudian menolak mangsa ke dalam keretanya dan penjenayah telah memandu kenderaan tersebut hingga ke Kuala Lumpur.

“Suspek kemudian meminta ahli keluarga peniaga pakaian itu membayar RM60,000 tetapi ia dikurangkan kepada RM40,000,” katanya.


Ulasan GB

Tahniah dan syabas polis kerana berjaya mencekup penjenayah dan mengambil tindakan pantas sekalipun ke atas anggotanya sendiri.

Namun seperti yang diluahkan GB sebelum ini, GB masih tertanya-tanya kenyataan Menteri KDN ini:

PANAS!!! Dokumen rahsia kes berkaitan Altantuya bakal terbongkar!

Nasib Najib makin kelam
sebab pendakwaan skandal Scorpene
bakal didengar 1 April nanti


Berita paling gumbira buat seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan menolak kezaliman!

Dalam masa sama ia juga "Lagu Sedih" buat Najib apabila skandal pembelian dua kapal selam jenis Scorpene yang bernilai RM7.1 bilion hingga menyebabkan model dan penterjemah warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu dibom kejam menggunakan C4 di hutan Puncak Alam, Selangor pada 2006 kerana pertikaian mengenai komisen dan hubungan sulit bakal terbongkar!


Walaupun pendakwaan membabitkan rakyat Malaysia ini terpaksa dilakukan nun jauh di Paris, Perancis, dan tidak di negara sendiri kerana Najib dan Umno-APCO masih berkuasa dengan menyalahgunakan Akta Rahsia Rasmi, ia tidak menghalang Kerajaan Perancis mengheret pesalah ke muka pengadilan walaupun bergelar pemimpin paling berkuasa di Malaysia!


Bukan setakat itu, seluruh dunia akan memerhatikan Malaysia bakal dilondehkan dengan skandal jijik penuh kejahatan Umno-APCO walaupun ia sedikit sebanyak bakal menjejaskan nama baik negara.


Tetapi ia adalah lebih baik daripada menyembunyikan kebenaran kerana kes pembunuhan Altantuya juga berkait rapat dengan skandal kapal selam yang lebih lima tahun tersadai di Pangkalan TLDM di Teluk Sepanggar, Sabah.


Justeru, hari April Fool tahun ini bakal menyaksikan hadiah paling bermakna bagi seluruh rakyat Malaysia kerana tindakan Najib dan rakan-rakan jahatnya bakal didedahkan satu persatu tanpa menoleh ke belakang lagi.


Tetapi manusia yang paling gembira dengan berita ini adalah Muhyiddin Yassin!


JALAN PULANG via iPad2



Dokumen rahsia Scorpene akan didedah di Mahkamah Perancis


Dokumen berkaitan pembelian kapal selam Scorpene, yang diklasifikasi di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) akan didedahkan pada inkuiri terbuka di Mahkamah Pengadilan Tinggi Perancis
(Tribunal de Grande Instance) kata Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel.

"Kedua-dua pihak (kerajaan Malaysia dan firma pertahanan Perancis DCNS) mempunyai dokumen sama. Bezanya, Malaysia mengklasifikasikan dokumen itu sebagai Akta Rahsia Rasmi.


"Berbanding Perancis, mahkamahnya boleh mengeluarkan perintah agar pihak berkaitan membuat pendedahan," kata Cynthia pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH), hari ini.


Syarikat DCNS, yang membekalkan dua kapal selam itu sebelum ini didakwa membayar sogokan ratusan juta ringgit kepada "pegawai tertinggi" Malaysia.


Urusniaga berharga RM7.1 bilion itu dibuat ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi menteri pertahanan dan dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda, kenalan rapat Najib yang mendapat komisen bernilai RM540 juta melalui syarikat Perimekar Sdn Bhd.


Di bawah undang-undang Perancis, pembelian kelengkapan ketenteraan yang melibatkan bayaran komisen adalah menjadi satu kesalahan serius.


Menurut Cynthia, beliau mendapat makluman persediaan mahkamah dari peguam Suaram, William Bourdon dan Joseph Breham, 16 Mac lalu.


Tambah beliau, dua hakim penyiasat yang mengendalikan kes tersebut ialah Roger L Roire dan Serge Tounaire.


"Nama-nama yang sebelum ini tak pernah didengari akan didedahkan," tambah beliau namun enggan membuat spekulasi atau mendedahkan individu terbabit sebagai mematuhi prosedur mahkamah.


"Sebagai pengadu, Suaram kini punyai akses penuh kepada laporan siasatan pendakwaraya dan polis Perancis. Besar beza prosedur dan ketelusan siasatan antara Malaysia dan Perancis," katanya.


Pada sidang media sama, Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah memberikan komitmen untuk membawa isu tersebut ke Dewan Rakyat pada minggu hadapan.


"Telah 10 tahun sejak 2002, kes ini tergantung. Kerajaan Malaysia wajar berikan kerjasama penuh, bukannya menghalang siasatan dibuat," tegasnya.

STRATEGI TAK MENJADI!!! Bagaimana Najib gagalkan rancangan Muhyiddin?

http://www.thenutgraph.com/user_uploads/images/2009/03/28/MUHYIDDIN.jpgAkhirnya Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil mengambil keputusan meletak jawatan selepas hampir lima bulan bergelumang dengan skandal penyelewengan NFC yang dikaitkan dengan suami beliau.

Namun Shahrizat masih mempertahankan kedudukan beliau sebagai Ketua Wanita Umno. Beliau sedar kedudukan beliau sukar ditandingi atau dicabar oleh timbalan maupun para exco wanita. Walhal skandal yang membabitkan suami Shahrizat tersebut boleh digunakan untuk menyingkirkan beliau sekiranya ada calon wibawa yang mampu mencabar Shahrizat.


Shahrizat pula menyedari kekuatan beliau dalam sayap wanita itu. Malah bukan sekadar tuan empunya diri yang sedar akan kekuatan yang dimiliki beliau malah seluruh anggota Umno pun tahu.


Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak pun tahu dan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin pun sedia maklum. Maka tidak hairanlah Shahrizat dan sayap wanita itu menjadi pertaruhan untuk memastikan kemenangan dalam setiap pemilihan yang di adakan.


Najib bertindak memberikan jawatan menteri kepada Shahrizat melalui laluan Senator setelah tewas kepada anak Anwar Ibrahim, Nurul Izzah di Lembah Pantai.


Muhyiddin adalah antara orang yang lebih kehadapan melihat potensi Shahrizat berbanding Najib. Atau dalam lain perkataan, bacaan politik Muhyiddin lebih tajam berbanding Najib.


Ini disebabkan dunia politik Najib banyak bergantung kepada populariti bapa beliau, Tun Abdul Razak. Beliau datang dari keluarga bangsawan yang tidak memahami pahit jerit rakyat bawahan.


Najib juga banyak menumpang dari kekuatan orang lain termasuk dari Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk naik ke pentas politik. Begitu juga sikap ‘palaysafe’ beliau yang hanya mencuri peluang serta cuba mengelak dari sebarang risiko menjadikan beliau di lihat bersih.


Lantaran itulah setelah dilantik menjadi pemimpin tertinggi negara, beliau terpaksa menggunakan penasihat Yahudi, APCO bagi membantu pentadbiran beliau walaupun terpaksa membayar RM77 juta setahun.Ini disebabkan beliau tidak mempunyai idea serta takut berhadapan risiko.


Berbeza dengan Muhyiddin yang lahir dalam keluarga yang ada siasah agama dan ulama. Ahli Parlimen Pagoh tersebut telah di uji dengan pelbagai pengalaman dan gelumang tendang terajang politik dari bawah.


Usaha singkirkan Najib


Ketika Tun Abdullah dilantik menjadi Perdana Menteri pada 2003, beliau mengambil masa selama empat bulan untuk melantik timbalan beliau.


Dari dua calon, Najib dan Muhyiddin, akhirnya Najib di pilih walaupun Abdullah mahukan Muhyiddin. Pemilihan Najib disebabkan pelbagai faktor. Selain tekanan termasuk dari bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dengan alasan ‘status quo’ dalam Umno, Abdullah juga banyak menerima tekanan dari orang-orang Najib yang banyak menguasai kontrak-kontrak kerajaan sejak zaman Dr Mahathir lagi.


Sebagai pemimpin tertinggi negara, Abdullah cuba meredakan keadaan dan melantik Najib sebagai Timbalannya disebabkan Pilihanraya Umum ke-11 (PRU 11 )akan di adakan.


Selepas mencapai kemenangan besar dalam PRU11, Abdullah meletak Muhyiddin sebagai Menteri Pertanian. Posisi Menteri Pertanian dilihat sebagai kementerian yang bukan dianggap ‘glamor’ dan berprestaj. Namun Abdullah melihat dari sudut yang berbeza.


Kementerian Pertanian yang di ketuai Muhyiddin telah di naiktaraf oleh Abdullah menjadi Kementerian Pertanian, Industri dan Asas Tani. Abdullah juga menjadikan motto pertanian sebagai sebuah Industri yang komersil dan bukannya hanya keperluan untuk cukup makan.


Justeru Abdullah telah memberikan peruntukan yang besar kepada kementerian dibawah Muhyiddin sesuai dengan kementerian yang diberi tugas untuk menjadikan sektor pertanian sebagai sebuah industri komersil.


Dengan peruntukan yang sebegitu besar bukan sahaja membolehkan beberapa projek mega baru dilaksanakan malah membolehkan lebih banyak peruntukkan diberikan kepada kumpulan sasaran di kementerian tersebut


Dalam masa yang sama ini akan membolehkan Muhyiddin mendekati ketua-ketua Umno Bahagian, cawangan serta para ahli Umno di semua peringkat yang terdiri dari para petani, pekebun, penternak, nelayan dan peladang di seluruh negara.


Harapan Abdullah dengan memberikan ruang dan peluang yang luas kepada Muhyiddin mendampingi akar umbi Umno akan membolehkan Ahli Parlimen Pagoh tersebut kekuatan sokongan untuk menandingi Najib dalam pemilihan nanti.


Keluarga Shahrizat di beri Projek RM250 juta


Di atas perkiraan lain, Abdullah dan Muhyiddin masih menaruh kesangsian terhadap sokongan wanita memandangkan kebanyakan ketua-ketua Bahagian, Ketua-Ketua Cawangan serta ahli akar umbi yang terlibat dalam kementerian dibawah Muhyiddin terdiri dari para pemuda dan veteran Umno lelaki.


Malah Abdullah dan Muhyiddin tidak bimbang dengan sokongan dari Pemuda Umno kerana menantu Abdullah, Khairy Jamaluddin menguasai sayap pemuda.


Bagi mendapatkan sokongan wanita secara pukal, suatu usaha perlu dilaksanakan. Malah Abdullah dan Muhyiddin sedia maklum akan kekuatan yang dimiliki oleh Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil.


Dalam pergerakan wanita pula amat mudah untuk di kuasai asalkan ketuanya dapat ditawan.Bak lembu yang dicucuk hidung, kemana tali di arah kesitulah si lembu akan terarah.


Sebagaimana kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat sebelum ini bahawa adalah mustahil Shahrizat tidak megetahui projek lembah daging Gemas bernilai RM250 juta yang diberikan kepada suami beliau, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail.


Sedangkan sebagai seorang menteri kabinet serta orang lama yang telah berada dalam kabinet dan politik adalah juga mustahil bagi Shahrizat tidak menyedari konflik kepentingan apabila projek tersebut diberikan kepada keluarga beliau.


Melainkan ada pihak yang memberi jaminan kepada beliau bahawa ‘agenda sulit’ tersebut tidak akan terbongkar selagi kuasa berada didalam tangan pihak yang menawarkan projek tersebut.


Atau Shahrizat dijanjikan ‘imbuhan’ yang lebih besar sekiranya matlamat menjatuhkan Najib tercapai.


Atau pun Shahrizat begitu yakin dengan ‘strategi’yang dirancang sehingga lupa akan nasib yang akan menimpa beliau sekiranya agenda tersebut gagal atau dibongkar.

Dilema Najib

Sebagai orang lama dalam politik, mustahil juga Najib tidak dapat membaca agenda yang sedang di atur terhadap beliau. Beliau juga mungkin telah lama sedar sebagai pemimpin numbor satu, Abdullah akan melakukan ‘check and ballence’ terhadap timbalannya.


Malah mungkin juga agenda dan pakatan Abdullah-Muhyiddin juga telah lama disedari namun beliau berdiam diri dan mengunggu masa yang sesuai.


Najib juga bertindak menangguhkan pemilihan barisan baru dalam Umno yang seharusnya berlangsung tahun lalu ketika perhimpunan Agong Umno. Tindakan Najib tersebut mungkin disebabkan beliau telah menghidu pakatan muhyiddin.


Tindakan Ketua Audit Negara yang membongkar kelemahan projek Lembu Daging Gemas (NFC) ketika era Najib menjadi pemimpin tertinggi negara juga mengundang persepsi yang pelbagai.


Sebagaimana Abdullah dahulu yang terpaksa menerima Najib di saat menjelang PRU 11 lalu mungkin digunakan Najib sekarang bagi meredakan keadaan.


Demam PRU 13 yang sedang hangat bertiup memaksa Najib untuk tidak membuat ‘perang terbuka’ terhadap timbalannya maupun pada Shahrizat. Sebaliknya Najib cuba memperkuda kudrat dan pengaruh Muhyiddin untuk memastikan BN berkuasa selepas pilihanraya umum nanti.


Dalam keadaan serba terdesak Najib terpaksa mencari pelbagai helah dan ‘flip-flop’ untuk memperkatakan status Shahrizat dalam kabinet dan parti.


Najib juga terpaksa menanggung pelbagai tanggapan ahli-ahli Umno berhubung tindakan berdiam diri beliau. Malah Dr Mahathir turut menggesa Shahrizat meletak jawatan namun Najib tetap membisu.


Najib takut Shahrizat ‘membalas dendam’ sekiranya memaksa Shahrizat meletak jawatan disebabkan kekuatan Shahrizat dalam pergerakan wanita.


Apa yang pasti Shahrizat telah meletak jawatan sebagai anggota jamaah menteri Najib tetapi masih mahu mempertahankan jawatan sebagai ketua Wanita.


Shahrizat juga tahu sekiranya beliau masih menerajui pergerakan wanita selagi itulah Najib tidak berani ‘menyentuh’ beliau.


Najib pula tidak berapa pasti pendirian dan pegangan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang juga menantu Abdullah.


Walaupun baru ‘disogok’ dengan jawatan sebagai peneraju Permodalan Nasional Berhad (PNB) namun ‘petroitisme’ Khairy terhadap beliau masih tidak diuji.

JALAN PULANG

11 PUNCA!!! UMNO Selangor bakal kalah teruk dalam PRU 13


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjNYmB_7PknAMf6y2PZNhPQQ0OIFQwhoFsbK-F55BNrHGky0yhAB-DM4JaG8cvC30QfBs5epULeGGD33xgk_9KFzNrLKA0l5PlkydpgSQs2pKTyUembs46uCsKmU0sWWRk-D8aE71ectU7C/s400/NohOmar_sun.jpg

" DATO NAJIB TAK PAYAH CAMPUR URUSAN DI SELANGOR....
INI SEMUA BIAR SAYA SETEL....."

Hasil aku berbual dengan beberapa orang UMNO Selangor yang rapat dengan Khir Toyo , aku simpulkan 10 punca UMNO Selangor akan kalah teruk PRU 13.

1. UMNO Selangor berpecah teruk dan tak bersatu

Ini dapat dilihat jelas dengan pergeseran utama Noh Omar dan Khir Toyo. Ini termasuklah pergaduhan di peringkat bahagian yangt ak pernah selesai.

2. UMNO Selangor tidak ada susuk pemimpin untuk menyatukan mereka

Kesetiaan UMNO Selangor pada hari ini hanya dapat dilihat pada Najib. Lepas Najib habis lawatan kerja ke Selangor , semua pimpinan UMNO Selangor kembali kepada keadaan asal iaitu bercakaran sesama sendiri.

3.Pemimpin utama UMNO Selangor menghadapi masalah persepsi burok rakyat

Noh Omar - persepsi burok sebagai seorang yang angkuh dan lagak gangster

Satim Diman - persepsi burok sebagai seorang yang suka main golf dari lawat kawasan dan skandal 'land-grabbing'.

Khir Toyo - Dipenjara setahun membuktikan kebenaran serangan Pakatan kepada beliau

4. Calon MB Selangor dari UMNO Selangor masih samar dan tidak jelas

Strategi untuk tidak menamakan calon MB Selangor oleh UMNO Selangor dipikir baik oleh BN Selangor kerana tidak mahu mendedahkan awal calon supaya tidak diserang oleh Pakatan Rakyat. Tapi kalau diikut sentimen pengundi Selangor pada waktu ini , rakyat Selangor mahu tahu siapa yang bakal teraju negeri terkaya ini kalau bakal calon MB itu dari UMNO Selangor.

Strategi tidak mahu menamakan calon MB UMNO Selangor adalah satu strategi bangang.

5. Mencalonkan tokoh korporat sebagai MB UMNO Selangor adalah satu tindakan yang akan menimbulkan kemarahan di kalangan akar umbi UMNO Selangor

UMNO Selangor tidak perlu terhegeh-hegeh untuk mengikut rentak Pakatan Rakyat yang memiliki Menteri Besar seorang tokoh korporat berjaya.

Masalah UMNO Selangor adalah , kesemua tokoh GLC yang disebut-sebut itu sudah rosak teruk imej mereka. Semua adalah tokoh-tokoh penyamun dan penyangak.

6. Meletakkan Zin Badak sebagai tokoh untuk mengepalai BN Selangor adalah satu tindakan bangang

Selepas desas-desus bertiup kencang kononnya Rozali Syabas nak jadi calon MB , Najib meletakkan Zin Badak sebagai tokoh untuk kepalai serangan kepada Pakatan Rakyat Selangor.

Pertama , isu Zin Badak merapu. Itu isu nasional yang sebenarnya rakyat Selangor tak ambil peduli.

Lantak la , KAD ke NDI ke dan apa saja la.

Itu bukan isu utama.

Rakyat Selangor ambik kesah isu tempatan.

Kedua , Zin Badak kalaupun masih belum ada persepsi burok terhadap beliau , namun dia memilik susuk yang lemah dalam kepimpinan.

Zin Badak ini pemimpin play-safe yang tidak kelihatan karismanya.

Tidak lain macam seorang engineer bersara yang ada syarikat konsultan nak cari projek.

7. Menggunakan Hasan Ali sebagai pencacai untuk menarik undi bagi UMNO Selangor akan memakan tuan satu hari nanti

Aku tahu Noh Omar kurang selesa dengan roadshow Hasan Ali. Kalau diikutkan impak, sebenarnya roadshow Ezam Mat Nor dulu di Selangor lebih tinggi kehadiran rakyat Selangor.

Tapi hujungnya , kempen mengamuk tak tentu pasal ala Hasan Ali ini akan berkesudahan dengan Hasan Ali akan pancit.

Dan orang akan naik meluat dengan gaya berlagak Hasan Ali.

Satu soalan yang nak aku aju adalah ;

" Kau ingat Hasan Ali kehulu ke hilir dala Selangor ni sebab apa ? "

Jangan remehkan cita-cita Hasan Ali nak jadi MB Selangor.

Jangan 'underestimate' nafsu serakah malaon ni.


8. Ketua Pemuda UMNO Selangor lemah dan tidak buat kerja

Ku Salleh ini kawan lama aku dan aku kenal rapat. Kalaupun malaon ni masih tercari-cari siapa la dok bagi info ke Tawan Malaysia ni.

Ku Salleh ada skandal yang masih belum terdedah.

Dia ni tidak reti berpidato dan jarang buat kerja.

Ku Salleh juga tidak dapat sokongan banyak Ketua Pemuda.

9. UMNO Selangor gagal memahami isu yang dekat dengan Rakyat Selangor.

Aku tak tahu la sapa think-tank untuk UMNO Selangor. Yang aku pasti strategi dan gerak politik UMNO Selangor macam jamban.

UMNO Selangor seakan lemas dalam politik baru bawaan Pakatan Rakyat.

Selagi UMNO Selangor angkuh dan perasan pandai selagi itulah UMNO Selangor akan terus mampos.

10. Pengaruh Khir Toyo yang cukop menebal dalam UMNO Selangor dan apabila tindakan Khir Toyo cuba sabotaj dengan tidak aktif langsung membantu UMNO Selangor.

Antara punca UMNO Selangor tumbang nanti adalah apabila Khir Toyo tidak akan membantu UMNO Selangor untuk meraih kemenangan.

Khir Toyo sangat terkesan setelah dikhianati rakan sendiri dalam perjuangan.

Jangan remehkan pengaruh besar Khir Toyo dalam UMNO Selangor.

Kalau orang kata Khir Toyo dah takde duit nak dana jenteranya adalah satu kesilapan besar , beliau ada ribuan hektar tanah kelapa sawit di Sabah yang bernilai jutaan ringgit untuk fund pergerakan beliau.

Dana yang dimiliki oleh Khir Toyo jauh lebih besar dari tabung pilihanraya PKR Selangor yang aku rasa RM 100,000 pun tak sampai.

11. Penunjuk aras kepada kejayaan UMNO Selangor merampas Selangor adalah cukop mudah ; selagi mana MCA Selangor dan MIC Selangor masih di tahap ini.

Apa yang aku boleh katakan.

Jangan mimpi la nak dapat Selangor.

Adun Sg Pelek pun belum tentu dapat pertahankan kerusi PRU 13 ni.

Apa langkah proaktif yang wajib diambil UMNO Selangor ?

Apa masalah Pakatan Rakyat yang wajib UMNO Selangor serang ?

Ini semua kami tak boleh tulis la.

Tengok keadaan la , kalau aku rasa berbulu dengan Pakatan Rakyat Selangor ni.

Aku tulis nanti.........TawanMalaysia


KETUA PENERANGAN JATI!!! Cabar Ustaz PAS berdebat bila disambut , tak berani pula

http://3.bp.blogspot.com/-56luTkHtMYw/Tx2sPJXVXCI/AAAAAAAAEiE/MQ6gmjKgf2I/s400/Ustaz+Hasan+Basri.jpgSaya dalam perjalanan balik dari Kelantan. Seorang kawan memandu, sedang saya bermain FB menggunakan galaxy Tab di sebelahnya. Melihat kandungan FB, ada seorang memaklumkan melalui Inbox bahawa Hasan Basri yang merupakan ketua penerangan JATI telah mencabar ustaz-ustaz PAS berdebat tentang isu Tahaluf Siyasi.

Mengenangkan saya mempunyai pendidikan agama dan berkeahlian PAS, Saya menyambut cabaran itu dan menyatakan kesedia tersebut dalam FB saya. Malahan, ada pula pihak bersedia menjadi penganjur.

Tidak lama kemudian, saya dimaklumkan bahawa Hasan Basri Jati itu dah nyatakan kesedian untuk sepentas dengan saya, sama ada secara terbuka atau tertutup. Saya telah nyatakan perkara ini dalam FB saya.

Tidak lama kemudian, saya dimaklumkan pula bahawa Hasan Basri tidak bersedia pula dengan debat tersebut. Antara alasan yang saya diberitahu adalah menyatakan bahawa saya tidak beretika.

Yang saya pelik tu, apakah tindakannya mencabar ustaz-ustaz PAS berdebat di khalayak ramai untuk berdebat tu adalah satu perkara yang etika? Apakah menarik diri dari debat setelah beliau sendiri mencabar terlebih dahulu itu sebagai beretika?

Saya berpesan kepada Ustaz hasan basri dari Jati yang merupakan bekas Yang Dipertua PAS di kawasan Saya, bahawa jika beliau tidak bersedia berdebat, beliau tidak perlu meroyan dipentas murahan JATI mencabar dalam perkara yang beliau sendiri tak memahaminya.

Wallahu 'Alam

Sekian..

AL BAKISTANI