Wednesday, March 21, 2012

AZLINA MELENTING!!! Tuduh Mat Bangla dan Indon berdemo, tapi sebenarnya orang UMNO sendiri


Fuh, memang panas beb wa cakap luuu....

Sedap mulut jer ahli parlimen Pengerang, Johor, yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan 'merangkak' bekas Ketua Puteri Umno-APCO, Azalina Othman Said tuduh yang berdemo bantah projek hab minyak dan gas tu semuanya Mat Indon dan Bangla.


Tapi hari ni dakwaan berupa fitnah Azalina terkahanthhoii jugak...


Malah yang lagi memalukan, 96 peratus penduduk yang hadir berdemo semuanya penduduk tempatan beralamatkan Pengerang, Kota Tinggi dan Mersing, bukannya Ciliwung atau Madura!


Patutlah Najib Altantuya tak ambik dia balik masuk kabinet sebab bukan setakat dah tak jadi ketua puteri, tapi bangang sampai ke ulu hati!


Nasib Azalina sendiri pun khabarnya terumbang-ambing sebab Najib Altantuya dah sound awal-awal siapa yang tak rasa dirinya 'winnable candidate' baiklah dipersilakan berundur...


Jadi apa tunggu lagi Azalina?


Nak tunggu Johor tumbang di tangan Pakatan Rakyat baru nak terhegeh-hegeh?


Kah kah kah...



Mimpi Lena Azalina Terganggu


PENGERANG – Kedudukan Dato’ Seri Azalina Othman Said sebagai Ahli Parlimen Pengerang, Kota Tinggi dianggap selesa bagi sesetengah orang.


Hal ini, kerana umum mengetahui kemenangannya di situ kononnya berkubu ‘kebal’ menyebabkan seolah-olah kedudukannya tidak terancam.


Walau bagaimanapun, siapa sangka dalam diam, terdapat masalah di kawasannya itu yang perlu diselesaikan segera.


Terbaru, kira-kira 100 penduduk yang melibatkan 6 buah kampung di bandar itu berpiket bagi menuntut pemberian pampasan yang setimpal berikutan pembangunan yang akan dibina di lokasi berkenaan.


Antara kampung yang terlibat seperti Kampung Sungai Kapal, Sungai Buntu, Teluk Empang, Kampung Jawa, Kampung Sebong, Langkah Baik dan Batu Mas.


Dipercayai, Projek Hub Industri Minyak Dan Gas yang dirancang, telah menjadi keresahan banyak pihak kerana didakwa kawasan itu turut mempunyai kesan-kesan sejarahnya.


Malah ada juga yang telah mengusahakan ladang sayur kira-kira 30 tahun dahulu.


”Apakah kami akan mendapat pampasan yang setimpal dengan apa yang kami perolehi sekarang setelah memberikan tanah kami untuk projek pembangunan ini?,” kata seorang penduduk, Lim Eng Guat yang dipetik Sinar Harian.


Semalam akhbar itu melaporkan sebahagian penduduk menyuarakan bantahan berhubung isu ini ekoran ketiadaan perjanjian yang menyenaraikan imbuhan yang bakal diterima jika mereka mempersetujuinya.


Soalnya, adakah beliau masih lagi diulit mimpi-mimpi indah?


Kalaupun sebelum ini beliau digelar ‘superwomen’ kerana kemampuannya menyelesaikan isu nelayan tempatan yang pernah ditahan pihak berkuasa Indonesia kerana didakwa menceroboh perairan negara jiran itu baru-baru ini.


Mengapa tidak, isu yang dianggap senang ini, diberi perhatian segera.


Atau hanya menanti jawapan sama ada kekal atau tidak sebagai ahli parlimen itu selepas PRU 13 nanti.


JALAN PULANG



'96% penduduk bantah projek penapisan'



Jawatankuasa Bertindak Penduduk Pengerang hari ini menyangkal dakwaan Ahli Parlimen BN, Datuk Azalina Othman bahawa hanya 200 penduduk menghadiri perhimpunan Ahad lepas kerana membantah rancangan Petronas membina kilang petrokimia bagi projek pembangunan hab industri minyak dan gas penapis gas di pekan itu.

Jawatankuasa penduduk juga menyangkal dakwaan Azalina mereka yang menyertai bantahan itu semuanya orang asing.


Tapak terbabit terletak dalam kawasan pilihan raya Azalina.


Menurut pengerusi jawatankuasa tersebut Kasran Abdullah, kajian mereka yang dijalankan November lepas di tujuh kampung terbabit, menunjukkan 96 peratus penduduk membantah projek Pembangunan Bersepadu Petrokimia dan Penapisan Petronas (Rapid).


Katanya, jawatankuasa itu telah mengumpul lebih 1,600 tandatangan responden yang menentang projek itu dan senarai tersebut akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam bentuk memorandum.


Mereka yang menandatangani bantahan tersebut terdiri daripada kira-kira 1,000 orang Cina dan 600 orang Melayu.


"Tandatangan itu dikumpul hanya daripada ketua keluarga, bukan dari semua penduduk kampung dan ia tidak termasuk anak-anak mereka," kata Kasran, yang juga seorang ahli Umno, ketika dihubungi Malaysiakini.

TERKINI!!! Orang no.2 Wanita UMNO desak Shahrizat letak jawatan




Naib Ketua Pergerakan Wanita Umno-APCO, Kamilia Ibrahim sebentar tadi mendesak Ketuanya yang bakal melepaskan jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang lebih dikenali dengan gelaran 'Makcik Bollywood', Shahrizat Jalil supaya meletakkan jawatannya dalam pergerakan itu.

Sambil menyindir Shahrizat yang enggan melepaskan jawatan sebagai orang nombor satu dalam Wanita, Kamilia berkata, Shahrizat kini sudah menjadi beban terbesar buat Umno-APCO bagi menghadapi pilihanraya umum yang dijangka pada bulan Jun nanti.


Tekanan terbaru ini bakal menyaksikan perpecahan teruk antara dua puak yang bertelingkah susulan pendedahan skandal NFC yang melibatkan keluarga Shahrizat hingga terpaksa menamatkan penggalnya sebagai Senator pada 8 April nanti dengan cara paling memalukan.


Tambah Kamilia yang dibelakangnya adalah musuh tradisi Shahrizat iaitu bekas Ketua Wanita yang ditewaskan, Rafidah Aziz, berkata, Wanita Umno-APCO kini digelar 'lembu' oleh rakyat setiap kali anggota pergerakan itu turun membantu rakyat termasuk di kawasan pedalaman yang terkenal dengan kubu kuat parti reput selama ini.


Pergeseran terbaru ini juga membuatkan perdana menteri Najib Altantuya makin pening kepala kerana perancangannya untuk membawa masuk lebih 4,000 anggota parti itu termasuk wanita dan pemuda pada pehimpunan khas hujung minggu ini pasti akan diboikot salah satu puak yang bertelagah.


Namun, difahamkan, Kamilia membuat kenyataan tersebut menjelang perhimpunan tersebut bagi mendesak perwakilan supaya meminta Shahrizat meletak jawatan serentak dengan tarikh penamatannya sebagai senator dan bukannya menunggu sehingga pemilihan agung Umno-APCO dibuat.


Sekali lagi ia bukti jelas menunjukkan bahawa bukan setakat Pemuda dan Puteri yang bergaduh, malah Wanita yang diibaratkan sebagai tiang seri Umno-APCO juga sedang menuju kehancuran total gara-gara skandal lembu dan Shahrizat Jalil!


JALAN PULANG



Shahrizat must go, repeats Wanita Umno No. 2


KUALA LUMPUR, March 22 — Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil must quit her Wanita Umno post to preserve the credibility of the party and Barisan Nasional (BN), the wing’s number two has said.


Datuk Kamilia Ibrahim told The Star it was not enough for Shahrizat to step down as federal minister next month and urged the latter to also retire as head of Wanita Umno and Wanita BN.


Kamilia (picture) pointed out that public thought something was “morally and politically wrong” with how National Feedlot Corporation (NFCorp) was run and that this was affecting polls preparations.


NFCorp is headed by Shahrizat’s husband, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, who has been charged with criminal breach of trust for allegedly misusing the cattle-rearing company’s federal loan.


“I’ve gone down to the grassroots and this is generally what the members are saying. They are finding it hard to meet the people when the image of their leader is tarnished,” Kamilia (pic, right) told the daily.


“People are poking fun at Wanita and calling us ‘cows’. The Wanita grassroots are saying it’s difficult to work (for the general election)... As a leader, we have to listen to what the grassroots are saying.”


The prime minister has already made it clear he no longer wanted Shahrizat as minister and it was now up to Wanita Umno and BN to decide if they would still accept her as their head, she added.

Shahrizat announced on March 11 that she would step down as women, family and community minister when her term as senator expires on April 8.


Her resignation came after nearly five months of allegations that she and her family had used a RM250 million government soft loan earmarked for NFCorp to pay for personal expenses.


NFCorp, which supervises the National Feedlot Centre (NFC), hit national headlines after the company made it into the Auditor-General’s Report last year for missing production targets.



Apa kata Kamilia Ibrahim pada 4 Februari 2012?


"Secara individu sebagai ahli parti jika kita menjadi beban kepada parti maka kita perlu mengambil tanggungjawab mengutamakan kepentingan parti," kata Datuk Kamilia Ibrahim, Naib Ketua Wanita Umno.


"Walau apapun berlaku Wanita Umno tetap berdiri teguh di belakang presiden parti dan meneruskan kerja-kerja parti untuk menang pada PRU 13 nanti," katanya lagi. Baca seterusnya
di sini.

Kenyataan Kamilia ini adalah signal kepada ahli-ahli Wanita Umno bahawa beliau sudah bersedia mengambil alih kepimpinan dari Datuk Seri Shahrizat Jalil yang sudah hampir pasti akan digugurkan oleh Presiden Umno.


Apabila Datuk Seri Najib Razak menggugurkan Shahrizat daripada senarai calon PRU akan datang, pasti akan berlaku pemberontakkan dalam Wanita Umno. Wanita adalah tunjang utama kepada parti tersebut.


Untuk mengambil alih Wanita Umno, sejak hari pertama skandal NFC diketahui umum, Kamilia Ibrahim telah memulakan gerakan.


Beliau perlu buktikan kapada Najib bahawa beliau boleh memimpin Wanita dan berdiri teguh di belakang Presiden Umno itu jika sesuatu terjadi kepada Shahrizat nanti.

BUKTI BN JOHOR DALAM BAHAYA!!! Presiden MCA bertanding di Batu Pahat?

Tindakan Barisan Nasional menurunkan Presiden MCA, Chua Soi Lek di Batu Pahat akan menguatkan lagi peluang KEADILAN dan Pakatan Rakyat merampas Parlimen ini.

“Saya menyambut baik perkembangan ini. KEADILAN Batu Pahat bersedia pada bila-bila masa untuk berdepan dengan mana-mana parti Barisan Nasional.


“Tidaklah mengejutkan,” kata Ketua Cabang KEADILAN Batu Pahat, Syed Hamid Ali merujuk laporan media semenjak minggu lalu.


Syed Hamid menambah, keputusan itu membuktikan Umno ditolak sebahagian besar pengundi bukan Melayu di Batu Pahat secara khusus dan Malaysia secara amnya.


“Ia mengesahkan keresahan pimpinan Umno di Johor yang tidak yakin dapat memenangi hati pengundi pelbagai kaum di Batu Pahat.

“Pengundi Cina di Batu Pahat terdiri dari pengundi muda yang tidak terpengaruh dengan rekod wakil rakyat di masa lalu. Mereka mengambil pendirian yang konsisten mengenai perlunya ada reformasi yang menyeluruh di dalam negara,” kata Syed Hamid Ali.


Syed Hamid turut menegaskan, keputusan persaingan pilihan raya umum ke-13 kelak akan ditentukan pengundi muda berbilang bangsa.

“Jentera KEADILAN Batu Pahat yang sebahagian besarnya terdiri dari anak-anak muda di bawah 30 tahun.

“Ini menguatkan lagi semangat dan keyakinan KEADILAN bahawa peluang Pakatan Rakyat di Batu Pahat adalah baik. tidak kiralah calon atau parti Barisan Nasional mana yang bertanding,” Syed Hamid optimis.

PR MENANG 100 KERUSI!!! Putrajaya milik PR, UMNO akan musnah

KUALA LUMPUR, 22 Mac - Lim Guan Eng percaya Pakatan Rakyat (PR) hanya perlu menang 100 kerusi dalam Pilihan Raya Umum yang harus dilaksanakan sebelum Mei depan untuk menawan Putrajaya dan "Umno akan musnah".

Setiausaha Agung DAP itu berkata PR "mungkin tidak mampu" untuk menawan keseluruhan 112 kerusi untuk majoriti di Parlimen dalam pilihan raya umum pertama mereka tapi Barisan Nasional (BN) akan tumbang sekiranya pembangkang menguasai majoriti di Semenanjung.

"Pilihan raya kali ini agak sukar. Kami mungkin tidak mampu, dan kami tidak perlukan 112 kerusi untuk memegang kuasa. Cukup hanya 100.

"Sekiranya kami adalah parti majoriti di Semenanjung Malaysia, adakah akan ada lagi kesetiaan daripada parti Barisan Nasional di Sabah dan Sarawak?" soal Ketua Menteri Pulau Pinang itu dalam satu temuramah khas dengan The Malaysian Insider minggu ini.

Beliau turut menjangkakan "jika kami memperolehi 90 kerusi di Semenanjung dan 10 di Sabah dan Sarawak", Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjatuhkan Presiden Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Lim menjelaskan bagaimana Najib sendiri mengambil kuasa daripada kedua-dua jawatan berkenaan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi hanya lepas setahun menguasai kerajaan selepas pilihan raya terburuk BN pada Mac 2008.

"Kamu yakin Muhyiddin tidak akan cabar Najib? Itu sudah pasti. Umno kemudian akan musnah. Itu merupakan permainan yang sangat berbeza," jelas Ahli Parlimen Bagan ini lagi.

DAP telah menyertai pakatan tidak rasmi antara PKR dan PAS dalam pilihan raya 2008 yang menyaksikan rekod kemenangan 28 kerusi kerajaan dan menafikan dua per tiga majoriti Parlimen dan lima kerajaan BN.

Ketiga-tiga pembangkang berkenaan menerima sokongan lebih daripada separuh undi popular di kawasan semenanjung, dengan memenangi 80 daripada 166 kerusi.

PRU 13 MAKIN HAMPIR!!! Najib tumpu Perak, UMNO Kedah dok bercempera




Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Panas politik PAS Kedah tiba-tiba diredakan dengan tindakan mengejut bekas pemimpin veteran Umno yang juga bekas menteri cabinet Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mengumumkan keluar dari Umno.

Meskipun tindakan Kadir itu tiada kena mengena dengan PAS atau Pakatan Rakyat tetapi ia tetap berita yang menggembirakan kerana ia menggambarkan kepincangan dalam UMNO.


Kadir bukan calang-calang orang dalam Umno, selama 56 tahun (sejak 1956) memegang jawatan dalam parti sehingga sebelum isytihar keluar parti. Mungkin hanya boleh dibilang dengan jari, pemimpin Umno yang mampu bertahan dengan jawatan dalam Umno selama itu.

Beliau pernah menjadi exco Pemuda Umno selama 10 tahun dan Ahli Majlis Tertinggi Umno selama 24 tahun di samping jawatan-jawatan lain seperti Ketua Pemuda Umno Negeri Kedah dan sebagainya.


Beliau juga menjadi Ahli Pentadbiran Kerajaan Malaysia sekitar 30 tahun, selaku Setiausaha Politik, Setiausaha Parlimen, Timbalan Menteri dan Menteri. Antara kementerian yang pernah diterajuinya termasuk Penerangan dan Pelancongan.

Beliau kini adalah timbalan presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) dan sering mengeluarkan kenyataan yang membidas Umno, termasuk dakwaan BN membeli undi dan tiadak kebebasan bersuara dalam parti itu.

17 Mac lalu, Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Lembaga Disiplin Umno sedang mengumpul maklumat dan bukti berhubung dakwaan Abdul Kadir berkenaan dan akan bertindak ke atasnya.

Belum pun tindakan diambil dia terlebih dahulu keluar. Berbeza dengan Dato’ Dr. Hassan Ali yang keluar PAS kerana dipecat. Lazimnya orang yang dipecat lebih hilang maruah dan wibawanya berbanding orang yang tahu mencari pintu keluar sendiri. Itulah kelebihan Kadir.

Dalam PRU12 lalu beliau memilih untuk mengundur dari dari bertanding secara sukarela. Itupun tindakan berwibawa juga berbanding jika dia digugurkan sebagai calon.

Hakikatnya apabila beliau sudah bersara secara sukarela dari politik Pusat dan kerajaan, maka kritikannya terhadap Umno, BN dan kerajaan bukan kerana tiada tempat lagi dalam politik atau kerana mahu menyebelahi pembangkang sebaliknya segala kritikan terhadap Umno dan BN lahir dari keikhlasan hatinya yang menyaksikan sendiri kepincangan dalam parti rasuah itu selama hampir 6 dekad.


Jika Dr. Hassan Ali ada JATI, maka Kadir ada AMANAH. Jika Kadir memilih untuk tidak duduk berehat di rumah di waktu bersaranya ini, maka segala maklumat dalaman Umno darinya tentulah dinanti-nantikan oleh rakyat untuk melihat dia beraksi di pentas ceramah.

Ceramahnya pasti akan menghimpun ribuan manusia, lebih mendapat sambutan berbanding ceramah Hassan Ali, Ibrahim Ali dan Umi Hafilda Ali. Inilah yang sangat dirisaukan oleh Umno menjelang hampirnya pilihanraya.


Datuk Seri Najib Razak dan BN pasti tidak akan membiarkan hal ini terjadi. Mereka akan menggunakan apa saja cara supaya Kadir tidak bebas bersuara.

Tawaran dan ugutan adalah strategi yang lumrah digunakan oleh BN, hatta ke peringkat menggunakan perkakas kerajaan sekalipun. Kadir anak Kedah. Elok juga dia mengkucarkacirkan Umno di Kedah di saat PAS belum kebah sepenuhnya dari demam.


Minggu lalu ada mesyuarat Perhubungan PAS Kedah. Kononnya ada desakan supaya Pesuruhjaya Ustaz Azizan Razak menukarkan Timbalan Pesuruhjaya 1 dan 2 yang disandang oleh Dato’ Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh.

Itu hanya andaian kerana tiada siapa tahu apa yang dibincangkan dalam mesyuarat tertutup melainkan mereka yang layak hadir. Yang pentingnya ialah apabila Pesuruhjaya mengumumkan selepas mesyuarat tersebut bahawa tiada rombakan untuk kedua-dua jawatan timbalan pesuruhjaya.

Pesuruhjaya tidak perlu mempunyai jiwa yang terlalu besar untuk membuat keputusan tersebut kerana itu kehendak PAS Pusat yang mahu semua pihak yang dianggap berkonflik berada dalam satu saf yang mantap menjelang pilihanraya.

Tindakan yang diambil oleh Ustaz Azizan dan kesediaan dua timbalannya untuk terus bersama memimpin PAS Kedah mempunyai impak positif yang sangat besar terhadap PAS di seluruh negara. Imej yang bukan sedikit tercalar tempohari kembali bersinar.


Tugas penting PAS Kedah sekarang ialah menggerakkan semula jentera pilihanraya dengan kekuatan berganda setelah tergendala hampir sebulan.

Sepanjang tempoh PAS alami ribut dalam cawan, BN Kedah tidaklah sekuat mana mengumpul kekuatan. Tiada manfaat yang mereka dapati dari ‘konflik’ PAS kerana jika PAS berkonflik di pucuk dan dahan maka BN khususnya Umno berkonflik hingga ke akar umbi.


Tiga bulan menjelang pilihanraya yang dijangkakan adalah tempoh yang kritikal bagi Umno kerana sekaranglah masa kemuncak untuk melobi jadi calon.

Selagi Pengerusi Perhubungan Umno tidak mengumumkan calon yang sahkan oleh Presiden parti maka selama itulah ruang dan peluang masih sama rata. Sesiapa saja yang mahu menjadi calon Umno dalam sesuatu kawasan (DUN atau Parlimen) mestilah mempunyai kekuatan sokongan hingga ke akar umbi dalam parti.

Sokongan tidak boleh diraih percuma melainkan mesti dibeli. Itu budaya baru dalam Umno kini.


Setiap bakal calon Umno mempunyai rangkaian penyokong Umno masing-masing. Hampir tidak ada kawasan di Kedah, dimana seorang calon payung terjun selesa untuk turun bertanding sekalipun dengan restu Presiden parti.

Contohnya Datuk Dr. Mashitah Ibrahim yang diura-urakan akan bertanding di kampung halamannya di kawasan parlimen Pokok Sena sudah siap disediakan pagar halangan oleh orang penting Umno Bahagian Pokok Sena. Ia bukan rahsia lagi.

Datuk Latt Shariman (pegawai khas Perdana Menteri) yang sudah tiga tahun memugar kawasan Parlimen Kuala Kedah dan Dato’ Seri Jamil Khir Baharom (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri) yang empat tahun memancing rakyat Jerai juga masih tidak selesa untuk menjadi calon BN. Masih ada tembok hadangan dari ‘orang asal’ bahagian.

Itu cerita nama-nama besar Umno, pun sudah bermasalah. Nama-nama biasa dan kecil apatah lagi, lebih sukar untuk menempatkan diri dengan selesa sebagai calon yang mendapat sokongan padu dari semua pihak macam Umno/BN di zaman Dr. Mahathir dahulu.


Semua ketua-ketua puak yang tersenarai sebagai bakal calon ini tidak akan duduk diam jika tidak terpilih sebagai calon. Pilihan yang ada bagi Umno untuk menyelesaikan masalah puak ini ialah memenuhi tuntutan alternatif ketua puak mereka setelah tidak terpilih sebagai calon.

Percayalah untuk PRU13 ini Umno terpaksa menggunakan berguni-guni duit bagi mendapat kerjasama dari ketua-ketua puak dalam Umno. Duit negara boleh habis untuk membela ketua puak dalam Umno tetapi sokongan terhadap BN belum tentu diperolehi. Itu masalah besar Umno.


Sekarang Najib sedang menjelajah ke seluruh negara untuk menabur duit membeli undi. Bermula dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia bernilai RM500 yang dihulurkan 54 tahun sekali, kini setiap pertemuan Najib dengan mana-mana komuniti umpannya ialah peruntukan yang bernilai berjuta-juta.

Peruntukan itu duit rakyat, kempen politik BN pun semuanya dibiayai oleh duit rakyat. Apa yang disebutkan oleh Tan Sri Kadir perihal Umno yang membeli kuasa dengan wang adalah benar. Negara boleh bangkrap angkara pemimpin yang semakin hilang kewarasan menggunakan duit dari tabung khazanah negara untuk mengekalkan kekuasaan.

TUTUP MULUT!!! Speaker arah PAC henti siasat NFC

KUALA LUMPUR, 21 Mac — Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah mengarahkan Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) untuk menghentikan inkuiri terhadap penyalahgunaan RM250 juta dana awam oleh Pusat Fidlot Corporation (NFCorp).

The Malaysian Insider difahamkan panel sedang mengadakan mesyuarat tergempar untuk menolak arahan Speaker Dewan Rakyat sehari selepas keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, pemilik syarikat tersebut, enggan berhadapan dengan jawatankuasa berkenaan.

“Speaker mengarahkan untuk ‘menghentikan’ inkuiri terhadap NFC dan keputusan itu adalah sub judis,” menurut sumber melalui pesanan ringkas.

Pandikar Amin (gambar) minggu lalu tidak membenarkan usul tergempar untuk membincangkan kontroversi RM250 juta walaupun pada mulanya membenarkannya dengan alasan perkara itu sudah dibicarakan di mahkmah.

Pengerusi NFCorp Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail telah dituduh di mahkamah pada 21 Mac dengan dua tuduhan pecah amanah dan dua kesalahan pelanggaran Akta Syarikat. Saintis makanan itu merupakan suami kepada Ketua Wanita Umno.

“Pada mulanya saya membenarkan ia dibacakan tapi sekarang perkara itu sudah pun di bawa ke mahkamah. Jadi saya tidak boleh memberikan kebenaran,” kata Speaker Dewan Rakyat itu.

“Ia tidak boleh dibincangkan kerana ia sudahpun di bawa ke muka pengadilan.”

Tetapi keputusan Mahkamah Tinggi dilihat oleh The Malaysian Insider menunjukkan yang keputusan Pandikar Amin itu mempunyai kecacatan.

Mahkamah Tinggi dalam pertuduhan difailkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) terhadap peguam kerajaan Selangor dan akhbar PAS, Harakah tahun lalu, menunjukkan mahkamah harus berhati-hati memohon subjudis dan perlu mengambil kira peruntukan Perlembagaan terhadap kebebasan bersuara.

Hakim Ariff Jusoh, apabila menolak permohonan tersebut menegaskan undang-undang “common law” terhadap subjudis harus berdasarkan “peruntukan kebebasan bersuara”.

“Mahkamah tidak percaya terhadap sensitiviti kebanyakan rakyat Malaysia boleh berbeza dan mahkamah cenderung untuk mengambilkira peruntukan kehakiman yang berbeza berkaitan dengan kebebasan bersuara di bawah undang-undang subjudis,” katanya.

NFCorp turut berkata semalam pengarahnya tidak akan menghadap PAC memandangkan kes mahkamah yang tertangguh.

Mohamad Salleh didakwa di Mahkamah Sesyen atas kesalahan pecah amanah dan pelanggaran Akta Syarikat berhubung RM49 juta dana awam yang diberikan kepada syarikat tersebut.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan pecah amanah termasuk dua tuduhan di bawah Akta Syarikat dalam skandal yang mendedahkan Datuk Najib Razak dan Barisan Nasional (BN) menerima tekanan memandangkan pilihan raya yang semakin hampir.

NFCorp menjadi tajuk bualan hangat selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 kerana gagal mencapai sasaran.

Polis telah mencadangkan kepada Peguam Negara supaya mendakwa pengarah NFCorp, tapi Peguam Negara mengarahkan pihak polis untuk menjalankan siasatan lengkap terhadap Mohamad Salleh.

PAS Parit Buntar bina tandas duduk untuk pesakit obesiti

PARIT BUNTAR : PAS Parit Buntar melalui Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan dengan kerjasama Dewan Muslimat serta Unit Amal telah mengadakan satu program ziarah kebajikan dengan memberi bantuan serta membina keperluan asas penduduk yang serba kekurangan di Jalan Terusan di sini.
Setiausaha Lujnah Kebajikan Hairul Nizam Ishak berkata, program yang mendapat kerjasama PAS Cawangan Jalan Terusan itu adalah membina sebuah tandas duduk bagi kegunaan Juliah Jamaludin 41,seorang warga obesiti.

" Beliau mengalami masalah untuk membuang air apabila terpaksa menjalani pembedahan bisul besar dikakinya dan terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan.
" Kakinya terpaksa dibuat pembedahan kerana mengalami bisul yang besar, manakala suaminya Mustafa Yusof 68, baru sahaja pulih daripada angin ahmar dan masih memerlukan rawatan" katanya

Menurut Hairul Nizam, lebih memilukan apabila anak Juliah bersama suami terdahulu, adik Hamizan Yusof 13 merupakan seorang kanak-kanak OKU yang tidak mampu untuk berdikari sendiri.
" Keluarga ini tinggal di rumah pusaka dan hanya mendapat bantuan RM300.00 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan itupun dikhususkan untuk kegunaan harian adik Hamizan seperti lampin pakai buang dan ubat-ubatan.

" Atas keprihatinan, pihak PAS Parit Buntar mengadakan program gotong royong membina tandas duduk untuk Puan Juliah serta memberikan sumbangan untuk adik Hamizan" katanya
Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa, turut meluangkan masa menziarahi keluarga ini disamping memberi semangat kepada pasukan Unit Amal membina tandas tersebut.

Turut hadir membantu YDP, Haji Harun Hashim dan Timbalan YDP, Abdul Baharin Desa.








Dr Mujahid menyantuni adik Hamizan


Timbalan YDP, Baharin turut membantu membancuh simen









Anggota Unit amal mesin rumput halaman rumah Puan Juliah

SHAHRIZAT DAH HABIS!!! Adakah Rafidah Aziz ambil alih Ketua Wanita, terus bertanding Parlimen Kuala Kangsar?

http://www.pesonaimage.com/wordpress/wp-content/uploads/2010/04/rafidah.jpgRafidah Aziz, mantan Menteri Perdagangan yang bergelumang rasuah berkata adalah sesuatu yang benar dan betul bila beliau menyeru rakyat memilih kerajaan yang mempunyai rekod yang terbukti.

Tapi yang sedihnya, beliau memerangkap dirinya dan ketidakyakinan nya bila beliau menggunakan contoh yang salah untuk menerangkan maksud kata-katanya.

“PM (Najib) boleh mentadbir, dan telah membuktikan kebolehan nya,” beliau dilapurkan berkata demikian kepada media kerajaan..


Jika ada seseorang yang boleh membuktikan dirinya ialah pemimpin yang tidak peka dan tanpa sebarang idea bagaimana hendak mentadbir negara, pemimpin tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah PM Najib Razak.

Membodek


Bukan satu yang memeranjatkan bila dengan segera Rafidah menjadi sasaran kritikan beliau cuba membodek Najib. Sokongan nya mengimbas kembali kenangan tentang rekod buruk beliau sendiri, bagaimana kukuhnya akar rasuah yang membuatkan Badawai mengambil masa bertahun tahun sebelum berjaya mengenepikan beliau.


Sekarang beliau cuba menumpang tuah Najib-mungkinn risaukan nasib kerusi Parlimen Kuala Kangsar yang dipegangnya.Adakah Najib akan memberi ruang kepada beliau yang berusia hampir 70 tahun untuk mempertahankan kubu kuatnya di KK atau menjadi ketua Wanita sekali lagi?

Hakikatnya Rafidah ialah ‘lanun’ Umno sebenar-terma yang digunakan oleh rakyat Malaysia untuk merujuk pemimpin parti yang oportunis yang sentiasa dalam mengikis antara satu sama lain.


Apapun yang beliau katakan, Rafidah sendiri digugurkan dari kabinet oleh mantan Perdana Menteri Abdulah Badawi kerana desakan rakyat berkenaan cara beliau memilih menantu lelakinya untuk mendapat permit impot kenderaan motor dan juga berkenaan beberapa saham di firma tertentu.


Serahkan ke tangan yang salah


Mari kita kaji apa yang Najib buat setakat ini bagi mengiyakan komen yang dibuat oleh beliau? Adakah Rafidah hanya beri komen sewenangnya tanpa berfikri dan mengambil kira semua fakta? Adakah beliau telah menjadi terlalu naif atau tidak berpijak di bumi nyata?


Sesuatu yang perlu kita pertimbangkan kerana bila seseorang pemimpin sewenangnya berpandangan sedemikian, ini menunjukkan pemimpin tersebut tiada hak atau keupayaan untuk dipilih atau dilantik ke jawatan tinggi/penting. Beliau mungkin hanya akan jadi pak turut ,dan sudah tentu tidak berguna kepada rakyat Malaysia.


Terbukti Najib sudah berkali kali membuat helah dan putar belit. Terbaru ialah isu-isu penting termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Bill Perhimpunan Aman, skim saraan baru kakitangan kerajaan dan pertukaran saham MAS-AirAsia, juga kegagalan Skim Rumah Pertama.


Tahap ekonomi tiada peningkatan dan situasi sangat buruk sehingga Najib tiada ilham bila kan beliau patut mengumumkan pilihanraya umum kke 13 walaupun hanya tinggal 1 tahun sebelum tempoh penggal pemerintahan kerajaan BN tamat.


“Jangan serahkan negara ke tangan yang salah kerana anda akan susah,” kata Rafidah, sambil menambah bahawa jawatan PM tidak seharusnya diberikan kepada seseorang yang”hanya ingin menjadi PM,”.


Mulut yang celupar


Rafidah sendiri ialah tangan yang ‘salah’, sebagaimana yang beliau sendiri gembar gemburkan. Dan Najib sendiri sanggup bersusah payah untuk menjadi PM.

Sehingga hari ni, kata-kata jelas isteri Rzak Baginda ketika kes bunuh Altantuya menjadi peringatan tentang usaha Najib dan isterinya Rosmah sanggup lakukan bagi menjamin jawatan PM. “Bukan suami saya yang ingin jadi Perdana Menteri,” kata isteri Razak.


Jelas,Najib ialah tangan yang ‘salah’ Begitu juga kuasa besar UMNO seperti Mahathir Mohamad,Abdullah Badawi,Isa Samad ,Shahrizat Jalil.Semua pemilik tangan yang salah ini ada dalam kapal lanun UMNO.


Tidakkah Rafidah baca apa komen terbaru Shahrizat.”Beritahu saya siapa dalam UMNO yang tiada masalah..?” apabila beliau ditanya tentang peranannya dalam kes salahguna RM250juta NFC.

Sepatutnya Rafidah menutup mulutnya dan [ulangkan semuala semua harta kekayaan yang di ambil secara salah dan tidak bermoral dari orangramai.


Bahan jenaka


Beliau bukan hanya menjadi bahan jenaka , malahan beliau juga menunjukkan kejahilan dalam arena antarabangsa –satu yang memeranjatkan bagi seorang yang luas pemandangan seperti beliau.” Kita perlu sebuah pentadbiran yang terbukti boleh berurusan dengan isu serantau,dalam negeri dan global,” tambah Rafidah lagi.


Sudah la Rafidah.Takkan lah kamu tidak baca akhbar atau menonton BBC,yang dipaksa memohon maaf kepada penonton global mereka kerana usaha memalukan Najib menonjolkan publisiti media yang baik untuk dirinya. Kita kena akui Najib gagal membentuk imej baik bagi dirinya walaupun setelaah berbelanja jutaan duit rakyat untuk perunding dari UK,FBC Media.


Sehingga kan Ratu England sendiri mempersendakan Najib bila Queen memakai pakain warna kuning ketika Najib melawat nya, beberapa hari selepas arahan membenteras penunjuk perasaan dalam Bersih 2.0 yang menganjur untuk pilihanraya adil dan bebas.


Terlalu dangkal fikiran nya sehingga melarang pemakaian warna kuning di Malaysia untuk menakutkan rakyat dari menyokong pilihanraya adil dan bebas.

Bagaimana ini boleh membuktikan Najib ialah pemimpin yang baik? Bagaiman nak buktikan Rafidah tidak berbohong bila beliau memuji Najib? Bagaimana nak buktikan beliau tiada motif disebalik komen bodeknya ini?


Ucap selamat dan selamat tinggal untuk Rafidah!


Masih samar bila Rafidah berani berkata –“Malaysia ialah destinasi pilihan untuk berbagai operasi dan perniagaan terkini,jadi jika keadaan berubah-maka selamat lahkepada kamu!”


Haha! Beliau tidak membaca komen sahabatnya Ng Yen Yen,menteri pelanconagn dalam akhbar bahawa sebab orang luar tidak berminat menjadikan Malaysia rumah kedua mereka ialah kerana mereka tidak melihat Malaysia sebagai aman atau stabil.Ini berlaku selepas 5 dekad pemeritahan berterusan UMNO-BN.


Pada masa sekarang pelaburan terus secara langsung di Malaysia kebanyakan nya ke negeri2 Pakatan Rakyat, dan ini bukti pemerintahan yang baik. Jika Rafidah, berdasarkan pengalaman dan pengetahuannya.

Tidak cukup professional untuk mengetahui hal tersebut ,dan memilih untuk berbohong kepada rakyat,maka beliau tidak sepatutnya diberi peluang kedua oleh rakyat.


Rasuah dalam apa bentuk telah berakar dalam jiwanya, dan beliau akan jadi ancaman sebaik saja beliau berkuasa semula. Lebih baik beliau ditempatkan di muzium dan baik untuk Umno membina muzium berhampiran padang dimana Tunku Abd Rahman mengisytiharkan kemerdekaan.

Dan lain-lain pemimpin UMNO yang patut menyertai beliau termasuklah Mahathir,daim,Shahrizat,Najib dan lain-lain lagi.


UMNO –BN, dengan semua skandal dan salah urus termasuk lebih RM1 trillion yang mengalir keluar negara secara haram, peningkatan hutang negara RM450 billion,tidak layak untuk menjadi sebuah kerajaan. ~
malaysiachronicle

NAJIB PASTI TAK SENANG DUDUK!!! Razak Baginda saksi penting akan dipanggil Mahkamah Perancis

Rakan karib Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Razak Baginda adalah saksi penting untuk membantu perbicaraan terbuka skandal rasuah Scorpene di mahkamah Perancis.

Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel berkata beliau percaya Razak Baginda akan dipanggil untuk memberi keterangan apabila mahkamah Perancis memulakan siasatan ke atas skandal Scorpene kelak.


“Razak adalah saksi yang sangat penting kerana terlibat langsung dalam urusan pembelian,” kata Cynthia ketika dihubungi KeadilanDaily, 19 Mac lalu.

Nama Razak Baginda dibangkitkan di Parlimen pada 2002 berhubung rundingan pembelian Scorpene dalam satu perjanjian bernilai USD 800 juta.


Urus niaga dibuat melalui Perimekar untuk membeli dua Scorpene dan satu kapal selam terpakai, Agosta hasil usahasama kerajaan Perancis-Sepanyol.


Perimekar memiliki subsidiari iaitu Ombak Laut yang dimiliki sepenuhnya oleh Razak Baginda.


Bercakap lanjut, Cynthia juga percaya keluarga Altantuya dipanggil ke mahkamah Perancis untuk memberi keterangan.


“Keluarga Altantuya akan dipanggil kerana mendiang adalah penterjemah urus niaga itu,” katanya.


Sepupu Altantuya, Namiraa Gerelmaa pernah tampil di Mahkamah Shah Alam dalam perbicaraan pembunuhan Altantuya bermula 4 Jun 2007 dan berakhir 9 April 2009. ~
keadilandaily

BUKAN KENA CULIK!!! Heboh 1Malaysia kena culik, rupanya pelajar 15 tahun dari Kuantan lari ikut teman lelaki

KUANTAN, 21 Mac - Gadis yang dikatakan diculik ketika keluar membeli kad tambah nilai prabayar Ahad lepas, Siti Nur Fatihah Mahadi (foto), 15, akhirnya mengaku bahawa dia sebenarnya tidak diculik, kata polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC T. Narenasagaran berkata gadis itu juga mengaku bahawa dia dengan rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya yang berumur 26 tahun disebabkan tekanan emosi yang dialami.

"Laporan yang dibuat kepada polis dengan mendakwa gadis itu diculik adalah tidak benar kerana dia mengaku dia tidak diculik tetapi melarikan diri dari rumah kerana tekanan perasaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata Siti Nur Fatihah ditemui di rumah teman lelakinya di Kampung Merchong dekat Pekan petang semalam, selepas dikatakan diculik dua lelaki dan seorang wanita semasa bersama adik lelaki dan sepupunya membeli kad tambah nilai prabayar di Taman Tas di sini, Ahad lepas.

Narenasagaran berkata remaja itu sendiri yang menghubungi kedua-dua lelaki dan wanita berkenaan supaya menghantarnya ke rumah teman lelakinya pada hari dia dilapor hilang oleh keluarganya.

Beliau berkata Siti Nur Fatihah kini dihantar ke Rumah Perlindungan Kanak-kanak Sultanah Fatimah di sini untuk kaunseling dan penjagaan kerana dia tidak mahu pulang ke rumah serta merayu tidak mahu menemui sesiapa.

"Kes ini telah selesai dan kami menegaskan bahawa ini bukan kes culik. Mangsa keluar rumah secara sukarela dan tiada unsur paksaan atau kekerasan oleh mana-mana pihak dalam kes ini. "Mangsa keluar rumah dengan tujuan hendak menenangkan fikiran dan mahu tinggal sementara dengan keluarga teman lelakinya,"
katanya.

Ditanya mengenai dua lelaki dan seorang wanita berumur lingkungan 20-an yang sebelum ini dikatakan melarikan gadis itu, Narenasagaran berkata mereka tidak ditahan tetapi akan dipanggil semula untuk memberi keterangan berhubung kes itu.

"Mereka tidak melakukan penculikan tetapi polis akan panggil semula kedua-dua lelaki dan wanita itu untuk diambil keterangan," katanya.PDO

FITNAH JAHAT!!! Utusan kena saman lagi

KOTA BHARU, 21 Mac: Kerajaan negeri Kelantan mengambil keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Utusan Malaysia yang memfitnah mereka berkaitan isu tanah.

Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri Kelantan yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini.


"Laporan itu kami sifatkan sebagai tidak berfakta, menghasut agar membenci kerajaan negeri dan fitnah," kata Dr Mohd Fadhli Hassan, Exco kerajaan negeri Kelantan.



Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini menyiarkan laporan muka depan kononnya rakyat Kelantan dianiaya ekoran dakwaan tindakan kerajaan negeri memajak tanah kepada syarikat bukan bumiputra.

Laporan itu memetik kenyataan Datuk Mustapha Mohamad, Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan.

Semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghantar notis saman kepada Utusan ekoran laporan media itu yang mendakwa beliau seorang biseksual.

Anwar menuntut penarikan balik berita itu, permohonan maaf dan bayaran gantirugi RM100 juta.

Dr Fadzli, exco penerangan Kelantan dalam kenyataannya berkata, kerajaan negeri telah mengarahkan tindakan itu dilaksanakan.

"Laporan itu berunsur fitnah dan ada niat politik untuk burukkan Kelantan," kata Dr Fadzli selepas menghadiri mesyuarat Exco pagi ini.

Beliau mempertikaikan, bagaimana akhbar itu boleh menyiarkan berita sebegitu sedangkan tanah rizab Melayu di negeri ini yang dikatakan dilelong dan sebagainya tidak berbangkit langsung kerana ia tidak dijual.