Thursday, March 22, 2012

HEBOH 1MALAYSIA KENA CULIK!!! Rupanya teman lelaki pelajar Tingkatan 3 berkenaan seorang anggota Polis

Ibu tetap bertegas enggan restui hubungan Siti Nurfatihah dengan teman lelaki

KUANTAN: Ibu pelajar Tingkatan Tiga, Siti Nurfatihah Mahadi memaafkan tindakan anaknya melarikan diri ke rumah teman lelakinya di Pekan, Ahad lalu biarpun kejadian terbabit mencemarkan nama keluarga.

Normala Mohd Lazin, 33, berkata beliau bagaimanapun enggan merestui hubungan Siti Nurfatihah dan teman lelakinya yang juga seorang anggota polis selepas lelaki berusia 26 tahun itu terbabit tidak mahu memulangkan anaknya.

Biarpun kejadian ini sedikit sebanyak menjejaskan nama baik keluarga, namun saya tetap memaafkan dia... Siti Nurfatihah masih muda dan berharap apa yang berlaku ini menjadi iktibar dan pengajaran malah kami sekeluarga amat menyayanginya. - Normala Mohd Lazin, ibu pelajar Tingkatan Tiga, Siti Nurfatihah Mahadi.

“Biarpun kejadian ini sedikit sebanyak menjejaskan nama baik keluarga, namun saya tetap memaafkan dia... Siti Nurfatihah masih muda dan berharap apa yang berlaku ini menjadi iktibar dan pengajaran malah kami sekeluarga amat menyayanginya.

“Siti Nurfatihah masih muda dan apa yang lebih penting ketika ini ialah pelajaran demi masa depannya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Akhbar semalam melaporkan, Siti Nurfatihah, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan yang ditemui kira-kira jam 8 malam di rumah teman lelakinya di Kampung Merchong, Pekan, Selasa lalu mengaku tidak diculik sebaliknya dengan rela hati melarikan diri akibat tekanan dan rasa dikongkong keluarga. -BH

Ulasan GB

Ini bererti lelaki yang membawa lari gadis tingkatan tiga yang bernama Fatihah tersebut dan yang menhubungi ibu Fatihah rupa-rupanya adalah seorang anggota polis.

Maka apakah kerana itu, maka polis Kuantan begitu cepat menutup kes tersebut tanpa menahan lelaki tersebut tetapi hanya memanggilnya untuk diambil keterangan?

Ditanya mengenai dua lelaki dan seorang wanita berumur lingkungan 20-an yang sebelum ini dikatakan melarikan gadis itu, Narenasagaran (Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang) berkata mereka tidak ditahan tetapi akan dipanggil semula untuk memberi keterangan berhubung kes itu.


Apakah tidak mungkin pelajar tersebut telah dipaksa untuk menyatakan bahawa beliau tidak diculik sedangkan adik-adiknya sendiri cuba untuk menarik Fatihah?

“Saya kenal lelaki terbabit kerana dia pernah datang ke rumah. Dia memaklumkan ada seorang perempuan memberitahunya anak saya selamat dan berada di rumah ibu angkat dipercayai salah seorang individu yang mengambilnya.

“Namun lelaki terbabit enggan memberitahu di mana Siti Nurfatihah berada sekadar memaklumkan anak saya mahu pulang ke rumah hari ini (semalam), tapi sehingga kini anak saya tetap belum pulang,” katanya ketika ditemui, petang semalam.

Dalam kejadian jam 3 petang Ahad lalu, Siti Nurfatihah, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan, di sini keluar ke sebuah premis yang terletak 100 meter dari rumahnya untuk membeli kad tambah nilai dengan ditemani dua adiknya iaitu Muhammad Syahmi Aiman dan Siti Nurul Aishah, masing-masing berusia 11 tahun sebelum dipercayai diculik suspek menaiki sebuah kereta jenis Honda berwarna ungu.

Selain itu, Normala berkata, dalam perbualan telefon hampir dua jam, beliau turut meminta lelaki terbabit untuk memujuk pihak yang mengambil Siti Nurfatihah memulangkan anaknya semula.

“Mungkin kerana dengki menjadi punca anak saya dilarikan, malah lelaki terbabit berkata perempuan yang mengetahui di mana anak saya berada marah apabila kes ini tersebar selain menjadi kes polis.

“Saya mengesyaki ada pakatan antara lelaki ini dan perempuan terbabit yang seakan-akan menyembunyikan sesuatu sehingga enggan memaklumkan di mana Siti Nurfatihah berada,” katanya.


Maka adalah benar pemerhatian GB sebelum ini bahawa:

Namun ada beberapa hal yang mungkin berlaku. Apakah beliau telah dipaksa untuk membuat pengakuan "tidak diculik" memandangkan sebelum ini dilaporkan bahawa:

Nor Mala berkata lelaki itu kemudian memaklumkan bahawa Fatihah akan pulang ke rumah dalam masa terdekat setelah kehilangannya kini telah menjadi kes polis.

"Saya sempat memujuk lelaki itu malah mendakwa mengenalinya supaya memaklumkan di mana Fatihah tinggal.

"Dalam perbualan kami selama dua jam itu, lelaki itu yang berusia 20-an turut memberitahu dia serba salah untuk berterus-terang kerana dia juga ada kes polis dan tak mahu ada apa-apa rekod lagi,
"


Rakyat begitu gusar dengan perkembangan ini, yang tiba-tiba keluarga itu sehingga Fatihah dan keluarganya dimalukan dan dipersalahkan sedangkan "penculik" yang merupakan seorang anggota polis dilepaskan.

Wartawan-wartawan juga turut malu sehari selepas berita penculikan dilaporkan mereka terpaksa mengubah laporan berkenaan 360 darjah dengan kini meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada gadis yang diculik itu bersama keluarganya.

Semua yang terlibat di dalam "konspirasi" ini sepatutnya dibawa ke muka pengadilan termasuk sebarang usaha "cover-up" yang dilakukan oleh polis Kuantan without fear or favour.

Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah seperti yang pernah GB tuliskan di dalam tulisan-tulisan yang lalu sehingga jangan ada bedebah yang cuba untuk menutup kebenaran:

1) Allahumma arinal haqqan haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathilan bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya, dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya.

2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nashiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathilu innal bathila kana zahuqan

Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca

WANITA UMNO !!! Saling selak menyelak kain kerana digelar 'Lembu'

Lima ketua Wanita Umno negeri menjelaskan desakan Naib Ketua Wanita Datuk Kamilia Ibrahim yang mahu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melepaskan jawatannya sebagai ketua Wanita adalah pandangan peribadi.

Semua ketua Wanita negeri - Melaka, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Kedah - mengesahkan cadangan itu tidak pernah dibincangkan oleh kepimpinan Wanita Umno termasuk di peringkat negeri.


Mereka menegaskan Shahrizat - yang mengumumkan akan berundur dari jawatan menteri pada 11 Mac lalu - telah dipilih oleh perwakilan Wanita dalam pemilihan parti, bukan pelantikan daripada Presiden Datuk Seri Najib Razak atau Kamilia sendiri.



Mereka - yang menganggotai kepimpinan Wanita pusat - juga "terkejut, hairan dan tidak tahu motif sebenar" mengapa Kamilia mengeluarkan kenyataan seumpama itu.

"Siapa dia (Kamilia) suruh Datuk Seri Shahrizat lepas jawatan. Beliau menang bertanding (jawatan ketua Wanita).

"Kita pusing seluruh seluruh negara, ramai wanita keluar (memberi sokongan) kepada perdana menteri dan Datuk Sharizat... Kalau dia (Kamilia) tak sabar, berlawanlah (nanti)," tegas Ketua Wanita Umno Pahang Datuk Rosni Zahari.

Akhbar The Star semalam melaporkan Kamilia (kiri) menggesa Shahrizat supaya melepaskan jawatan ketua Wanita Umno demi menjaga kredibiliti parti, sayap, BN dan kerajaan.

Kamilia dilapor mendakwa Wanita akar umbi "susah nak kerja" berikutan isu National Feedlot Corporation (NFC) dikaitkan dengannya.

Petang ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan pertemuan khas dengan pergerakan Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di ibu negara.

Sementara itu, empat ketua Wanita negeri - Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Kedah - menegaskan Wanita di negeri mereka memberi sokongan penuh kepada Shahrizat demi menjamin kemenangan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

"Dekat dengan pilihan raya, Kamilia jangan buat hal. Jangan jejaskan keyakinan (rakyat) terhadap parti... Wanita perlu bekerja kuat untuk menangkan Umno dan BN," tegas Ketua Wanita Melaka Datuk Rubiyah Ali.

Ketua Wanita Umno Kedah berkata Datuk Maznah Abdul Hamid membidas Kamilia yang katanya, sepatutnya merujuk kepada exco dan ketua wanita negeri terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan khususnya berkaitan isu NFC.

"Waktu-waktu begini, kita sepatutunya merapatkan hubungan, bukan tikam daripada belakang... Shahrizat tidak pernah kata apa-apa dekat dia," katanya.

"Kita memberi sokongan kepada beliau Sshahrizat) untuk terus berjuang demi mencapai impian presiden Umno supaya bekerja bagi memenangkan parti," kata Ketua Wanita Negeri Sembilan Datuk Norhayati Omar.

Manakala Ketua Wanita Johor Datuk Sharifah Azizah Syed Zain menyifatkan kenyataan Kamilia itu sebagai "suara sumbang" yang tidak mempunyai kaitan dengan perjuangan pergerakan itu.

http://malaysiakini.com/news/192900

KUPON MINYAK & T-SHIRT PERCUMA!!! UMNO Larut terdesak bila 2000 anak muda Larut berhimpun sokong PAS

Banner yg tergantung di simpang 3,pekan Batu Kurau

Kejayaan Dewan Pemuda PAS Larut menghimpunkan 2000 anak muda dalam acara konvoi raksasa sempena HimpunanTanzim Pemuda PAS Larut(TEMPIK12) baru-baru ini telah menyebabkan BN Larut kecut perut tak senang duduk.

Lebih2 lagi kehadiran mereka tidak dibayar,tidak kira tshirt ataupun petrol,semuanya menggunakan duit poket sendiri.Ia ternyata berbeza sekali dengan program yang dianjurkan BN apabila anak muda cuba dirasuah dengan kupon petrol dan sehelai tshirt supaya hadir memberi sokongan..

Sama2 kita nantikan,mampukah himpunan pemuda BN yg akan berlangsung di Kompleks Astaka,Batu Kurau ini menyaingi himpunan pemuda PAS yg berlangsung di Sg.Dendang Kubu Gajah beberapa minggu yang lalu.

Di bawah ini adalah gambar-gambar yang sempat penulis rakamkan sekitar TEMPIK 12 yang dianjurkan Dewan Pemuda PAS Larut. Persepsikitaberbeza


Semangat patriotik anak muda,jalur gemilang turut berkibar megah



Gelombang kuning mewarnai bumi Larut.Tidak ada sponsor untuk tshirt dan petrol

TIPU RAKYAT!!! 12 kerja jahat Najib dan UMNO


1) Merampas kuasa pemerintahan negeri Perak Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Menteri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin secara haram dan bertentangan perlembagaan yang beliau sendiri merancang dan melaksanakan dua bulan sebelum beliau menjadi Perdana Menteri.

2) Kegagalan beliau untuk mempertahankan dasar 1Malaysia yang bertujuan mencipta sebuah negara Maaysia di mana semua rakyat mengutamakan identiti sebagai rakyat Malaysia terdahulu dan kaum, agama, kawasan dan status sosio-ekonomi kemudian, apabila Timbalan Perdana Menterinya sendiri Tan Sri Muhyddin Yassin mengumumkan bahawa beliau adalah Melayu dahulu dan rakyat Malaysia kemudian.


3) Politik hipokrisi di mana beliau berdakwah mengenai kemuliaan kesederhanaan di forum-forum antarabangsa sementara mengizinkan kuasa-kuasa ekstrimis perkauman dan agama yang diterajui oleh jubir UMNO, Utusan Malaysia, berleluasa di negara ini sehinggakan masalah polarisasi kaum dan agama menjadi semakin teruk di dalam tempoh 35 bulan beliau menjawat jawatan Perdana Menteri, di mana retorik politik tentang kebencian kaum dan ketidak toleransi agama yang berlandaskan dusta dan bohong menjadi begitu serius di Malaysia, sehinggakan UMNO nampaknya telah “outsource”kan politik melampau kepada Perkasa.


4) Ucapan beliau di Perhimpunan Agong UMNO 2010 yang berjanji 'walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa”, demi mempertahankan UMNO di Putrajaya. Adakah Najib bersedia untuk meminta maaf dan menarik balik ugutan ini dengan mengumumkan bahawa selaras dengan tujuan beliau menjadikan Malaysia sebuah “demokrasi paling baik di dunia” , beliau dan para pemimpin UMNO akan secara aman dan tanpa syarat menerima keputusan pilihanraya dalam PRU yang akan datang, termasuk sekiranya berlaku pertukaran kerajaan di Putrajaya?


5) Bertambahnya kejadian-kejadian politik keganasan terhadap ahli-ahli parti pembangkang seperti Ahli parlimen kawasan Lembah Pantai, Nuruk Izzah serta para aktivis masyarakat madani yang dilakukan oleh Pemuda UMNO dan ahli-ahli Perkasa serta para penyokong mereka, termasuk tindakan menyerang protestor anti-Lynas di Sudut Berpidato Pulau Pinang yang mengakibatkan dua orang wartawan cedera, sementara pihak politk berdiri di tepi tanpa menjalankan tugas mereka.


6) Gelaja rasuah yang semakin serius di Malaysia di mana kedudukan kita di Indeks Persepsi Rasuah Transparency International tahun 2011 terjatuh ke tahap paling teruk iaitu No. 60 dan skor yang paling rendah iaitu 4.3, meletakkan Malaysia pada taraf paling korup sekali dalam tempoh 55 tahun sejarah negara di bawah pimpinan enam orang Perdana Menteri.


7) Kematian Teoh Beng Hock dan kegagalan untuk mengambil tindakan terhadap pembunuhnya dari Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, serta menahan dan mendakwa orang yang bertanggungjawab terhadap kematian Ahmad Sarbani Mohamad di bangunan SPRM, V Kugan di bawah jagaan polis dan lain-lain kes kamatian semasa dalam penahanan pihak berkuasa.


8) Muncul kembalinya politik Mahathirisma, sedangkan generasi Malaysia masa kini masih terpelenggu oleh skandal-skandal kewangan yang tercetus dalam tempoh 22 tahun Mahathir menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia, dan baru-baru ini usaha “menyelamatkan” bekas pengerusi MAS, Tajudin Tamli buat kali ketiga yang bernilai RM840 juta menerusi out-of-court settlement dengan Danaharta dan beberapa GLC.


9) Politk rasuah, kronisma dan naungan yang berterusan sepertimana yang berlaku dalam penganugerahan RM2.2 bilion Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) kepada dua syarikat, Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd yang ada hubung kait degan peguam UMNO, Datuk Hafarizam Harun dan isteri bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi, dan Lebuhraya West Coast bernilai RM7.1 bilion menghubungkan Banting ke Taiping yang diberikan kepada Kumpulan Europlus Bhd selama 60 tahun konsesi.


10) Keengganan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai masalah pendatang tanpa izin yang berlarutan di Sabah yang menjadikan rakyat Sabah bagai orang asing di tanah bumi sendiri.


11) Salah urus perhimpunan Bersih 709 yang bertujuan menuntukan pilinraya bersih, bebas dan adil, memburuk-burukkan imej para penganjur dan penyokong Bersih, semhaentara kumpulan pelampau dan ekstrim tidak dikawal atau disekat tetapi dibiarkan mereka menyebar dan mengugut mesej keganasan, mengapi-apikan suasana kebencian kaum dan agama.


12) Kegagalan untuk memulihkan keyakinan orang ramai terhadap keberkesanan, kebebasan dan profesionalisam institusi-institusi utama negara, samada pihak kehakiman, polis, kamar Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, Suruhanjaya PilihanRaya dan sebagainya. Keengganan Perdana Menteri untuk menubuhkan tribunal untuk menyiasat dakwaan serius yang dibuat oleh bekas pegawai polis peringkat tinggi, termasuk bekas Pengarah CCID Datuk Ramli Yusof dan bekas Pengarah CID KL Datuk Mat Zain mengenai salah guna kuasa, subversif kedaulatan undang-undang dan penyelewengan perjalanan keadilan, yang ditujukan terhadap Peguam Negara Tan Sri Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, sampai kepada pemalsuan bukti dalam insiden “mata lebam” Anwar Ibrahim, perbicaraan Anwar dalam tahun 1998, usaha menyelamatkan Tajudin Ramli dari MAS, serta maklumat terkini mengenai “kes lima tahun yang ganjil yang kononnya melibatkan pegawai polis paling berkuasa di negara ini, peguam negara serta seorang ketua penjenayah”, mengaitkan juga Timbalan Menteri Dalam Negeri pada masa itu, Datuk Johari Baharum, telah membangkitkan pelbagai persoalan mengenai komitmen Perdana Menteri terhadap kedaulatan undang-undang. Adalah Perdana Menteri akan terus mengelak dari mengambil satu pendirian sungguhpun dakwaan-dakwaan ini amat serius dan mendakwa bahawa pegawai-pegawai undang-undang dan polis tertinggi di negara ini, iaitu Peguam Negara dan Ketua Polis Negara, merupakan penejenayah hanya baru-baru ini – dan Peguam Negara yang sama masih berada di penjawatannya?


Sedutan ucapan Lim Kit Siang di Dewan Rakyat pada 22 Mac 2012

Sumber Harakahdaily

SPR TALI HAYAT UMNO!!!! Pengundi Pekan bertambah 3 kali ganda dari Kuantan, majunya Pekan ......


Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh musuh politiknya Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan penipuan pilihanraya di kawasan parlimen perdana menteri di Pekan, merujuk kepada peningkatan lebih 18,500 pengundi di sana sejak pilihan raya umum 2008.

Pemimpin de facto PKR ini memberitahu pada sidang akhbar, peningkatan ini adalah lebih daripada tiga kali peningkatan 5,000 di Kuantan, kerusi bandar dan ibu negeri Pahang yang kini dipegang oleh Naib Presiden PKR Fuziah Salleh.


"Pembangunan yang besar di sana manakala semua kawasan pilihan raya jiran yang berkembang begitu sedikit.


"UMNO adalah sepenuhnya sedar akan perkara ini sebagaimana yang mereka katakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai tugas untuk melindungi orang Melayu, yang bermaksud untuk melindungi UMNO," kata pemimpin pembangkang itu.


Peningkatan di Pekan pada suku ketiga 2011 adalah lebih 30 peratus daripada yang 58217 pada daftar pemilih pada Mac 2008 manakala Kuantan melihat hanya lebih 10 peratus ditambah kepada 47745 pengundi yang sedia ada di sana.


Najib mengekalkan kerusi Pekan pada tahun 2008 dengan majoriti 26.464.


Anwar berkata, ini menunjukkan ada konspirasi "besar-besaran" oleh SPR untuk menipu dalam pendaftaran pengundi dan meminta ia membolehkan Pakatan Rakyat (PR) untuk sepenuhnya mengaudit sistem pendaftaran pengundi.


"Kami telah menurunkan 79,000 pengundi di 354 alamat yang mempunyai lebih daripada 100 pengundi berdaftar. Sebaik sahaja anda termasuk alamat dengan lima, 10, 20, 50 pengundi, akan ada setengah juta, "tambah Permatang Pauh MP.


Najib telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pemilihan Parlimen mengenai reformasi pilihanraya melibatakn kedua-dua parti Barisan Najis dan Pakatan Rakyat Ogos lalu selepas kutukan meluas pentadbiran beliau berikutan Kawalan ketat pada perhimpunan Bersih 9 Julai tahun lalu.


Puluhan ribu penunjuk perasaan yang memanggil untuk pilihanraya yang bebas dan adil yang mengalir masuk ke jalan-jalan di ibu negara dalam adegan huru-hara yang menyaksikan lebih 1500 ditangkap, skor yang cedera dan kematian bekas askar.


Walau bagaimanapun, sejak panel telah ditubuhkan, PR telah mendakwa bahawa sekurang-kurangnya 42,000 pengundi yang diragui telah tidak dikeluarkan dari daftar pemilih walaupun SPR berjanji untuk berbuat demikian.



Anwar: 18,500 increase in Pekan voters shows fraud in Najib’s backyard


Datuk Seri Anwar Ibrahim accused his archrival Datuk Seri Najib Razak of electoral fraud in the prime minister’s constituency of Pekan, pointing to the increase of 18,500 voters there since Election 2008.


The PKR de facto leader told a press conference this was more than three times the 5,000 increase in Kuantan, an urban seat currently held by PKR vice-president Fuziah Salleh.


“Such great development there while all the neighbouring constituencies grew so little.


“Umno is fully aware of this as they say the Election Commission (EC) has a duty to protect Malays, meaning to protect Umno,” the opposition leader said.


The increase in Pekan as of the third quarter of 2011 is over 30 per cent from the 58,217 on the electoral roll at March 2008 whereas Kuantan saw just over 10 per cent added to the existing 47,745 voters there.


Najib retained his Pekan seat in 2008 with a majority of 26,464.


Anwar said this showed there was a “large-scale conspiracy” by the EC to cheat in the registration of voters and demanded it allow Pakatan Rakyat (PR) to fully audit its voter registration system.


“We revealed 79,000 voters at 354 addresses which had more than 100 voters registered. Once you include addresses with five, 10, 20, 50 voters, there will be half a million,” the Permatang Pauh MP added.


Najib had agreed to form a bipartisan Parliamentary Select Committee on electoral reforms last August after widespread condemnation of his administration following the clampdown on the July 9, 2011 Bersih rally.


Tens of thousands of protestors calling for free and fair elections poured into the streets of the capital in chaotic scenes which saw over 1,500 arrested, scores injured and the death of an ex-soldier.


However, since the panel was formed, PR has claimed that at least 42,000 dubious voters have not been removed from the electoral roll despite the EC promising to do so.

PEMIMPIN UMNO KELUAR PARTI!!! Bukan hanya Kadir tapi ramai lagi


KUALA LUMPUR, 22 Mac: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) menafikan bahawa beliau mendakwa sebagai orang yang memujuk Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir keluar Umno.

"Kadir boleh membuat keputusannya sendiri tanpa dipujuk oleh sesiapa. Memang saya mengunjunginya dan berunding serta berbincang mengenai politik negara dengannya.

"Tetapi bukan saya yang memujuknya keluar Umno. Itu keputusan Kadir sendiri," tegas beliau.

Beliau menafikan laporan hari ini yang mendakwa Mohamad membuat pengakuan bahawa beliaulah yang orang memujuk Kadir membuat keputusan keluar Umno.

Mohamad mengakui beliau ada menyatakan bahawa Kadir adalah salah seorang dari banyak lagi tokoh Umno yang akan keluar dari parti itu.

"Tetapi tidak ada misi memujuk. Berunding memang ada dan itu perkara biasa. Saya hanya berjumpa dan berhubung dengan tokoh-tokoh Umno yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) sahaja.

"Ada yang mendakwa kepada saya bahawa (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) juga sangat tidak berpuas hati dengan kepimpinan Najib.

"Itu yang diberitahu kepada saya dan saya tidak tahu kerana kali terakhir saya jumpa Dr Mahathir ialah ketika dia berlawan dengan Pak Lah (bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad badawi) dulu. Selepas itu saya tak pernah jumpa Dr Mahathir," kata Mohamad.

Kadir adalah salah seorang yang ditemuinya.

Mohamad dipetik oleh Berita Harian hari ini sebagai berkata bahawa Kadir yang keluar parti kelmarin hanya salah seorang daripada banyak lagi yang akan menyusul.

"Aku dah berunding dengan dia lama dah. La ni (sekarang) keluar Umno baru hangpa (kamu) tahu.

"Berlambak lagi aku sedang berunding sekarang... tunggu," beliau dipetik oleh akhbar pro-Umno itu sebagai berkata.

Mengulas lanjut kenyataan dalam ceramahnya itu, Mohamad menjelaskan, berunding tidak sama dengan memujuk.

"Kita boleh berunding mengenai masa hadapan negara sambil mendapatkan pandangan tokoh-tokoh Umno berkenaan mengenai kemusnahan yang bakal dihadapi oleh negara jika terus diperintah Umno.

"Pujuk tidak perlu. Mereka ada akal fikiran sendiri. Mereka duduk di dalam Umno dan mereka lebih nampak kehancuran yang akan diakibatkan pemerintahan parti itu," katanya.

Mohamad walaubagaimanapun mengakui, kunjungan hormat serta usaha perundingan dan bertukar-tukar fikiran dengan tokoh-tokoh Umno berkenaan memang dipertingkatkan lagi.

DEBAT ANWAR vs RPK vs NAJIB !!! Anwar terus kata SETUJU, Najib lari belakang pintu


Apabila Anwar Ibrahim menerima mesej di Twitter dari pengasas WikiLeaks, Julian Assange, menjemputnya untuk berdebat dengan perdana menteri Najib DAN blogger Umno-APCO, Raja Petra Kamaruddin, tanpa membuang masa terus Anwar menjawab SETUJU!

Persoalannya kini, adakah Najib bersetuju jika kita menganggap Raja Petra yang menyindir Anwar sebagai pengecut, bersetuju?


Julian Assange selaku penganjur dan bakal menjadi moderator debat kini masih menunggu jawapan dari kedua-dua manusia pemfitnah Anwar ini.


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia berdebat dengan blogger kontroversi, Raja Petra Kamaruddin dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak anjuran pengasas Wikileaks Julian Assange.


Beliau berkata, Assange telah menghubunginya menerusi laman mikroblog Twitter pagi tadi untuk menganjurkan debat antara Raja Petra dan Najib yang akan dianjurkan sendiri oleh Wikileaks.


"Saya berkata saya bersetuju dengan debat yang ingin dianjurkan itu. Sebelum ini saya diwawancara Julian Assange tetapi Raja Petra mahu menumpang. Saya kata kepada Julian saya hanya bersetuju dengan permintaan asal sahaja.


"Oleh kerana Julian Assange melihat Raja Petra dan Najib seolah-olah berminat, beliau ingin menganjurkan debat antara kami bertiga," katanya pada sidang media di lobi Parlimen.


Sebelum ini Anwar diwawancara Julian Assange dalam Forum di Kent, England bagi membincangkan senario politik global.


Selepas Anwar bersetuju dengan wawancara itu, beliau diberitahu blogger Raja Petra mahu menumpang dalam wawancara itu.


Anwar kemudiaanya menyatakan persetujuan untuk permintaan asal iaitu wawancara antara beliau dengan Julian Assange.


Isu mula timbul apabila Raja Petra mendakwa Anwar takut berhadapan dengannya dalam forum tersebut.


Raja Petra turut disokong oleh Najib dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan mendakwa Anwar tidak konsisten dan penakut kerana didakwa enggan berdebat dengan bloger itu.


Anwar berkata, debat yang akan dianjurkan oleh Wikileaks itu akan diadakan secara terbuka dan akan disiarkan secara langsung seluruh dunia.


Bagaimanapun beliau berkata, tarikh untuk program debat itu masih belum ditetapkan kerana Julian Assange perlu mendapatkan maklum balas daripada Najib dan Raja Petra terlebih dahulu.


"Kalau kedua-dua mereka bersetuju saya bersedia berdebat pada bila-bila masa," kata Anwar.



Anwar accepts Wikileaks’ offer to debate Najib, RPK


KUALA LUMPUR, March 22 — Datuk Seri Anwar Ibrahim said today he has accepted an offer from Wikileaks founder Julian Assange to debate Datuk Seri Najib Razak and maverick blogger Raja Petra Kamarudin.


Raja Petra had recently accused the opposition leader of forcing him out of an interview, leading Najib to accuse Anwar, who has repeatedly challenged the prime minister to a debate, of being inconsistent.


“Assange said he wants to organise the debate. It could be a three-cornered debate. I told him I agreed,” Anwar (picture) told a press conference today.


The whistleblower website said in a press statement yesterday “we now extend our invitation to Mr Najib to debate Mr Raja Petra and Mr Ibrahim together, or in isolation.”


“We have formally invited Prime Minister Najib Razak to discuss the future of Malaysia together with Mr Ibrahim, moderated by Mr Assange. If accepted, the filmed discussion will be seen by up to 600 million people and will be available online,” it said.


A survey by Merdeka Center last month found that 54 per cent of voters in Peninsular Malaysia want to see regular debates between Najib and Anwar, with over three-quarters of young Malays backing a debate between the Barisan Nasional (BN) and Pakatan Rakyat (PR) chiefs.


In contrast, only 39 per cent of Malays — who make up the majority of the electorate — aged over 60 want to see Najib take on Anwar.


The former deputy prime minister has repeatedly challenged the PM to a public debate on national policies and the country’s direction.


Umno president Najib has so far refused to take on PKR de facto leader Anwar in a debate.


But BN secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor appeared to open the door for such a debate, indicating last month the ruling coalition’s “readiness” to meet any such challenge.


His PKR counterpart, Saifuddin Nasution, responded by saying he would reach out to the Putrajaya MP to arrange the clash between their party leaders.


Tengku Adnan then said Anwar should instead debate Mohd Saiful Bukhari Azlan, the opposition leader’s former aide who accused the Permatang Pauh MP of sodomising him.


Last month’s clash between MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek and DAP secretary-general Lim Guan Eng drew a full house of 800 and was screened on Astro in Mandarin as well as with a Malay translation.


This followed a debate between PKR strategic director Rafizi Ramli and Umno Youth chief Khairy Jamaluddin in London.


Anwar’s previous calls for an open debate have so far been answered only once, in July 2008 by then-Information Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek, an event broadcast live on national television.