Sunday, March 25, 2012

VIDEO PANAS!!! Balaci UMNO baling batu ceramah Pakatan kena tangkap, baru ada akai.......



Video kat atas neh merujuk kepada satu insiden dimana ada seorang pengikut umno tertinggal kat belakang selepas baling batu. Yang kekawan lain seme dah lari meninggalkan dia sorang2 kat situ [lari lambat sangat kot sampai kena tangkap].

Lepas dah ditahan, dia dibawa masuk. Mungkin ada penyokong2 pr yang hantok [pukul] dia time dia di bawa masuk tue seme dorang seme menjerit jangan pukul bagai seme.

Yang sebenarnya memang betul pun tindakan tue. Iaitu jangan dipukul maloan2 neh. Mereka tue upahan jek.

Kalau nak pukul, kita cari big boss depa. Maksud aku pukul dengan hujah bukan dengan bahasa badan.

Maloan umno tue sepatutnya bersyukur disebabkan pengikut2 pr neh majoriti berakal cerdik. Kita tak suka menentang orang gunakan emosi tapi lebih kepada akal fikiran.

Kalau keadaan yang terbalik berlaku, katakan lah maloan tue penyokong pr yang dapat kat sekumpulan maloan2 umno, confirm mampos kena belasah. Siyes.

Tapi video kat atas neh kurang clear sebab tak dapat tangkap muka maloan tersebut. Sapa ada video dan gambar yang lebih clear meh share sini.

Sapa yang ada gambar keseluruhan malaon2 yang buat kacau baling batu tue pun oke, share sini gak. Teringin nak tengok muka2 terdesak minta penyepak tue. Bai.

Ameno : Jangan kaco ceramah orang lah der.. lue layan ceramah lue sendiri lah.

GAMBAR BODEK TERSEBAR!!! Wanita UMNO sokong Kak Ijat walaupun dipanggil LEMBU





Wanita dan puteri umno selepas neh jangan nak salahkan persepsi buruk orang ramai terhadap parti umno selepas neh. Tolong lah faham. Sebab apa? Sebab korang sendiri yang merelakan persepsi tersebut. Korang bagi lah sejuta alasan sekalipun yang kita orang nampak dan faham cuma ;

Kondo

Tanah di beberapa lokasi termasuk putrajaya

Pasaraya

Kad Kredit

Firma pelaburan

Rangkaian restoran mewah

Ini jek.

Kita orang takmo faham kes mahkamah ka tunggu bicara ka, PAC ka, apa ka tue seme kita orang dah anggap WAYANG. Yang kita orang betul2 anggap tak wayang ialah ada pemimpin2 tertinggi umno menghalalkan penyelewengan dan salah guna wang rakyat secara terang - terangan meskipun rakyat dah jelas menunjukkan rasa amarah mereka.

Tapi takpelah. Korang tetap takmo terima dan aku bukan pula bukan suka memaksa. Kita tunggu pru 13. Tapi tolong jangan tangkap aku kalau aku pergi edarkan risalah pasal skandal nfc, minta tolong sesangat. Tenkiu.

Ameno : Bodek baik punya.


NAJIB PATUT MALU!!! Angan-angan tinggi tapi pengecut


Jenaka dan sindiran pedas sememangnya menjadi rencah paling ampuh bagi menarik rakyat mendengar penjelasan yang diberikan.

Dan ini dibuktikan dengan ucapan ahli parlimen Permatang Pauh, Anwar Ibrahim yang terus menerus menyerang tiga-segi kuasa yang sering bertelingkah, Najib, Rosmah Mansor dan Mahathir Mohamad.


Jika di Amerika Syarikat, wanita pertama Michelle Obama tidak pernah mempengaruhi keputusan suaminya yang juga Presiden, Barack Obama mengenai satu-satu keputusan.


Akan tetapi di Malaysia, Najib sebenarnya lebih mendengar rintihan dan 'rengekan' dalam bilik tidur dari Rosmah Mansor dari mendengar rintihan suara rakyat!


Sah, Najib mesti malu dengan Barack Obama tapi tak rasa malu, yang penting dia terus jadi Perdana Menteri, walaupun yang terakhir dari Umno-APCO!


Sekali lagi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor menjadi bahawa ejekan dan ketawa oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam programnya di Pulau Pinang.


Beliau membuat serangan langsung dengan mendakwa Najib sebagai pengecut apabila takut kepada Rosmah.


Mengambil contoh, Anwar berkata ketua keluarga lebih patut ditakuti berbanding isteri dan ketua kampung patut lebih ditakuti daripada orang kampung.


Tetapi ketua negara ini takut kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Amerika Syarikat dan isterinya sendiri, dakwa Anwar di Machang Bubok sambil disambut gelak ketawa orang ramai.


Anwar juga berkata, isteri tidak patut ditakuti tetapi dicintai sebagai pasangan hidup.


Sementara itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan BN bersikap hipokrit apabila hanya turun padang untuk mengagihkan bantuan kepada rakyat menjelang pilihan raya.


Katanya, ia berbeza dengan Pakatan Rakyat yang menyediakan pelbagai program kebajikan sepanjang empat tahun ia mentadbir empat negeri, khususnya di Pulau Pinang.



Kata Anwar, program tersebut meliputi segenap usia seperti warga emas, ibu tunggal, orang kurang upaya dan bantuan kepada pelajar serta mahasiswa.

“Selama lebih 50 tahun Umno-BN memerintah, kenapa mereka tidak laksanakan mana-mana satu program sedemikian. Sedangkan mereka mempunyai wang yang banyak sekiranya ikhlas membantu rakyat yang memerlukan.


“Bukan hanya menjelang pilihan raya baru turun padang melaungkan bantuan. Ini kerajaan hipokrit yang cuma ambil kesempatan bila hampir pilihan raya,” kata Anwar.


Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya dalam majlis ‘Hi-Tea’ di Dewan Teluk Air Tawar Indah, Teluk Air Tawar, Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, semalam.


Menjelang pilihan raya umum ke 13, kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat akan mengumumkan pelbagai jenis bantuan dan program pembangunan kepada rakyat.



Terbaru, kerajaan mengumumkan peruntukan RM7.5 juta untuk melaksanakan langkah mencegah banjir di kawasan Hulu Langat bagi tempoh jangka pendek.


Selain itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar baru-baru ini menggesa ahli parlimen BN segera mengagihkan peruntukan RM10 juta di bawah Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) dan peruntukan skim perumahan bagi nelayan bernilai RM300 juta – di kawasan masing-masing sebelum PRU ke-13.


Menurut Anwar, rakyat sudah dapat membezakan pemerintahan Pakatan Rakyat selama empat tahun berbanding Umno-BN yang mentadbir negara ini sejak 54 tahun lalu.


“Kerajaan PR di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan mampu untuk memberi kelainan kepada rakyat jika dibandingkan tempoh pemerintahan kita yang singkat dengan kepimpinan yang begitu lama oleh Umno-BN, ” tambahnya lagi.


Justeru katanya, Umno-BN jangan bermimpi untuk menawan semula Pulau Pinang dalam PRU ke-13 meskipun pelbagai usaha dilakukan untuk merampas negeri itu.

PARIT BUNTAR !!! Kawasan teramai graduan Ilham terima diploma

PARIT BUNTAR :Seramai 39 graduan Institut Latihan Kepimpinan dan
Perkaderan Dakwah Islamiyah (Ilham) cawangan Parit Buntar berjaya
menerima Diploma Tasawur Islam dalam satu majlis istiadat Konvokesyen Ilham kali ke-11, di Dewan Dato' Haji Fadhil Mohd Noor Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM).

Penyelaras Ilham cawangan Parit Buntar Muhammad Yaakob berkata, Ilham merupakan sebuah institusi latihan yang ditubuhkan oleh Lajnah
Tarbiyah PAS Pusat yang bertujuan untuk memberikan latihan perkaderan, kepimpinan dan dakwah secara nizomiyah kepada pimpinan dan ahli-ahli PAS.

“ Parit Buntar adalah kawasan paling ramai menghasilkan graduan Ilham
iaitu 39 orang daripada keseluruhan 146 orang graduan.

" Antara yang menerima diploma berkenaan ialah Yang Dipertua Pas Parit Buntar Harun Hashim” katanya

Menurut Muhammad, majlis yang berlangsung setengah hari itu
menyaksikan seramai 70 graduan di kalangan lelaki dan 76 orang dari
kalangan wanita menerima diploma yang disampaikan oleh Presiden PAS
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

“ Untuk kali ini Ilham mengisytiharkan Anugerah Zulkifli Mohammad yang berjaya digondol graduan dari Pahang Wan Ismail Wan Ibrahim,
berdasarkan kriteria pemarkahan akademik yang terbaik.

“ Manakala Ketua Muslimat Pas Perak Dr Najihatussalehah Ahmad berjaya merangkul Anugerah Presiden di mana kriteria dilihat berdasarkan permarkahan akdemik, komitmen dengan parti, masyarakat dan keluarga” katanya

Muhammad berkata, Ilham turut mengurniakan Anugerah Diploma Kehormat
Tarbiyyah dan Perkaderan kepada Datuk Yahya Osman.

Turut menyampaikan diploma kepada graduan adalah Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, selaku Penaung lembaga Pengarah Ilham Datuk Harun Taib.

Turut bersama dalam majlis konvokesyen itu, Setiausaha Agung Pas
Mustafa Ali, Naib Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat Datuk Dr Mahfodz
Mohamed, Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat Siti Zailah Mohd Yusuf,
Pengarah jabatan Tarbuyah dan Perkaderan Pas Pusat, Idris Ahmad dan
Pengerusi Lujnah Pendidikan Pas Pusat Datuk Abu Bakar Chik

Sementara itu, Ilham cawangan Parit Buntar masih membuka penyertaan kepada ahli Pas di Parit Buntar dan kawasan sekitar untuk mengikuti pengajian Ilham selama dua tahun untuk sesi 2012/2013 .

“ Intitut ini menawarkan kursus untuk mencapai sasaran 'mengulamakan
intelektual dan mengintelektualkan ulamak' meliputi beberapa program
iaitu pengajian Islam, bahasa dakwah, pengurusan organisasi dan
kefahaman visi perjuangan PAS.

“ Ahli Pas dan orang ramai yang berminat boleh berbuat demikian boleh
mendapatkan maklumat lanjut di Pejabat Pas Parit Buntar” katanya.















Graduan Ilham cawangan Parit Buntar bersama diploma masing-masing





















































Antara penerima diploma Ilham dari Parit Buntar
























Beratur sebelum menerima diploma

PAS Perak ucap tahniah kepada graduan Ilham

PAS Perak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh 146 graduan Institut Latihan Kepimpinan dan Perkaderan Dakwah Islamiyah (ILHAM) yang telah berjaya menerima Diploma Tasawur Islam dalam majlis istiadat Konvokesyen Ilham kali ke-11, di Dewan Dato' Haji Fadhil Mohd Noor Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) baru-baru ini.

PAS Perak mengucakan tahniah kepada seluruh graduan ILHAM dari Negeri Perak kerana menjadi negeri yang paling ramai melahirkan graduan Ilham iaitu seramai 77 orang.

PAS Perak juga mengucapkan tahniah kepada Ketua Muslimat PAS Perak Dr Najihatussalehah Ahmad kerana telah berjaya merangkul Anugerah Presiden di mana kriteria dilihat berdasarkan permarkahan akdemik, komitmen dengan parti, masyarakat dan keluarga beliau.

PAS Perak, melihat kecemerlangan di dalam pelajaran sebagai satu kemestian bagi mereka yang ingin membawa risalah dakwah Rasulullah SAW ini, selain itu tribulasi di Malaysia yang semakin mencabar memerlukan kepada persediaan yang mapan dan latihan yang mencukupi bagi graduan baik dalam bidang dakwah.

PAS Perak, berharap agar graduan ILHAM mampu menjadi individu yang kompeten dan mempunyai daya saing yang tinggi sebagai modal insan untuk negara yang kita cintai.

Kepada mereka yang masih belum mengecapi kejayaan tersebut, PAS Perak mendoakan kejayaan mereka serta mengharapkan mereka dapat melipat-gandakan usaha pada tahun hadapan.


Ustaz Abu Bakar Hussin

( Pesuruhjaya PAS Perak )

1 APRIL!!! Seorang lagi pemimpin BN akan sertai PR

Khabar angin bertiup kencang bahawa pimpinan tertinggi Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang membuat dasar dan perlembagaan parti dijangka meletakkan jawatan dan menyertai PKR lewat bulan ini.

Patrick Sibat Sujang, yang merupakan salah seorang pengasas daripada PRS, dijangka menyerahkan permohonan kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa lawatan ke Kuching pada 1 April akan datang.


Peletakan jawatan Sujang dijangka mencetuskan penghijrahan beramai-ramai dari parti komponen Barisan Najis yang bermasalah itu.



Sujang, yang juga penasihat kepada presiden PRS dan Menteri Pembangunan Tanah, James Masing berkaitan hal-hal perkara tanah adat (Native Customary Land - NCR), menawarkan dirinya sebagai calon yang berpotensi untuk kawasan Parlimen Baram.

Penyandang bahagian pilihan raya itu adalah Jacob Dungau Sagan, naib presiden kanan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

Sagan juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Sujang meletakkan harapan kepada lebih daripada 10,000 undi Iban dan kira-kira 50% daripada baki 11.000 Kayan, Kenyah dan Penan undi.

Kesemua komuniti-komuniti ini adalah sangat marah terhadap Barisan Nasional (BN) kerana pembinaan empangan Baram yang dicadangkan oleh Ketua Menteri, Taib Mahmud.

Selain itu, dakwaan bahawa bahawa keluarga Sagan telah didakwa diberikan kontrak kerajaan dan lesen belian sebagai ganjaran untuk menyokong empangan Baram telah menimbulkan kemarahan pengundi Orang Ulu.

Sementara itu, PRS sedang mengumpul maklumat lanjut atau keterangan mengenai 'aktiviti memudaratkan' Sujang itu terhadap parti dan bakal membuat tindakan ke atasnya.

Menurut ahli PRS, aktiviti Sujang akan dibincangkan pada mesyuarat majlis tertinggi pada 14 April, 2012.

"Mesyuarat itu sepatutnya yang akan diadakan pada 7 April, tetapi ditangguhkan bagi membolehkan parti itu untuk mengumpul lebih banyak bukti terhadap Patrick (Sujang)," kata anggota majlis tertinggi PRS, yang tidak mahu namanya disiarkan.

"Ia menjangka bahawa surat tunjuk sebab mengapa tindakan tidak patut diambil terhadapnya adalah untuk dihantar selepas mesyuarat itu," katanya.

Sujang, yang merupakan seorang perunding EIA, dikenali sebagai lantang bersuara semasa mesyuarat majlis tertinggi parti itu terutama mengenai isu hak tanah adat asli, dan untuk itu beliau telah mencipta beberapa musuh-musuh dalam parti.

Sentimen anti-BN

Walau bagaimanapun, banyak idea seperti meningkatkan bilangan keluasan tanah tiga ekar kepada 14 ekar kepada setiap keluarga orang-orang yang telah disesarkan oleh Bakun, Baram, Murum dan empangan lain telah diterima pakai oleh kementerian tanah negeri.

Akhir-akhir ini, beliau secara terbuka kritikal terhadap kepimpinan parti terutamanya mengenai peraturan terkenal dari James Masing - Jangan Lawan Towkay.

Sujang bersetuju dengan peraturan Masing dalam 'majikan dengan pekerja konteks sebagai majikan yang memiliki perniagaan ini membayar gaji atau upah pekerjanya.

"Tetapi saya tidak bersetuju dengan dia bahawa wakil rakyat adalah takue dan pengundi adalah hamba.

"'Jangan Lawan Towkay' tidak boleh digunakan di sini sebagai pengundi adalah orang-orang yang wakil rakyat dan meletakkan mereka di mana mereka hari ini.

"Ia semata-mata menunjukkan keangkuhan mereka," kata Sujang.

Beliau percaya bahawa mesej Masing (Jangan Lawan Towkay) tidak sama sekali bermaksud untuk Frusis Lebi, orang cacat, yang subsidi pertanian dan kebajikan elaun yang ditarik balik atas arahan dari rakan sekerja dan Masing dan Menteri Muda Pertanian (Penyelidikan dan Pemasaran) Mong Dagang.

Sujang berkata: "mesej Masing mempunyai kesan yang lebih besar. Ini bermakna semua pemimpin parti komponen BN negeri 'Jangan Lawan Towkay', dan dalam konteks ini adalah Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang juga Ketua Menteri dan Towkay.

"Seperti yang didedahkan oleh Sarawak Report, beberapa pemimpin BN mempunyai beberapa perniagaan, kontrak kerajaan atau lesen dikeluarkan oleh Towkay itu," katanya.

"Sesiapa sahaja yang berani untuk mencabar Taib atau mempersoalkan kepimpinan beliau akan tertentu untuk menghadapi akibat kemurkaan, dan perniagaan mereka mungkin akan terjejas.

"Itu menjelaskan mengapa beberapa ahli parlimen keturunan Dayak kami kekal senyap mengenai isu-isu yang memberi kesan kepada masyarakat Dayak kerana takut ini," katanya.

Pada surat tunjuk sebab, Sujang berkata bahawa surat tunjuk sebab mungkin terlalu lewat, kerana dia boleh meletak jawatan dari parti itu

http://pkrl.blogspot.com/2012/03/panas-seorang-lagi-pemimpin-bn-bakal.html

PRU 13!!! Ust. Saiful Bahri Mamat calon PAS DUN N.28 Paka

Ustaz Saiful Bahri Mamat
Kajang, 25 Mac: PAS Terengganu mengumumkan Saiful Bahri Mamat sebagai calon Dun N.28 Paka, untuk pilihan raya umum ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Abdul Wahid Endut mengumumkan calon berkenaan dalam majlis Himpunan Anak Terengganu di Perantauan (Perantau) yang berlangsung di Dewan MPKj, Kajang pagi tadi.

Menurut Abdul Wahid, persiapan untuk menentukan siapa calon yang akan bertanding perlu diteliti sebaiknya supaya pengundi boleh menerima calon tersebut.

"Yang pasti calon itu boleh menang, kita menang kerana semua orang undi kita. Calon itu boleh diterima seluruh masyarakat baik Melayu, Cina ataupun India," katanya di hadapan kira-kira 1,000 anak-anak Perantau. Katanya, buat masa ini hanya calon Paka sudah diumumkan dan calon-calon lain masih belum diputuskan sehinggalah PAS Pusat memutuskannya.

"Kita sudah ada senarai nama, dan nama-nama itu sudah dihantar ke PAS Pusat, kita akan selesaikan dengan baik. Calon yang kita kemukakan insyallah akan menang,"katanya.

Jelas beliau, Saiful Bahri antara calon yang cukup komited dalam menggerakkan kerja-kerja parti tidak kira masa dan atas usaha itu PAS yakin dan percaya beliau boleh melaksanakan tugas dengan baik.

Malah katanya, dengan pengumuman itu yang agak awal berbanding calon-calon lain, PAS Terengganu yakin beliau berjaya mengambalikan semula kerusi Paka kepada PAS.

Saiful Bahri pernah memenangi kerusi itu pada 1999 hingga 2004, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Pelancongan negeri Terengganu.


Terkini, beliau ada Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu. Untuk PRU kali ini merupakan kali ketiga beliau bertanding di kerusi Dun Paka.

UMNO PENING!!! Luar nampak dacing, dalam perut tetap PAS


KAJANG, 25 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru anak Terengganu yang berada di perantauan agar pulang mengundi pada pilihan raya umum nanti.

"Rakyat kena balik, yang jadi pengundi kena balik," ujar Abdul Hadi di hadapan kira-kira 1,000 anak Terengganu di Perantauan (Perantau) yang berlangsung di dewan MPKj, Kajang tengah hari tadi.


Katanya, tenaga mereka ini sangat penting dalam menentukan politik negeri Terengganu selepas ini.


Malah katanya, harapan untuk menang agak susah jika anak-anak Terengganu yang berada di luar tidak pulang mengundi di kampung masing-masing.



"Kita merayu bersungguh-sungguh kerana kita bertekad untuk menang di Terengganu kali ini. Kita mahu perintah Terengganu untuk kali ketiga jika kita menang kali ini," katanya.


Malah Abdul Hadi yakin dan percaya dengan kemampuan PAS yang ada di negeri itu sama ada Pakatan Rakyat berjaya atau tidak ke Putrajaya, Terengganu, Kelantan, dan Kedah wajib menjadi model pelaksanaan dasar-dasar Islam.


Abdul Hadi turut mengakui sikap rakyat negeri Terengganu sukar untuk ditafsir dan keadaan ini jauh berbeza dengan rakyat negeri Kelantan yang 'independent'.


"Kita ni, kalau dacing tu sampai ke dalam perut pun dacing. Kena ambil iktibar dari sikap rakyat Kelantan, di luar nampak dacing dalam perut tetap PAS," katanya sambil diikuti gelak tawa para hadirin.


Bagaimanapun, beliau sekali lagi menegaskan PAS akan terus mempertahankan tiga negeri dibawah pentadbirannya dalam PRU akan datang.


"PAS akan jadi seperti ekor cicak yang terputus, jika Terengganu tidak menang dalam masa yang sama Kelantan terlucut. Kita akan terus mempertahankan negeri yang kita perintah," kata beliau.


Terdahulu, Pesuruhjaya PAS Terengganu Abdul Wahid Endut dalam ucaptamanya di samping membentangkan Pra Pelancaran Manifesto 'Terengganu Maju: Islam Berdaulat, Negeri Berkebajikan yang turut menggariskan 10 manifesto awal negeri itu.


Tawaran itu, antara lain menggariskan program skim belia atau beliawanis niga melalui penyediaan prasaran dan modal untuk mewujdukan Program Satu Belia Satu Kerja (seorang belia se kerja).


Katanya, dengan memperkenalkan dasar Merakyatkan Ekonomi, kerajaan PAS menyediakan satu tawaran program negeri Terengganu berkebajikan yang ampuh dan berdaya saing serta bersifat 'sustainable' untuk membawa rakyat negeri itu keluar dari kemelut ekonomi di bawah Umno BN.


"PRU nanti adalah masa yang paling sesuai dan tepat untuk rakyat Terengganu berubah. Kerana Umno BN Terengganu kekal mundur dan tercorot, ini adalah kegagalan Umno BN," katanya.