Friday, April 13, 2012

SAMSENG MATI TERKEJUT!!!! Menyamar dengan wajah bengis untuk peras ugut


Nota : Di restoran makanan laut inilah salah seorang daripada dua suspek yang menyamar sebagai pegawai Imigresen untuk melakukan peras ugut menemui ajal akibat serangan jantung dalam kejadian di Kampung Atas tinggi, Pasir Mas Kelantan Isnin lalu.

PASIR MAS – Kedatangan dua lelaki berwajah bengis yang menyamar sebagai pegawai Imigresen untuk memeras ugut seorang pengusaha restoran makanan laut berakhir dengan kejadian tidak diduga apabila salah seorang suspek mati mengejut akibat diserang penyakit jantung.

Kejadian mengejutkan pukul 8.30 malam Isnin lalu di Kampung Atas Tinggi di sini itu mengakibatkan rakannya turut diberkas selepas dia gagal melarikan diri akibat ‘menggigil’ melihat mangsa yang tidak sedarkan diri selepas melakukan penyamaran dan peras ugut.

Difahamkan, kedua-dua suspek belum sempat mengambil wang tersebut kerana kejadian berlaku ketika mereka sedang melakukan peras ugut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, sebelum kejadian, suspek telah datang ke restoran itu untuk memeras ugut pemilik dan pekerja premis itu.

Katanya, belum sempat wang diambil, salah seorang suspek kemudian rebah sebelum meninggal dunia di tempat kejadian hingga membuatkan pemilik dan pekerja restoran serta rakan suspek panik. - Sumber

TANAH UNTUK MASJID!!! Bukannya pasal Islam, tapi kerana kontraktor kroni UMNO tak dapat projek

Oleh Daing Yahya

Katanya, Utusan Malaysia dan juak-juak UMNO, lebih tepat lagi UMNO terkinja-kinja kegembiraan kerana mendapat ‘peluru emas’ untuk menembak pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat, khususnya DAP dan Lim Guan Eng sendiri.

Halnya bertolak dari isu tanah di satu kawasan yang telah gagal dibangunkan oleh kerajaan BN (Koh Tsu Koon).

Kemudian, setelah Pakatan Rakyat mengambil alih, maka kawasan ini akan dibangunkan, justeru proses pembangunan itu haruslah melalui proses yang sama sekali lagi, tetapi kali ini menerusi tender terbuka kepada semua kontraktor pemaju. Ini amalan rasmi kerajaan Pulau Pinang berdasarkan prinsip Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT).
Akhirnya tender pembangunan di Bayan Mutiara ini telah dimenangi oleh pemaju tempatan. Isunya timbul apabila salah satu lot tanah dalam kawasan pembangunan Bayan Mutiara ini ‘dikatakan’ akan hilang. Tanah yang dimaksudkan itu ialah tanah untuk tapak sebuah masjid.

Kita harus membaca anatomi kes ini iaitu, setiap kawasan atau tanah yang akan dibangunkan, pastilah mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan, dan syarat-syarat dalam perjanjian ini juga berdasarkan logik juga iaitu, mana-mana kawasan perumahan, wajiblah menyediakan prasarana asas. Prasarana ini termasuklah sekolah, masjid, rumah ibadat, klinik, balai polis, bomba dan lain-lain.

Jadi, jika kita membaca dan meneliti sekali lagi maklumat di atas, jelas bahawa apabila satu-satu pemaju telah mendapat hak untuk membangunkan kawasan tersebut, pastilah reka bentuk dan susun atur semua prasarana ini akan dipinda mengikut pelan baru yang dibentangkan oleh pemaju kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan juga kerajaan negeri.

Yang pasti, pemaju mesti ikut syarat membina masjid, sekolah, rumah ibadat bukan Islam dan sebagainya mengikut keluasan dan jumlah unit perumahan yang dibina. Itu undang-undang yang ada.

Justeru, pastilah ia berpindah, bertukar baik saiz, bentuk dan sebagainya, tetapi bukan hilang seperti dakwaan UMNO itu.

Berpindah maksudnya, mungkin akan dibina di kawasan B atau C dari tapak asalnya iaitu kawasan A. Begitu jugalah halnya dengan prasarana asas yang lain-lain itu. Bukankah sifir ini sangat mudah difahami olah manusia yang berakal waras?

Lihatlah bagaimana UMNO memanipulasikan maklumat dan menjadikannya fitnah seolah-olah tanah masjid itu telah hilang dan lenyap sama sekali. Inilah gaya propaganda UMNO yang semakin hilang sokongan rakyat, inilah bentuk mentaliti manusia yang meracau mahukan kuasa – niat menghalalkan cara.

Katanya … jika Koh Tsu Koon yang membinanya, pastilah projek-projek buat masjid ini akan diberi kepada kontraktor UMNO Pulau Pinang. Bukankah ini amalan rasmi UMNO? UMNO memang ramai penagih kontrak, dengan cara itulah mereka gunakan sebagai alat untuk terus berkuasa dan merembat harta rakyat atas nama Islam atau Melayu.

Katanya … kini juak-juak UMNO yang meracau itu hanya mampu melihat sambil meleleh air liur kerana pemerintahan Pakatan – DAP, PKR dan PAS – di Pulau Pinang tidak pernah menyalahgunakan wang zakat, wang baitulmal, wang tabung haji, wang amanah rakyat miskin tegar, malah peruntukan untuk pembangunan Islam di Pulau Pinang berlipat ganda dari sebelumnya, malah lebih besar dari peruntukan di negeri-negeri yang diperintah oleh UMNO sendiri.

Sedarlah diri, sebelum berkokok, pastikan ekor kamu (UMNO) tak bergelumang dengan tahi. Malah dosa mempermainkan agama bukannya kecil. – Roketkini.com

GRIK TAK ADA AIR!!! Media perdana tak siar, Perak dapat bantuan air dari tiga negeri Pakatan

Oleh: MSK


Hari ini sudah enam hari sebahagian besar penduduk Gerik terputus bekalan air akibat daripada tanah runtuh di loji penapisan air di Bersia Lama, Gerik.

Tidaka da berita dan tidak ada sesiapa pun yang bising bila Perak mengalami masalah air. Tapi kalau ianya berlaku di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan atau Selangor..sudah pasti puak-puak Umno menjerit kebisingan.
Ingat lagi bila banjir berlaku di Kedah?

Macam-macam kutukan dibuat oleh Umno. ada yang kata Kedah tak prihatin. Ada yang kata Kedah tak bantu penduduk yang terlibat dengan banjir. Pemuda-Pemuda dan Puteri Umno pun sibuk bergambar seolah-olah mereka lah hero banjir. Tapi bila berlaku di Gerik Perak, semua berita digelapkan.

Krisis air di Gerik menggambarkan kelemahan pentadbiran Perak dibawah Zambry. Ketika BN berbangga dengan kejayaan membawa Vale ke Teluk Rubiah dengan menggadaikan alam sekitar, Lembaga air Perak dibawah Zambry gagal memberi bantuan air kepada penduduk tempatan.

Berita awal tentang krisis air di Grik mula-mula aku tahu bila membaca posting kopitarikkaw disini.

Oleh kerana berita yang diperolehi dari kopitarikkaw masih belum cukup, aku menghubungi Team mediaperak di Gerik.

Terima kasih blogger Sham yang sanggup mencari sedikit gambar untuk dijadikan bukti tentang apa yang dikatakan oleh kopitarikkaw.

Memang benar, dalam keadaan Gerik terputus bekalan air, pihak yang datang membantu adalah dari syarikat Syabas dari Selangor, Pihak Berkuasa Air (PBA) dari Pulau Pinang dan Syarikat Air Darul Aman (SADA) dari Kedah.

Bagaimanakah keadaan ini boleh berlaku? Dimankah lori-lori tangki air Lembaga Air Perak?

Menurut blogger Sham, krisis air di Gerik mungkin berlanjutan seminggu lagi. Dengan kelemahan Lembaga Air Perak, penduduk terpaksa menanggung kesusahan seminggu lagi.

Tapi ada satu perkara yang lebih menarik.

Ketika menjelang PRU 12 pada tahun 2008 dulu, sebuah bangunan dua tingkat milik Perbadanan Taman Negeri Perak runtuh di Tasik Banding.

Apakah keruntuhan loji penapis air di Bersia ini menandakan keruntuhan BN dalam PRU akan datang ini.

Untuk melihat gambar-gambar lain, layari blog Keadilan Gerik.

http://mediaperak.com/2012/04/10/krisis-air-gerik-perak-minta-bantuan-kedah-penangselangor/

KES SCORPENE!!! Media dunia siar, media perdana Malaysia tutup rapat-rapat

Ketika kes pengambilan komisen pembelian kapal selam masih dalam siasatan mahkamah Perancis, pengamal media Hong Kong mendedahkan melalui laman internet bahawa 36 juta euro disyaki telah disalurkan kepada Najib dan rakannya melalui sebuah syarikat Hong Kong.

Kini, media Hong Kong, Ming Pao mulai mengikuti perkembangan kes ini, malah mengesahkan bahawa Abdul Razak adalah salah seorang pengarah syarikat Hong Kong tersebut.

Ming Pao, sebuah akbar yang dimiliki Tiong Hiew King, tycoon Malaysia, telah melaporkan pada 7 April 2012, bahawa sebuah syarikat Hong Kong diheret dalam kes ini, di mana sebuah syarikat Perancis disyaki menyogok Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia sekarang, yang menyandang jawatan Menteri Pertahanan ketika kes ini berlaku.

Menurut laporannya, yang memetik sebuah agensi berita, bahawa syarikat DCNS telah menjual tiga kapal selam kepada Malaysia sebelum ini, dan 36 juta euro disyaki telah disalurkan kepada Najib dan rakannya, melalui sebuah syarikat Hong Kong.

Setelah siasatan dibuat, Ming Pao telah mengesahkan bahawa syarikat Hong Kong tersebut bernama Terasasi, dengan Abdul Razak Baginda dan Abdul Mulim Baginda sebagai pengarah syarikat. Kedua-dua orang ini beralamatkan Kuala Lumpur, tetapi alamat syarikat di Hong Kong ini merupakan syarikat setiausaha.

Laporan ini memetik tulisan John Berthelsen, Editor Eksekutif akhbar The Standard di Hong Kong yang tulisannya disiarkan di laman The Asia Sentinel.

Sebelum ini, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar mendesak agar Perdana Menteri Najib menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya, dan menyaman John Berthesen serta Asia Sentinel sekiranya ia jelas merupakan satu fitnah semata-mata..

*Tulisan ini disedut dan diterjemah dari teks asal.