Saturday, April 21, 2012

16 000 TUKAR ALAMAT KE MELAKA!!! UMNO mengaku pindah alamat mengundi siswa

Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Md Akin berkata, lebih 16,000 nama pengundi baru termasuk mereka dari luar negeri itu menukar alamat untuk mengundi di beberapa kawasan parlimen.

Ia berikutan pendedahan mengenai video seorang anak kepada ADUN Umno di Melaka yang terlibat dalam usaha Umno-BN negeri itu memindahkan alamat pengundi ke Melaka, khasnya di kawasan parlimen Bukit Katil.


Komplot jahat dan terancang itu turut melibatkan kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), yang dijalankan sebelum Mac lalu di empat universiti awam dan swasta di Melaka.


“Data 16,000 pengundi yang ditukar alamat disahkan sendiri oleh SPR dalam pertemuan baru-baru ini dan saya sendiri bersama teman-teman dalam Pakatan Rakyat Parlimen Bukit Katil akan membawa video ini segera ke SPR, SPRM dan polis untuk tindakan susulan.


“Kita juga mendesak pentadbiran Datuk Seri Najib Razak segera menyelesaikan masalah ini dengan segera sebelum Parlimen dibubarkan,” tegasnya.


Shamsul berkata, komplot jahat itu dilakukan kerana Umno-BN dilihat sangat sukar untuk mempertahankan kawasan parlimen di Melaka, selain dua dari empat kerusi DUN dimenangi Pakatan Rakyat pada PRU lalu.

“Tidak hairan apabila Umno Melaka memperalat mahasiswa untuk menukar alamat bagi mengundi mereka pada PRU kali ini kerana Umno sendiri tidak yakin untuk menang,” katanya lagi. 

Umno akui tukar alamat mengundi siswa Melaka
Speaker DUN Melaka Datuk Wira Othman Mohamad mengakui wujud gerak kerja untuk menukar alamat tempat pengundian pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri Melaka.

Beliau yang mengetuai gerak kerja itu berkata, ia bertujuan bagi memudahkan pelajar terbabit untuk mengundi sekiranya pilihan raya umum ke-13 dijalankan bukan di dalam cuti semester.


Jelasnya, perkara itu turut dilaksanakan di negeri lain, termasuk negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat terutamanya di Selangor bagi memberi peluang kepada siswa terbabit menunaikan

tanggungjawab itu.

"Perkara ini dilakukan setelah menyedari pada PRU ke-12 tahun 2008 lalu, lebih 2,000 siswa tidak dapat melaksanakan tanggungjawab itu kerana tidak bekesempatan pulang ke kampung halaman masing-masing.


"Menyedari perkara ini, mulai Januari hingga Mac lalu, kami telah menjalankan sesi taklimat kepada pelajar-pelajar terbabit di beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini sebagai
  menerangkan perkara ini supaya tidak timbul salah faham.

"Kebanyakan daripada mereka sudah pun membuat pendaftaran memilih di kampung halaman mereka justeru sebagai memudahkan urusan ini kita telah pun mendapatkan kerjasama daripada pihak Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," katanya.


Beliau diminta mengulas laporan
Malaysiakini semalam mengenai pendedahan 'bukti' bahawa anak pemimpin Umno tempatan memaksa dan cuba 'membeli' pelajar IPT supaya menukar alamat tempat pengundian bagi memberikan kemenangan BN di kawasan tertentu dalam pilihan raya.

Beliau berkata, kesemua proses pertukaran alamat tempat mengundi pelajar terbabit adalah berdasarkan lokasi mereka belajar dan menetap.


"Secara kebetulan kebanyakan IPT berada di dalam kawasan Bukit Katil misalnya, Kolej Yayasan Melaka (KYM) yang beralamat di Padang Jambu adalah dalam kawasan Parlimen Bukit Katil dan begitu juga kebanyakan IPT lain juga dalam parlimen sama.


"Mengenai dakwaan kononnya berlaku paksaan dan tindakan membeli (undi) pelajar, pihak kami menafikan perkara ini sebab kita sudah jelaskan kepada pelajar terlibat dan ramai juga pelajar yang tidak menukar alamat mereka kerana kurang bersetuju.


"Perkara ini perlu disebabkan seseorang pengundi harus membuang undi mengikut alamat seperti tertera di kad pengenalan mereka," katanya lagi.
Langkah itu berbeza daripada amalan semasa pilihan raya umum sebelum ini di mana seseorang boleh mendaftar mengundi di kawasan yang berbeza dengan alaman di kad pengenalan mereka, katanya.

Di kawasan lain di Melaka juga katanya, turut dilakukan proses serupa misalnya di Alor Gajah dan Jasin.


"Ini semua bagi memberikan kemudahan kepada pelajar terbabit dan langsung tidak timbul soal penyelewengan dan penipuan seperti yang  didakwa pembangkang semalam," katanya.

PINDAAN ENAKMEN FATWA KEDAH!!! Komponen BN mengelupur bagi pihak UMNO

oleh AnakKedah007


Aduhai awatlaa bangang sangat RAKYAT MALAYSIA nak lihat permainan puak2 dalam BN sedang hendak mempersendakan ISLAM... 

Sekarang nie ada satu contoh bab ENAKMEN KEPUTUSAN MAJLSI FATWA KEDAH TIDAK BOLEH DI CABAR DI MAHKAMAH....yg mana baru sahaja diluluskan di DUN baru-baru ini... sungguh la nampak zalim bila kita pandang dari satu bahagian kerana bila keluaq FATWA maka kita kena ikut dan tak boleh komplain dah... Jika tengok secara street forward laaa....

Cuba tengok kelaku rakan sparing depa... yang mana UMNO selalu dok puji kata kawan depa bukan KAFIR HARBI tapi DAP yang kafir harbinya.... cuba anda lihat KHO TSHU KON nie kenapa pulak dia dok cucuk Guan Eng supaya bercakap akan perkara ini... KENAPA beliau tak suruh UMNO yang bercakap... sedangkan ini masalah FATWA ORANG ISLAM tak ada sangkut paut dengan orang BUKAN ISLAM habih yang dok galak USLAS nak bubuh minyak buat apa kejadahnya....

Sebenar depa nie dah gila POLITIK tahap jamban dah bercakap pie la kot mana pun janji matlamat depa kekal dan nak pelaga kompenan dalam PR itulah yg sebenarnya2nya.. sepatutnya UMNO dah tegoq dah sahabat sparing depa nie jangan dok ulas benda nie dan UMNO patut bawa keluaq statement bahawa depa SOKONG akan ENAKMEN tersebut....

tapi haram satu patah pun tak dengaq...dok diam mcm batu ada laa lepas tu suruh GERAKAN pulak bercakap.... Politik macam nie pun hangpa tak boleh nak baca lagi... macam nie ka nak dikatakan pejuang agama bangsa dan negara....

TERKINI!!! Pelajar UPSI terjatuh dari bangunan bukan terjun bangunan

[TERKINI 1.35 PAGI] TANJUNG MALIM - Tekanan perasaan dipercayai menjadi punca seorang pelajar perempuan tahun tiga Fakulti Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) terjun dari tingkat empat bangunan E-Learning kampus universiti itu di sini, petang semalam.

Menurut sumber, pelajar berusia 23 tahun dan bakal menamatkan pengajiannya dalam dua semester itu, dipercayai telah mencederakan dirinya sebelum nekad terjun bangunan.


"Terdapat kesan darah pada dinding koridor di tingkat empat bangunan di mana pelajar terbabit dipercayai terjun.


"Kesan itu menunjukkan pelajar ini telah cedera dan nekad terjun bangunan," katanya ketika ditemui Sinar Harian.


Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika kebanyakan pelajar tamat kuliah tambahan.


Kata sumber itu lagi, mangsa mati akibat kecederaan parah di kepala dan patah kaki.


Ketika kejadian, katanya, mangsa berpakaian muslimah, berseluar trek dan bertudung.


"Menurut rakan-rakannya, sebelum ini pelajar yang berasal dari Johor Bharu itu dilihat murung dan sering bercakap sendirian dan berkemungkinan menghadapi tekanan," katanya.


Sinar Harian cuba menjejaki rakannya, namun masih gagal kerana mangsa berkemungkinan tidak tinggal di kolej kediaman tetapi tinggal di kediaman luar kampus.


Dalam pada itu, seorang pembaca Sinar Harian Online dalam mesej Facebook menulis bahawa "seorang mahasiswi Upsi semester empat, minor Bahasa Arab terbunuh setelah terjatuh dari Bangunan E-Learning sekitar jam 5.30 - 6.00 petang tadi."


"Kami diberitahu dari tingkat empat dan identiti mangsa juga telah dikenal pasti dan akan disiarkan sebaik sahaja disahkan," kata pengunjung itu.





Seorang Pelajar UPSI Terus Memberi Respon



Halimi Abdul Hadi · Subscribe · Tanjung Malim



Al Fatihah untuk Allahyarhamah Fatimah Mina Md Juferi (program PAKK, minor Bahasa Arab). Dipercayai TERJATUH dari tingkat 3 Bangunan Elearning (disahkan oleh forensik dari Ipoh). Hanya ada seorang saksi di tempat kejadian (masih trauma & tidak berupaya ditemubual lagi). Jenazah berada di tmpt kejadian sehingga jam 10 malam td. Dato VC dan Datin turut bersama di tempat kejadian sehingga jenazah selamat di bawa ke Hospital Slim River untuk post mortem. InsyaAllah, menurut sumber, Allahyarhamah sempat di ajar mengucap dua kalimah syahadah dan semoga Allah menempatkan beliau di tempat orang beriman. Al-Fatihah. (Saya berada di tempat kejadian setengah jam selepas tragedi berlaku kerana kebetulan saya parkir kereta di situ)



Sumber : Seorang pensyarah FSKIK..Encik Salman Firdaus Sidek

IKON BERSIH 3.0!!! Tarik sokongan besar orang Melayu

ULASAN Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) kini bekerja keras untuk membawa rakyat ke jalan raya sebelum pilihan raya umum ke-3.

Angka 500,000 menjadi sasaran untuk memenuhkan Dataran Merdeka. Jika angka tercapai, Dataran Merdeka akan bertukar menjadi Dataran Tahrir seperti di Mesir ketika kebangkitan rakyat melawan Hosni Mubarak.


Sebelum pilihan raya umum ke 12, buat pertama kalinya Kuala Lumpur dikuningkan.


Walaupun ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan pada ketika itu berhempas pulas untuk menutup segala pintu masuk ke Kuala Lumpur, ia tidak mampu untuk menghalang gelombang kebangkitan rakyat.


Istana Negara dibanjiri dengan lebih kurang 100 000 rakyat yang memakai warna kuning.


Kejayaan demonstrasi tersebut memberi tamparan hebat kepada perdana menteri pada ketika itu, Tun Abdullah Badawi dan menantunya, Khairy Jamaluddin.


Kedua Abdullah dan Khairy sebelum itu dalam perhimpunan agung Umno dengan angkuhnya menemplak penganjur perhimpunan raksasa tersebut.


Khairy akan terus dikenang dengan kenyataan angkuhnya yang menyamakan peserta perhimpunan aman dengan "beruk".


Barisan pemimpin
Bersih fasa pertama yang dipimpin oleh mantan presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mohamud berjaya membangkitkan kesedaran rakyat sehingga berlakunya Tsunami politik dalam pilihan raya ke-12.


Fasa kedua yang dikepalai oleh Datuk Ambiga, seorang peguam ternama menyebabkan kerajaan menubuhkan jawatankuasa pilihan khas (JKP) untuk pilihan raya bebas dan adil.


JKP yang dikepalai oleh Datuk Seri Maximus Ongkili memberikan beberapa cadangan agar kerajaan melakukan perubahan dalam rangka mengangkat martabat pilihan raya di Malaysia.


Kini BERSIH sudah masuk fasa ketiga. Kali ini Datuk A Samad Said, sasterawan negara dibawa masuk sebagai pengerusi bersama BERSIH.


Walaupun Pak Samad dijadikan pengerusi bersama- sama dengan Datuk Ambiga, beliau dianggap sebagai ikon bagi BERSIH 3.0.


Para budayawan akan melihat ini sebagai isyarat untuk mereka bersama.


Dalam beberapa sidang akhbar menjelang perhimpunan pada 28 April ini, Pak Samad tegas mengatakan BERSIH akan mencapai angka 500,000.


Melayu terbuka hati
A Samad Said antara sasterawan negara yang dekat di hati rakyat jelata. Rambut, misai dan janggutnya yang putih mudah diingati oleh rakyat.


Dua tiga tahun sebelum Pak Samad terlibat aktif dengan gerakan rakyat, beliau sering diundang oleh pihak televisyen.


Krisis bahasa akhirnya membawa Pak Samad kepada gerakan rakyat. Beliau disambut oleh rakyat dengan penuh kasih sayang. Begitu juga dengan ahli politik Pakatan.


Penentangan terhadap PPSMI mengangkat Pak Samad sebagai ikon gerakan rakyat. Demonstrasi anti PPSMI menyaksikan sasterawan negara tersebut turut menjadi mangsa keganasan polis.


Potret Pak Samad terkena gas pemedih mata menyebabkan ada yang menangis. Jikalau seorang sasterawan negara yang hidup di zaman penjajahan Jepun diperlakukan sebegini rupa, apa lagi rakyat jelata?


Kemasukan Pak Samad sebagai pengerusi bersama BERSIH memberikan suntikan baru kepada gerakan tersebut.


Orang-orang Melayu yang terpengaruh dengan propaganda
Utusan Malaysia kini terbuka hati apabila melihat sasterawan mereka menyertai gerakan rakyat.

Hari-hari tua
Orang-orang Melayu di pedalaman menjadi mangsa propaganda
Utusan Malaysia dan TV3. Ini adalah tunjang kekuatan kepada Umno. Namun, sampai bila ia mampu bertahan?

Pilihan raya wibawa adalah hak kepada semua warga Malaysia. Sebuah kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya - dipercayai oleh semua pihak akan memberikan legitimasi kuat.


Apabila ini berlaku, rakyat akan yakin dengan sesuatu kerajaan tersebut.


Selain itu, pelabur-pelabur asing akan mempunyai keyakinan untuk melabur oleh kerana kerajaan yang diangkat melalui pilihan raya wibawa akan menjamin kestabilan politik.


Katakanlah Malaysia tetap berdegil untuk meneruskan pilihan raya sebelum semua pihak berpuas hati dengan reformasi pilihan raya yang dilakukan, kerajaanyang diangkat tidak mempunyai kredibiliti dan akan dituduh menang dengan penipuan.


Ia akan mengundang kemarahan rakyat jelata. Jalan raya akan dipilih oleh kerana pilihan raya sudah tidak lagi diyakini. Paling lama kerajaan baru selepas pilihan raya 13 bertahan adalah satu tahun.


Apatah lagi sekarang ini, operasi jahat untuk menawan Selangor sudah bermula.


Apabila undi rakyat Malaysia dicuri oleh warga Bangladesh, Myanmar, Filipina dan Indonesia, kemarahan rakyat jelata pasti membuak-buak.


Pada ketika itu, pemimpin-pemimpin tertinggi negara terpaksa lari keluar negara untuk menghabiskan hari-hari tua mereka.

Amin Iskandar menerima anugerah zamalah Intelektual Awam Asia (API) 2009-10 untuk menjalankan kajian tentang sejarah pemantauan pilihan raya di Filipina dan Indonesia.

Tulisan ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.

HANYA RM3 BILLION!!! Tambahan untuk pendidikan percuma

ULASAN Perdebatan mengenai dasar pendidikan percuma yang ditawarkan Pakatan Rakyat merupakan satu perkembangan baik mutakhir ini.

Keprihatinan rakyat, terutamanya golongan pelajar dan orang muda mengenai masa depan pendidikan tinggi di Malaysia memberi harapan ke arah masa depan negara yang lebih cerah.


Dalam kehangatan perdebatan ini, ada pihak tidak bertanggungjawab yang cuba memesongkan isu dengan memberi gambaran bahawa dasar pendidikan percuma tersebut akan menyebabkan pembiayaan sara hidup (yang kini diberikan melalui PTPTN) akan dihapuskan sama sekali.


Perbincangan mengenai mekanisme pembiayaan sara hidup pelajar selepas PTPTN dihapuskan dan pendidikan percuma diperkenalkan telah dibincangkan dengan terperinci di peringkat PKR dan Pakatan.


Sukacita saya menggariskan rangka kasar dasar pendidikan percuma untuk menangkis dakyah pihak lawan bahawa penghapusan PTPTN akan menghentikan pembiayaan sara hidup, seperti berikut:
(1) Pelaburan yang besar akan dibuat untuk menambah peluang pendidikan tinggi di institusi awam, termasuklah pembinaan universiti teknikal khusus bagi lepasan sekolah yang lebih berminat di dalam kemahiran teknikal. Ini penting untuk mengimbangi jumlah tempat yang ditawarkan di institusi awam berbanding institusi swasta, seterusnya mengelakkan pergantungan kepada pendidikan tinggi berbayar di masa hadapan;

(2)
Yuran pengajian di institusi awam akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan juga akan menyediakan elaun sara hidup untuk menanggung kos sara hidup bagi pelajar-pelajar yang layak. Kelayakan untuk menerima elaun sara hidup dikira berdasarkan tahap pencapaian akademik dan latar belakang sosio ekonomi pelajar mengambil kira tanggungan keluarga;

(3)
Bagi pelajar di institusi awam yang tidak memenuhi syarat untuk menerima elaun sara hidup kerana datang dari keluarga berpendapatan tinggi, mereka boleh memilih untuk membiayai sendiri elaun sara hidup atau layak untuk memohon pinjaman elaun sara hidup dari satu tabung khas untuk membiayai kos sara hidup dan pendidikan swasta yang akan ditubuhkan kelak;

(4)
Bagi pelajar yang tidak mendapat tempat di institusi awam, mereka boleh terus memohon untuk meminjam dari dana pembiayaan seperti yang ditetapkan di dalam (3). Pembiayaan pendidikan akan meliputi yuran dan kos sara hidup pada kadar yang ditetapkan, mengambil kira subsidi yuran yang akan diberikan kerajaan sepadan dengan yuran purata bagi kursus yang setara di institusi awam; dan

(5)
Pembiayaan untuk menampung elaun sara hidup dan sebahagian yuran di IPTS seperti yang diterangkan di atas tidak akan dikenakan sebarang faedah.

Prinsip ini akan digunapakai oleh Pakatan untuk merangka mekanisme khusus dalam melaksanakan dasar pendidikan percuma kelak.


Ia jelas menangkis dakyah pihak lawan bahawa dasar pendidikan percuma akan merugikan pelajar Melayu/Bumiputera kerana ketiadaan pembiayaan sara hidup.


Sebaliknya, dasar pendidikan percuma akan meluaskan akses kepada pendidikan tinggi percuma kepada lebih ramai rakyat Malaysia pelbagai kaum.


Pada masa yang sama, ia menukar model pembiayaan pendidikan tinggi yang kini terbukti menindas rakyat dan tidak dapat bertahan di masa hadapan.


Saya menganggarkan peruntukan tambahan untuk menyediakan elaun sara hidup, menanggung baki yuran yang kini dibayar pelajar dan menyediakan subsidi yuran yang setara kepada pelajar di IPTS adalah sebanyak RM3 bilion setahun.


Persoalan pokok yang perlu dijawab oleh semua rakyat Malaysia adalah sama ada kerajaan mampu menanggung peruntukan tambahan sebanyak RM3 bilion setahun ini.


Saya percaya penghapusan konsesi tol lebuh raya seperti yang dijanjikan di dalam Buku Jingga akan menjimatkan sebanyak RM5 bilion setiap tahun, kerana inilah wang pampasan yang dibayar BN kepada pengendali konsesi lebuhraya setiap tahun.


Wang ini lebih dari cukup untuk menampung peruntukan tambahan sebanyak RM3 bilion yang diperlukan untuk menyediakan pendidikan percuma.

Mohd Rafizi Ramli pengarah Strategi PKR. Tulisan ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.

ISU BENDERA!!! Penyokong PAS dan UMNO bergaduh

KUANTAN, 21 April - Satu insiden pergaduhan berlaku antara penyokong UMNO dan PAS berhampiran Pejabat UMNO Kuantan, di Jalan Mahkota dekat sini malam tadi. 
 
Kejadian yang berpunca daripada "isu bendera" itu telah menyebabkan kekecohan dan mengejutkan orang ramai yang lalu lalang di situ. Masing-masing panik melihat kejadian yang berlaku di depan mata mereka itu. 
 
Berdasarkan maklumat, kekecohan berlaku gara-gara tindakan beberapa orang ahli Pemuda PAS Kuantan yang bertindak memacak bendera parti itu pada pokok-pokok yang terdapat bendera UMNO dan Barisan Nasional. Ini menyebabkan beberapa orang penyokong UMNO yang berada berhampiran Pejabat UMNO berhampiran menjadi marah dan mengarahkan pemuda PAS mencabut semula bendera tersebut. 
 
Mereka kemudian bertegang leher dan menuduh antara satu sama lain. Ketika itu, kelompok penyokong kedua-dua pihak mula semakin ramai dan sudah ada yang menggasak. Sebuah kenderaan polis dengan dua pegawainya yang lalu disitu kemudian cuma menenangkan keadaan. 
 
Penyokong UMNO marah dan menuduh PAS cuba menimbulkan kontroversi dengan memasang bendera mereka pada bendera UMNO BN yang terdapat di pokok-pokok sekitar kawasan terbabit. 
 
Mereka juga mendakwa, bendera itu dipasang di kawasan sendiri memandangkan bangunan Pejabat UMNO Kuantan terletak berhampiran kawasan itu. Kenyataan itu ditempelak oleh beberapa orang penyokong PAS yang mendakwa, UMNO hanya berhak letak bendera di bangunan sahaja tetapi bukan di pokok-pokok berkenaan. 
 
Malah mereka juga mempertikaikan tindakan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) tidak menurunkan bendera UMNO BN di lokasi berkenaan kerana ia jelas melanggar peraturan yang mereka tetapkan. 
 
Malah, Yang DiPertuanya, Datuk Zulkifli Yaakob dengan tegas baru-baru ini menyatakan pihaknya akan menurunkan kain rentang, poster dan bendera parti-parti politik yang di pasang di beberapa kawasan penempatan dan jalan raya sekitar bandar ini. 
 
Inilah yang menyebabkan penyokong PAS marah kerana semua bendera mereka diturunkan di kawasan bandar, sebaliknya bendera UMNO dibiarkan oleh pihak berkenaan. Inilah yang jadi persoalan di kalangan penyokong PAS.


Kekecohan yang sepatutnya berakhir sekitar jam 12.00 malam itu, kemudiannya bertambah panas apabila kehadiran semakin ramai penyokong kedua-dua belah pihak. 
 
Turut kelihatan hadir Ketua UMNO Bahagaian Kuantan, Dato' Wan Adnan Wan Mamat serta lain-lain ahli jawatankuasa mereka. Biar pun beliau hadir menenangkan keadaan, namun tolak menolak terus berlaku di hadapan bangunan Hongkong & Shanghai Bank (HSBC). Pihak polis mengarahkan orang ramai bersurai, namun tidak diendahkan mereka. 
 
Difahamkan, kekecohan kedua itu berpunca daripada tindakan penyokong UMNO mencabut dan mematahkan bendera-bendera PAS yang dipasangkan pada pokok-pokok berkenaan. Keadaan semakin kecoh apabila pergelutan hingga ke jalanraya dan menganggu lalu lintas. 
 
Keadaan sedikit reda apabila pihak polis sekali lagi mengarahkan kedua-dua kumpulan bersurai. Beberapa orang anggota polis Cawangan Khas (SB) juga kelihatan memantau kejadian berkenaan. Keadaan sedikit kecoh apabila ada beberapa orang lelaki berbangsa India yang berbadan besar mula masuk campur. 
 
Mujurlah tiada kejadian yang lebih parah berlaku biarpun ada diantara mereka telah dikasari antara satu sama lain. Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusof dilihat tiba di lokasi berkenaan sekitar jam 1.20 pagi ketika kekecohan sudah pun dapat disuraikan oleh beberapa anggota polis yang bertugas.


[Melihat kekecohan yang berlaku malam tadi, ternyata kesalahan bukanlah daripada kedua-dua belah pihak sebenarnya. Ini kerana, pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) sepatutnya harus dipersalahkan kerana mereka tidak bertegas dengan undang-undang dan peraturan yang mereka buat. 
 
Jika arahan untuk membuang mana-mana bendera parti politik, makanya beliau harus adil kepada semua tidak kira parti kerajaan mahu pun pembangkang. 
 
 Apa yang berlaku ini seharusnya dijadikan ikhtibar oleh pihak berkenaan. Malah, banyak lagi maklumat dimana penguatkuasa MPK hanya menjalankan tugas membuang mana-mana bendera parti pembangkang di sekitar kawasan Kuantan. 
 
Namun, mereka biarkan bendera UMNO BN terus berkibar tanpa ada halangan. Inilah yang menimbulkan kemarahan kepada pihak yang berkenaan sebenarnya. 
 
Sebagai sebuah agensi kerajaan yang mendapat hasil kutipan cukai daripada rakyat tanpa membezakan fahaman politik masing-masing, maka MPK harus bertindak secara profesional dan tidak perlulah dipengaruhi unsur-unsur politik. Semoga kejadian ini tidak berlaku lagi hendaknya].