Thursday, April 26, 2012

SAH!!! Pengerusi SPR mengaku ahli UMNO



Dia dah mengaku.

Mari kita perhatikan kenyataan dia terlebih dahulu.

“Saya tidak ingat langsung bila dan di mana saya pernah menjadi ahli Umno, boleh jadi ada mana-mana pihak memasukkan nama saya selepas tamat universiti, awal 70-an dulu.
“Itu pun saya tidak dapat pastikan di kawasan mana sebab lepas tamat belajar saya tinggal di beberapa tempat, antaranya Segambut, Selayang dan Ampang. Jadi kalau ada pun yang menamakan saya, memang saya tidak tahu di mana,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
 
Beliau menjelaskan tidak tahu nombor keahlian, tidak pernah membayar yuran tahunan dan tidak pernah menghadiri mana-mana mesyuarat parti, jauh sekali dari memegang apa-apa jawatan parti.
 
“Perkara sudah terlalu lama, saya tidak ingat, hinggalah hari ini (semalam) ada pihak yang membangkitkan perkara ini dalam akhbar,” katanya mengulas berita muka depan Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, tidak adil mana-mana pihak mengambil fakta yang sudah terlalu lama dan dilupakan semata-mata untuk dijadikan isu.
 
“Saya ingin menegaskan kalau pun betul ada orang mendaftarkan saya sebagai ahli parti, itu tidak sama sekali menjadikan saya berat sebelah atau bias dalam mengendalikan SPR. Saya tidak pernah berasa terikat sepanjang berkhidmat di sini,” tegas beliau mengulas laporan Sinar Hariandan Sinar Harian Online semalam. -SH-

Sekarang mari kita tarik keluar satu persatu kenyataan dia.

1. Dia tak ingat kat mana dia pernah jadi ahli umno.

2. Dia rasa mungkin ada orang yang tolong daftarkan dia.

3. Dia tidak pernah melibatkan diri dengan aktiviti kepartian umno.

4. Perkara sudah terlalu lama dia dah lupa.

5. Dia tidak pernah bias atau berat sebelah dalam perkhidmatannya di SPR.

Maksudnya kat sini kita boleh faham bahawa ;

Dia taktau dia ahli umno kat cawangan mana sebab dia tak tatau siapa daftarkan dia jadi ahli umno dan dia tak pernah terlibat dalam aktiviti kepartian dan benda tue dah lama, dia dah lupa dan dia juga bukan seseorang yang bias.

Mula2 dia cakap dia taktahu lepas tue dia claimed dia lupa. Kalau dia taktahu maka dia hanya boleh cakap taktau dia tak patut cakap dia dah terlupa. Taktahu dan terlupa ialah dua perkara yang sangat berbeza. Bagi pandangan aku menerusi kenyataan dia neh aku rasa kisah dia begini ;

1. Dia tahu dengan jelas bahawa selepas dia tamat belajar memang ada orang daftarkan dia jadi ahli umno.

2. Aku percaya dia kenal orang yang daftarkan dia jadi ahli umno. Dia toksah berlakon larh nak cakap taktau or tak ingat apa seme. Kalau seseorang tue bebas daftarkan sesiapa sahaja jadi ahli umno.. bukan kah itu lebih pelik? Dia nak cakap bahawa sesiapa pun boleh tolong sesiapa daftarkan jadi ahli umno? Bukan kah ini baru sahaja mendedahkan kepincangan dan keburukkan parti umno? Jap.. dia baru kutuk umno ka neh weh?

3. Dia juga cakap dia tak aktif dalam UMNO. Soo.. pendedahan neh apa citer? Adakah ini dua individu yang berbeza atau sama? Kita tak dengar penafian dia berhubung perkara neh lagi kan?

Kesimpulannya, lebih baik dia keluarkan diri dia dari menjadi ahli umno sekarang. Keluar dari umno untuk membuktikan dia benar2 tidak berat sebelah.. kalau berani nak keluar lah. Dia sendiri pun mengakui pendedahan itu ialah satu FAKTA yang lama.. FAKTA ialah FAKTA.. tak kira lama or baru.. so tolonglah lengkapkan kronologi FAKTA neh dengan keluarkan diri anda dari UMNO.. ada berani ka?

kah kah kah

Ameno : Timbalan Pengerusi SPR per citer plak? 

FAKTA TIADA DALAM BUKU SPR!!! Peratus pendatang asing jadi warganegara meningkat hampir 4000 %



Sila baca bebaik statement kat atas neh.

1. Pada tahun 2000 - 2007 = 390 purata bagi tiap2 tahun.

2. Pada tahun 2008 = meningkat sebanyak 300%. Mungkin purata 390 x 300% kot.

3. Pada tahun 2009 = meningkat sebanyak 1225%. Buat macam kira2 di atas neh.

4. Pada tahun 2010 = meningkat sebanyak 3892%. 

Semua neh berlaku selepas 2008, selepas pru - 12 yang mana bien kalah lima negeri kepada pembangkang. Ini sesuatu yang membimbangkan. Korang rasa tak apa yang aku rasa?

Patutlah..

Tak syak lagi kenapa aku ragu2 der. Berbaloi2 wa cakap lue.. 

kah kah kah

Ameno : Bersepah dah muka2 dorang kat sini.. kadang2 aku confuse sini malaysia atau apa..

TAKAT ITU JE BOLEH BERLEMBUT!!! Polis mula dipergunakan UMNO halang Himpunan Bersih 3.0?

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menerima khabar bahawa polis telah mengulangi langkah memohon perintah mahkamah untuk menghalang perhimpunan BERSIH 3.0, yang bakal berlangsung pada 28 April 2012.

Di samping itu, Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein bersikap keras untuk memberi amaran kepada BERSIH, bahawa polis akan mengambil tindakan yang perlu seandainya penganjur meneruskan niat mereka untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka pada 28 April.

Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH, Wong Chin Huat (gambar kanan) menulis dalam laman sosial Facebooknya, bahawa polis telah memperolehi perintah mahkamah untuk menghalang perhimpunan Duduk Bantah BERSIH 3.0.

Ketika dihubungi
MerdekaReview, Wong Chin Huat berkata pihak polis telah meminta media cetak utama untuk menyediakan ruang iklan, agar menyiarkan senarai nama orang yang diharamkan untuk berada di lokasi perhimpunan.
Bagaimanapun, Wong Chin Huat menghubungi  MerdekaReview kemudiannya, bahawa polis tidak sempat untuk memperolehi perintah mahkamah, agar senarai tersebut boleh disiarkan pada hari esok.

Sebagaimana yang diketahui, berbeza dengan 91 nama yang terkandung dalam belasan helai kertas A4, senarai kali ini hanya memuatkan tiga helai kertas A4.
Ketua Polis Negara Ismail Omar gagal dihubungi setakat ini untuk mengulas khabar ini.

UMNO SAKIT JIWA!!! BR1M diguna beli lembu kenduri masuk PAS


[HD] KOTA BHARU: Belum pun Umno sempat menuai hasil daripada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), ada penerima bantuan sudah membelanjakan wang yang diperolehi bagi menganjurkan kenduri kesyukuran menyertai PAS.

Baru-baru ini beberapa penduduk yang menerima BR1M berpakat menggunakan wang yang diperolehi untuk membeli lembu bagi majlis kesyukuran di Rantau Panjang.


Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
(gambar) berkata, keadaan sebaliknya berlaku apabila habuan BR1M sebanyak RM500 yang diharap BN dapat memancing undi dijadikan modal untuk program PAS.

“Pada mulanya BR1M bertujuan memancing undi dengan harapan rakyat terus menyokong BN, namun lain pula jadinya di Bukit Tuku.


"Tak sangka pula ada penerima berpakat sesama mereka membeli lembu sempena majlis kesyukuran menyertai PAS,” ujarnya pada perasmian penutup Ijtima’ Almala’ di Kota Darulnaim baru-baru ini.


Hampir 800 peserta menghadiri program berkenaan. Turut hadir anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Adun Perupok, Datuk Omar Mohamed dan Pegawai Fatwa Jabatan Mufti Kelantan, Ustaz Saibon Ismail.

TU DIA!!! Bersih 3.0 dilancar di Makkah dan Madinah



MAKKAH: Gerakan untuk mendapatkan pilihan raya yang bersih dan adil di Malaysia melalui Bersih 3.0 dilancarkan di dua kota suci umat Islam, Makkah dan Madinah hari ini.

Ia dilancarkan oleh aktivis Bersih 3.0 yang berada di kedua-dua kota ini hari ini, dua hari menjelang perhimpunan raksaksa di Kuala Lumpur 28 April ini.

Di Makkah, pelancarannya dibuat di depan restoran D'Saji milik Malaysia yang terletak dibangunan perniagaan di hadapan Masjidil Haram.


(Bersih 3.0 dilancarkan di perkarangan restoran D'Saji, Makkah hari ini)

Kira-kira 20 rakyat Malaysia terlibat di majlis pelancaran itu. Hampir kesemua mereka memakai baju kuning berlogo Bersih 3.0 di samping menaikkan banner Bersih 3.0.


Di Madinah pula, pelancaran dibuat di dalam perkarangan Masjid Nabawi iaitu di bawah payung gergasi masjid itu.

Di sini, lebih ramai aktivis berkumpul iaitu kira-kira 30 rakyat Malaysia yang sedang berada di sana.

Mereka juga memakai baju kuning Bersih 3.0 di samping menaikkan banner.

KANTOI! Ketua Wanita UMNO Bukit Bintang dapat tanah IPD Brickfields??

Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussien yang juga sepupu Perdana Menteri, Najib Altantuya digesa menjelaskan status tanah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields yang dianugerahkan kepada Syarikat Primamuda Holdings Sdn Bhd.

Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, beberapa persoalan timbul kerana salah seorang pengarah syarikat itu merupakan Ketua Wanita Umno Bukit Bintang, Mariany Mohamad Yit, Ahli Dewan Negara dan mantan Ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).


"Tanah lot 55 ini merupakan tanah milik Kerajaan Pusat dikategorikan untuk kegunaan institusi, merangkumi pembinaan perumahan ataupun pejabat PDRM, bukannya pembangunan komersil. Siapakah yang memberikan kelulusan kepada Primamuda untuk bangunkan tanah itu?


"Saya percaya wujud konflik kepentingan antara pihak DBKL dan Primamuda. Persoalannya apakah kedudukan beliau di dalam DBKL, Primamuda Holdings dan sebagai Ketua Wanita Umno telah mempengaruhi pemberian projek pembangunan itu," katanya pada sidang media di tapak IPD Brickfields di sini, hari ini.


Jelas Izzah, lebih memeranjatkan apabila jawapan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin memberitahu penganugerahan tanah IPD Brickfields yang beroperasi lebih 30 tahun di Jalan Tun Sambanthan itu diberikan kepada Primamuda sebagai balasan kerana membangunkan IPD Jalan Travers.


"Apakah juga jumlah kos yang ditanggung Primamuda Holdings untuk membangunkan lot 55? Adakah ianya setimpal dengan harga tanah IPD Brickfields?


"Mengapa sanggup digadai tanah yang dahulunya cukup sesuai dan selesa bukan sahaja untuk kegunaan PDRM, malah untuk penduduk sekitar Brickfields yang merasa lebih selamat dengan adanya IPD Brickfields," katanya.


JALAN PULANG 

PERKASA TAK LAKU! Brahim Ali mengemis pada TIBAI

Dalam usaha untuk menyelamatkan penerimaan tidak bersemangat bagi pelancaran 'TIBAI' terhadap pemimpin Melayu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua PERKASA, Ibrahim Ali berikrar untuk mengadakan kempen baru bagi "mendedahkan" kejahatan ketua pembangkang.

Menurut Bernama, MP Pasir Mas, Ibrahim Ali berkata dia juga sanggup untuk menentang Anwar di kubu kuat yang kedua di Permatang Pauh dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang, jika dia diberi peluang untuk berbuat demikian.


Komen darinya segera mencetuskan serangan balas daripada parti PKR Anwar.


"Ini menunjukkan Ibrahim Ali sudah terdesak. Dia tahu bahawa dia tidak boleh menang sebagai calon Bebas. Walaupun di Pasir Mas, dia akan kehilangannya sekarang kerana PAS tidak akan membiarkan dia bertanding di atas tiket mereka lagi. Malah Umno juga tidak mahu dia sebagai calon mereka kerana dia hanya pandai mengemis 'peluang' dan akan lebih bersedia untuk berdiri di Permatang Pauh di mana dia pasti akan tewas," kata naib presiden PKR, Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.


Memalukan



Malah, Ibrahim Ali yang bulat itu telah menjadi memalukan pihak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan cara tidak senonoh dan komen perkauman melampaunya dengan berpura-pura menjadi ‘juara bagi orang Melayu '.

Pada masa sekarang, walaupun orang Melayu menjauhinya. Ibrahim telah memenangi kerusi Pasir Mas di Kelantan atas tiket PAS, tetapi dengan serta-merta melepaskan diri dari parti selepas pilihan raya 2008. Status semasa baginya adalah Bebas tetapi amat jelas dia sentiasa berharap bahawa Umno akan menerimanya semula.


Ibrahim digelar 'katak' kerana tindakannya melompat keluar parti, telah dipecat dari Umno sebelum ini. Sekarang, dia mengetuai pergerakan hak Melayu PERKASA di bawah naungan anggota sayap kanan dalam Umno yang juga dipimpin oleh bekas Mahathir Mohamad.


"Kami telah mengenalinya, untuk masa yang agak lama. Dia merupakan orang yang paling menjengkelkan, malah dia tak ubah seperti tin kosong walaupun orang melihatnya sebagai merbahaya kepada masyarakat kerana menyemarakkan api perkauman, "Wan Rahim Wan Abdullah, Ahli Parlimen Kota Bharu PAS, memberitahu Harakahdaily.


Raja parasit



Menurut Wan Rahim, PAS tidak akan mencalonkan Ibrahim dalam PRU ke-13, dan ramai menjangkakan akan diadakan tahun ini. Pemimpin PAS menambah bahawa Ibrahim telah menunjukkan persona hak ultra Melayu adalah disebabkan lebih kepada kepentingan politik daripada mana-mana kepercayaan sebenar atau mendalam bahawa masyarakat masih terpinggir dan ke belakang.

"Ibrahim adalah seperti parasit, melompat dari pokok ke pokok untuk cari makan. Di mana pokok dia melekat akan mati dan kemudian dia akan melompat ke pokok seterusnya, "kata Wan Rahim.


Walau bagaimanapun, ini tidak menghentikan Ibrahim daripada menyalahkan Anwar kerana menyebabkan perpecahan di kalangan orang Melayu. Dalam retorik yang sering diulangi oleh pemimpin BN, Ibrahim Ali berkata kelakuan Anwar telah merosakkan PAS, tetapi menguntungkan DAP.


Ketua PERKASA ini telah berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelancaran Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim atau TIBAI dalam siri jelajah di Kuala Lumpur pada malam Ahad. TIBAI dianggotai seramai 28 kumpulan kecil NGO.


TIBAI



Pengkritik telah menyelar Ibrahim Ali kerana menggunakan perkataan Hokkien yang mempunyai bunyi seakan TIBAI.

Mereka menunjukkan kelakuan biadap yang lain seperti mahukan 13 Mei 1969 dijadikan hari cuti khas mengingati kepahlawanan Melayu yang anti-Cina, dan untuk mengedarkan ang pow putih kepada warga emas Cina semasa perayaan Tahun Baru pada bulan Januari.

 
Bagi ang pow putih pula, wang yang diberikan dalam sampul surat putih hanya untuk pengebumian sedangkan Tahun Baru Cina merupakan sambutan yang meriah, warna terang seperti merah selalunya digunakan.

"Mereka yang bertanggungjawab ke atas perpecahan di kalangan orang Melayu adalah Ibrahim Ali dan Umno. Mereka akan melakukan apa sahaja untuk berpaut kepada kuasa walaupun memusnahkan masyarakat Melayu. Mereka akan berkata tentang satu perkara, tetapi pada hakikatnya, mereka cuma melakukan yang bertentangan," MP Kuala Krai Hatta Ramli berkata kepada Malaysia Chronicle
.Malaysia Chronicle