Sunday, April 29, 2012
PUNYA LA NAK TUTUP MAKLUMAT!!! Mai tengok Video berita Bersih 3.0 BBC News edisi Astro dipotong-potong berbeza dari edisi asal
Tukanglawan ingatkan,Aastro bila tayang siaran berita dari BBC news, keseluruhan klip video tersebut akan ditayangkan tanpa ada suntingan, rupanya tidak, sunting juga rupanya.
Hah, Amacam?, adil betulkan media kat negara ni, rakyat dibodohkan lagi.
Ada babak awal dimana seorang pemuda menceritakan kejadiaan sebenar kepada wartawan BBC telah dipadamkan, kenapa babak yg dianggap penting dalam penyiaran berita itu dipadamkan, jawapannya mudah, supaya rakyat yang tidak faham dan tidak pergi tidak tahu cerita sebenar, melainkan dapat informasi yang dikawal pemerintah.
Kemudian babak dimana seorang tua memberi penerangan mengapa beliau datang turut serta dalam himpunan tersebut juga dipadamkan, mengapa penjelasan mengapa himpunan tersebut telah diadakan dipadamkan?, kerana jika ia disiarkan, mungkin sebelum pilihanraya najib dan kuncu-kuncunya akan kalah dulu sebelum bertanding.
Dalam babak ketiga yang dipadamkan, ditayangkan bagaimana peserta himpunan menjadi marah dan membaling kenderaan FRU dengan "botol mineral water" tetapi babk dimana FRU menyembur peserta dengan air kimia telah disembunyikan, ia cubaan menyembunyikan kekejaman FRU yang mengikut arahan "orang atasan"
Jadi anda sudah saksikan 2 versi video yang berbeza dari versi rakaman yang sama, dan ketahuilah semua media yang dipunyai oleh UMNO tidak akan menyiarkan berita yang boleh membuat rakyat yang tidak tahu apa-apa faham mengapa rakyat turun ke Himpunan BERSIH 3.0,
Jangan marahi mereka, taPi kasihani lah mereka, sila sebar link artikel ini untuk beri sedikit kefahaman buat mereka bahawa MEDIA NEGARA INI TIDAK BEBAS, MINDA RAKYAT YANG TIDAK FAHAM TUNTUTAN BERSIH INI MASIH DIJAJAH. -by TL
Kedahkini
Kedahkini
MAKIN PANAS!!! PAS beri masa 30 hari untuk Pengerusi , Timbalan Pengerusi SPR letak jawatan
"Kita beri notis 30 hari untuk kedua-duanya meletakkan jawatan.
Sewajarnya mereka tidak non-partisan, kerana mereka merupakan 'pengadil'
dalam sesebuah pilihan raya," tegas Syed Azman, pada sidang media yang
diadakan di Pejabat Agung PAS, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas terbongkarnya identiti
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, dan timbalannya, Datuk Wan
Ahmad bin Wan Omar yang merupakan ahli Umno.
Perkara tersebut disokong Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang juga
Pengerusi Lajnah Penggerak Demokrasi dan Mobilasi PAS Pusat.
Katanya, sebagai seorang 'pengadil', adalah tidak adil baginya memihak kepada mana-mana 'pemain'.
"Sama macam bola sepak. Kalau Manchester United lawan Manchester City,
mana boleh pengadil dari Manchester United. Mana boleh Selangor lawan
Kelantan, pengadilnya Selangor. Teruklah Kelantan," kata beliau.
Sehubungan itu, Mohamad berkata pihaknya akan menyerahkan memorandum
mendesak Abdul Aziz dan Wan Ahmad meletakkan jawatan sebagai pengerusi
dan timbalan pengerusi SPR, esok, di Putrajaya.
PENANGAN BERSIH 3.0!!! "Saya tak ragu-ragu. Saya tak tahu, kita tengoklah," - Najib yang gabra
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan perhimpunan Bersih
3.0 di ibu negara kelmarin, yang dikatakan menarik lebih ramai peserta
berbanding Bersih 2.0 Julai lalu, tidak akan menimbulkan keraguan untuk
memanggil Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Bagaimanapun menurut Perdana Menteri, biar tunggu dan lihat apa yang akan berlaku.
"Saya tak ragu-ragu. Saya tak tahu, kita tengoklah," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan Majlis Tertinggi Umno di sini malam tadi.
Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasiona (BN) ditanya mengenai kesan perhimpunan Bersih 3.0 , yang diadakan atas alasan mahu menuntut pilihan raya yang adil dan bersih, ketika penganalisis dan pemerhati mengatakan bahawa PRU13 kemungkinan diadakan Jun ini.
Bagaimanapun ekoran perhimpunan itu, kini ada yang membuat andaian kemungkinan PRU13 akan dianjakkan sehingga September atau November. Perdana Menteri ada mandat sehingga April 2013.
Dipetik dari laporan Bernama, Najib turut ditanya sama ada kerajaan akan mewujudkan satu lagi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi memenuhi tuntutan perhimpunan kali ini.
Najib berkata, tiada sebab untuk mewujudkannya kerana semuanya telah dijawab semasa PSC membentangkan laporan mereka di Parlimen baru-baru ini.
Najib telah mewujudkan PSC Ogos lalu ekoran perhimpunan Bersih 2.0 dan laporan akhirnya telah dibentangkan di Parlimen awal bulan ini.
Bagaimanapun rasa tidak puas hati masih berterusan.SH

AMARAN !!!! Bersih 4.0 jika kerajaan masih tolak tuntutan
SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi amaran
perhimpunan lebih besar berbanding Bersih 3.0 akan diadakan jika
kerajaan enggan memenuhi tuntutan agar disediakan persekitaran bagi
pilihan raya bebas dan adil.
"Jika sekiranya tuntutan rakyat kekal tidak didengari, kita sedia menganjurkan perhimpunan lebih besar dengan jumlah berganda daripada Bersih 3.0 sehingga protes kita terhadap kekotoran pilihan raya diterima.
"Kita mahukan perubahan kerajaan dalam keadaan aman dan matang sebagaimana amalan negara-negara maju yang telah matang amalan demokrasinya," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Bersih 2.0 diadakan Julai lalu. Perhimpunan semalam adalah susulan kepada Bersih 2.0 bagi menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.
Ia diadakan kira-kira sebulan selepas Dewan Rakyat meluluskan laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.
Kenyataan hari ini dikeluarkan susulan perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan di ibu negara semala, yang menarik ribuan peserta, tetapi berakhir dengan insiden ganas.
Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, bagi pihak pimpinan Pas, "saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada seluruh ahli dan penyokong yang telah berjaya mengikut arahan pimpinan sehingga Bersih 3.0 berjaya diadakan dengan jayanya."
Katanya, ahli-ahli Pas telah menunjukkan komitmen bersungguh, sehingga jumlah yang ramai berjaya hadir dan bertugas dengan baik khususnya anggota Unit Amal.
"Begitu juga rakyat yang datang dari pelbagai latar belakang politik dan tidak berparti juga turut menjayakan," katanya lagi.
Abdul Hadi berkata, beliau sempat berjalan bersama rakyat dan pimpinan Pakatan Rakyat dari Masjid Negara hingga ke tengah bandar raya Kuala Lumpur.
"Saya bersyukur kepada ALLAH SWT dan moga semua yang menjayakan diberi ganjaran oleh ALLAH.
"Dalam masa yang sama saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada rakan Pakatan Rakyat yang ikut serta dan NGO-NGO yang memulakan himpunan sehingga tercapai kejayaan lebih besar daripada Bersih 2.0," katanya lagi.
Abdul Hadi menambah, pihaknya mahu kerajaan segera melakukan perubahan dalam demokrasi di Malaysia.
"Segera bersihkan daftar pemilih, bebaskan media dan lain-lain amalan demokrasi.
"Jangan tulikan telinga dengan protes besar rakyat kelmarin (semalam)," katanya lagi. SH

TERDEDAH !!! Bukti bergambar SB Polis belasah polis trafik , bolehkah polis nak nafi lagi?
Satu ketika dia peserta demo belasah polis trafik,
ketika lain dia anggota polis menangkap peserta BERSIH
Sedikit demi sedikit bukti penyamaran polis terdedah. Sesiapa yang mengenali polis ini, sila dedahkan namanya, akaun facebooknya (jika ada) dan berkhidmat di IPD mana. Dan yang paling penting, bantuan diperlukan untuk mendedahkan gambar lelaki tidak siuman yang menaiki bumbung kereta polis dan menghentaknya. Jika Datuk Zaharin dari UMNO Bandar Tun Razak maklumkan hampir 2 ribu polis yang menyamar menjadi peserta Bersih untuk menimbulkan huru hara dan provokasi, maka tidak pelik kalau lelaki tidak siuman yang menaiki kereta polis dan menghentaknya juga seorang polis!
Ulasan GB
Kita akan terus berdoa kepada Allah swt agar kebenaran itu dibongkar dan didedahkan. Allah memperkenankan doa orang yang dizalimi dan difitnah. Petikan doa yang selalu GB siarkan:
Marilah kita sama-sama berdoa agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan.
اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah
Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).
Tulis Datuk Zaharin Mohd Yasin, Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak (Sang Kelembai) dalam facebooknya:
Polis dah lebih cerdik dari dulu.. Dia bagikan anggotanya dua pasukan, satu pakai uniform polis, satu pasukan lagi pakai baju bersih tergelak saya jumpa seorang kawan yang masih polis, pegawai lagi dari Pahang, pakai baju kuning dan terpekik ayat reformasi. Saya tak tegur dia pun. Tapi bila tengok kat lengan dia ada getah warna kuning.. Dan saya jumpa banyak yang pakai getah yang sama.. Saya rasa terjaminlah dalam kumpulan pencacai yang tidak tahu apa benda ini..
Kini, orang UMNO sendiri mendedahkan pihak polis menyamar sebagai anggota BERSIH.
Selain itu Datuk Zaharin juga meminta Menteri KDN dan Ketua Polis Negara bertanggungjawab dan meletakkan jawatan disebabkan anggota polis yang cedera. Siap panggil mereka "monyet" lagi!
Apa lagi pencacai UMNO yang lain mahu cakap? Lu mau hantam dalam komen blog GB apa bikin? Pergilah hantam Datuk Zaharin di Wall FBnya... bingai...
Bagi kita, kita akan terus berdoa!
اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah
Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).
MAI BACA!!! Brahim Ali beri kata semangat kepada Najib, jangat takut bubar parlimen kerana Bersih 3.0
"Saya nak cadangkan kepada Najib, kerana suasana berlarutan seperti ini. Jadi, selepas transformasi yang telah dilakukan, Najib jangan takut.
"Saya percaya rakyat akan sokong dia. Jangan ragu-ragu bubarkan Dewan Rakyat sekarang. Biar rakyat tentukan mandat," katanya. Beliau berkata demikian hari ini pada sidang media selepas merasmikan pehimpunan raja berdaulat kasih dijunjung di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur hari ini.
Seramai 100,000 orang menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 di ibu kota Kuala Lumpur semalam untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil dijalankan.