Wednesday, May 2, 2012

BERSIH 3.0 !!! Ketua Polis Negara minta maaf

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar meminta maaf kepada jurugambar akhbar The Malay Mail, Muhammad Arif Kartono yang mendakwa dirinya dikasari polis ketika membuat liputan pada perhimpunan di Dataran Merdeka, Sabtu lepas.

"Polis minta maaf atas insiden yang berlaku. Dalam keadaan kekalutan dan kelam-kabut polis tidak dapat membezakan antara peserta perhimpunan dan media," katanya kepada Muhammad Arif, 23, yang ditemui semasa pertemuan dengan media di Bukit Aman di Kuala Lumpur, hari ini.


Semasa pertemuan itu, Ismail melihat sendiri kesan kecederaan di muka Muhammad Arif yang masih kelihatan lebam di wajahnya.


Muhammad Arif, yang memakai kemeja corak berkotak dan berseluar jeans, bersalaman mesra dengan Ismail sebelum kedua-dua mereka mengambil gambar bersama.


Sabtu lepas, Muhammad Arif cedera di muka dan anggota badan setelah dikatakan dikasari polis ketika membuat liputan perhimpunan BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka.


Polis berjaya mengekang tindakan liar peserta perhimpunan itu yang ingkar perintah larangan Mahkamah Majistret untuk memasuki kawasan Dataran Merdeka mulai 28 April hingga 1 Mei.


Larangan itu dikeluarkan setelah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak membenarkan dataran itu dijadikan lokasi perhimpunan kecuali acara rasmi peringkat nasional dan turut menawarkan lokasi alternatif tetapi ditolak penganjur.


Selain Muhammad Arif, jurukamera TV AlHijrah, Mohd Azri Mohd Salleh turut cedera dan menerima 15 jahitan di kepala akibat dipukul peserta perhimpunan ketika jurukamera itu cuba melindungi anggota polis yang juga dipukul oleh peserta terbabit.


Pada majlis yang sama, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh menyarankan kepada media agar menggunakan pakian khas seperti "vest media" untuk membezakan peserta perhimpunan dan pengamal media bagi mengelakkan insiden tidak diingini pada Sabtu lepas.


Mohmad berkata insiden wartawan dan jurugambar dikasari bukan disengajakan kerana keadaan ketika itu kelam-kabut serta sukar untuk dikawal menjadikan pihaknya sukar membezakan antara orang awam dan pengamal media.


"Saya rasa cara itu (memakai vest media) merupakan cara terbaik buat masa ini kerana pihak polis boleh membezakan antara media dan peserta perhimpunan sekiranya berlaku tindakan di luar kawalan," katanya.

PANAS!!! Pendakwa Perancis dakwa Najib minta AS$1b untuk Perimekar



Pendakwa awam Perancis yang menyiasat urusniaga pembelian senjata Perancis-Malaysia mendakwa telah menemui bukti bahawa menteri pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meminta AS$1 bilion (RM3 bilion) untuk syarikat tempatan Perimekar daripada DCNI - anak syarikat pembuat kapal Perancis DCN.

Menurut kertas pendakwaan yang didedahkan oleh NGO Suaram hari ini, satu faks menunjukkan bahawa Najib didakwa telah meminta jumlah tersebut untuk Perimekar sebagai syarat bagi mengadakan satu pertemuan dengan beliau pada 14 Julai 2001.

Faks yang bertarikh 1 Jun 2001 adalah dari Francois Dupont, wakil Malaysia untuk syarikat swasta Thales Asia International, kepada D Arnaud.

Dokumen itu, satu daripada 153 yang ditunjukkan kepada Suaram, telah dirampas oleh polis Perancis dari pejabat Henri Gide, seorang pegawai Thales.
Malaysiakini

Mahkamah Paris boleh keluar waran tangkap jika tolak sepina

Waran tangkap antarabangsa boleh dikeluarkan oleh hakim Perancis jika saksi enggan membantu sesuatu siasatan selepas sepina dikeluarkan.

NONEMenurut peguam Perancis, Joseph Breham (kanan), yang mewakili NGO Malaysia, Suaram, dalam aduan awam berhubung dakwaan
membabitkan sogokan jutaan ringgit dalam urusniaga pembelian senjata, "amaran merah" boleh dihantar kepada Interpol sebagai langkah terakhir.

"Jika saksi itu enggan mematuhi sepina tersebut, mahkamah boleh mengeluarkan notis mandat d'amener, memaksa saksi hadir di mahkamah. Jika saksi (masih) tidak mahu mematuhinya, maka waran tangkap boleh dikeluarkan.

"Waran tangkap berkenaan berkuatkuasa dalam wilayah Perancis, dan mungkin diantarabangsakan, jika hakim merasakannya perlu."

Bulan lepas, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau atau sesiapa sahaja dari kementeriannya, tidak akan membantu siasatan di Perancis itu.

Zahid dinamakan dalam senarai tujuh orang saksi yang dicadangkan oleh Suaram, yang telah diterima oleh hakim siasatan Perancis, Roger Le Loire.


WAHAI RO$MAH!!! Siapa bagi makan siapa?


Ia telah dilaporkan oleh media di seluruh Negara yang isteri kepada yang berhormat Perdana Menteri telah memberitahu pelajar di seluruh Negara bahawa mereka tidak patut menggigit tangan orang yang telah memberi mereka makan.

Apakah ertinya ini? Datuk Seri Najib, bolehkah anda menerangkan kepada kami apa maknanya semua ini. Sepatutnya anda memberitahu pasangan anda yang dia mesti menjaga tepi kain sendiri sahaja.


Dan apabila anda mendapat jawapan anda, anda akan tahu kenapa para pembaca sangat sesitif akan apa yang telah dikatakan oleh Datin Seri Rosmah. Anda juga patut tahu bahawa di kalangan rakyat-rakyat biasa sedang bergosip tentangnya di kedai-kedai kopi.


Apabila anda sedang bekerja keras memberitahu rakyat akan usaha yang sedang dijalankan oleh BN untuk rakyat, pasangan anda telah memburukkan lagi keadaan dengan menyatakan sesuatu yang telah menjadikan rakyat nampak seperti pengemis.


Adakah ini betul Perdana Menteri?


Siapa yang memberi makan siapa?


Bukan BN yang memberi makan rakyat. Ia sememangnya tidak boleh. Ia bukan seperti ini. ‘Wanita pertama Malaysia’ mesti tahu akan kebenaran ini.


Kerajaan mempunyai duti moral dan tanggungjawab untuk telus dan membina dan menguruskan peluang

kepada rakyat untuk bekerja dan menyara kehidupan mereka sendiri. Rakyat tidak perlu meminta dan mengemis untuk mencari sesuap nasi; sebaliknya, melalui peti undi, rakyat telah memilih anda untuk menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya anda laksanakan.

Jadi, apakah semua “jangan menggigit tangan yang memberi makan anda?” ia langsung tidak menyokong apa yang telah BN war-warkan pada rakyat selama 5 dekad yang lalu.

Datin Seri Rosmah juga nampaknya telah memberi amaran kepada rakyat. Jadi, rakyat bertanya semula kepadanya, “jika ya pun kami sedang menggigit tangan itu, apakah yang anda akan lakukan?”

Harap-harap isteri PM tidak akan menjawab, “tunggu sahajalah nanti saya tunjukkan”.


Dalam sejarah Malaysia, tidak pernah ada isteri perdana menteri yang berani menuang minyak kebara api. Datuk Seri Najib mesti menangani ini kecuali anda langsung tidak sedar bahawa Tun Dr Mahathir dulu pernah menegur pasangan anda dihadapan semua.

BANTU PELAJAR DAPAT IC!!! S.Murali dibelasah Samseng MIC

Rombongan Naib Presiden KEADILAN, N Surendran bagi membantu pelajar, Reshina Bathumanan, 17, mendapatkan Mykad di Jabatan Perdana Menteri (JPM) diserang sekumpulan samseng diketuai Ketua Pemuda MIC, T Mohan.

Akibat serangan itu, Ketua KEADILAN Cabang Puchong, S Murali pengsan dan luka parah di bahagian matanya terpaksa dikejarkan ke Hospital Putrajaya.


"Kami menuntut polis menangkap penyerang tersebut. Kejadian berlaku di depan mata pihak berkuasa sendiri, sedangkan kami telah mendapat surat jemputan untuk bertemu wakil Perdana Menteri," katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN.


Jelas Surendran, dalam kejadian yang berlaku pagi semalam, beberapa individu penyokong MIC menyerang mereka ketika rombongan itu hendak masuk ke salah satu dari pintu JPM.


"Apa yang mengecewakan, polis langsung tidak menghalang serbuan mereka. Kami menjangkakan serangan itu dirancang awal," kata Surendran.


"Sangat memalukan, MIC yang sepatutnya berjuang untuk kaum India, mengkhianati bangsa mereka sendiri," ujarnya.


Sementara itu, Pengarah Guaman KEADILAN, Latheefa Koya berkata melalui satu kiriman twitter oleh isteri Ketua Pemuda MIC, Loges Mohan yang turut memetik Surendran, kumpulan tersebut seolah-olah mencabar kehadiran rombongan tersebut.


"Tulis twitter itu - Where are you? We are waiting for you. (Mana kamu? Kami sedang menunggu kamu)," jelas Latheefa.


Tambah Surendran, Reshina yang bersekolah di SMJK Chung Hwa, Jalan Gombak pernah ditawarkan 'permit belajar untuk bukan warganegara' oleh pegawai Pasukan Pelaksana Tugas Khas, JPM dikenali Datuk Subramaniam.


"Inilah kegagalan program MyDaftar. Sedangkan ibu dan bapa kepada Reshina adalah warganegara, lahir di Malaysia dan mempunyai Mykad, mengapa anak mereka tidak dapat (Mykad)?" soal Surendran.


Reshina yang lahir di Hospital Kuala Lumpur 16 April 1995 memiliki sijil lahir dengan status 'bukan warganegara' bakal mengambil peperiksaan SPM hujung tahun ini.

PECAH LOBANG!!! Sebab tu UMNO pertahan PTPTN, boleh masuk juta-juta untuk kroni

NOTA EDITOR: Bayangkan. Sebuah syarikat milik seorang ADUN UMNO bagi kawasan PERMATANG bernama Sulaiman Abdul Razak boleh dapat “duit percuma” (duit free) selama 33 tahun. 

Jumlah “duit free” yang dia dapat adalah RM15.4 juta setahun selama 33 tahun

Wang yang bakal digunakan untuk membayar keuntungan atas angin ADUN UMNO ini datangnya dari PTPTN. KUIS pula tidak boleh menurunkan kadar yuran pelajar kerana perjanjian berat sebelah ini

Pada waktu yang sama, pelajar2 KUIS terpaksa menanggung hutang PTPTN sehinggalah mereka mati kelak hanya kerana mahu memberi keuntungan besar atas angin kepada KRONI UMNO.  

PATUTLAH UMNO BERMATIAN PERTAHAN PTPTN
Kontrak KUIS: Syarikat Umno untung atas angin
Mohd Rafizi Ramli, 02 Mei 2012
Ekoran polemik mengenai pemansuhan PTPTN dan tawaran pendidikan percuma yang dibuat KEADILAN dan Pakatan Rakyat, ada pihak yang cuba menempelak kerajaan Pakatan Rakyat kononnya supaya yuran pengajian dihapuskan di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) milik kerajaan negeri.
Hari ini, KEADILAN tampil dengan jawapan kepada hujah tersebut dengan memberi contoh bagaimana penyelewengan dan ketamakan pimpinan Umno yang mengambil kesempatan sepenuhnya dari dasar memperniagakan pendidikan yang dibawa Umno menjadi punca yuran pengajian yang tinggi dan membebankan pelajar.
Salah sebuah institusi utama yang dimiliki Kerajaan Selangor adalah Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). Pada tahun 2007, sebuah syarikat bernama Redha Resources Sdn Bhd (RRSB) telah dianugerahkan kontrak untuk membina asrama dan pusat pelajar bagi menampung keperluan 6,000 pelajar KUIS.
Perjanjian yang ditandatangani oleh Kerajaan Selangor pimpinan Dato’ Seri Khir Toyo menetapkan bahawa RRSB akan diberikan konsesi untuk membina dan menyewakan kembali kemudahan itu selama 33 tahun kepada KUIS.
RRSB ialah sebuah syarikat yang dikuasai oleh Sulaiman Abdul Razak, seorang pemimpin Umno Selangor yang juga ADUN Permatang.
Beliau memiliki saham sebanyak 7,200,000 saham bersamaan 51% pegangan di dalam RRSB, sementara isteri beliau, Jamaliah Kamarudin pula memiliki 800,000 saham bersamaan 6% pegangan. Baki 43% pegangan dimiliki oleh Bina Puri Holdings Bhd iaitu syarikat sub-kontraktor yang menjalankan sepenuhnya operasi pembinaan dan penyenggaraan asrama.

(Sila lihat carian syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang dilampirkan sebagai bukti pegangan saham)
RRSB disokong sepenuhnya oleh Kerajaan Selangor di bawah Umno. Malah, Dato’ Seri Khir Toyo menjadi saksi pemeteraian perjanjian pinjaman sebanyak RM125.8 juta di antara RRSB dan bank-bank pembiaya pada 3 Ogos 2007 untuk membiayai pembinaan asrama pelajar KUIS ini.
 
(Sila lihat keratan akhbar BERNAMA bertarikh 3 Ogos 2007)
Kontrak pembinaan ini kemudiannya diberikan kepada Bina Puri Holdings Bhd dengan RRSB hanyalah menjadi orang tengah. Dalam Laporan Tahunan 2006, Bina Puri Holdings Bhd melaporkan telah mendapat kontrak berjumlah RM96.1 juta untuk membina asrama dan pusat pelajar, yang dianugerahkan oleh RRSB.
Malangnya, dengan kos hanya sebanyak RM96.1 juta, RRSB yang dimiliki ADUN Permatang ini telah dianugerahkan konsesi asrama pelajar KUIS oleh kerajaan Umno di bawah pimpinan Dato’ Seri Khir Toyo selama 33 tahun pada kadar tahunan RM15.4 juta setahun.
Maka, bagi sepanjang tempoh 33 tahun, RRSB milik ADUN Permatang akan mendapat durian runtuh sebanyak RM508 juta walaupun kesemua urusan hanyalah “atas angin” dan kosnya sekadar berjumlah RM97 juta sahaja iaitu keuntungan 524%.
Konsesi sewa asrama yang mahal dan berat sebelah ini membebankan pengurusan KUIS. Anggaran kadar sewa yang dikira berpatutan adalah lebih separuh dari kadar sekarang, iaitu sebanyak RM6 juta setahun.
Oleh kerana terikat dengan konsesi sewa asrama yang berat sebelah dan dimeterai semata-mata untuk menguntungkan pimpinan Umno, maka sehingga kini KUIS tidak dapat menurunkan yuran apatah lagi menanggung yuran secara percuma.
Pada prinsipnya juga, kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat tidak wajar menanggung yuran selagi konsesi berat sebelah berbau penyelewengan dan rasuah ini tidak ditamatkan serta merta. Jika yuran ditanggung, ia bermakna mengkayakan lagi pemimpin Umno yang sudah jelas bermewah atas kesengsaraan rakyat.
Oleh itu, saya mencabar supaya pimpinan Umno mengarahkan YB Sulaiman Abdul Razak menarik diri dari konsesi itu dengan sukarela agar kadar sewa asrama lebih adil dan tidak menindas pelajar di KUIS, sebelum pimpinan Umno ghairah menuding jari mendesak kerajaan Selangor melaksanakan pendidikan percuma. Seperti yang ditegaskan KEADILAN, jika rasuah dan penyelewengan dibanteras, kerajaan mempunyai dana yang mencukupi untuk menyediakan pendidikan percuma.
--------------------------------------------------------------------
Penulis adalah Pengarah Strategi PKR.

SUNGGUH MEMALUKAN!!! Hanya Malaysia menapis berita sebegini rupa - Al Jazeera


Kenyataan dari Al-Jazeera ada di bawah.. katanya hanya kerajaan Malaysia yang dikuasai oleh UMNO/BN yang menapis berita mereka sebegini rupa.. di negara-negara lain tak ada.. negara lain tu sudah tentu termasuk Israel dan Uganda...ASD

Al Jazeera tuntut penjelasan penapisan Astro


Rangkaian berita antarabangsa Al Jazeera menuntut penjelasan daripada Astro mengapa liputannya mengenai perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu didakwa telah ditapis.

 
Dalam satu kenyataan yang diemel kepada Malaysiakini dari ibupejabat

Al Jazeera di Doha, Qatar, rangkaian berita itu berkata Astro sehingga ini tidak memaklumkan tentang kemungkinan tapisan dibuat kepada program beritanya.


"Laporan berita kami adalah catatan fakta peristiwa pada hari tersebut, dan pencerobohan dalam proses editorial kami adalah tidak wajar. Kami tidak pernah ditapis dengan cara ini oleh platform pengedaran lain di mana-mana sahaja di dunia," katanya.


Rangkaian berita itu menambah bahawa ia juga akan menuntut Astro menjelaskan bagaimana laporan wartawannya, Harry Fawcett pada hari berkenaan telah melanggar "peraturan kandungan tempatan".


"(Astro) perlu menggariskan dengan tepat apakah dakwaan pelanggaran itu dan bagaimana mereka boleh membuat keputusan tersebut," katanya.


Masih tidak jelas bahagian mana laporan Fawcett mengenai BERSIH telah ditapis, sepertimana yang didakwa oleh lamanweb Sarawak Report -
Malaysiakini

Al Jazeera’s English Spokesman released this official statement:
“We will be asking Astro for an explanation as to why Harry Fawcett’s report of the rally in Malaysia was apparently censored. If Astro are indeed saying that it breached “local content regulations”, they would need to outline exactly what these alleged breaches were and how they arrived at their decision.

“As we understand it, the censoring was not made clear to viewers when it happened. We have had no communication on this incident from Astro either.


“Our news report was a factual account of events that day, and intrusion in our editorial process is unwarranted. We have not been censored in this way by another distribution platform anywhere in the world.”


FITNAH SEKS!!! Azmin UMNO ada misai, Azmin Ali tak pernah bermisai


Aksi Fitnah :Kenapa ‘Azmin’ Ada Misai??

Sebahagian petikan tulisan daripada blog MSO Merah Tinta;

Laporan ini (fitnah) adalah kerja cemar dan kotor mereka dari kalangan anak cucu Firaun, Abu Lahad dan Abu Jahal. Kali ini digambarkan Azmin berfoya-foya dengan seorang gadis di dalam jambatan tahi. Nampaknya pemiftnah ini sudah kehabisan sampai sanggup masuk melakukan adigen itu sampai ke jambtan tahi. Semua orang boleh nilai sejauh mana cerdik atau bersihnya orang yang melakonkannya.
Beberapa keping gambar memaparkan ‘wajah’ Azmin. Tetapi malangnya gambar itu dalam bentuk mering (kabur) dan tidak menjelaskan muka sebenarnya.

Kalau gambar lelaki itu Azmin kenapa ianya tidak memaparkan muka secara jelas, kenapa harus dimiring dan dikaburkan. Tektik ini tektik lama yang kambing tiada akal pun sukar untuk mempercayai, apa lagi orang yang waras dan bermoral akan menolaknya.

Cara Bikin Gambar Fitnah!!

Persoalan pertama, betul apa yang dikatakan oleh MSO, kenapa dikaburkan gambar tersebut!! Tujuannya adalah kerana nak memfitnah!! Caranya;

Cari seseorang yang mirip kepada Azmin.
Cari gambar-gambar sebelum ini untuk memadankan warna baju yang dipakai Azmin sebelumnya.
Cari baju yang bersesuaian. Gayakan lagak Azmin.
Pasang CCTV di tempat-tempat tertentu. Lakukan aksi dengan mengaburkan kejelasan gambar!!
Siap!! Dalam politik semuanya boleh diatur asalkan duit!!

Pssst :Lama saya merenung gambar ‘Azmin’ terutamanya gambarnya di Kosmo. Gambar blog asal juga diperhatikan. Saya nampak ‘Azmin’ dah ada misai [gambar kanan bawah]. Lain daripada gambar-gambar Azmin sebelum ini yang tak pernah bermisai!! -ekeleh.com

Demi politik, Umno halalkan laporan lucah

KUALA LUMPUR: Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Umno sudah sangat terdesak sehingga sanggup 'menghalalkan' laporan berunsur lucah di akhbar milik mereka.

Beliau merujuk kepada laporan muka depan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini yang menyiarkan gambar aksi lucah didakwa memaparkan seorang lelaki mirip Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

"Kenapa isu-isu seperti ini yang diangkat untuk mendapat keuntungan politik?

"Saya lihat Umno sudah sangat terdesak sehingga tindakan menyiarkan gambar-gambar seperti ini pun sudah menjadi 'halal'," katanya di Facebook.

Selain Utusan, beberapa media lain turut melakukan perkara sama dengan menyiarkan beberapa keping gambar berunsur lucah itu di muka depan.

Ianya turut disiarkan dalam laporan berita televisyen yang dikawal Umno.

Sambil mengutuk keras tindakan itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata pemberitaan cara akhbar Umno itu hanya akan meruntuhkan akhlak orang muda.

Keterangan untuk gambar disiarkan di muka depan itu antara lainnya disebut akhbar milik Umno itu sebagai "aksi panas dengan seorang wanita di dalam tandas."

Laporan itu juga menyebut, gambar berkenaan merupakan sebahagian daripada sejumlah foto yang dikutip daripada blog pro-Umno .

"Apa yang mereka lakukan ini menjerumuskan generasi muda kepada keruntuhan akhlak dan budaya seks songsang," katanya lagi.
-HD


Siasat segera penyebar gambar lucah – Dr Muhd Nur

KUALA LUMPUR 2 Mei: Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas terhadap penyebar gambar lucah yang kononnya dikaitkan dengan Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.

Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhamad Nur Manuty menegaskan demikian supaya individu terlibat tidak terlepas daripada menerima hukuman setimpal.

Kata beliau, tindakan jahat Umno itu berterusan dengan harapan bagi menjatuhkan potensi pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

“Kita desak ambil tindakan segera, ini satu lagi kejahatan Umno yang suka aibkan orang. Mereka tidak pernah takutkan azab Allah.

“Umno sebenarnya sudah ketandusan idea sehingga sanggup menggunakan isu-isu seks untuk jatuhkan pemimpin PR,” katanya kepada Keadilan Daily.

Muhamad Nur berkata, usaha mengaitkan Azmin dengan isu gambar seks tidak akan mampu menggoyahkan sokongan kerana rakyat mula sedar itu hanya fitnah Umno.

“Umno sudah terdesak, terpaksa membuat kerja-kerja gila tanpa pertimbangan moral.

“Sama juga akhbar Umno yang menjadi penyebar fitnah, sebab itu tokoh wartawan India mengatakan laporan media kerajaan tidak ada nilai lagi. Sebaliknya media randan sembang-sembang mereka lebih dipercayai,” katanya.

Semalam, blog pro Umno antaranya, papagomo.com dan brojinggo.blogspot.com menjadi penyiar utama gambar lucah tersebut sehingga menjadi berita muka depan akhbar propaganda Umno khususnya Utusan Malaysia hari ini.

Bagaimanapun, Azmin mengecam sekeras-kerasnya fitnah itu yang mengaibkan beliau dan keluarga.
-KD


Laporan sebelum ini
klik untuk baca

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Kelab Greenbox

ALI RUSTAM BENGANG!!!Rupanya Ketua Wanita MCA Melaka pun sertai himpunan Bersih 3.0



 Mohd Ali Rustam meminta Ketua Wanita MCA negeri, Datuk Kian Sit Har meletak jawatan selepas terbabit secara langsung dengan penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir, 28 April lalu.

 Sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri beliau berkata, tindakan Sit Har menyertai BERSIH 3.0  membuktikan bahawa Kian seolah-olah menikam parti dari belakang.

“Beliau (Sit Har) patut letak jawatan sebagai Ketua Wanita MCA. Jangan susahkan MCA dan BN. Sila beri peluang kepada muka baru,” kata Ali Rustam.-DCM


P/s: Sokong pilihan raya yang bersih dan adil diumpamakan oleh Ali Rustam sebagai menikam parti dari belakang. Betullah kata Ali Rustam. Kalau sistem pilihan raya bebas dan bersih, sudah lama BN melingkup!
 
DCM

VIDEO BARU!!! Polis acu pistol kepada peserta Bersih 3.0


Sumber: FMT

Lihatlah aksi polis trafik ini? Seolah-olah ingin membuat serbuan di sarang penjenayah. Kenapa perlu acukan pistol kepada demostran? Adakan tindakan polis ini memeatuhi SOP?  Adakah kemungkinan polis ini akan menembak demostran? Jika ya, pastinya ada nyawa yang melayang...

PENGAKUAN!!! Saya dilanggar kereta polis

NONE
NONESeorang lelaki yang dilanggar kereta polis dalam kejadian penuh kontroversi ketika perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu, hari ini tampil menjelaskan insiden yang dialaminya itu.

Su Kuang Hong, 25 berkata beliau merupakan salah seorang daripada empat peserta yang dilanggar kenderaan tersebut dalam kejadian di hadapan pusat membeli belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Katanya, beliau tampil dengan sisi ceritanya hari ini kerana polis cuba menggambarkan bahawa kumpulan peserta tersebut sebagai perusuh yang menyerang polis.

Su yang kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur berkata, beliau terpelanting ke bahagian atas kenderaan tersebut selepas dilanggar.

Kenderaan itu juga terus bergerak selepas melanggarnya dan beliau sekali lagi melayang dan melanggar tembok di hadapan pusat membeli belah itu apabila kenderaan itu berhenti secara tiba-tiba.

Su berkata beliau mengalami kecederaan di bahagian dahi, pergelangan tangan dan peha kesan daripada hentakan pada tembok itu.

Katanya, beliau membuat dua laporan polis atas kejadian berkenaan.


Persoalannya sekarang mengapa akhbar pencacai arus perdana hanya mensensasikan berita peserta Bersih 3.0 memukul dan menterbalikkan kereta polis tetapi tidak pula diceritakan kejadian kereta Polis melanggar peserta Bersih 3.0. 



Inilah perangai akhbar pencacai Umno yang hanya melaporkan berita dan kejadian memburuk-burukkan lawan politik mereka. Ketua Pengarang dan Editor akhbar pencacai ini sanggup menjadi budak suruhan tuannya tanpa menghiraukan etika kewartawanan dan dosa serta pahala.