Friday, May 4, 2012

NAJIB BERMUKA-MUKA!!! Tuduh Kelantan paling miskin di Sabah, mai Kelantan minta orang jangan perlekeh PAS Kelantan

Apabila Pengerusi Umno/Bn Negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed mengatakan yang Perdana Menteri Datuk Seri Hj Naji (DSHN) tidak mahu anggota BN memperlekehkan Parti PAS di Kelantan kerana mereka mempunyai kekuatan sendiri kerana lama mentadbir negeri ini... 
Jelas beliau telah mengesahkan yang DSHN adalah seorang Perdana Menteri yang paling bermuka-muka dalam sejarah semua Perdana Menteri Malaysia.

Kalau sebelum ini dimasa lawatan beliau di Negeri Sabah, DSNH telah mengatakan bahawa Negeri Kelantan adalah Negeri yang paling miskin dalam Malaysia dan tak secara langsung Memeperlekehkan Kerajaan PAS Kelantan, walaupun hakikat itu adalah Pembohong dari DSHN...
Namun demi untuk meraih Undi dari rakyat Negeri Sabah beliau sanggup berbohong walaupun fakta sebenar menunjukkan Negeri Kelantan bukan Negeri yang termiskin didalam Malayasi... tapi DSHN sanggup berkata begitu walaupun beliau sedar itu adalah satu Pembohong.

Akibatnya beliau telah dikecam oleh ahli Umno dari Negeri Kelantan sendiri yang menyangkal kenyataan beliau itu khasnya dari Ahli Parlimen Gua Musang Yb Tengku Razaliegh (Ku Li)... 
Dengan mengatakan sesuatu yang amat memalu apabila mengatakan Negeri Kelantan adalah Negeri Paling Miskin dalam Malaysia kerana ia menunjukkan Kegagalan Kerajaan Pusat khasnya Umno/Bn untuk memperjuang Nasib Orang Melayu yang menjadi hampir 98 peratus Penduduk Negeri Kelantan... 
Yang selama ini Umno/Bn memerintah Malaysia dan Negeri Kelantan adalah salah sebuah Negeri didalam Malaysia.

Mungkin atas sebab itu juga kenyatan sebelum ini bercanggah dengan kenyataan nya sekarang yang mahu anggota Bn tidak memperlekehkan Parti PAS yang sudah memerintah Negegri Kelantan selama 20 tahun lebih... 
Kenapa ya, kenyataanya berbeza dengan kenyataanya semasa lawatan beliau diNegegri Sabah ?... lain tak bukan ialah kerana beliau memang seorang yang BERMUKA-MUKA dalam bahasa melayu Umno... 
HIPOKRIK dalam bahasa bapa Inggeri Penjajah Umno... dan MUNAFIK dalam bahasa Nabi Muhammad SAW... kah kah kah !!!. sumber klik sini


hemmmmm..... kenapa gua musang dipilih oleh beliau untuk lawatan beliau kali ini... satu persoalan yang bermain difikiran... kerana gua musang selami ini memang menjadi kubu kuat umno/bn... dan kebiasaan nya lawatan beliau dibuat dikawasan umno tercungap-cungap atau nyawa-nyawa ikan atau pun dikawasan umno nak terkubur.... adakah gua musang juga termasuk kawasan umno nak terkubur atau pun untuk memujuk ahli parlimen gua musang supaya tidak beralih arah... kah kah kah... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee... A B U.

Mat Indera Sipejuang

HARI KEBEBASAN MEDIA!!! Bantahan orang awam di Parit Buntar


PARIT BUNTAR, 4 Mei : Ekoran insiden wartawan dipukul pada perhimpunan Bersih 3.0, lebih 70 orang awam membuat bantahan di Pekan Tanjung Piandang di sini, sebagai sokongan terhadap  kebebasan media dan hak wartawan.


 
Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa menegaskan , wartawan sepatutnya diberi kebebasan membuat liputan dan dijaga sepanjang menjalankan tugas mereka.
Beliau berkata, kejadian  wartawan dari beberapa media tempatan dipukul pada perhimpunan itu adalah keterlaluan dan tidak patut berlaku.
 
“ Saya dijemput untuk bersama menyuarakan bantahan terhadap apa yang berlaku di perhimpunan Bersih 3.0.
 
“ Sekaligus, kita desak pihak berkenaan agar memberi kebebasan kepada wartawan membuat liputan peristiwa penting negara”. Katanya
 
Dalam pada itu, beliau berharap semua media dalam negara ini diberi hak kebebasan sama rata seperti diperoleh media arus perdana.
 
“ Apa yang kita maksudkan dengan kebebasan media adalah  merangkumi liputan secara telus, bebas dan bertanggungjawab.
 
“ Harap kejadian tempohari tidak berulang dan tahniah kepada penduduk di sini , yang punya kesedaran tentang kebebasan media” katanya.SH
 
Turut hadir Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari dan Yang Dipertua PAS Parit Buntar Haji Harun Hashim.

PENANGAN BERSIH!!! Seorang Ustazah mengamuk





Ustazah dah mengamuk. Boleh percaya ke seorang ustazah akan menulis macam neh? Neh ka cara penulisan seorang ustazah dalam kolum akhbarnya? Sejak bila ruangan agama menjadi ruangan politik? Kalau nak berpolitik terus terang sudey jangan gunakan pentas dakwah sebagai medan.


Sebenarnya tak salah sambil berdakwah sambil berpolitik apa seme. Ramai orang buat macam tue. Takde hal pun. Masalahnya ustazah neh kan dia tak mengaku dia neh berpolitik tetapi sebenarnya dia memang berpolitik pun. Maknanya dia nak masyarakat anggap dia berdakwah walhal terang lagi jelas kan dia berpolitik tue.

Aku dengar citer dia bakal calon. Kat mana? Titiwangsa kot. Apa pun tunggu lah bila senarai calon dah di umumkan nanti. Sekarang mari kita tengok apa yang seorang ustazah yang taknak mengaku dia sedang berpolitik bercakap pasal bersih 3.

Pada saya, ada empat sebab utama kenapa Bersih 3.0 diadakan. Pertama, pakatan pembangkang tidak bersedia hadapi PRU13. Walaupun mereka kata bersedia, hakikatnya perbalahan antara PKR, Pas, DAP dan beberapa parti pro-pembangkang di banyak negeri berhubung pembahagian kerusi agak meruncing. Mereka perlu lebih banyak masa untuk selesaikan kemelut ini. Bersih 3.0 bertujuan melambatkan PRU13.
Kedua, tekanan rakyat terhadap Kerajaan-kerajaan Negeri di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan kerana gagal mentadbir dengan baik. Rakyat di negeri-negeri pembangkang juga kerap berdemonstrasi menuntut janji-janji daripada pilihan raya dahulu ditunaikan sebelum membuat janji-janji baru. Bersih 3.0 adalah satu cara mengalih tumpuan kemarahan rakyat di negeri-negeri tersebut.
Ketiga, pakatan pembangkang tidak mampu menjawab dan menangani pelbagai skandal yang dihadapi pemimpin mereka. Pelbagai pihak, termasuk penyokong pembangkang sendiri, menuntut jawapan kepada hubungan Anwar dan isteri Azmin, Shamsidar serta orientasi seks Anwar.
Juga pembelian dan pemilikan saham jutaan ringgit oleh Azmin, kes khalwat Ustaz Badrolamin Baharon dan satu lagi kes seks dalam tandas membabitkan seorang pemimpin tinggi PKR, Mohamed Sabu dengan isteri kawannya, isu pembohongan Mohammad Nizar Jamaluddin, hubungan retak Datuk Seri Azizan Razak dengan beberapa Exconya sendiri, isu Abdul Hadi Awang tidak mahu bertanding dalam PRU-13, desakan supaya Nik Aziz Nik Mat letak jawatan dan kemelut pelantikan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang.
Sekali lagi, Bersih 3.0 adalah untuk mengalih perhatian rakyat daripada memberi tumpuan kepada isu-isu tersebut.
Keempat, populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang meningkat. Program turun padang ke seluruh negara mendapat sambutan hangat. Sokongan kaum Cina kepada Ah Jib Gor dan dalam kalangan penduduk India semakin padu. Inilah yang menakutkan pakatan pembangkang. Penganjuran Bersih 3.0 bertujuan menyekat populariti Najib, tapi sebaliknya menjadikan rakyat bertambah mual dengan sikap pembangkang yang melampau.
Pendirian Naib Pengerusi DAP Senator Tunku Abdul Aziz dan bekas Timbalan Presiden Pas Nasaruddin Mat Isa mengenai penganjuran demonstrasi dan pemimpin bermasalah moral membuktikan bahawa kepimpinan pembangkang tidak sepakat. Saya juga bersetuju dengan seruan penganjur S Ambiga yang mahu polis ambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab mencetuskan huru-hara pada Sabtu lalu. Sebenarnya, beliau merujuk kepada Anwar, Azmin dan dirinya sendiri.

Dia bercakap pasal pakatan rakyat. Bukan cakap pasal bersih. Dia neh pun sama juga macam kebanyakkan yang lain2. Taktau apa beza antara pakatan rakyat dan bersih. Dah penat diperjelaskan. Sampai satu tahap, kita juga akan merasa bosan.

Lepas tue dia bercakap lagi pasal isu2 seks. Yang dah lepas tah betul tah tidak pasal mat sabu tue pun dia ungkit2. Alahai. Baik ko citer pasal macam mana mak dan bapak ko main untuk dapatkan ko.. lagi bagus apa. 

Ungkit dan main lah isu2 lepas. Sorry, aku tatau kebenaran kes mat sabu tue oke, tapi kalau nak amek tahu pun buat apa? Benda dah lepas. Ko dan aku siapa nak bercakap pasal benda yang dah lepas kan? Betul tak? Itupun tak pasti lagi kesahihan nya macam mana. Tah2 fitnah. Lagi mampos nak menjawab karang. 

Bercakap pasal populariti najib konon. Nak bodek dan ampu je lah yang ko pandai kan ustazah? By the way, kalau najib glamer sangat apa kes keluarkan surat paksa arah ke program anjuran bien ek? Apa kes? Kata popular what.. perlu ke nak arah orang hadir apa seme?

kah kah kah



                                         Mashitah yang kita sayangi dah takde dah..

Ameno : Ustazah, nak join politik ngaku je lah. 

RANGKING DUNIA!!! Malaysia lebih teruk daripada Monggolia, Bangladesh dan Papua New Guinea


Rangking Kebebesan Media 2012 oleh FREEDOM HOUSE yang baru dikeluarkan  menunjukkan Malaysia terperosok jauh di belakang berbanding Monggolia (80), Papua New Guinea (54) dan Bangladesh (111). Malaysia berada di tempat 144 dari 197 negara.
Apa alasan Kerajaan umno BN untuk menafikan perkara ini? Adakah umno mengiktiraf  rangking kebebasan Media 2012 ini?  Kalau tidak,  mengapa? atau Kerajaan umno BN yang hendak membuat rangkingnya sendiri? Kah kah kah...

Read more: http://kafesantai.blogspot.com/#ixzz1txrndMcZ




UMNO BN dilihat semakin takut tatkala tarikh PRU semakin hampir, ketakutan mereka jelas terpampang di dada akhbar, terakhir kita saksikan di akhbar Utusan berkenaan isu fitnah, mengada-adakan babak yang karut, fitnah seks, semua ini boleh dinilai dengan mata kasar bahawa Kerajaan pimpinan Najib Razak sudah hilang pertimbangan.

Kenapakah Najib perlu takut sedangkan sokongan rakyat kepada Umno BN semakin utuh sebagaimana yang dilaporkan pada setiap segmen televisyen dan dada-dada akhbar milik kerajaan.


Hairannya Pakatan Rakyat yang cuma ada akhbar lidah rasmi parti yang tidak punyai liputan meluas edarannya dan juga yang hanya bergantung media baru yang didakwa BN sebagai palsu, itu pun rakyat masih lagi mampu menolak Bn di beberapa negeri pada Mac 2008 lalu.


Saya amat dukacita dengan perkembangan kebebasan media seperti yang dilaporan kan oleh FREEDOM HOUSE keluaran hari ini menunjukkan Malaysia terperosok jauh di belakang berbanding Monggolia (80), Papua New Guinea (54) dan Bangladesh (111). Malaysia berada di tempat 144 dari 197 negara.


Adakah ini pembaharuan yang dilaungkan oleh kerajaan Umno BN? Bukti ini jelas menyatakan

Perdana Menteri "bodoh" dalam soal mentafsirkan maksud sebuah kerajaan sebagai pencetus idea dan agenda untuk mentranformasikan Negara dari segi peningkatan taraf hidup rakyat, ini adalah perbuatan karut BN terhadap rakyat kerana ia jelas satu bentuk penipuan.

Malah kita boleh lihat betapa kurang warasnya Perdana Menteri ini apabila mengeluarkan hujahnya bahawa Pakatan Rakyat kurang jelas idea dalam isu mengusulkan cadangan untuk prestasi Negara amnya.


Adalah tidak masuk akal Pakatan tiada idea dalam masa yang sama BN mencedok idea Buku Jingga yang sama. Beberapa isu Negara contohnya isu pemansuhan tol yang disifatkan BN sebagai mustahil, akhirnya mereka akur dan telah melaksanakannya untuk beberapa tol, hakikatnya BN lah yang cetek idea, jika tidak Negara tidak akan berhutang dengan nilai yang mencecah ratusan billion sekarang ini.


Bagi Umno Bn kebodohan rakyat adalah nadi dan jantung mereka, lalu harapan mereka hanyalah kepada segelintir orang Melayu yang masih dikongkong oleh media yang berat sebelah serta tidak bebas.


Tragedi paling memalukan ialah bila anggota Polis telah diArahkan dan menjadi benteng pertahanan untuk menghalang gelombang kebangkitan rakyat dalam Himpunan BERSIH 3. Mereka yang bertugas pada sabtu lepas semacam diarah oleh pemimpin BN supaya bertindak ganas dan menjadi lebih lebih teruk dari makhluk yang baru keluar dari gua,


Benarlah pengakuan TuN Mahathir bahawa Umno adalah sarang manusia yang kurang berfikir atau kurang cerdik dalam aspek intelektual minda yang cerdas.


Seperti kata Prof Aziz Bari hampir kesemua Polis pada hari itu jahil undang-undang Negara dan cuma datang bertugas dan tahu mengikut telunjuk dan arahan orang atasan sahaja sebagai ‘undang-undang semasa’ untuk bertindak.


Satu perkembangan buruk di abad ini buat Negara kerana pasukan Polis sepatutnya menjadi qudwah kepada rakyat selain menjadi ejen penjaga keamanan Negara,


Transformasi ala BNlah yang telah mengubah Negara ke arah kejahilan maklumat dan ilmu, tunggulah saat kehancuran jika BN terus memerintah lagi.


Perkembangan kebebasan media sebegini amat buruk untuk masa depan Negara , masakan kita cuma sekadar selesa sendiri tanpa berbuat apa-apa untuk ubah Malaysia menjadi lebih selamat, solusi terbaik ialah lenyapkan punca masalah iaitu tumbangkan BN dengan undi anda pada PRU 13 nanti, undilah selain BN, Negara pasti boleh diselamatkan.-KI

PANEL BEBAS!!! Lantik je Ajk cawangan UMNO


KUALA LUMPUR: AJK PAS Pusat Idris Ahmad berpendapat, lebih baik panel bebas Bersih 3.0 yang dicadang kerajaan dipilih daripada ahli Umno sahaja supaya ianya menyebelahi pihak BN dan polis.


Menurutnya, tiada guna jika panel bebas membuat keputusan tidak menyebelahi BN dan polis kerana ia hanya akan dibakul sampah sahaja oleh kerajaan.


Katanya, berapa banyak pandangan ketiga mengenai keganasan polis dalam setiap perhimpunan tidak diambil peduli.


Ianya termasuk pendengaran awam yang dibuat oleh Suhakam ketika Bersih 2.0 yang juga tidak pernah diambil peduli oleh kerajaan.


Selain itu, Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam juga ujarnya telah menegaskan bahawa penggunaan kekasaran yang tidak seimbang dan tidak sepatutnya digunakan terhadap peserta perhimpunan dan juga petugas media.


"Pada hal Suhakam ialah badan yang ditubuhkan oleh kerajaan, ia bukan Lembaga Disiplin Parti Islam Semalaysia PAS.


"Jika badan seperti Suhakam pun Datuk Seri Najib tidak mahu dengar, lebih baik lantik Jawatankuasa yang terdiri daripada Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKK) yang terdiri daripada AJK Cawangan Umno sahaja supaya keputusan sentiasa menyebelahi pihak BN dan polis," kata Idris lagi.


Sehubungan itu katanya, pengumuman Najib untuk menubuhkan panel bebas menyiasat Bersih 3.0 hanya untuk menyejukkan kemarahan rakyat kepada polis dan kerajaan.


Pihak polis dan Najib sekarang ini ujarnya susah hati kerana kali ini mereka guna kekerasan kepada pihak media, sedangkan wartawan tidak boleh dizalimi walaupun di dalam peperangan.
"Apakah jaminan kerajaan akan menerima cadangan Penal Bebas jika keputusan tidak menyebelahi pihak polis dan BN.


"Berapa banyak wang dan tenaga dihabiskan oleh ahli panel, apabila keputusan dikeluarkan kerajaan tidak ikut," katanya.

PROGRAM NAJIB DI KELANTAN!!! Untuk bagi nampak ramai, keluarkan surat arahan dan Import orang luar Kelantan

Najib kata UMNO/BN kini telah mendapat sokongan rakyat kembali, ini berikutan dengan sambutan rakyat yang diterima oleh Najib dalam setiap program yang dijalankan oleh UMNO/BN.

Laporan dari Bernama pula mengatakan dalam lawatan kerja sehari ke negeri Kelantan hari ini, lebih 30,000 orang telah mula menunggu ketibaan Najib sejak pukul 7 pagi di padang Pusat Sivik bagi merasmikan Karnival Komuniti 1Malaysia Negeri Kelantan.


Popular betul Najib rupanya.. hinggakan 30,000 sanggup menunggunya dari pukul 7.00 pagi..


Tapi kalau dah popular kenapa kena ada kerahan untuk hadir keprogram Najib?



Jika selama ini kita biasa melihat surat-surat pekeliling yang mengerahkan seluruh Cikgu-cikgu dan Pensyarah-pensyarah untuk hadir dalam program Najib..

Kali ini para pelajar pula menjadi mangsa kerahan untuk meramaikan hadirin dalam program Najib.. Kat bawah ni surat kerahan untuk pelajar Politeknik bagi hadir ke program yang dirasmikan oleh Najib itu..
ASD

Kat bawah ni pula cerita pasal program Najib juga di Kelantan..


Program Najib di TEMAN, Wakaf Che' Yeh Dapat Sambutan 1Malaysia..!

Gua tak dapat sampai ke lokasi Program Pelancaran TEMAN oleh PM Najib sebab jalan terlalu sesak & gua pulak cuba nak tunjuk hebat pergi dengan kereta. Hahaha...


Akhirnya gua terjelepok di tengah bendang Baruh Tunjung tempat Tapak Projek Padi Organik Kerajaan Negeri Kelantan.


Dekat sana gua jumpa 2 orang brader yang datang jauh dari Pendang, Kedah. Masa gua sembang dengan brader tu
gua dapat cerita bagus.

Brader tu datang dari Pendang, Kedah dengan rombongan 32 bijik bas yang DITAJA SEPENUHNYA oleh MADA untuk hadir ke program TEMAN di Kelantan.

Setiap peserta yang ikut rombongan tersebut dibayar sebanyak RM100.00 setiap seorang. Katanya mari dari MADA je 32 bijik bas, dari Jabatan lain termasuk LPP pun ada jugak tapi x tau jumlahnya berapa bijik bas. Semuanya FULLY SPONSORED by UMNO/BN.


Pengunjung program TEMAN dikerah dari serata Negara Malaysia hingga ke Johor. Target pengunjung program TEMAN ialah sebanyak 70.000 hadirin, penganjur langsung tak harap orang Kelantan akan hadir ke program tu jadi di kerah rakyat dari seluruh Negara di bawah sponsorship UMNO/BN supaya tarrget 70.000 hadirin tercapai.

Best kan..? Akhirnya UMNO/BN Kelantan sendiri sedar bahawa orang Kelantan sendiri tolak UMNO/BN & mereka terpaksa kerah rakyat Negeri luar yang DIBIAYAI & DIBAYAR kehadirannya supaya Program yang dihadiri oleh PM Najib dilihat berjaya.


Diceritakan oleh Topeng Perak 

KEMUNCAK KEJATUHAN REGIM!!! Media kroni turut protes kezaliman pemerintah

Apabila media arus perdana yang dikuasai kroni pemerintah turut menyatakan protes mereka terhadap pemerintah, maka itu detik-detik kemuncak di mana sesebuah regim bakal dijatuhkan. Melihat kepada reaksi wartawan media arus perdana selepas 28 April 2012, Ketua Pengarang Malaysiakini Fathi Aris Omar mengungkapkan kata-kata yang meraih tepukan gemuruh satu dewan, dalam forum semalam.

Mengisahkan bagaimana akhbar bahasa Cina utama menghitam-putihkan muka surat depannya sempena Hari Kebebasan Media Sedunia, semalam, Fathi terus berkata, "Saya nak katakan, turning point, bagaimana dalam sejarah pergolakan revolusi dan kejatuhan regim-regim dunia ini akan berlaku saatnya perubahan seperti Sin Chew Jit Poh (Daily)."


Fathi menjelaskan, sewaktu Suharto (bekas Presiden Indonesia) mahu digulingkan, protes diadakan selama enam bulan, oleh mahasiswa dan orang ramai. Media arus perdana tempatan mengkritik penguasa, dan korporat besar menggantung banner di bangunannya yang tinggi. Kesemua ini "elit mobilisation", di mana elit merekah untuk menyokong parti politik berlainan, menjurus kepada kejatuhan regim Suharto pada akhirnya.

Aktivis media ini menjelaskan, Sin Chew Daily sebagai akhbar yang berpengaruh dalam masyarakat Cina, dan kadang-kala juga dilihat sebagai pro-Barisan Nasional, kini telah berani tampil ke depan untuk menuntut polis agar memohon maaf. Fathi (gambar kiri) menyifatkan bahawa ia satu langkah ke depan apabila "golongan yang paling konservatif" ini memakai baju hitam untuk memprotes.

Beliau mempunyai pengalaman dari BERSIH pertama hinggalah BERSIH 3.0. Ketika perhimpunan BERSIH pertama diadakan pada 10 November 2007, Fathi berkhidmat dengan M-Star, edisi bahasa Malaysia The Star. Beliau dimarah kerana meletakkan gambar Hadi Awang, Presiden PAS.


Bagaimanapun, wartawan The Star semalam juga memakai baju hitam sebagai tanda solidariti kepada wartawan yang dibelasah polis ketika membuat liputan dalam perhimpunan BERSIH 3.0.


Fathi menganggap insiden 428 merupakan "keganasan yang paling sistematik" terhadap wartawan sejak belasan tahun kebelakangan ini, meskipun ia bukanlah perkara baru, dan pernah berlaku ketika zaman Reformasi. Namun, kekasaran terhadap wartawan pada 28 April meliputi semua orang termasuk wartawan dan peguam.


Hishamuddin Rais: Gembira

Dengan nada sinis, seorang lagi panelis, Hishamuddin Rais berkata, "Saya cukup gembira apabila

wartawan kena pukul. I am soooooo happy. I cannot hide my smile. Begitu lama demonstran-demonstran dipukul dah, dia (wartawan) buat tak nampak. Sekarang padan muka!"

Bekas aktivis mahasiswa ketika zaman 1970-an ini mengisahkan bagaimana wartawan buat tidak tahu apa-apa apabila polis membelasah peserta demonstrasi. Malah, menurut Hishamuddin Rais (gambar kanan), pada tahun 1960-an, seorang peserta demonstrasi Parti Buruh ditembak mati, dan apabila dimaklumkan kepada wartawan, wartawan tersebut sekadar bertanya, "Betulkah?"


Aktivis Parti Keadilan Rakyat, Latheefa Koya, juga seorang peguam, turut berkongsi pandangannya dalam hal ini. Meskipun ia bukan sesuatu yang lunak didengar, namun Latheefa Koya berkata, "apabila media kena (dipukul), baru dia orang sedar."

Latheefa Koya terlibat dalam banyak perhimpunan sejak zaman Reformasi, dan soalan yang sering diajukan oleh wartawan ketika polis mengganas adalah, adakah peserta memprovokasi polis? Mengapa pihak penganjur perhimpunan tidak lakukan ini dan itu?


"Sekarang, anda tanyalah diri andalah!" katanya, gagal menahan ketidakpuasan yang terpendam dalam hati selama ini. Latheefa Koya (gambar kiri) menjelaskan bahawa dirinya berkata demikian bukan kerana berdendam dengan wartawan, tetapi inilah realiti yang berlaku.


Panelis-panelis berkata sedemikian dalam satu forum "Pasca BERSIH 3.0: Keganasan Polis dan Media 'Blackout'", anjuran Akademi Pak Sako dan laman JalanTelawi.com, di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam. Panelis yang lain termasuk Aziz Bari (Pakar Perlembagaan, Haziq Abdul Aziz (Aktivis mahasiswa, KAMI) dan Haijan Omar, peguam yang dibelasah sewaktu himpunan BERSIH 3.0). Forum tersebut menarik kira-kira 200 orang, sehingga dewan tersebut penuh dan sesak.


Baca: Hitam menjadi tema Hari Kebebasan Media sedunia

PRU 13!!! Ramai menteri bakal kecundang


Berikut ialah kisah silam - BERSIH 1.0 - kita ziarahinya kembali - mengenang detik-detik yang ada persamaannya dengan peristiwa BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0

BERSIH 1 berlansung 10 November 2007 yang pada masa itu PM Malaysia ialah Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah). Perhimpunan yang 50,000 dikatakan oleh media massa pro-kerajaan cuma 4,000 orang.

Pak Lah yang begitu sombong dan angkuh ketika iaitu tidak memperdulikan perhimpunan itu, katanya "Saya pantang dicabar", tetapi Allah Maha Berkuasa dan Allah yang mendengar rintihan rakyat, akhirnya UMNO BN tersungkur di dalam pilihanraya 2008 dengan terpaksa melepaskan 5 negeri dan kehilangan 2/3 majoriti di parlimen.

Tak cukup sekadar itu, akhirya Pak Lah ditendang oleh UMNO sendiri dari kerusi PM sebelum cukup dua penggal memegang jawatan tersebut.

Pengerusi SPR ketika, Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman akhirnya dibersarakan dengan seluruh rakyat negara ini memandang hina kepadanya. Dan Ketua Polis Negara ketika itu Tan Sri Musa Hassan akhirnya melambaikan tangan kepada PDRM dengan tanpa siapa lagi memperdulikannya. Samalah juga kepada Menteri KDN, Syed Hamid Albar waktu itu, lansung tercicir dari kabinet pada 2009.

Kini apakah hal yang serupa bakal berlaku untuk BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0?

Hari ini, Najib menuduh perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi sistem demokrasi. Ternyata ia satu penyelewengan fakta di mana yang diminta oleh rakyat ialah "sistem pilihanraya BERSIH & ADIL", bukan untuk mengguling kerjaan yang ada.

Sebenarnya Najib cuba menghasut rakyat untuk membenci BERSIH. Cuba pertahankan SPR yang korup yang selama ini menjadi kuda tunggangan UMNO BN untuk terus pertahankan kuasa.

PRU 2008 menyaksikan UMNO BN sudah tumbang di Semenanjung. Jika tanpa sokongan Sabah dan Sarawak, UMNO BN sudah tamat tempoh pemerintahannya dan telah keluar dari Putrajaya.

Setiap perkataan itu adalah doa (Kullu kalam addu'a). Apabila Najib berkata bahawa rakyat ingin menggulingkan kerajaan beliau macam apa yang berlaku di Mesir, BERARTI beliau sendiri yang mendoakan perkara sebegitu berlaku, jangan salahkan rakyat lagi jika ia berlaku.

SAH !!! Mat Sabu cedera akibat pelangaran dengan kenderaan polis

KUALA LUMPUR: Panel Siasatan Suhakam merumuskan kecederaan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pada himpunan Bersih 2.0 Julai tahun lalu adalah disebabkan pelanggaran dengan kenderaan polis.

Ianya berdasarkan keterangan beberapa saksi termasuk tiga orang doktor yang merawat Mohamad yang dipanggil memberi keterangan kepada panel itu.

"Panel berpendapat, kecederaan W6 (Mohamad Sabu) berpunca daripada pelanggaran dengan kenderaan PDRM," laporan siasatan itu dipetik.

Laporan siasatan itu turut dibaca kepada media pada sidang akhbar di pejabat Suhakam di sini tengahari tadi.

Sidang media itu dikendalikan Pengerusi Panel Prof Datuk Dr. Khaw Lake Tee yang juga Timbalan Pengerusi Suhakam dan dua ahli panel lain iaitu Prof Datuk Dr Mahnood Zuhdi Abd Majid dan Detta Anak Samen.

Dalam penemuan mereka, Suhakam bersetuju dengan pandangan doktor-doktor tersebut bahawa tiada kesan kotoran seperti pasir atau tanah pada bahagian cedera.

Kesemua mereka juga berpendapat ianya mungkin akibat pelanggaran dengan permukaan keras.

Walau bagaimanapun menurut panel tersebut, tiada sebarang bukti konklusif bagaimana cara pelanggaran berlaku sama ada kenderaan polis melanggar Mohamad atau Mohamad sendiri melanggar kereta polis.

Dalam laporan itu panel turut mengesyorkan pihak polis agar mengutamakan hak asasi dan keselamatan anggota mahupun individu yang hendak ditahan.

"Satu garis panduan haruslah diwujudkan oleh PDRM mengenai cara-cara yang boleh digunakan oleh anggota dalam melakukan tangkapan," kata panel itu.

Dalam pelanggaran tersebut pada 9 Julai tahun lalu, Mat Sabu yang membonceng motosikal cedera di lutut kanannya cedera dan terpaksa dibedah ekoran ligamennya koyak.

INI JANJI!!! Bersih 4.0 akan tarik jutaan manusia ke jalan raya

Seperti yang dijanjikan ibu segala demo berjaya dijalankan. Seperti yang telah dijanjikan 250,000 warga telah turun ke jalan raya. Seperti yang telah dijanjikan politik baru telah dimunculkan. Seperti yang telah dijanjikan anak semua bangsa telah melintasi garis takut. Seperti yang telah dijanjikan politik ke jalan raya sebelum ke pilihan raya telah menjadi pedoman semua.

Hari hari berikut - seminggu, dua minggu mungkin satu bulan - heboh "Duduk Bantah" akan berterusan. MediaUnited Malays National Organisation akan terus memperlekeh BERSIH. Media gerombolan ini akan menetaskan pelbagai kesah penglipur lara, labun dan sastera.

Laporan awal dari Utusan telah mensasterakan bagaimana para demonstran telah dibayar untuk turun ke jalan raya. Ada demonstran yang telah diupah. Ada yang telah dirasuah. Ini sebenarnya ini teknik media lama yang telah berkarat. Akhbar gerombolan Ketuanan Melayu ini tidak sedar bahawa media baru, lengok dan bunyinya telah berubah.

Tetapi untuk menyenangkan kerja saya, saya menerima hakikat bahawa labun-labun media Utusan Malaysia ini adalah tepat - sahih lagi mensahihkan.


Maka akan timbul pula kisah polis kena pukul, kisah polis kena lanyak, kisah polis kena pelangkung, kisah polis menyembah minta ampun kerana ditibai oleh penunjuk perasaan, kisah polis lari terkencing-kecing dikejar penunjuk perasaan.

Akan timbul juga kisah penunjuk perasaan amat ganas, penunjuk perasan amat liar, penunjuk perasaan buat huru hara, penunjuk perasan baling batu dan baling botol, kisah polis cedera masuk hospital.


Untuk menyenangkan kerja kita, saya sarankan marilah kita terima hakikat bahawa sastera labun dari media United Malay National Organisation ini adalah sahih lagi mensahihkan, benar lagi membenarkan, betul lagi membetulkan.


Maka akan timbul pula kisah bahawa S Ambiga pengerusi nersama BERSIH ini sebenarnya bukan rakyat Malaysia. Ambiga berasal usul dari Nigeria. Nama sebenarnya Miss Wa Dunga Wa Dungu. Ambiga ini bukan sahaja orang asing malah telah dibuktikan bahawa Ambiga ini telah menerima duit dari ajen Ah Seng untuk memburuk-burukkan Raja-Raja Melayu.


Tidak cukup dengan ini Ambiga ini juga telah dibuktikan sebagai pengamal seks percuma. Malah kempen Ambiga menawarkan free sex inilah yang menjadi daya tarikan utama untuk anak anak muda dari Kuala Berang turun beramai-ramai ke Dataran Merdeka.


Lalu saya ingin bertanya, adakah ada sesiapa yang tidak akan berminat dengan seks percuma? Kempen seks percuma BERSIH ini cukup memberahikan. Bakal penunjuk perasaan bukan sahaja dapat seks percuma malah saya telah diberi tahu aiskrim batang pun akan diberi percuma.


Justeru, untuk membereskan tugas dan kerja kita maka saya cadangkan kita terima sahajalah labun seks percuma ini sebagai sahih lagi mensahihkan


Maka akan timbul pula kisah bagaimana kamera wartawan dari Al Jazeraa, Al-Bibisi, Al-Si-Ant-Ant, Al-Jazail, Al-Jalakon, Al-Mush-rikin dan Al-Ma'aunah yang telah dirampas oleh penunjuk perasaan. Bukan sahaja kamera di rampas tetapi telah dipijak-pijak. Tidak cukup dengan dipijak-pijak kamera ini juga telah dijualkan kepada Muniandy pembeli besi buruk dari Brickfields.


Sekali lagi saya dengan penuh kesedaran, untuk melunaskan dan mempercepatkan tugas harian, saya telah menerima berita ini sebagai sahih lagi mensahihkan.


BERSIH juga difahamkan bahawa ramai polis rahsia Najib yang dikenali dengan nama As Bee telah membeli baju-T BERSIH. Lebih dari 30 orang As Bee ini telah turut sama berdemo dengan memakai baju-T berwarna kuning dengan logo BERSIH. Bijak. Memang cukup bijak.


Saya juga tidak akan menolak berita As Bee ini sebenarnya menyamar sebagai penunjuk perasaan. As Bee bertugas untuk menjadi tukang kacau. As Bee jadi tukang provok. Maka kita terimalah kisah dan berita ini sebagai sahih lagi mensahihkan.

Saya juga tidak akan mempersoalkan tentang polis membawa kereta untuk melanggar demonstran di pinggir jalan. Atau berita tentang polis bermotosikal ke hulu ke hilir memacu motosikal besar mereka dengan ligat dan laju. Kita tak perlu bertengkar tentang ini.


Saya juga dengan senang hati menerima kisah bagaimana Chegubard, YB Tian Chua, YB Eli Wong, YB Sivarasa, peguam Latifah Koya termasuk peguam minah cun yang bernama Fadiah telah sama menerobos masuk ke Dataran Merdeka. Merekabukan sahaja menerobos masuk ke Dataran Merdeka, malah mereka telah membaling kasut dan selipar kepada mata-mata yang bertugas.


Kemudian kita membaca pula bagaimana Anwar Ibrahim dan Azmin Ali telah berbisik-bisik dan berkenyit mata memberi tanda isyarat untuk merempuh masuk ke Dataran Merdeka. Mereka berdua ini mengikut surah labun Utusan Malaysia adalah orang jahat yang memulakan huru hara. Ini pun saya terima sebagai sahih.


Ada pula berita yang melaporkan BERSIH telah dibajak oleh parti politik. Ada yang melaporkan bahawa BERSIH telah menjadi kuda tunggangan parti pembangkang. Ada berita yang melaporkan BERSIH ini ejen Pakatan Rakyat. Untuk saya semua ini adalah berita yang tepat.


Untuk memudahkan kerja, saya tidak akan mempertikaikan kesemua berita-berita ini. Saya juga tidak akan menolak berita-berita ini. Saya tidak akan membangkang laporan Utusan Malaysia. Malah semua kisah-kisah ini saya anggap sahih lagi mensahihkan.


Saya tak ada masalah untuk menerima, mensahihkan dan menghalalkan semua laporan berita ini. Saya tidak akan bertegang leher untuk menafikan berita ini. Saya juga tidak akan berhujah untuk membuktikan bahawa semua berita-berita ini di reka-reka untuk mengalihkan pandangan orang ramai. Direka-reka agar orang ramai benci kepada BERSIH. Saya akan terima semua berita ini dengan tangan dan zip terbuka.


Hanya, saya ingin bertanya kepada pasangan Rosmah, kenapa ada rancangan hendak menipu dalam pilihan raya yang akan datang ini?


Saya juga hendak bertanya, 250,000 penunjuk perasaan yang turun ke jalan raya pada hari Sabtu lalu mahu apa? Apa tuntutan mereka? Beribu-ribu anak muda yang berdemo itu apa yang mereka mahu? Beratus ribu anak muda dari kampung dan desa, dari semua pelosok negara berani ke jalan raya kerana apa? Anak-anak muda dari Kuala Berang, dari Kuala Kedah, dari Felda Chemomoi bertempur dengan FRU di Masjid Jamek kenapa? Apa yang mereka mahu?


Satelah semua kisah ibu segala demo ini mengenap, pertanyaan-pertanyan di atas wajib dijawab. Soalan: Kenapa ada rancangan tersusun untuk menipu dalam PRU13 ini akan timbul kembali? Soalan kenapa gerombolan United Malays National Organisation merancang dengan menggunakan akta parlimen untuk menipu di PRU13 telah diketahui ramai. Ini bukan berita bohong.


Dakwaan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya, Jabatan Pendaftaran Negara, PDRM, Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Perdana Menteri mengeluarkan kad pengenalan segera kepada pendatang asing ini juga telah di ketahui ramai. Pendatang asing ini didakwa diberi kad pengenalan untuk membolehkan mereka mengundi. Ini bukan lagi rahsia.


Rancangan gerombolan United Malays National Organisation untuk menipu di kawasan-kawasan Selangor juga telah di ketahui. Beratus ribu nama pengundi telah ditambah untuk mengalahkan calon Pakatan juga diketahui. Beribu-ribu nama pengundi Pakatan Rakyat telah dialih, telah di hilangkan atau di ubah, ini juga diketahui.


Justeru, setelah heboh-heboh tentang keganasan penunjuk perasaan mengenap maka soalan kenapa United Malays National Organisation merancang untuk menipu di PRU13 akan muncul kembali? Tidak dapat dielakkan.


Kereta polis terbalik. Wartawan patah kaki. Azmin Ali buat kecoh. Ambiga penganut Hindu. Pak Samad jual Melayu. Dan seribu satu macam kisah-kisah penglipur lara ini tidak akan menenggelamkan satu persoalan hakiki: Kenapa United Malays National Organisation hendak menipu dalam PRU13?


Pada Sabtu 28 April lalu ada 300,000, ada 250,000, ada 200,000 atau 100,000 - jumlah angka ini di jalan raya - jumlah angka tidak perlu dipertikaikan. Apa yang sahih, beratus ribu warga anak semua bangsa telah turun ke jalan raya menuntut pilihan raya yang adil dan bersih.


Pilihan raya yang adil dan bersih dituntut untuk memastikan kerajaan yang wujud adalah kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Bukan kerajaan yang naik takhta kerana penipuan dalam pilihan raya. Berkuasa bukan kerana menipu tetapi kerana sokongan ramai.


Sayugia di ingatkan, seramai 2500,000 yang berdemo itu adalah tanda amaran kepada United Malays National Organisation. Ini adalah tanda amaran dari 250 ribu warga anak semua bangsa. Amaran ini jelas bersuara: Jangan menipu dalam PRU13.


Dua ratus lima puluh ribu yang berarak dari Masjid Negara, dari Jalan Sultan, dari Masjid India, dari KLCC, dari Brickfields dan dari Pasar Seni menuju ke Dataran Merdeka adalah perarakan untuk memberi tanda amaran. Ini adalah tanda amaran yang menuntut agar pengundi pos dilupuskan, masa berkempen dipanjangkan, media dibebaskan dan daftar pengundi dibersihkan.


United Malays National Organisation beringatlah kepada amaran dari 250,000 anak semua bangsa ini. Berwaspadalah agar amaran ini menjadi pedoman untuk membaiki diri. Kerana, jika PRU13 ini masih dijalankan dengan penuh penipuan maka bukan 250,000 warga yang akan turun ke jalan raya, berjuta juta lagi yang akan bangun. Ini bukan satu amaran. Ini adalah satu janji.


Jutaan ke jalan raya, ini janji

Hishamuddin Rais