Sunday, May 6, 2012

GAMBAR BOGEL DEMI MOORE!!! Kosmo sudah hilang rasa malu siar gambar lucah



Hanya Demi
Setelah menyiarkan gambar aksi lucah didakwa memaparkan seorang lelaki yang mirip timbalan presiden PKR Azmin Ali. 

Hari ini tanpa rasa malu akhbar Kosmo menyiarkan gambar tanpa pakaian artis wanita Barat Demi Moore dalam laman hiburan Kosmo Online, lihat di bawah:

http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0507&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_04.htm

 Gambar berkenaan seolah-olah ada pakaian tapi sebenarnya bogel kerana artis berkenaan mengecat tubuhnya seolah-olah berpakaian. Nampak jelas payu dara artis berkenaan.

KOSMO dah tak rasa malu , baca ini:

HADITH SAHIH yg ramai dah baca ttg sifat "al-hayak"... (malu) itu yg merupakan pra-syarat keimanan sebenar, itu kata nabi. Panjang syarahnya.

Dlm hadith lain pula nabi memberi amaran: "...apabila rasa malu sudah tidak ada, maka kamu buatlah apa sahaja yg dimahukan".

Dlm hidup kita lihat byk manusia sanggup lakukan tindakan luar fitrah yg tak sanggup kita lakukan. Fitrah manusia semua menolak. Tak perlu saya senaraikan semua benda itu. 

Sbg insan kecil kita masih miliki secebis iman, menilai & merasakan pelik perkara2 jahat & buruk dilakukan oleh manusia. Tak masuk aqal itu dilakukan oleh mereka yg bergelar muslim, tapi membuang imannya demi nafsu dan ketamakan. Mengharuskan atas nama apa sekalipun.

Itulah intisari amaran nabi yg kerap kita abaikan tersebut...

- Siapa sangka, hanya selepas seminggu Utusan & Kosmo merosakkan minda rakyat dgn pornographic; rakyat bangkit marah, namun x apa yg mereka malukan dgn tindakan itu. Hadiahnya pg ini mereka bangga dan meneruskan slogan porno/naked dlm media itu...

- Saya menyatakan dgn tegas Utusan adalah media sgt fasik kebanggan bangsa Melayu Islam, disuburi dgn fitnah dan keburukan. Namun hakikatnya media itulah yg percuma yg dihadamkan oleh ramai bangsa Melayu kita...

- Bagi pemilik rasminya, UMNO pasti bangga & seronok dgn kejayaan merosakkan minda dan melekakan rakyat, melupakan identiti Melayu akan Islam yg sebenar.

- Saya berlepas dari mereka; dan moga bukalah mata mereka yg selama ini masih pejam ~ adakah itu neraca kekuatan Melayu Islam yg tetap mahu digabungkan?

11 MEI !!! Himpunan Raksasa UMNO atau Himpunan 6 T

KUALA LUMPUR, 7 Mei: Umno tidak boleh mengadakan himpunan raksasa jika tanpa 6T iaitu T-shirt, topi, tambang, transport (pengangkutan), tapau (makanan) dan token (duit).
AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, ia berlainan dengan himpunan yang dianjurkan oleh PAS dan Pakatan Rakyat, penyokongnya datang tanpa diupah dan dikerah.

Katanya, setiap kali Najib turun ke suatu tempat semua agensi kerajaan dipaksa rela untuk hadir.

“Terbaru Najib di Kelantan pada 4 Mei lepas, kita boleh lihat beratus-ratus biji bas daripada agensi kerajaan,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, pihak pengajur terpaksa membuat kerahan , jika tidak terpaksa dikira dengan bayang supaya nampak ramai.

“Budaya ini sudah menjadi kelaziman apabila Umno mengalami masalah dalaman parti atau tekanan politik daripada luar,” katanya.

Idris menambah, ia bermula di zaman Dr Mahathir ketika beliau bergaduh dengan Raja-Raja Melayu pada 1983 sewaktu krisis pindaan perlembagaan untuk membuang kekebalan Raja-Raja Melayu.

Beliau berkata, ia diikuti pula dengan program Semarak, ketika berlaku krisis team A dan team B Umno.

Katanya, ahli Umno sekarang bukan ahli yang ada ideologi, majoritinya  hanya ahli yang mencari makan.

“Ia bukan perjuangan Umno di peringkat mula kelahiran Umno 1946,” ujarnya.

Katanya lagi, walaupun ahlinya 3.3 juta, namun tidak ada jati diri dan komited dengan ideologi perjuangan.

Menurutnya, sebahagian besar menjadi ahli Umno, terutama peringkat muda hanya “Umno projek” sahaja.

“Kita akan lihat himpunan Umno di Stadium Bukit Jalil yang akan berlangsung pada 11 Mei nanti, semuanya akan bergantung kepada  6T,” katanya lagi.

PANAS!!! Najib mengaku pakai rantai, anggap perkara biasa



Sekarang najib mengaku pakai rantai der. Dasat.. dasat gileeeee wa cakapp lueee..



Terkejut nak mampos tak? Oke.

1. Siapa yang taktau ada najib razak yang fake? Mungkin juga ada yang tahu dan ada yang taktau. Bagi yang taktau, amek2 lah tahu oke. Ini ialah fake account facebook najib. ==> FAKE

2. Ari tue dah sekali. Account fake neh buat lawak. Owhh gelak je lah dia buat lawak. Tapi tak seme orang tahu dia tue FAKE dan tak semua orang faham. Lalu pihak sebelah sana kata kita fitnah depa. Kadang2 aku setuju dengan pandangan dorang. Nak buat lawak pun bertempat lah. Jangan buat lawak langgar lari der. Buat lawak bagi salam dulu. Senang nak prepare apa2 hal.

3. Dan bila orang2 yang tak sedar account neh account FAKE, maka terjadilah penyebaran2 yang mengundang fitnah ke atas najib. Yang bercakap tue orang lain, tapi yang kena maki, kutuk dan hina apa seme najib. Fitnah tidak pernah halal samada ke atas orang kafir atau ke atas orang jahat. Fitnah tetap fitnah, tak kira lah sapa yang ko fitnahkan tue. Fitnah itu berdosa bukan kerana individu tetapi kerana perbuatan fitnah itu sendiri.

Tak percaya korang tengok sini sendiri. Memang ada yang benar2 percaya itu najib razak yang bercakap. Dan sampai satu masa, nanti blog pro umno akan amek isu neh, letupkan dan cakap beginilah cara perjuangan pakatan rakyat.

Akhirnya sesuatu yang ko fikir gurauan, akan memakan diri sendiri semula. Benda2 beginilah nampak remeh tetapi bila terbalik semula ke atas diri sendiri ia membawa impak tertentu. Sedikit sebanyak ia menghakis kepercayaan orang.

Sebab tue ko nampak ada orang yang komen begini;

Owhh seme sama je lah. Aku tengok politik seme sama.

Alahh pr ka bn ka seme kaki super impose dan penipu..

Takyah semak2 kepala nak fikir pasal politik.. politik tu kotor penuh fitnah kedua2 belah pihak sama je..

Sebabnya ? Sebab diri sendiri membawa fitnah. Sepatutnya, kata penyokong PR, kita neh benci fitnah. Tapi macam mana ya, dalam pada kita benci fitnah tapi kita jaja fitnah pula? Adakah jika orang fitnah kita itu salah, tapi kalau kita fitnah orang itu betul pula?

Beginilah. Orang kata kalau tak mampu membantu, tak perlu jadi penyusah. Bukan suruh bantu sampai betul salah seme langgar. Itu bukan bantu tapi itu bodoh. Kalau nak bantu, pastikan tahu melihat dengan jelas apa itu garisan betul dan salah. 

After all, kita bukan nak angkat pemimpin, parti atau sapa2. Kita nak angkat diri sendiri untuk hidup di bawah kerajaan yang adil. Kalau yang ini kita faham, percayalah, perjalanan kita untuk mencari kerajaan yang adil semakin hampir.

Ameno : Jadilah FAKER yang TULEN.

pasca bersih 3.0!!! Chua Soi Lek kelam kabut selamatkan MCA


Nampaknya, Presiden MCA, Chua Soi Lek dalam keadaan kelam-kabut sedang berusaha mententeramkan ahlinya yang dilihat semakin tidak bermaya walaupun pilihanraya umum bakal diadakan bila-bila masa dari sekarang.

Kenyataan bahawa MCA sudah tidak relevan dengan perkembangan semasa juga dilihat semakin menyukarkan masa depan parti komponen Barisan Nasional kedua terbesar itu terutamanya di Perak, Pulau Pinang dan Johor.


Masakan tidak, Chua yang dianggap pakar strategi terbaik dalam MCA sejak bekas presiden, Tan Koon Swan didakwa di mahkamah, sudah tidak berupaya membendung kemaraan DAP dan Pakatan Rakyat yang semakin berbisa.


Malahan bekas presidennya Ong Tee Keat yang berkerat rotan berpatah arang dengan Chua tururt meramalkan nasib MCA umpama telur di hujung tanduk gara-gara terlalu tunduk dengan Umno-APCO hingga mengorbankan nasib kaum mereka sendiri.


Lihat sahaja isu kekurangan guru yang gagal diselesaikan walaupun Wee Ka Siong yang menjadi Ketua Pemuda MCA juga merupakan timbalan menteri pelajaran!


Dan perkembangan terbaru mengenai pergolakan dalaman yang dilihat sudah reda selepas pemilihan parti itu rupanya indah khabar dari rupa.


Chua dan timbalannya, Liow Tiong Lai saling berebut mendapat perhatian kaum mereka tetapi rata-rata pengundi Cina sudah memilih parti mana yang boleh memperjuangkan nasib mereka.


Justeru, tidak hairanlah mengapa Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin kini srba salah mahu menyokong puak yang mana satu.


Jika dia memilih Chua, Tiong Lai akan merajuk dan begitulah sebaliknya yang terjadi setakat hari ini.


Perpecahan dalaman MCA juga tidak kurang hebatnya dengan Umno-APCO kerana isu pembahagian kerusi masih belum selesai.


Bebeapa tuntutan MCA tidak dilayan oleh Najib kerana merasakan sudah sampai masanya Umno-APCO mengambil alih kerusi yang sudah lama dipinjamkan kepada mereka.


Ia sekaligus membuktikan Najib tidak berkeyakinan MCA dapat memberikan sesuatu kepada kemenangan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum akan datang.


Percayalah, Chua dan Tiong Lai akan merasai perit kekalahan kali kedua berturut-turut dengan telepasnya Pulau Pinang dan kalah di hampir kesemua kerusi parlimen dan DUN di seluruh negara!


Anggota MCA diingatkan supaya tidak mengorbankan semangat setiakawan di kalangan anggota parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) yang telah terbina sejak 50 tahun lepas hanya kerana merebut kerusi dalam pilihan raya akan datang.

    
Chua berkata meskipun sesuatu kerusi itu tidak ditandingi calon MCA, mereka masih bertanggung jawab untuk membantu kemenangan calon BN yang lain.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis perjumpaan antara pucuk pimpinan MCA bersama ketua cawangan seluruh negara di Putrajaya semalam, beliau berkata anggota parti perlu menyerahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memilih calon BN terbaik untuk bertanding.

    
"Jangan gaduh dengan parti dalam komponen BN. Kita tidak seharusnya mengikut apa yang berlaku dalam Pakatan Rakyat di mana mereka masih bergaduh berkaitan pengagihan kerusi antara DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat," katanya.

Menurutnya semua ketua cawangan MCA juga perlu memastikan setiap cawangan jentera pilihan raya akan datang sudah ditubuhkan dan bergerak aktif untuk memastikan kemenangan berpihak kepada BN.


"Bagi pemimpin-pemimpin MCA yang menjalankan tugas kementerian masing-masing, mereka juga harus mengadakan lawatan ke bilik gerakan," katanya.

    
Dalam perkembangan lain Dr Chua meminta kesemua anggota parti untuk mendaftar dalam "1MCA Member Group Insurance Scheme" bermula bulan ini atau selewat-lewatnya Julai depan bagi membolehkan mereka mendapat perlindungan insurans.
    
"Saya difahamkan oleh syarikat insurans bahawa MCA merupakan parti pertama mempunyai skim itu. Di bawah skim itu semua anggota MCA diberi perlindungan insurans sebanyak RM10,000 untuk kematian akibat kemalangan dan RM4,000 untuk kematian biasa atau "funeral expenses", katanya.
    
"Keputusan untuk mewujudkan skim insurans itu adalah sebagai tanda berterima kasih terhadap kesetiaan anggota MCA dan sumbangan mereka terhadap parti,"
katanya.

Hadir sama pada majlis perjumpaan itu adalah Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Setiausaha Agung parti Datuk Seri Kong Cho Ha serta kira-kira 4,000 anggota parti dari seluruh negara.


JALAN PULANG

NAJIB TAK BOLEH TUNGGU!!! UMNO akan singkir Najib kerana kes Scorpene, PRU 13 bila-bila masa

KUALA TERENGGANU – Antara pernyataan politik yang paling tajam sepanjang minggu lalu ialah kedudukan Presiden Umno Dato’ Seri Najib Razak yang juga Perdana Menteri Malaysia dalam senario politik tanah air.

Menurut Ali Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad, kedudukan Najib semakin bahaya sekiranya beliau menagguhkan lagi pilihanraya umum sehingga tahun hadapan.

Katanya, perbicaraan kes pembelian kapal selam Scorpene yang sedang berlangsung di mahkamah Perancis membimbangkan Najib dan Umno.

“dalam konteks mahkamah di Perancis, mereka akan memanggil beberapa individu sebagai saksi termasuk Perdana Menteri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan hari ini Dato’ Zahid Hamidi,

“ini adalah pendedahan yang akan mengakibatkan kedudukan Najib Tun Razak akan menjunam,”jelasnya.

Menurutnya, kes pembelian dua kapal selam Scorpenen sebelum ini yang disebut sebagai kes rasuah akan disebut sebagai kes  sabitan  jenayah sekaligus.

Katanya, menurut kenyataan SUARAM, Najib telah meminta pembayaran rasuah sebanyak RM1 bilion dollar Amerika bersamaan RM3 bilion.

NGO hak asasi manusia itu juga mengungkap, ia adalah satu kes 'Rompakan Terbesar di Malaysia' (Great Malaysian Robbery).

Oleh kerana itu, beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat mendakwa Najib amat tertekan dasn meramalkan Najib akan disingkirkan dari Umno.

“saya rasakan Najb amat tertekan, dan sekiranya ditangguh lagi pilihanraya, saya meramalkan, Umno akan menyingkirkan Presidennnya untuk menyelamatkan Umno dalam pilihanraya umum ke-13 (akan datang),”tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penerangan Isu Semasa Pasca Bersih 3.0 yang diadakan pada 4 Mei, di Gong Pauh, Chukai Kemaman.

Pada perhitungan Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan PAS itu, ia adalah isu yang paling besar dihadapi oleh Umno dan Barisan Nasional masakini.

Turut berucap dalam majlis tersebut ialah Ketua Penerangan PAS Pahang Suhaimi Saad dan Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani

SUNGGUH KECEWA!!! Pelatih PLKN selamatkan malu Najib di Taman Gelora

KUANTAN, 6 Mei - Orang ramai yang hadir ke program "Bersantai Di Taman Gelora Bersama YAB Perdana Menteri" di Taman Gelora dekat sini pagi tadi kecewa dengan sambutan orang ramai terhadap program tersebut. 
Program yang bermula jam 9.15 pagi itu hanya dipenuhi dengan para pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dikerah hadir untuk meramaikan hadirin yang hadir, namun ianya masih gagal membuktikan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak (foto) itu telah mendapat sokongan padu dikalangan rakyat menjelang Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. 
Tinjauan krew PDO ke lokasi itu pagi tadi mendapati kehadiran orang ramai amatlah hambar dan memalukan Perdana Menteri sebenarnya. Malah, ketika beliau berucap pun hanya kerusi kosong yang memenuhi setiap ruang dibawah kanopi yang disediakan. 
 "Mujurlah ada budak-budak PLKN, kalau tidak sudah pasti Najib akan mendapat malu yang lebih besar. Sepatutnya kehadiran seorang Perdana Menteri wajar disambut dengan ribuan rakyat.. Namun ini tidak berlaku kepada Najib. Mungkin ramai yang kecewa dengan tindakan kerajaan dalam menangani para peserta Bersih 3.0 di Kuala Lumpur baru-baru ini agaknya", kata seorang pengunjung. 
Tambah malang lagi, majlis yang diadakan sempena program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Malaysia 2012 itu juga turut diserikan dengan hujan lebat dan angin kencang di tapak berkenaan. Ini menyebabkan orang ramai semakin kelam kabut dan air bertakung di sana sini menyebabkan majlis menjadi kucar kacir.  
Segala aktiviti yang dirancang termasuk sukaneka dan expo jualan semuanya tidak menjadi akibat hujan lebat yang mencurah-curah membasahi kawasan itu. 
Turut hadir dalam majlis pagi tadi ialah MB Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob, barisan exconya dan lain-lain kenamaan.

PM sedang menyampaikan ucapan kepada sebahagian mereka yang hadir


Hambar, mujurlah adanya pelatih PLKN yang dipaksa hadir ke program itu

Hujan lebat, air bertakung di sana sini iringi program PM di Taman Gelora

Gerai jualan dekat tapak expo juga tunggang langgang dibuatnya akibat hujan

[Sungguh memalukan melihat senario yang berlaku ini. Sering saja kehadiran Najib dalam mana-mana acara keramaian seperti ini di Kuantan akan disambut dengan hujan lebat dan ribut. 
Sebelum ini kejadian yang sama melanda tapak Hari Koperasi Negara di Padang MPK2 pada tahun lalu. Semua ini mungkin ada hikmahnya. Namun, ia jelas mengganggu kelancaran program yang dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia itu. 
Jika di Himpunan Bersih 3.0 baru-baru ini para peserta dihujani dengan air "water canon" dan "gas pemedih mata". 
Kini program Najib di Kuantan dihujani dengan "hujan lebat" linangan air mata rakyat ketika mereka dibelasah oleh pihak polis di Bersih 3.0 itu dulu. Kini bagai sudah ditakdirkan, program Najib tidak menjadi dan hambar. 
Hanya beberapa kerat kakitangan kerajaan yang dipaksa hadir dan penyokong UMNO BN yang kelihatan. 
Sepatutnya, kehadiran adalah lebih besar daripada apa yang dijangkakan, tambahan pula ia melibatkan program Najib itu sendiri].PDO

MAI BACA!!!! Konspirasi Utusan terhadap Arab Saudi, jemaah haji Malaysia dan BERSIH 3.0 terbongkar




Utusan Malaysia.

Ramai orang tak kenal akhbar neh. Kalau ko sebut utusan umno, cacing dalam tanah pun akan keluar dan bercakap oooo paper tue.. aku kenal. Selalu masuk dalam tanah kediaman aku neh hah. Sampai aku sendiri dah rasa bosan pasal bersepah orang buang paper tue. 

Begitulah reaksi cacing yang aku interview.  Tamat. Sebab respon cacing mengenai utusan semakin mencabar telinga orang2 umno. Sangat sukar untuk aku lepaskan di blog walaupun tak pernah aku buat apa2 tapisan selama neh. 

KAH KAH KAH

Utusan bagitau kepada pembeli utusan bahawa arab saudi sedang menyiasat mereka2 yang terlibat dalam bersih. Utusan bagitau dengan begitu beria2. Utusan bagitau seolah2 benda tue terbukti, pasti dan sahih. 

Utusan siap menamakan lagi blog yang memecahkan berita tersebut. Tapi utusan sangat rugi. Sebab apa? Sebab utusan terlupa blog amenoworld adalah blog yang paling mahir mendedahkan skandal. Bukan blog sel13. Utusan dah tersilap besar disitu.

Mari kita lihat pendedahan utusan. Rujuk keratan akhbar di atas. Lepas tue mari kita lihat sumber rujukan utusan. Rujuk blog sel13 disini.

Selepas itu marilah kita bertanyakan kepada utusan beberapa persoalan yang penting. Ini kerana utusan berperanan menyebarkan ia dalam media arus perdana yang mana rata2 rakyat di malaysia menganggap bahawa ;

Suratkhabar laporkan sesuatu = apa yang dilaporkan adalah fakta dan wajib dipercayai. 

Rakyat malaysia kebanyakkan tidak berfikir sebegini ;

Suratkhabar laporkan sesuatu = apa yang dilaporkan itu boleh jadi fakta, boleh jadi persepsi, boleh jadi andaian, boleh jadi salah faham, boleh jadi fitnah dan etc2..

1. Siapa ada bukti bahawa laporan arab saudi memantau jemaah haji dari malaysia? = Tiada.

2. Siapa ada tunjukkan rujukan daripada perisikan arab saudi bahawa mereka sedang memburu penyokong bersih ? = Tiada.

3. Siapa ada bukti bahawa arab saudi bercadang sukarkan perjalanan jemaah haji dari malaysia? Sekurang2nya laporan akhbar dari kerajaan arab saudi. = Tiada. 

4. Siapa ada bukti bahawa arab saudi sedang mencari pemimpin pembangkang perihal bersih? = Tiada. 

Jadi apa yang utusan ada? Dia cuma ada sel13. Jadi apa yang sel13 ada? Sel13 ada penulisan sahaja. Ada bukti? *Takde. Ada keterangan yang boleh menyokong kenyataan dia? *Takde. Ada kenyataan akhbar arab saudi? *Takde. Ada kenyataan dari sumber risikan arab saudi? *Takde. Ada kenyataan dari pemimpin arab saudi mengenai hal tersebut? *Takde.[* sehingga hal neh ditulis] Ya, apa pun takde. Di ulangi sekali lagi, apa pun takde. Takde.

TAKDE? Ya, takde. Takde? Jadi macam mana utusan boleh terbitkan satu artikel yang tiada asas? Syuiisssssh... tengok kiri kanan. Dah tengok? Ada utusan kat kiri kanan? Ada? Kalau ada direct tanya dia, kalau takde meh baca analisis dan persepsi aku.

Kesimpulan bagi aku sangat mudah. Apa yang ingin dihasilkan melalui penerbitan artikel tersebut ialah ;

1. Menimbulkan suasana kelam kabut = menakut2kan orang tak kira jemaah haji ataupun penyokong2 bersih di mekah dan madinah.

2. Mengaitkan dengan kedutaan apa seme adalah sebagai soft warning kepada penyokong2 bersih mekah dan madinah bahawa anda sedang diperhatikan. Tajaan anda dalam ancaman.

3. Menyebut2 nama penguatkuasa arab saudi apa seme adalah sebagai jalan untuk mengecam / mengugut penyokong2 bersih bahawa apa yang anda buat, saya tahu dan anda akan mendapat balasannya sebab bila2 masa saya boleh call penguatkuasa arab saudi dan anda bakal kena.

Sememangnya sejak dari awal lagi memang tiada apa2 siasatan pun yang dibuka oleh arab saudi. Arab saudi apa jek dengan bersih neh? Apa jek nak kesah? Dorang apa pun tak kesah dan tak heran. Booooo.. banyak lagi benda aku nak fikir kata arab saudi. 

Tetapi kerajaan umno kesah dan amek peduli. Jadi untuk mengajar mereka2 yang menyokong bersih neh maka sesuatu perlu dilakukan. Nak direct terus sound mungkin sukar disebabkan situasinya tak sama macam di mesir. Jadi ikut jalan belit2 asalkan matlamatnya sampai. Semua kaedah neh ada dalam kepala hotak aku. Ia bukan sukar untuk mengenalpasti lawan yang hanya tahu dengki tak tentu pasal. Memang, bukan sukar.

Ameno : Penguatkuasa arab saudi boleh tuntut komisen sebab nama anda digunakan untuk menjayakan filem..

TENDANG POLIS!!! SB punya angkara, kenapa Khalid Ismath jadi mangsa?



 Khalid Mohd. Ismath ditahan bagi membantu siasatan berhubung kekecohan pada perhimpunan haram Bersih 3.0, ketika dia hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Dakwa polis Khalid dikehendaki setelah "gambarnya" yang sedang menendang seorang anggota polis trafik yang terjatuh ketika bertugas pada perhimpunan itu, 28 April lalu disiarkan di akhbar-akhbar umno...
  
 .... sebenarnya ini lah pakaian yang dipakai sewaktu himpunan Bersih 3.0 baru-baru ini yang mane dia antara wakil mahasiswa yang turut sama berada di sekitar Dataran Merdeka.... gambar beliau yang berucap ditengah-tengah ribuan manusia di simpang empat berhampiran Datarn Merdeka... sedangkan gambar  yang didakwa insiden menyepak angota trafik tersebut berlaku di kawasan Sogo...
....hahahahahhah.. untuk mamat yang pakai baju belang tue, terlepas.. ... org lain yang dah jadi kambing hitam... alahai polis Malaysia...

LANGGAR ETIKA GURU!!! Kerana sorang cikgu ni malu cikgu-cikgu 1Malaysia


Kerana  nila setitik rosak susu sebelanga,  begitulah  ibaratnya nasib guru-guru di tanahair ini pada jumaat  4 Mei 2012. Ini kerana seorang guru  yang  bertugas sebagai guru kunseling di Sekolah Kebangsaan Taman Palma Taiping terlalu taksub dengan fahaman politik kepada UMNO BN hinggakan sanggup melanggar etika seorang  guru dengan mempolitikan isu BERSIH 3.0 kepada murid-murid  disekolah tersebut.

Aku dapat tahu cerita ini apabila seorang murid tahun 6 yang terlibat didalam program kepimpinan di sekolah yang melibatkan murid yang memengang jawatan Pegawas Sekolah dan Ketua Kelas menceritakan kepada ibubapanya(Bapa murid cerita kat aku) Murid tersebut mendakwa  bahawa  seorang guru telah berkata  “Orang yang ke Kuala Lumpur  berbaju kuning pada 28 adalah orang bodoh” dan cikgu tersebut berkata kita jangan menyokong mereka yang bodoh itu. “Siapa yang tak sokong baju kuning tu angkat tangan…” inilah antara kata-kata cikgu yang dikenali sebagai Cikgu Najmi. Cikgu Najmi juga  dipercayai admin kepada sebuah blog yang  pro UMNO…tak silap aku blog Taipingmali( Gambar kiri dikatakan Wajah Cikgu Najmi seorang blogger upahan UMNO BN) 

Bapa kepada murid tahun ini  melahirkan rasa kecewa dengan sikap guru tesebut. Katanya  seorang  guru tidak wajar  bersikap sedemikian   dengan memasukan agenda  kepolitian kepada murid-murid di sekolah kebangsaan . Kalau hendak mengampu membodek  kerajaan UMNO BN sekalipun janganlah tunjuk-kan kebodohan diri dihadapan murid tahun 6.  Tidak mustahil golongan seperti  cikgu Najmi inilah yang bakal merosakan anakbangsa…beliau mungkin sanggup menayangkan gambar dan vedio lucah demi kepentingan politiknya kepada murid-murid.

** Cikgu Najmi….kalaulah  terlalu taksub  dengan UMNO BN..janganlah rosakan nama baik  dan maruah semua guru di tanah air ini …Kerjaya dan perjuangan dalam politik jangan dicampur gaul…cukuplah fitnah dan  kelentong cikgu di blog Taipingmali…  Kalau nak berkempen politik bukan dengan murid-murid disekolah,tapi dengan ibubapa kepada murid-murid…murid tahun 6  baru je  12 tahun umurnya…hahaha…

Biarlah kaki cedera  jadi tempang
Jangan otak jadi banggang
Orang ni

GEMPAR!! Aset milik Musa Aman , Taib Mahmud dan keluarga akan dibekukan Kerajaan Switzerland?


Musa Aman Dan Taib Mahmud – Soalan-Soalan Bangkit Dalam Parlimen Switzerland!

Cubaan Malaysia menyembunyikan skandal penyelewengan wang hasil rasuah pembalakan oleh Ketua Menteri Sabah, Musa Aman, kini mulai dibongkar.

Berikutan pendedahan yang kami lakukan ke atas beberapa dokumen yang digunakan untuk menuduh itu, beberapa badan antarabangsa telah mula meneliti bahan-bahan bukti itu.Bahan-bukti seperti itulah yang dinafikan oleh Peguam Negara Malaysia, Abdul Gani Patail.

Secara khususnya, fokus kini bertumpu kepada peranan yang dimainkan oleh bank Switzerland terbesar iaitu bank UBS, yang telah mengendalikan suatu jaringan akaun yang kompleks bagi pihak Musa Aman dan rakan sejenayahnya.

Hanya kurang seratus juta dollar telahpun disalurkan menerusi akaun-akaun UBS ke destinasi terakhirnya, iaitu akaun bank di Zurich di bawah nama Musa Aman. Turut menggunakan wang haram itu adalah anak-anak lelakinya yang menuntut di Australia.

Persoalan-persoalan yang kembali menghantui UBS

UBS telah berperanan berkhidmat untuk Musa Aman dengan membantu rakan-rakan politiknya dalam BN

menutupi salah-laku tersebut.

Pada hari ini MP Carlo Sommaruga telah membangkitkan beberapa siri persoalan dalam Dewan Parlimen Swiss di Berne, setelah dia menyatakan kerisauannya terhadap penglibatan bank Swiss terbesar dalam transaksi kewangan yang penuh skandal itu.

Menurut Bruno Manser Fund (BMF), beliau telah menuntut diperjelaskan butir-butir pertuduhan yang terlibat, berikutan pendedahan dari Pejabat Peguam Negara Swiss yang telah bekerjasama dengan pihak berkuasa di Hong Kong yang telah meminta maklumat selanjutnya mengenai kes Musa Aman.Dia juga bertanya sama ada kerajaan Swiss telah didatangi oleh penguatkuasa undang-undang dari Malaysia berkenaan perkara itu dan sama ada Switzerland akan membantu di segi bantuan perundangan kepada Malaysia.

Bekukan Aset-Aset Taib


Tambahan pula, menurut BMF, Carlo Sommaruga sedang mendesak kerajaan Swiss untuk membekukan aset-aset milik Musa Aman dan rakan sejenayahnya, Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud dan juga ahli-ahli keluarganya.

Keluarga Taib yang menguruskan aset-aset di luarnegara

Beliau juga meminta diperjelaskan apakah jenis perlindungan yang dijangka dalam Perjanjian Perdagangan Bebas antara Persatuan Perdagangan Bebas Eropah, dan Malaysia yang akan menghalang hasil rasuah Malaysia daripada mengalir ke Switzerland.

Pakar undang-undang kini meneliti perkara ini dan Musa Aman, yang telah menuduh Sarawak Report memfitnahnya, dan UBS harus merasa lebih bimbang tentang bagaimana mereka akan menjelaskan bagaimana wang berjuta-juta dolar yang telah berangkaian di seluruh dunia dalam perjalanan ke Zurich, termasuk ke Amerika Syarikat.
- SR

BERSIH 3.0 !!! Polis dan media UMNO putar belit fakta



Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan media pro Umno-BN menunjukkan sikap berat sebelah dengan hanya menyiarkan gambar-gambar peserta BERSIH 3.0 yang disyaki menimbulkan kekacauan pada himpunan itu.

Menurut Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah, pihak polis cuba menyembunyikan kekerasan yang dilakukan mereka terhadap orang awam serta petugas media pada himpunan itu.


“Jika PDRM adil, kenapa mereka tidak siarkan gambar-gambar anggota polis yang terbukti menggunakan kekerasan pada himpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu?,” katanya ketika dihubungi TVSelangor hari ini.


Akhbar-akhbar milik Umno-BN hari ini menyiarkan 42 gambar orang awam yang disyaki mencetuskan keadaan huru-hara serta mengkasari anggota polis yang ditugaskan mengawal himpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu.


Perhimpunan menyaksikan sekitar 250,000 orang berhimpun sekitar kawasan Dataran Merdeka bagi menuntut agar kerajaan pusat memperbaiki kelemahan sistem pilihanraya.


Di dalam blog-blog serta klip pendek di youtube jelas memaparkan tindakan ganas polis memukul peserta himpunan yang juga dihadiri oleh warga tua serta kaum wanita dan ini bercanggah dengan konsep negara demokrasi yang diamalkan di Malaysia.


“Pihak polis juga mengambil bukti daripada paparan di youtube dan kenapa pihak polis yang memukul peserta himpunan tidak dibawa ke muka pengadilan,” ujarnya lagi.


Maria menambah, polis juga membuka tanda nama mereka ketika menangkap dan menyuraikan peserta himpunan itu dengan kekarasan. Ini membuktikan PDRM tidak telus dalam menjalankan tugas serta takut dibawa ke muka pengadilan.


“Polis memakai tanda nama sewaktu perhimpunan berlangsung dan mengapa tanda nama mereka dibuka sewaktu mereka melakukan kekerasan dan tangkapan?,” soalnya lagi.


Selain itu, beliau menegaskan ahli Panel Penasihat Bebas yang ditubuhkan bagi menyiasat perhimpunan BERSIH 3.0 mestilah dijalankan secara adil demi mencari keadilan dan pembelaan terhadap pelbagai insiden yang terjadi.


“Sewaktu BERSIH 2.0 ditubuhkan panel bebas namun tiada keputusan berjaya dicapai walaupun terbukti berlaku insiden kasar dan provokasi waktu itu,” jelasnya.


Dalam isu yang berkaitan, Maria berkata sehingga kini Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) masih berdiam diri berkaitan lapan tuntutan yang dibawa BERSIH 3.0 untuk penambahbaikan sistem pilihanraya.

TIADA SURAT ARAHAN!!! Inilah jadinya kepada program Najib di Kuantan



Nih gambar program Najib di Taman Gelora, Kuantan sebentar tadi. Wow!! berapa ribu kerusi yang hadir ke program Najib sebentar tadi.  Menurut sumber, boleh tahan hadirin yang datang. 

Di anggarkan dalam 6 buah bas jugak la, kebanyakan pelatih PLKN. Penduduk tempatan hanya sedikit yang hadir. Menurut mereka yang hadir, dikatakan jam 10.30 pagi semua makanan dah makanan dah habis.. 

Begitulah trend majlis United Malays National Organisation (Umno) sekarang, jikalau tak berangkut, tak bagi duit poket dan makan.. jangan harap nak datang. Kali nih, United Malays National Organisation (Umno) betul-betul nazak..Addin