Pemimpin BN diketahui
umum mempunyai gaya hidup mewah.elaun ahli Parlimen mahu pun menteri
tidak melayakkan mereka memiliki rumah atau kereta mewah.
~ apatah lagi individu
yang memiliki kekayaan melampau itu bukan datang dari keluarga kaya atau
telah mempunyai perniagaan sendiri sebelum menjadi ahli
politik.kebanyakkannya jadi kaya setelah menang pilihanraya atau diberi
jawatan parti.
- kini gaya bermewah yang dipertikai rakyat mula menular ke sebahagian besar anak anak pemimpin BN.
~ tidak masuk akal dgn
gaji ahli parlimen RM4,000 sebulan, Senator Dewan Negara RM6,000,
Timbalan Menteri RM10,847 atau Menteri Kabinet RM14,907 mereka mampu
memiliki rumah berharga jutaan ringgit dan kereta brharga ratusan ribu
ringgit. Persoalan yang lebih menarik,bagaimanakah mereka mampu
membelikan kereta kereta mewah untuk anak-anak?
~tentukan sekali
pemimpin BN mendapat wang sampingan dari pelbagai sumber. pendapatan
mereka dikatakan brjuta juta ringgit stahun dan tidak menjadi masalah
untuk membiayai kehidupan mewah. kemewahan itu membuat rakyat
MELUAT!.
dengan gelagat gaya hidup mewah keluarga dan anak beranak pemimpin BN yg
tak sedar diri, melantak hasil titik peluh Rakyat, Jelas dengan sikap
Keborosan mereka merakalah membuat ramai lagi nasib si miskin di
Malaysia tidak terbela ...
KEKAYAAN ANAK ABDULLAH AHMAD BADAWI
~ kamaludin
diisytiharkan sebagai salah salah seorg 10 tokoh peniagaan Melayu
teratas dgn aset melebihi RM320 JUTA sebaik PAK LAH menjadi Perdana
Menteri. kamaluddin didakwa merupakan org dibelakang syarikat Scomi
walaupun namanya tidak ada di dalam senarai Lembaga Pengarah Scomi yg
brjumlah 9 org.
~ pada 2006 akhbar The
Star melaporkan Petronas Carigali Sdn Bhd telah memberi kontrak sekurang
kurangnya RM2 BILLION bagi membina pelantar minyak dari 2004 hingga
2006 kepada SCOMI.
KEMEWAHAN ANAK NAZRI AZIZ
~ anak kepada Menteri di
jabatan Perdana Menteri nazri abdul aziz, Mohamad Nediam dilaporkan
menjadi bintang dikalangan anak2 menteri kerana dibelit kontroversi
berkenaan paparan pelbagai fotonya di beberapa blop brsama gadis2 jelita
~Nedim dilaporkan mempunyai sebuah kereta PORSCHE berharga sekitar
RM700,000.beliau juga mempunyai pengawal peribadi yang sentiasa
mengiringnya menaik kereta mewah.
~ baru2 ini pengawal
peribadinya myerang seorg pengawal keselamatan kerana berlaku salah
faham mendaftar masuk ke sbuah kondominium mount kiara.
~ Angkatan Muda Keadilan
menuntut polis menyiasat Nedim yang pernah dikaitkan dalam 1 kes
pembunuhan,Darren Kang di Sri Hartamas pada 2004.satu ironi, seorang
anak menteri undang2 tidak faham undang2 dan trlajak ke dalam kes2
jenayah.
KEMEWAHAN ANAK LIM LEONG SIK
~ anak Dr. Ling leong
sik,ling hee leong Menteri Pengangkutan dan Presiden MCA pada zaman Dr
mahathir didakwa telah mengumpul kekayaan sebanyak RM 1.2 BILLION!.
~ hee leong yang baru berumur 27 thn ketika itu tidak selayaknya mengumpul kekayaan yang sebegitu banyak.
~ pemimpin DAP,Lim Kit
siang pada 1997 telah membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah agar
kerajaan BN menyiasat skandal pengumpulan harta yng sebegitu besar
dikhuatiri mengunakan kedudukan Lim Leong sik sbg menteri
pengangkutan.namun sehingga ke hari ini tiada siasatan dijalankan.
KEMEWAHAN ANAK NAJIB RAZAK
~ ada beberapa org anak
najib razak yg menjadi topik perbualan di internet.salah seorg
dipercayai anak beliau bernama Ashman Najib,dan masih menuntut .foto
dalam carian di beberapa blog mendedahkan gaya ashman yg mewah.
~ beliau didaka memiliki sebuah kereta mewah jenama Bantley yang tidak selayaknya dinaiki seorg remaja yang masih blajar.
~anak kdua najib bersama
isteri pertamanya tengku puteri zainah tengku eskandar,mohd nazifudin
najib merupakan salah seorg ahli lembaga pengarah syarikat Harvest Court
Industries Bhd pada Oktober 2011.
~ beliau juga Pengerusi
Sagajuta (sabah) Sdn Bhd, syarikat yang membangunkan 1 Borneo mall di
Kota Kinabalu.mempunyai kepentingan sebanyak 13.83% selepas dilantik sbg
ahli lembaga pengarah (BOD) Syarikat Harvest Court Industries Sdn Bhd.
~ pertunangan anak
sulung najib bersama rosmah mansor,Nooryana najwa dengan warga
kazakkhtan,Daniar nazarbayev,17 jun 2011.menelan pmbelanjaan RM79,053.
~ bil2 yang dikenal
pasti sbg invois perbelanjaan jelas mengesahkan majlis itu ditanggung
oleh kerajaan.sedangkan hanya majlis rasmi sahaja yang dibenar dari segi
undang undang mengunakan wang negara.
photo copy dari pmo
KEKAYAAN ANAK SHAHRIZAT JALIL
~ dua anak shahrizat jalil dalam usia 20-an ,wan shahinur izran dan wan izzana fatimah zabedah memegang saham syarikat NFC.
~ anak2 shahrizat
memiliki saham dalam Global Biofuture Pte Ltd,meatwork (singpore) Ptd
Ltd.kdua duj syarikat itu didakwa memiliki modal berbayar S$3.65
juta,atau RM8.85 JUTA.
KEKAYAAN ANAK TAIB MAHMUD
~ taib mahmud yang
memerintah Sarawak sejak 1980-an dianggap jelmaan Raja brooke ( James
Brooke) di Sarawak.adik. Bradik dan anak beranaknya di berikan kekayaan
yang melimpah ruah.
~ salah seorg anak taib
mahmud,jamilah taib memiliki kekayaan luar biasa.beliau menguruskan
kekayaan taib di Kanada melalui Sakto Corporation yg nilainya menjangkau
ratusan juta Dollar dibawah nama menantu lelaki beliau,sean murray.
~ jamilah memiliki rumah
mewah di malaysia dan luar negara.keluarga taib juga memiliki
perniagaan Sakti International yang berpusat di Amerika Syarikat.
~ seorg lagi anak
taib,abu bekir taib abdul taib mjadi kontrolversi selepas tuduhan
pnceraiannya berjumlah RM500 juta dimahkamah syariah.
~ abu bekir brkahwin
kali kdua dengan wanita Russia. isteri pertamanya Shahnaz
a.majid,memohon penceraian.dalam permohonan pembahagian harta
sepencarian istrinya menuntut :
1) RM100 JUTA tuntutan mutaah
2) RM300 JUTA harta sepencarian
~ slain itu menurut
Shahnaz, suaminya,mempunyai perniagaan berbillion ringgit, juga
mempunyai kereta Mercedes Benz, Lamboghini,Murcielago,Ferrari
Spider,Bentley New Continental GT,Maserati Quortoporudi dan Alphard
KEKAYAAN ANAK DR MAHATHIR MOHAMAD
~ Mirzan
mahathir,menguasai beberapa syarikat peniagaan besar seperti Sunway
Building Tecnologies berhad,Capetronic Consumer Electronics Holdings
berhad,World wide holdings berhad,Artwright holdings berhad dan lain2
lg.
~ mirzan pada 2011
muncul sbg salah seorg pgarah syarikat San Miguel Corp,syarilat
konglomerat makanan terbesar di Filipina yang juga trlibat dgn
perniagaan Arak.
~ terbaharu,mirzan
dinamakan dalam afidavit di mahkamah India brkaitan siasatan pembangunan
pelabuhan kakinada di Andra Pradesh.kerja2 pembinaan itu terlewat
beberapa tahun dan perbendaharaan negeri mendakwa kerugian kira2 RM 33
juta antara 1999 dan 2007 disebabkan kelewatan itu.
~ Mokhzani mahathir
majalah perniagaan Malaysia Business pernah melaporkan Mokhzani mahathir
sbg antara 3 tokoh perniagaan melayu terkaya di Malaysia.beliau
memiliki syarikat Kenchana Petroleum dan menduduki tangga ke 19 dalam
senarai majalah itu dgn memiliki kekayaan sbyak RM 1.6 BILLION selain
itu Mokhzani juga memiliki saham di dalam THB Industries Berhad,Tongkah
holdings berhad dan Pantai Holdings berhad.
SEBEGINILAH
MANUSIA YG HDUP DIALAS WANG KERTAS DUIT RAKYAT, SEJAHTERA LAH MEREKA
HIDUP DIDUNIA, DAN YANG AMAT PERIT SEKALI KETIKA MATI DALAM KEALPAAN,
SEMOGA ALLAH MEMBERI HIDAYAH KESEDARAN KEPADA MEREKA DAN SEDIA BRTAUBAT
MENERIMA HUKUMAN DIDUNIA. MESTI DI BACA DAN HARUS DI TEKA, -->
"HIDUP UMNO!" atau "HIRUP UMNO HIRUP!"...Tepuk dada tanyalah selera.....
anakmuaallaf