Tuesday, May 15, 2012

PRU 13!!!Kemenangan di depan mata, tapi awas!..silap langkah PR kecundang.

inilah tanda awal kejatuhan kerajaan.
 
Bila tarikh pilihanraya bermula, selepas dua peristiwa besar berlaku di negara kita ini. Pertama perhimpunan BERSIH 3.0 yang melihatkan lebih 250,000 orang keluar ke Dataran Merdeka kerana bantah dan duduk supaya SPR mengadakan pilihanraya yang adil pada PRU13 nanti.

Kedua himpunan sambutan hari lahir UMNO yang ke 66 yang dapat menghimpunkan lebih kurang 100,ooo ahli diseluruh negara dengan arahan punggah dan menyediakan pengakutan berbayar, bolehlah dianggap berjaya juga.

Melihat kepada kedua peristiwa ini, sudah tentu PR akan mendesak kerajaan supaya membubarkan parlimen dalam masa terdekat kerana 'mood' untuk menukar kerajaan sedang berasak-asak dalam pemikiran rakyat di malaysia hari ini, kelesuan sambutan rakyat terhadap program parti UMNO kian terasa kini setelah berbagai usaha dibuat bagi mendapat sokongan.

Yang jelas dapat dilihat ialah melalui program BR1M yang mana rakyat dihulurkan wang ringgit sebanyak RM500. tapi tidak merangsangkan rakyat menyokong UMNO secara total. Dan apabila pengagihan BR1M gagal mendapat sokongan sedangkan RM Billion telah dilaburkan kini kerajaan beralih ke kawasan FELDA yang mana sekurang-kurangnya boleh menyelamatkan sebanyak 56 kerusi Parlimen Melayu.

Itu saja harapan yang ada pada UMNO., sebab itulah satu keluarga peneroka diberi habuan yang dipanggil durian runtuh sebanyak RM15,000 satu keluarga. Biasanya wang ringgit kerajaan tidak bertahan sehingga kehari plihanraya dan sekiranya ini berlaku maka pelaburan sebanyak 1.7 billion ringgit yang kerajaan curahkan kepada peneroka FELDA tidak akan mendapat sokongan kekal sehingga hari PRU.

Apa saja rancangan yang dibuat oleh kerajaan dan UMNO sekarang dilihat satu cubaan membeli undi oleh rakyat. Bantuan kepada murid sekolah RM100.00, bantuan buku teks RM200.00, BR1M RM500.00, Durian Runtuh FELDA RM15,000, Kedai 1Malaysia, Klinik 1M semuanya diterima oleh rakyat kerana rakyat faham semuanya itu adalah tanggongjawab sebuah kerajaan dan duit tersebut adalah duit rakyat.

Rakyat tahu hak mereka, kempen UMNO yang mengatakan itu adalah hasil perjuangan UMNO diketawakan oleh rakyat, kerana rakyat juga tahu bahawa kekayaan negara malaysia ini kerana adanya rakyat yang membayar cukai dan atas penat lelah semua rakyat malaysia tak kira parti mana sekali pun. Jadi rakyat tahu hak mereka.

Tumbangnya kerajaan BN nanti bukan kerana rakyat tidak berterima kasih kepada pemimpin negara yang lalu dan dasar kerajaan yang telah diamalkan pada masa lalu, tapi rakyat menolak kerajaan sekarang kerana pemimpinnya tidak peka terhadap masaalah rakyat, rasuah berlaku didepan mata, kroni semakin menebal dan balaci UMNO tidak dapat meyakinkan rakyat bahawa mereka itu mempunyai budi pekerti yang baik.

Kegagalan pemimpin UMNO mendisplinkan ahli-ahlinya terutama balaci yang begitu rendah moralnya dengan mengeluarkan berbagai-bagai penulisan dan kata nesta kepada rakyat yang tidak menyokong UMNO menambahkan lagi kebencian rakyat kepada kerajaan kerana rakyat tahu orang UMNO yang bercakap pasal keburukan orang lain itu, perangainya lebih buruk dari 'yahudi'.

Fasa kedua kebangkitan rakyat bukan kerana rakyat menyokong Anwar Ibrahim, Haji Hadi Awang, Lim Kit Siang tapi rakyat mahu melahirkan bahawa sekarang ini kerajaan sudah tidak mampu membendung kemungkaran berlaku didepan mata. rakyat mahu menyelamatkan negara dari diperguna untuk mengaut kekayaan oleh 'haram jadah' (pinjam kata PM Najib). Rakyat mahu sebuah kerajaan yang benar2 bersih dan adil.

Lagi cepat tarikh pilihanraya diumumkan,maka lagi cepatlah rakyat malaysia akan dapat sebuah kerajaan baru sekiranya PR dapat membezakan perjuangan diantara kemenangan kerusi parlimen dengan kemenangan untuk meletakkan kroni sebagai calun./~NEWKK

HIMPUNAN PASCA BERSIH 3.0 !!! 5000 penuhi Dataran Purnama , Kampung Kedah

PARIT BUNTAR : Ceramah Perdana Sempena Pasca Bersih 3.0 telah berjaya menggamit kira-kira 5,000 hadirin daripada pelbagai bangsa yang ingin mendengar ucapan pimpinan yang diketuai oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng.
 
Ketua Penerangan PAS Parit Buntar Fakhrurrazi Haji Khalid berkata, kehadiran begitu ramai hadirin dari pelbagai kaum memang dijangka berikutan himpunan Bersih 3.0 di Kuala Lumpur
 
" Dataran Purnama malam ini sesak dengan kehadiran ribuan manusia. Kehangatan himpunan Bersih 3.0 masih terasa.
 
" Ramai juga yang hadir kerana ingin mendengar ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang yang jarang berceramah di Parit Buntar" katanya
 
Menurut Fakhrurrazi, sebelum ceramah dimulakan tayangan Bersih 3.0 telah ditayangkan kepada hadirin.
 
" Tayangan ini memberi pulang kepada orang ramai melihat perhimpunan aman yang tercemar dengan provokasi dan kekejaman anggota keselamatan yang bertindak zalim ke atas peserta perhimpunan aman.
 
" Mereka saksikan sendiri video yang tidak diedit , tidak seperti yang dipaparkan di media massa perdana" katanya
 
Turut berucap pada malam tersebut, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Husain meminta rakyat bangkit menolak UMNO/BN kerana mereka telah memperkudakan pihak keselamatan negara. 
 
Sementara itu, sebagai tanda sokongan kepada himpunan Bersih 3.0 satu satu kain rentang untuk mengutip tandatangan tanda sokongan bersih telah disediakan. 
 
Turut hadir bersama Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa, Yang Dipertua PAS Parit Buntar, Harun Hashim.
 
Selesai program ceramah, kira-kira 200 hadirin terutamanya anak-anak muda telah bersama-sama pimpinan Pemuda PAS menyaksikan bolasepak perlawanan akhir Piala FA England antara Liverpool dan Chelsea. 
 
Hadiah hamper juga disediakan kepada mereka yang bertuah melalui cabutan bertuah.
 
 

JAMBANGAN BUNGA!!! Najib dapat warna kuning, Unit Amal dapat warna merah



KUALA LUMPUR, 15 Mei: Unit Amal PAS menerima dua jambangan bunga hiasan daripada peserta Bersih 3.0 berbangsa Cina sebagai penghargaan terhadap perkhidmatan cemerlang mereka pada perhimpunan tersebut.

Wong Kow Kong, 58, menghantar sendiri bunga tersebut ke Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, semalam dan diterima seorang Unit Amal yang bertugas di pejabat.

Bunga tersebut dikepilkan dengan sekeping kad bertulis " Kepada semua ahli Unit Amal yang bertugas pada hari 428 Bersih 3.0 2012", "Terima kasih banyak-banyak",  Salute to all of you,  When injustice become law, membantah adalah tanggungjawab kita", dan "hidup hidup hidup rakyat".

Wong ketika dihubungi hari ini berkata, beliau dan keluarga sangat berterima kasih terhadap anggota Unit Amal yang bertugas menjaga keamanan pada perhimpunan tersebut.

Beliau berharap pemberian bunga tersebut dapat menggembirakan hati anggota-anggota Unit Amal atau turut digelar 'Tentera Merah'.

"Saya nak ucap terima kasih kepada Unit Amal sebab banyak tolong peserta-peserta pada Bersih 3.0.

"Bunga itu satunya daripada saya dan keluarga dan satu lagi daripada kawan saya. Saya harap mereka suka bila terima bunga itu," katanya yang merupakan seorang tukang jahit dan mempunyai kedai jahit di Damansara.

Menurut Wong, sewaktu perhimpunan tersebut, beliau berada di Jalan Tun Perak dan melihat sendiri bagaimana Unit Amal bertugas menjaga peserta-peserta.

Malah katanya, beliau yang turut menyertai perhimpunan Anti ISA dan Bersih 2.0 sangat senang dengan kewujudan Unit Amal di lokasi perhimpunan.

"Saya memang sudah biasa dengan Unit Amal. Setiap kali perhimpunan, saya tengok dengan mata kepala sendiri mereka bersusah payah bertugas," katanya.

Beliau juga menolak dakwaan bahawa Unit Amal bertindak ganas sewaktu perhimpunan.

"Kalau saya tengok Unit Amal ganas, saya tak akan bagi mereka bunga," katanya sambil ketawa.

Seramai 4,000 anggota Unit Amal dari Semenanjung Malaysia bertugas pada perhimpunan 28 April lalu.

MAKLUMAT BOCOR!!! Akaun kewangan negara berada dalam keadaan tenat?


Semalam 14 hb Mei 2012, Sk menghadiri satu mesyuarat jabatan di Ibu Negara Kuala Lumpur. Kebiasaannya mesyuarat ini di pengerusikan oleh seorang ketua jabatan yang sebelah paginya membincangkan mengenai kerja-kerja teknikal projek itu dan projek ini, projek-projek pembangunan yang dilaksanakan adalah diseluruh negeri tanah air. Suasana mesyuarat berjalan dengan selesa dan baik.

Selesai waktu rehat sekitar jam 1.30 hari disusuli pulak mesyuarat kedua disebelah petang mengenai peruntukan kewangan mengurus negeri. Mesyuarat ini agak panas apabila pengerusi mengajukan pelbagai soalan kepada ahli-ahli mesyuarat mengenai peruntukan yang diberikan tapi masih lagi tidak dibelanjakan. Soalan yang diajukan oleh pengerusi kebanyakan dapat dijawab dan dapat diselesaikan namun ada juga beberapa waran peruntukan yang diberikan masih tidak dibelanjakan oleh negeri masing-masing dan peruntukan tersebut terpaksalah ditarik balik.

Dalam kerancakkan perbincangan dan kehangatan pelbagai isu yang dibangkitkan, tiba-tiba pengerusi ada menyebut :

“tahukah kamu semua, MOF (Kementerian Kewangan) kini tenat” ketika itu semua terdiam seketika.
“Saya bersusah payah turun naik MOF untuk memohon peruntukan yang kamu semua mohon tapi bila dapat kamu tidak belanjakan”.

Untuk makluman semua, peruntukan yang diterima oleh suatu agensi kerajaan perlulah dibelanjakan semaksima yang boleh pada perkara yang perlu. Kepada mereka dikalangan kakitangan kerajaan memang dah maklum perkara ini.

“Kamu semua tahu tak, sekarang ni kerajaan pusat dah tak ada duit untuk belanja. Saya di maklumkan kementerian dah ambil langkah untuk menggadaikan tanah negara semata-semata nak tampung belanja, saya sebenarnya dah takut bila pegawai kementerian bagitau benda ni” ujar pengerusi tersebut.

“Apa yang PM umum untuk bagi tu bagi ni semuanya umum sahaja. Lepas pilihanraya ni kita akan lagi akan teruk sebab kerajaan tak ada duit. Mungkin permohonan bajet kita lepas ni tidak akan dapat sebanyak sekarang, saya dah bocor rahsia hari ni, tapi tak apa lah” sambungnya sambil meneruskan agenda mesyuarat sehingga selesai.


Apa yang di dedahkan oleh ketua jabatan itu sebenarnya memang benar. Kalau sebelum ini sudah banyak kali ahli politik pembangkang mengungkitkan perkara ini di setiap program ceramah-ceramah Pakatan rakyat. Sudah berbuih mulut ahli politik menerangkan tindakan menggadai tanah rizab negara oleh PM Najib selaku Menteri yang bertanggungjawab keatas Kementerian Kewangan sekarang. Kalau rakyat tak nak percaya maklumat yang disampaikan oleh golongan politik tak apa, tapi maklumat yang disampaikan sendiri oleh pegawai berkaitan adakah kita tak nak percaya? Adakah nak tunggu negara kita tergadai dan merempat barulah kita percaya. Nasi sudah menjadi bubur.


Sikap berbelanja boros, penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa menteri yang bertanggungjawab ini adalah faktor utama sehingga menyebabkan akaun negara berada dikedudukan yang amat tenat. Pemberian BR1M, Bonus tahunan atau imbuhan untuk warga FELDA RM15,000.00 yang sepatutnya untuk hujung tahun dan bermacam-macam lagi imbuhan, semua ini adalah umpan cacing yang akan dicangkuk di mata kail.


Walaupun Ketua Jabatan tersebut tidak menceritakan tanah kawasan mana yang menjadi mangsa kerakusan Menteri Kewangan ini dan Jika ditakdirkan kerajaan tidak dapat menebus kembali tanah yang dipajakgadai tersebut, apa akan terjadi seterusnya kepada negara kita?

Pendedahan yang dibuat ini adalah satu peringatan kepada seluruh lapisan masyarakat agar dapat menolak kerajaan BN yang ada sekarang dan digantikan dengan Kerajaan baru iaitu Pakatan Rakyat.


SUMBER: SIASAHKINI

POLIS BENARKAN!!! Lepas ni, bolehlah buat demo depan rumah Timbalan Ketua Polis Negara

Pengerusi bersama BERSIH, Datuk A Samad Said berkata kenyataan polis berhubung demonstrasi 10 Mei di hadapan kediaman Datuk S Ambiga mungkin menjadi galakan kepada Persatuan Veteran Tentera Melayu untuk mengadakan demonstrasi "biadap" pagi ini.

Malah, tidak mustahil sekiranya perhimpunan "senaman punggung" di hadapan kediaman Ambiga pagi ini akan turut diadakan di hadapan kediamannya selepas ini, katanya.

"Saya fikir timbalan IGP ada sebut tak salah berdemonstrasi di depan rumah Ambiga. Barangkali ia agak menggalakkan (demonstrasi dibuat)," katanya ketika ditemui Malaysiakini hari ini.Mengulas lanjut kenyataan itu, Samad berkata: "Itu biasalah undang-undang ditafsir oleh orang yang berkuasa. Bukan ditafsir orang yang tak berkuasa."

Katanya lagi, PVTM mempunyai pilihan untuk mengadakan gimik lain tetapi tetap bertindak biadap dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah kediaman Ambiga."Ada cara lain tapi dia memang nak memilih (biadap). Dia sengaja. dia memang nak berbiadap," katanya lagi.


Samad bagaimanapun berpendapat, siri demonstrasi di rumah Ambiga tidak akan menjejaskan momentum BERSIH untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil."Saya tak rasa begitu. Itu sebenarnya intimidasi dan untuk menakut-nakutkan... Tidak mustahil ia akan dibuat di hadapan rumah saya nanti," katanya.


Beliau bagaimanapun tidak melarang sekiranya demonstrasi "menonggeng punggung" seperti itu diadakan di hadapan kediamannya.Namun golongan berkenaan akan berdepan dengan reaksi daripada rakyat sekiranya mereka benar-benar berbuat demikian. "Reaksinya bukan dari saya (tapi) reaksi dari umum. Buatlah," katanya lagi.


Samad mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar (kiri) yang berkata polis tidak akan mengambil tindakan ke atas kumpulan peniaga yang mengadakan demonstrasi pertama di hadapan kediaman Ambiga pada 10 Mei lalu.

Khalid memberi alasan, peniaga berkenaan boleh berhimpun dan berniaga di lokasi tersebut memandangkan tindakan itu dibuat di kawasan awam dan tidak mengganggu ketenteraman.


BERITA BERKAITAN :
Kelab pesara tentera tolak 'senaman punggung'


Tindakan sekumpulan bekas tentera mengadakan 'senaman punggung' depan rumah pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga dekat ibu negara pagi tidak tidak dikongsi, malah dikritik rakan-rakan mereka dalam pasukan keselamatan.

Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (KERABAT) menyifatkan senaman aneh di Bukit Damansara pagi tadi bertentangan dengan prinsip kesopanan dan kesusilaan yang diterapkan dalam Rukun Negara.



Presidennya, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar berkata tindakan itu tidak mencerminkan usia anggota pertubuhan itu yang telah bersara daripada perkhidmatan."Secara peribadi tindakan ini kurang matang," kata ketua NGO pesara tentera yang rapat dengan PAS itu.

Senaman anjuran Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) pagi tadi bertujuan membantah penganjuran perhimpunan BERSIH pada 28 April lalu.Kumpulan 15 orang aktivis PVTM itu melakukan gimik demonstrasi dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah rumah Ambiga.

'Pesara polis tak akan buat begitu'

Sementara itu, Mohd Nazari juga menuduh, tindakan sesetengah persatuan tentera yang dilihat seperti pro-Umno bertujuan bersaing merebut peruntukan kewangan yang disalurkan Menteri Pertahanan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran Tentera.

"Pecahan fungsi dalam angkatan tentera terlalu banyak jadi masing-masing tubuhkan persatuan," katanya.

Malah, tanpa merujuk langsung kepada PVTM, Mohd Nazari mendakwa, ahli-ahli persatuan tentera yang didakwa terabai dipergunakan oleh pimpinan mereka "yang menjadi kroni kepada pemimpin BN".

Sementara itu, Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia, Shafie Bakri pula ketika dihubungi Malaysiakini menyerahkan tindakan itu untuk dinilai oleh pihak tentera sendiri.Bagaimanapun, katanya, persatuannya sendiri tidak bersetuju dengan himpunan BERSIH tetapi percaya percaya bekas polis akan mencari cara lebih sesuai jika mahu menyatakan bantahan mereka.

"Kita tidak akan ambil tindakan sebegitu," kata Shafie katanya yang enggan merujuk secara langsung kepada kejadian di rumah Ambiga pagi kerana tiada pesara polis terlibat.

NALLAKARUPPAN!!! Mana Lu mau lari?


KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memberi tempoh sehingga 22 Mei kepada Presiden Parti India Malaysia Senator Datuk S. Nallakaruppan untuk memfail pernyataan pembelaan berhubung saman fitnah RM100 juta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Vazeer Alam Mydin Meera turut menetapkan tarikh itu sebagai pengurusan kes.Pada 26 Mac, Anwar memfail saman terhadap Nallakaruppan, Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan Ketua Pengarang Kumpulan akhbar berkenaan, Datuk Abdul Aziz Ishak, berhubung perkataan-perkataan beliau (Nallakaruppan) yang mencemar nama baiknya melalui kenyataan yang disiarkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 20 Mac.


Nallakaruppan diwakili peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, peguam Norhazira Abu Haiyan mewakili Utusan Melayu manakala Latheefa Koya bagi pihak Anwar.Dalam pernyataan tuntutan, Anwar berkata perkataan fitnah yang terkandung dalam artikel akhbar berkenaan adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat.


Anwar mendakwa beliau menghantar surat tuntutan menerusi peguamnya kepada defendan supaya menarik balik perkataan yang berbaur fitnah itu tetapi mereka gagal berbuat demikian.Beliau menuntut ganti rugi am berjumlah RM100 juta, selain ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah
.

Anwar turut memohon injunksi untuk menghalang defendan dan ejen mereka daripada terus menyatakan atau menyiarkan perkataan yang berbaur fitnah itu.

RUPANYA!!! Suruhanjaya Sekuriti belum luluskan tapi borang sudah diedar kepada peneroka

KUALA LUMPUR 13 Mei: Borang pinjaman pembelian saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) yang diedarkan sebelum penyenaraiannya di bursa saham adalah satu bentuk penipuan kepada peneroka Felda.
 
Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman berkata, Felda sepatutnya menunggu kelulusan dari Suruhanjaya Sekuriti sebelum berbuat demikian.

 
“Borang tidak boleh diagih sebelum keputusan penyenaraian 18 Mei ini. Tindakan tergesa-gesa ini jelas menunjukkan Felda cuba menipu peneroka.

 
“Perjanjian juga ditulis dengan kabur dan bahasa Inggeris dipakai agar peneroka tidak faham dengan jelas (syarat perjanjian),” katanya ketika dihubungi.

Justeru, katanya lagi, peguam ANAK telah memohon injunksi di mahkamah bagi menarik balik perjanjian yang ditandatangani dan akan didengar 16 Mei ini.
Sebelum ini, peneroka dan pekerja Felda diwajibkan membuat pinjaman dengan beberapa bank terpilih untuk membeli saham FGVH.

 
Antara bank yang dilantik Felda ialah Maybank Investment, CIMB Investment, Morgan Stanley, JP Morgan dan Deutsche Bank.

 
Perjanjian itu tidak menyatakan dengan jelas jumlah pinjaman dan jadual pembayaran, malah mengenakan faedah 5 peratus dan mewajibkan bayaran dijelaskan selepas enam bulan penyenaraian.

 
Peneroka juga dipaksa menandatangi satu surat tanggung kerugian, yang meletakkan semua risiko kerugian di atas bahu mereka. 


Antara lain ia menyebut:
“Saya pada bila-bila masa bertanggungjawab sepenuhnya dan bersedia menanggung segala kerugian dan sentiasa bersedia menanggung kerugian terhadap semua tindakan guaman, prosiding, tuntutan, caj, penalti, fee, denda, kos yuran undang-undang, dan apa jua perbelanjaan yang dibuat, diambil, dibawa, dikenakan, dialami, ditanggung, didakwa, atau kena bayar dalam apa jua keadaan terhadap saya atau mana-mana orang perseorangan yang berbangkit atau bersangkutan atau berhubungan dengan surat ini”.


Katanya lagi, peneroka yang telah menandatangani dan menghantar borang kepada pengurusan Felda diminta menarik balik supaya tidak terus ditipu.

 
“Jika ada kesukaran atau pengurus Felda tidak benarkan, buat laporan polis dan bawa perkara ini ke mahkamah,” katanya lagi.

UMNO ANGKUH!!! Cabar peneroka tinggalkan Felda

Wahai Azlina, wahai pemimpin UMNO baca Hadis Qudsi ini dulu yang bermaksud, "ALLAH dengan tegas mengatakan jika kamu tidak BERSETUJU (suka) dengan hukum yang telah Aku turunkan dan tidak MENSYUKURI nikmatku sila kamu Nyah (berambus) dari muka bumi ini"

Azalina Cabar Peneroka Tinggalkan Felda

Mereka yang mengutuk kerajaan dicabar untuk keluar daripada tanah rancangan Felda kerana mereka tidak diperlukan di dalam kawasan tersebut.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Azalina Othman Said berkata, ramai lagi masyarakat di luar yang mahu menjadi warga Felda menggantikan tempat mereka yang tidak bertanggungjawab ini.


“Saya nak cabar mereka yang mengutuk kerajaan Umno agar jangan ambil duit durian runtuh ini. Bawa anak dan isteri keluar daripada tanah rancangan Felda kerana kita tidak perlukan mereka. Ramai lagi yang mahu masuk Felda,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Duit Durian Runtuh di hadapan kira kira 800 masyarakat Felda di Dewan Felda Sening, semalam.



Azalina turut menafikan durian runtuh dan juga durian gugur yang diumumkan Perdana Menteri buat masyarakat Felda itu adalah untuk memancing undi.

“Duit yang diberikan kerajaan ini bukan untuk pancing undi. Bukan duit rasuah seperti yang didakwa pihak tertentu, sebaliknya ia adalah duit jaminan daripada kerajaan bahawa peneroka Felda akan dapat keuntungan dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke bursa Malaysia.

“FGVH disenaraikan agar peneroka Felda dapat pembelaan di bawah satu payung untuk mengaut kekayaan. Di mana dengan penyenaraian FGVH ini bakal memberikan keuntungan yang besar buat masyarakat Felda sendiri," katanya.

Tambahnya, di bawah kepimpinan Perdana Menteri sekarang, penduduk Felda sepatutnya berasa beruntung kerana sentiasa diberikan keutamaan.

Pada majlis tersebut, Azalina turut menyempurnakan penyerahan replika cek durian runtuh kepada wakil peneroka daripada sepuluh Felda di bawah kawasan Parlimen Pengerang.

Sementara itu, salah seorang peneroka Felda Sening, Kasmon manan, 65, menganggap durian runtuh tersebut amat berbaloi dengan kesusahan yang dilalui satu masa dahulu.

“Jika pada tahun 1980 kami pernah menerima gaji sebanyak RM5 sahaja, kini Alhamdulillah semua peneroka Felda sudah mewah dan dapat hidup senang. Segala pengorbanan kami benar-benar berbaloi,” katanya yang berhasrat untuk melabur wang yang diterima di Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Bagi Manijah Surip, 61, peneroka dari Felda Papan Timur pula berkata, penduduk Felda sekarang amat beruntung kerana hidup senang dan tidak perlu berjimat seperti dahulu.

“Dahulu kita bukan sahaja terpaksa berjimat makan, malah semua perkara perlu berjimat untuk meneruskan kehidupan. Kini masyarakat Felda sudah dapat mengecapi kehidupan yang mewah,” kata ibu kepada lima anak itu.~ SH

MAI TENGOK!!! Video aksi goyang gerudi tua yang memalukan



Tontonlah aksi bodoh dan bingai yang amat memalukan orang Melayu dan tentera. Dengarlah hujah puak ini ketika diajukan soalan dan pernyataan. Jawapan yang diberikan merapu dan menyerlahkan mentaliti mereka.

MENTERI SILAP!!!Majlis Peguam nafi prejudis, peguam boleh undi tidak percaya

KUALA LUMPUR, 14 Mei — Majlis Peguan menafikan tuduhan menteri Kabinet yang mengatakan mereka bersifat prejudis dan perlu dibubarkan, sebaliknya menegaskan badan tersebut bersuara atas hak perundangan dan hak asasi manusia.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein menuduh Majlis Peguam “merosakkan kredibiliti dan integriti badan berkenaan” apabila mengadakan Mesyuarat Agung Tergempar (EGM) secara tertutup Jumaat lalu yang mana mengutuk tindakan polis menggunakan kekerasan sewaktu menyuraikan perusuh ketika perhimpunan Bersih 28 April lalu.


Datuk Seri Nazri Aziz pula berkata badan guaman tersebut “perlu dibubarkan kerana membawa keburukan kepada profession guaman” dan mencetuskan sebuah akademi di sisi undang-undang untuk semua graduan undang-undang selepas Peguam Malaysia juga memutuskan untuk menuntut permohonan maaf daripada Menteri Dalam Negeri dan ketua polis.


Namun Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee (gambar) berkata kepada The Malaysian Insider semalam, badan berkenaan “tidak boleh dibubarkan” di bawah Akta Profession Guaman “namun ahlinya boleh membuat usul tidak percaya terhadap ahli Majlis, yang mana pernah berlaku sebelum ini namun ditolak.”

Belia mempertahankan hak badan berkenaan untuk mengadakan EGM dan menegaskan peguam perlu bersuara “menentang sebarang keganasan terhadap hak asasi manusia dan melanggar undang-undang.”

“Saksi Krisis Perundangan 1998, resolusi pada 1998 menentang kekejaman polis sewaktu reformasi, berarak untuk keadilan, dan sebagainya,”
katanya dalam satu kenyataan emel.

Lim berkata, menteri seharusnya membaca laporan Majlis Peguan sebelum mereka melihat ianya berdasarkan “pemerhatian kumpulan pemerhati sekurang-kurangnya 80 ahli Majlis Peguam.”


“Ia mengakui pemantauan pihak polis yang baik dan memudahkan perhimpunan aman di Johor Baru, Kuantan, Melaka dan Ipoh, dan pemerhatian tidak keganasan dan biadap sesetengah peserta.


“Apa yang lebih penting, adakah pemerhatian pihak keganasan polis (sekurang-kurangnya tiga ahli Majlis Peguam menjadi mangsa) ... penggunaan gas pemedih mata dan meriam air secara berleluasa (tanpa amaran atau keperluan dan laluan keluar). Pihak polis tidak belajar dari kesilapan masa lalu,” katanya.


Beliau menambah, dua cadangan pada 1996 dan 2002 untuk meminda akta itu bagi “menghadkan kebebasan Peguam dan Majlis Peguam melalui penubuhan Akademi Undang-undang” telah ditentang oleh resolusi Majlis Peguam Malaysia. “
Menteri berkenaan hal ehwal undang-undang kemudiannya setuju dengan kedudukan majlis tersebut, dan kami tidak melihat keperluan ianya untuk diubah,” katanya.

Lim menambah, peguam perlu bebas untuk membentuk persatuan mereka sama seperti Persatuan Peguam Muslim Malaysia dan Kesatuan Peguam Katholik, namun “ hanya Majlis Peguam dikuatkuasakan di bawah akta untuk menentukan, menetapkan piawaian, mengawal selia dan mengeluarkan sijil pengesahan.”


Beliau turut menegaskan “laporan akhir dan resolusi bukan dari Majlis Peguam, sebaliknya kesatuan. Kami berharap menteri akan memberikan kami peluang untuk menerangkan kepada mereka, kerana pintu perbincangan sentiasa terbuka.”


Majlis Peguam meluluskan resolusi Jumaat lalu selepas hanya 16 daripada 1,207 peguam mencadangkan resolusi berkenaan, yang mana mengandungi hasil dakwaan laporan leganasan polis terhadap polis dan media.


Sejumlah 939 undi direkodkan dalam sokongan terhadap resolusi terbabit. Majlis Peguam mempunyai keahlian sekitar 14,000 ahli.


Perhimpunan 28 April menyaksikan ribuan peserta berkumpul di enam lokasi berasingan sebelum bergerak menuju ke Dataran Merdeka pada mulanya aman bertukar ganas apabila Pengerusi Bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan mengarahkan peserta untuk bersurai.

90% SELESAI!!! Pembahagian kerusi Pakatan Rakyat ,calon akan diumum segera

PETALING JAYA 14 Mei: Pakatan Rakyat (Pakatan) kini dalam peringkat akhir menyiapkan senarai calon untuk Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU 13) yang dijangka diadakan dalam masa terdekat.
 
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, parti komponen dalam Pakatan telah mengemukakan calon masing-masing dan akan diputuskan secepat mungkin.
 
“Keseluruhannya telah diselesaikan. Parti telah kemukakan senarai calon tetapi mengikut tradisi pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat, senarai terbabit akan dimaklum untuk diputuskan bersama.

“Di Sabah dan Sarawak juga sedang berjalan, tetapi kalau ada perkembangan baru yang menarik, Pakatan Rakyat perlu merujuk pandangan rakan-rakan di sana,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.
 
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustaffa Ali berkata, rundingan pembahagian kerusi dalam Pakatan telah 90 peratus siap dan pimpinan tertinggi akan mengadakan mesyuarat terakhir dalam masa terdekat untuk memuktamadkannya.
 
“Kita tak boleh beritahu tarikh secara terperinci, tetapi apa yang saya boleh katakan ia akan diputuskan secepat mungkin, kurang daripada seminggu,” katanya.
 
Spekulasi tarikh pilihan raya hangat diperkatakan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib berucap pada majlis Sambutan Ulang Tahun Umno Ke 66 pada 11 Mei lalu.
 
Najib secara sinis dilaporkan kononnya mahu bertemu Yang Dipertuan Agong untuk membubarkan Parlimen selepas menyaksikan sambutan daripada penyokongnya pada hari tersebut.
 
Bloger-bloger turut meramalkan PRU ke 13 akan diadakan pada 9 Jun manakala hari penamaan calon pula dijangka 26 Mei. Ramalan itu berdasarkan cuti sekolah selama dua minggu bermula 28 Mei.
 
Anwar ketika ditanya mengenai desas desus tarikh PRU, beliau secara berseloroh bertanya kembali kepada pemberita sama ada menerima apa-apa maklumat berkenaan pembubaran Parlimen oleh Najib.
 
“Anda media mesti tahu, ada tak Najib pergi ke Istana hari ini,” katanya disambut gelak tawa pemberita.
 
Hadir sama, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.