Sunday, June 3, 2012

KARIKATUR WWW 1 KOSMO !!! Lebih menghina Sultan Johor tapi tiada siasatan dari Polis Johor

Ipoh, 4 Jun: Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad Al Hiss bersama Pen. Setiausahanya, Safarizal Saleh telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Polis Perak di sini pagi tadi.

Raja Ahmad menjelaskan, komen DS Nizar berhubung isu pembelian plat WWW1 yang menelan kos RM520k itu tidak seharusnya diperbesarkan kerana Nizar hanya menukilkannya di tweeternya sahaja yang lebih bersifat pandangan peribadinya sahaja.

Beliau menempelak sikap Polis Johor yang tidak rasional dan keterlaluan dalam isu tersebut kerana mahu menyiasat Nizar di bawah Akta Hasutan.

“Kemungkinan besar, Nizar terpengaruh dengan karikatur yang tersiar dalam akhbar KOSMO keluaran 28 Mei lalu,” kata Raja Ahmad sambil merujuk karikatur bertajuk “Plat berharga RM500,000” keluaran akhbar tersebut.

KOSMO pada keluaran 30 Mei, sekali lagi menyiarkan karikatur yang bertajuk “WWW1 paling mahal”

Mengenai rungutan seorang kerabat Johor bahawa kerabat Johor tidak mengambil sebarang wang daripada kerajaan, Raja Ahmad menjelaskan Nizar tidak pernah menimbulkan persoalan tersebut.

Meneliti tweeter Nizar, jelas bahawa Nizar hanya mempertikaikan dari segi kewajaran penggunaan wang sejumlah itu bahawa ianya adalah lebih berfaedah sekiranya dibelanjakan untuk rakyat Melayu Johor yang masih ramai yang miskin, umpamanya membina 20 rumah PPRT.

Nizar sama sekali tidak mempertikaikan sumber wang tersebut atau mempertikaikan khazanah harta Diraja Johor.

Apakah mengeluarkan pendapat sedemikian boleh disifatkan sebagai ‘hasutan’?

Polis johor jangan hanya memandang dengan sebelah biji mata sahaja dan menjadi alat bagi kepentingan politik Umno/BN.

Menurut Raja Ahmad lagi, "Mereka keterlaluan mengecam Nizar dan mahu Nizar disiasat dibawah Akta Hasutan berkaitan pembidaan plat tersebut sedangkan mereka berdiam diri terhadap akhbar Kosmo yang menyentuh perkara yang sama dalam keluarannya pada 28 dan 30 Mei lalu melalui ruangan karikaturnya yang masing-masing bertajuk, "Plat berharga RM500,00” dan "WWW1 paling mahal”

PRU 13!!!PAS yakin peluang ke Putrajaya cerah

SHAH ALAM - Pas yakin laluan ke Putrajaya makin mudah setelah melihat kejayaan serta peningkatan sokongan rakyat terhadap beberapa program besar yang dianjurkan parti di bawah pimpinan Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas kini berada di landasan yang betul dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). “Melihat kepada 'mood' selepas perhimpunan hijau kelmarin, peluang kita  semakin cerah.


Kita percaya dengan strategi yang telah dirancang, Pas berada di landasan betul. “Pas tidak berseorangan menggerakkan misi tu, rakan komponen PR juga sedang bekerja keras. Tidak mustahil kita dapat tawan Putrajaya  ada PRU13,” katanya.


Menurutnya, segala perancangan disusun  berjalan dengan lancar dan kebanyakan isu yang timbul berjaya ditangani dengan baik. “Memang tidak dinafikan ada satu dua perkara mengganggu perjalanan kita untuk menawan Putrajaya dan kita melihat cabaran besar kita berada di Sabah dan Sarawak.


“Bagaimanapun kita mampu tanganinya melalui kerjasama yang baik dengan rakan PR,” katanya.


Semalam, pimpinan Umno pelbagai peringkat menyifatkan Pas menghadapi laluan sukar dalam mencapai misi mereka menawan Putrajaya dan menjadi wadah politik utama untuk umat Islam

BN NAK TUMBANG!!! Penganalis tafsir kenyataan Muhyiddin


 
Dua bulan lalu, Najib minta maaf atas kesilapan-kesilapan lalu Barisan Nasional (BN).

Langkah itu tidak pernah diambil oleh mana-mana ketua BN, yang lazimnya bertindak sebagai perdana menteri.


Semalam, timbalannya, Muhyiddin Yassin menyifatkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU) sebagai penentu hidup atau mati BN.


Mesej Muhyiddin itu ditafsir dari perspektif dan sudut masing-masing.


Ada yang mengatakan BN bimbang, panik dan risau akan masa depannya.

Paling jelas, kenyataan terbuka orang nombor satu dan dua semasa BN itu membawa mesej yang jelas - BN perlu kekal berkuasa dan mahukan mandat untuk terus mentadbir negara ini.


Mengulas kenyataan terbaru semalam, penganalisis melahirkan pandangan yang berbelah bahagi mengenai peluang dan masa depan BN pada PRU13.


Ada yang mengatakan bahawa BN semakin bimbang dengan saingan sengit daripada Pakatan Rakyat (PR) menjelang PRU13.


Ketika PR melaungkan mahu Melangkah Ke Putrajaya, BN memberi kenyataan-kenyataan sebaliknya.


Mesej itu dilihat dari sudut psikologi.


Menurut penganalisis politik Universiti Utara Malaysia, Mohd Azizuddin Mohd Sani, kedudukan BN semakin tergugat dengan saingan yang diberikan oleh komponen PR dan ada kemungkinan akan berhadapan dengan kekalahan.


Beliau juga berkata, kenyataan Muhyiddin, yang juga Timbalan Perdana Menteri, memberi tanggapan PRU13 akan menentukan nasib antara BN dan PR dalam mengemudi kerajaan pada masa akan datang.


"Saya melihat BN akan hilang kuasa jika parti komponen tidak bersatu untuk memenangi pilihan raya umum akan datang.


"PR memberi saingan yang sangat sengit untuk merampas kerusi di Wilayah Persekutuan dengan mengenal pasti calon terbaik untuk diletakkan di bahagian itu," kata beliau ketika dihubungi lewat semalam.


Azizuddin turut menekankan bahawa BN memerlukan kerjasama antara satu sama lain termasuklah MIC, MCA dan Gerakan, dan bukan hanya Umno yang bekerja keras untuk memenangi PRU13.


"Sekarang saya melihat hanya Umno bertungkus-lumus menjalankan kempen dan giat turun padang untuk meraih sokongan dan undi tapi parti komponen lain seperti lepas tangan serta sangat lemah dan hampir tidak kelihatan mengadakan kempen menghadapi PRU kali ini.


"Selain itu, sabotaj antara ahli perikatan BN-Umno sendiri sedang berlaku dan mereka seharusnya bersatu padu untuk memenangi PRU kali ini," katanya.


Dalam pada itu, beliau juga menasihatkan agar BN turut memberi perhatian ke atas Sabah dan Sarawak.


Kedua-dua negeri itu menawarkan 56 kerusi Parlimen.


Ini kerana katanya, jika dua negeri itu dimenangi PR bermakna kuasa pusat akan berada dalam tangan perikatan tidak formal itu - yang dianggotai Pas, DAP dan PKR.


Dalam temu bual dengan Sinar Harian Online minggu lalu, Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali berkata pihaknya kini lebih yakin dan optimis menghadapi PRU13 bersama PR yang tersusun.


"BN tidak boleh terlepas pandang Sabah dan Sarawak yang turut menjadi negeri jaminan kemenangan bagi mereka, PR juga tidak perlu menang semua kerusi di sana untuk rampas Putrajaya.


"PR semakin giat untuk mengaut kerusi di dua negeri tersebut untuk menang dan jika BN tidak mengambil langkah sewajarnya, tidak mustahil BN akan kalah pada PRU kali ini," kata Azizuddin lagi.


Mengupas isu yang sama, Profesor Dr. Ahmad Atory Hussain berpandangan bahawa mesej Muhyiddin menunjukkan bahawa BN sedang bekerja keras untuk memenangi PRU13.


"BN semakin bekerja kuat untuk hadapi pilihan raya ini kerana PRU kali ini tidak semudah dulu.


"Jika BN kalah pada PRU ini, sistem kerajaan juga akan turut berubah di bawah pemerintah baru nanti," kata beliau.


Bagi penganalisis dari Universiti Sains Malaysia, Sivamurugan Pandian, PRU13 memberi ukuran kepada kemampuan BN untuk terus kekal berkuasa ataupun sebaliknya.


Bagaimanapun katanya, mesej Muhyiddin itu bukan menunjukkan kebimbangan BN sama sekali.


Sebaliknya kata beliau, "memberi keazaman kepada parti kompenan BN untuk terus mempertahankan kerusi di peringkat Dewan Undangan Negeri dan Parlimen."


"BN juga perlu membuat persiapan yang rapi untuk pilihan raya musim ini untuk mendapat kedudukan yang lebih baik," katanya lagi.


Sebelum ini, Muhyiddin juga pernah menarik perhatian dengan mengatakan bahawa PRU13 merupakan ibu kepada segala pilihan raya yang diadakan di negara ini.


Ketika ada yang mengatakan BN semakin panik, peluang untuk perikatan yang memerintah negara ini sejak merdeka masih belum berakhir. Kerisauan dan kebimbangan ada pada semua parti yang bertanding - BN dan juga PR di mana satu perikatan mahu kekalkan kuasa manakala yang satu lagi mahu menggantikannya.


Itu matlamat mereka.


Jika tidak apa gunanya bertanding dana arena politik bernama PRU.

GELEGAK UMNO!!!Team Mahathir-Muhyiddin sedang bersiap jatuhkan Najib ?

Kuasa menentukan PRU 13 adalah di tangan PMNajib. Barangkali hanya Najib dan isterinya Rosmah sahaja tahu tarikh itu.

Muhyiddin dan sekalian Menteri tidak tahu. Mahathir lagilah amat tidak tahu. Mengapa?
 
Sekarang gabungan 2M timbul semula selepas Team 2M Mahathir-Musa 30 tahun lampau.. Team Mahathir-Muhyiddin sedang bersiap jatuhkan PMNajib.

Cuba lihat setiap kali Mahathir
"berkokok", Muhyiddin menyahut kokokan Mahathir. Team 2M tidak sabar-sabar lagi menunggu PRU 13. Mengapa ? Kerana keputusan PRU 13 akan menjadikan UMNO "bangkai" dan atas alasan itulah Najib diminta ucap "sayonara" kepada jawatan Presiden UMNO.Sama seperti Gabungan Mahathir - Najib minta Pak Lah berambus dari jawatan Presiden UMNO selepas PRU 12.

Peranan Mahathir masih berpengaruh keatas jawatan PM Malaysia sama seperti Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew. Cumanya kita tiada potfolio Menteri Mentor.


Mengapa Mahathir
"beria-ria" memainkan peranan "menentukan" jawatan PM ? Ini kerana itulah tali hayat beliau untuk selamat dari turun naik ke Mahkamah.

Mahathir sekarang semacam bermain chess.
Perlu "checkmate" secepat mungkin.Matlamat utamanya ialah menghalang Anwar Ibrahim dari menjadi PM dan mempercepatkan anaknya Mukhriz menjawat jawatan PM. Jika kedua perkara ini menjadi kenyataan bermakna tidur Mahathir akan lena dan tenteram.

Sebab itu kita lihat Mahathir begitu licik dalam soal jawatan PM.Kemurkaan terbesar Mahathir kepada Pak Lah bukan kerana Budak tingkat 4 tetapi kerana Pak Lah lepaskan Anwar.


Mahathir kemudian bergabung dengan Najib untuk singkirkan Pak Lah. Kini Mahathir melihat Najib begitu lemah untuk sekat kemaraan Anwar untuk menjadi PM. Maka Mahathir sepantas kilat bergabung dengan Muhyiddin.


Tengoklah nanti jika Muhyiddin juga gagal menyekat Anwar, Mahathir akan mencari orang lain pula. Proses ini berlanjutan hingga Mahathir dikunjungi Malaikat Maut !


Maknanya kehidupan Mahathir selepas jadi PM
amatlah menggerunkan, menyeramkan dan keluh kesah.Walaupun anda lihat pada wajahnya seakan "gembira dan tenang" tetapi dalam hatinya, Tuhan sahaja yang Maha Tahu.
 Lebih-lebih lagi selepas Hosni Mubarak dihukum penjara seumur hidup.
 Bagai dikejar bayang-bayang sendiri. Adakah ini balasan karma atas setiap dosanya semasa menjadi PM 22 tahun ?

Apakah kesudahan akhir kehidupan Mahathir? Adakah beliau menjadi nyanyuk sebelum kematian ?
 
Atau seperti doa Almarhum Ustaz Fadhil Nor agar Mahathir dapat hidup lama untuk lihat sepuas-puasnya hasil kerosakkan yang dilakukan semasa jadi PM.

Ya lah...kadangkala kita cara Mahathir bertutur macamlah dia tidak akan mati dan hidup 100 tahun lagi!
Tok Pepijat

MUHYIDDIN TRAUMA!!! Tuduh PAS bayar peserta Himpunan Hijau

Muhyiddin nampaknya tak senang duduk melihatkan ramainya orang berhimpun di Stadium Darul Aman dalam Himpunan Hijau anjuran PAS.

Dah tak tahu nak bagi alasan kenapa wartawan , kenapa terlalu ramai yang berhimpun dalam program anjuran PAS yang diumumkan dalam masa hanya 2 minggu.

Malah lebih ramai dari himpunan Umno di Stadium Bukit Jalil yang dihebahkan sejak beberapa bulan oleh seluruh media massa perdana. Tak cukup dengan itu, peserta himpunan Umno itu diangkut dan diupah.

Maka Muhyiddin pun bagi alasan peserta himpunan Hijau juga dibayar....Banyak duit PAS nak bayar lebih 100 000 orang. Siapa nak percaya tuduhan Muhyiddin? Rakyat boleh menilai....Admin

Bacalah kenyataan terdesak Muhyiddin yang tak boleh terima kenyataan kejayaan PAS :

Timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata peserta Himpunan Hijau anjuran PAS di Alor Setar, Kedah mungkin dibayar supaya hadir.

Katanya, peserta berkenaan mungkin dibayar supaya hadir dari seluruh negara, katanya.

PAS juga terpaksa membuat perhimpunan tersebut untuk menunjukkan bahawa mereka masih mempunyai sokongan, katanya yang mendakwa sokongan parti itu di Kedah semakin menurun.

Perhimpunan pada Jumaat lalu menyaksikan penyokong PAS yang berpakaian hijau membanjiri Stadium Darul Aman. Malaysiakini menganggarkan 50,000 hadir di perhimpunan tersebut dan beberapa akhbar harian berbahasa Cina menganggarkan 100,00 yang hadir.

Penganjur bagaimanapun menganggarkan jumlah kehadiran seramai 150,000 orang.

PAS mengadakan perhimpunan itu kira-kira tiga minggu selepas perhimpunan Umno di Stadium Nasional Kuala Lumpur dengan kehadiran didakwa seramai 100,000 orang.Malaysiakini

PARIT BUNTAR!!! 3000 penuhi ceramah PR di Pekan kecil Batu Lima


PARIT BUNTAR :  Ceramah Pakatan Rakyat  yang diadakan di Batu Lima, sebuah pekan kecil di Parit Buntar telah mendapat sambutan yang hebat dari orang ramai. 
 
Setiausaha PAS Parit Buntar Azhari Hadi berkata, kehadiran dianggarkan melebihi 3000 orang itu menjadikan orang ramai bersesak-sesak memenuhi ruang  tempat yang kecil.

“ Ia menunjukkan minat rakyat semakin meningkat terhadap politik negara. Apatah lagi PRU 13 semakin hampir dalam tempoh sembilan bulan sahaja lagi.
“ Oleh itu rakyat masing-masing ingin mendengar penerangan khasnya dari PR tentang kebajikan dan peluang yang akan diperolehi oleh mereka andainya PR dapat mengambil alih Putrajaya “ katanya

Azhari berkata, Ceramah PR yang disampaikan oleh  Ketua Srikandi Keadilan Siti Aisyah Shaik Ismail  dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak  Akmal Kamaruddin telah memuaskan hati hadirin yang hadir.
“ Mereka mendengar berkaitan dengan tawaran yang akan dijanjikan kepada rakyat oleh Kerajaan PR jika dapat memerintah Malaysia.

“ Perbandingan dibuat dengan kerajaan UMNO/BN sekarang ini yang hanya mengenyangkan segelintir golongan kroni sahaja tanpa mempedulikan nasib rakyat keseluruhannnya.” Katanya
Menurutnya, peluang selama lebih 50 tahun telah disia-siakan oleh UMNO/BN dan kini telah tiba giliran PR pula untuk menunjukkan kepada rakyat negara ini kehebatan pentadbiran sebagaimana yang dapat dilihat di negeri-negeri yang PR perintah dalam masa yang singkat.

 “ Apa yang telah dibuat oleh Kerajaan PR walaupun baru mentadbir dalam tempoh yang pendek, sangat-sangat telah menyakinkan rakyat berbanding dengan UMNO/BN yang telah lama memerintah.
“ Nampaknya hayat UMNO/BN di negara ini makin menghampiri penamatnya” katanya

TU DIA!!! (Video) Baguih punya seronok di himpunan BN pilihan orang muda

Sebelum aku teruskan perangai burok laku menteri UMNO, hangpa lihat gambar ni, ada sorang menteri kanan kanan, lihat sendiri, tak payah nak sebut nama... dan aku dah tulis kisahnya Di Sini 

Ingat kut budaya tu hanya pada himpunan sejuta belia di Kuala Lumpur sahaja, rupanya tidak,,, budaya tak senonoh, pelingkup orang melayu, menteri ni eksport ke Kedah pulak... Inikah strategi dia nak rampas Kedah sehingga sanggup bebrbuat demikian...  

Untuk membuktikan apa yang aku sebutkan,,, lihat video di atas...

Ini yang disajikan kepada kepada belia melayu kedah..

Apa lagi yang nak diharapkan pada menteri UMNO untuk kebaikan dan masa depan Melayu... fikir-fikirlah.... Manjung Mari

MAI BACA!!! Cerita sebenar '688 ahli PAS masuk Umno di Batu Kurau'

LARUT: PAS Kawasan Larut menafikan laporan yang disiarkan dalam Akhbar Sinar Harian dan Mingguan Malaysia bertarikh 3 Jun 2012(hari ini) yang melaporkan 688 ahli PAS di kawasan tersebut mengisyhtiharkan diri keluar parti dan menyertai Umno.

Ketua Penerangannya,Mohd Akmal Kamaruddin berkata laporan tersebut adalah pembohongan terancang dan pengulangan skrip lama yang dilakukan Umno bertujuan meraih sokongan masyarakat di sini terhadap parti itu.


Jelasnya“Ini adalah kali ketiga mereka membuat pembohongan serupa,mungkin disebabkan mereka berasa cemas dan tergugat setelah melihat momentum sokongan masyarakat di sini terhadap PAS dan Pakatan Rakyat yang semakin meningkat”


Menurut Akmal lagi,pihaknya telah membuat semakan di setiap cawangan dan mendapati tidak wujud sejumlah yang dinyatakan bertindak keluar parti.


Beliau turut membuat cabaran kepada Umno bahagian Larut agar mengemukakan bukti kukuh seperti sijil atau  nombor keahlian kesemua 688 ahli PAS seperti yang dinyatakan bagi membuktikan kesahihan dakwaan tersebut.


Ia bagi memudahkan kerja kita untuk megeluarkan nama-nama mereka daripada senarai ahli berdaftar sekiranya mereka adalah ahli PAS.Katanya lagi


Sebelum ini cabaran yang sama pernah dibuat beliau kepada Umno bahagian Larut apabila laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 18 April 2012 melaporkan 360 ahli PAS di kawasan ini bertindak keluar parti,namun sehingga ke hari ini cabaran tersebut tidak diendahkan mereka.


“Yang sebetulnya bukan ahli PAS menyertai Umno,tetapi ahli Umno yang menyertai Umno.Semuanya hanyalah lakonan semata-mata.Ujar Akmal lagi.


Laporan akhbar Sinar Harian dan Mingguan Malaysia hari ini melaporkan beberapa orang ahli PAS telah membuat penyerahan borang menyertai Umno mewakili 688 ahli PAS kawasan ini kepada Ahli Parlimen Larut,Datuk Hamzah Zainuddin.


Majlis penyerahan borang berlangsung di kediaman salah seorang bekas ahli PAS,Abdul Wahab Mahmud yang telahpun meisyhtiharkan diri keluar parti dan menyertai Umno beberapa minggu yang lalu.Abdul Wahab sebelum ini adalah ahli PAS cawangan Titi Kasai,Batu Kurau.


Bagi merungkaikan segala pembohongan ini,Akmal berkata,pihaknya telahpun menziarahi seorang warga emas yang turut serta dalam majlis penyerahan borang tersebut bagi mendapatkan gambaran cerita sebenar.


Beliau adalah Mohd Sulaiman Abd Wahab atau dikenali sebagai “Pak Su Mat” oleh masyarakat setempat.Apa yang menarik perhatian kami,beliau sendiri mengakui telah “dipergunakan” bagi tujuan menjayakan skrip yang dirancang Umno.


“Saya hanya dipergunakan untuk kepentingan nafsu serakah Umno.”Katanya sewaktu menerima kunjungan PAS Kawasan Larut.


Ujarnya lagi,memang wujud ahli PAS di sini menyertai Umno,tetapi hanya 2 orang,bukannya 688 seperti yang dilaporkan.


Pak Su Mat turut mempelawa PAS kawasan Larut agar menganjurkan satu program ceramah bagi menafikan dakwaan tersebut di kediamannya yang hanya bersebelahan dengan kediaman Abdul Wahab Mahmud,tempat berlangsungnya majlis penyerahan borang 688 ahli PAS yang kononnya menyertai Umno..

 Pak Su Mat(dalam bulatan) sewaktu majlis penyerahan borang Umno

"Saya hanya dipergunakan Umno",katanya sewaktu menerima kunjungan Akmal Kamaruddin
 
PersepsiKitanBerbeza

PARLIMEN BUBAR!!! Bila UMNO / BN selesai kerja menipu dan menabur duit rasuah

KUALA LUMPUR: Selepas penipuan, menaburkan duit rasuah kepada seluruh pengundi atau isu yang dijadikan perangkap samar kepada parti lawan, juga fitnah disebarkan, maka tarikh pilihanraya barulah diumumkan.

"Beginilah sifatnya demokrasi di Malaysia," kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) dalam satu kenyataannya kepada media.


Berikut adalah kenyataan penuh beliau.




BILAKAH TARIKH PILIHAN RAYA


Tarikh Pilihanraya Umum ke-13 masih dalam ramalan berbagai pihak. Beginilah sifatnya demokrasi di Malaysia.


BN yang berketuakan Umno mempunyai kuasa penuh untuk mewajibkan kemenanganya dengan segala cara, daripada menggunakan media sebelah pihak, menabur politik wang rasuah, menyalahggunakan duit negara, memaksa jentera kerajaan, menambah pengundi dengan pelbagai cara, sehinggalah menentukan tarikh pilihanraya.


Seluruh dunia yang menghayati sistem demokrasi yang memberi hak kepada rakyat manjadi hakim yang bebas dan adil, hanya badan bebas yang mengendalikan pilihanraya menentukan tarikh pilihanraya.


Bukan sahaja dipilih tarikh paling selesa kepada rakyat dan semua parti politik yang berhak, bahkan tempoh yang lama telah diketahui umum.


Ada kalangan negara telah menetapkan tarikh pilihanraya berikutnya lebih awal, sebaik sahaja pilihanraya umum selesai diadakan.


Ada juga menetapkan kemudiannya, tetapi tempoh masa yang lama diketahui umum.


Hanya negara yang mengamalkan sistem satu parti sahaja memerintah, seperti negara komunis dahulu dan negara sapertinya, kerajaannya menetapkan pilihanraya dalam tempoh terdekat mengikut keselesaannya boleh mencapai kemenangan dan rakyat lebih berpeluang memilih satu parti yang telah memerintah walaupun banyak melakukan kesilapan.


Di negara kita Malaysia, kerajaan BN memilih cara yang wajib menjamin kemenangan BN selama-lamanya.


Maka kerajaan BN sahaja berkuasa menentukan tarikh setelah segala persediaan untuk kemenangannya diatur.


Setelah selesai mengatur penipuan, menaburkan duit rasuah kepada seluruh pengundi atau isu yang dijadikan perangkap samar kepada parti lawan, juga fitnah disebarkan, maka tarikh pilihanraya barulah diumumkan.


Termasuk juga peluang musim haji yang menjadi ibadat wajib kepada penganut Islam yang merupakan pengundi terbesar. Hanya segelintir umat Islam yang dapat membezakan diantara wajib mudayyak yang tidak boleh ditangguh dan wajib muwassaa yang boleh ditangguh.


Umno yang memisahkan politik daripada agama tidak peduli kepada musim haji yang menafikan hak sebahagian besar rakyat, kerana kaedahnya wajib menang dengan apa cara sekali pun.


Beginilah nasib rakyat Malaysia sejak dahulu sehingga kini. Rakyat diulit dengan berbagai lagu dan irama politik murahan, walaupun merosakkan akhlak ditempat yang sudah rosak dan ditayangkan lagu agama ditempat beragama, kerana sifat pragmatik Umno bersama rakannya dalam BN.


Namun kita menyaksikan alam yang bersifat berubah, termasuk alam politik. Sistem kuku besi komunis yang menguasai negara kuasa besar dunia Soviet Union hancur berkecai dan berubah ke arah demokrasi, sehingga negara komunis mengubah pendekatan.


Selepas itu Filipina meninggalkan Marcos dalam kenangan, diikuti oleh Suharto di Indonesia dan akhirnya negara-negara Arab yang dikuasai kerajaan tentera yang menetapkan keputusan pilihanraya sebelum pilihanraya lagi.


Bahawa parti kerajaan pasti menang mencapai lebih sembilan puluh sembilan peratus. Namun negara tersebut ikut sama melakukan Islah sistem demokrasinya. Begitu juga yang terakhir di Myanmar.


Kita mengharapkan negara Malaysia yang berslogankan sopan santun, naik turun pemimpinnya juga melalui sopan santun, bukannya dengan cara memalukan. Mereka akan dikenang sejarah oleh generasi akan datang kerana sejarah tidak mampu ditipu dengan apa cara sekalipun.


PAS mengajak masyarakat Islam khasnya membetulkan imej Islam yang dirosakkan oleh Umno, atau tegasnya PAS ganti Umno, dan mengajak masyarakat semua kaum amnya bersama Pakatan Rakyat mengganti Barisan Nasional.


Sekiranya kemenangan berpihak kepada kami, maka segala kerosakan sistem demokrasi yang berlaku wajib diperbetulkan.


Walaupun dimasa depan rakyat menolak PAS dan Pakatan Rakyat dengan jalan yang adil disebabkan kesalahan dan kelemahan pemerintahan, tetapi bukannya dengan cara menipu yang menzalimi diri sendiri.

MARAH DATO' FAUZI SERTAI PAS!!! 688 ahli Umno sertai UMNO di Batu Kurau

Zambry dan konco-konconya dalam UMNO Perak dah hangat p###k#q,,, saheh dah kena taji kaw-kaw leoaw dengan Najib, apa tindak balas keatas  PAS dalam program ceramah di Hulu Sepetang penerimaan ahli baru, Mantan Pengarah Siasatan Jenayah PDRM Datuk Fauzi menyertai parti PAS...

Maka dengan gumbiranya, pada pagi ini keluarlah berita dhoif dalam kitab kepercayaan pegangan UMNO Mingguan Malaysia.... 


double klik imej untuk besar..
 



Lihat pada ayat tajuk diatas gambar 688 ahli PAS..... jika dilihat ayat bawah gambar.... Hamzah......... bersama bekas ahli PAS... mana satu yang betui...... 


Tolong kira satu,satu berapa ada dalam gambar tu,,, ada 100 orang, ada 68 orang..... wakaka.... pepagi buta Zambry dan anak-anak buahnya dah menipu Najib.... kesian Najib kena tipu denagn Zambry.....Manjung Mari


MIDAH OH MIDAH!!! Exco Kanan Kerajaan Perak yang tak ada maruah?


Apa maruah seorang Dato' Hamidah Osman, seorang Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak yang juga Ketua Penerangan Wanita Umno Malaysia mengganggu program PAS terutama di Dun Sungai Rapat iaitu dun kawasannya.. Sepatutnya pembangkang ikut kerajaan.. Tapi udah terbalik plak kat Perak ni..

Lebih lucu lagi setiap ceramah mesti tidak kurang 2 kali naik pentas.. Tak malu ke? Apa maruah kamu sebagai seorang Exco? dah macam tak ada adab naik pentas banyak kali.. Hahaha..

Udah le yang datang tu kamu angkut dari mana entah.. sogok dengan kueytiaw goreng dan air kelapa kepada mak cik mak cik tu...


Baru-baru ini Midah juga udah jatuhkan martabat seorang artis yang juga penjual gelang yang berjaya iaitu AC Mizal.. Selalunya di buat persembahan dihadapan ribuan hadiri... tetapi baru-baru ni Midah ajak dia ceramah di hadapan ratusan bangku.. Hahaha..

Udah2 le.. pastu kata aku tipu.. Kata aku tangkap gmbo takda orang sebabnya baru start 10 minit.. Usah le nipu Kak oii.. Orang tak bodoh..


Dengo cerita ceramah Aishah Rabu ni Midah akan kaco juga.. Khabarnya nak buat majlis pecah tanah.. majlis pecah tanah malam-malam buta? HAHAHAHA.. Tengin? Meroyan?

Fikir-fikirkan..
Batu Gajah Mari