Saturday, June 16, 2012

HIMPUNAN HIJAU JOHOR!!! Begini punya ramai Johor bukan kubu kuat UMNO dah



Istilah UMNO kubu paling kuat dalam dunia dan deposit tetap untuk setiap pilihanraya boleh dipertikaikan kini.

Lihat saja gambar-gambar sebagai paparan mencuit minda.

Ceramah Perdana PAS di Sagil,  Muar, Johor malam tadi 16hb Jun 2012.

Gelaran pemimpin kudis terhadap YB Ir Nizar Jamaluddin langsung tidak menguncupkan sokongan rakyat kepada PAS/PR.

Rakyat sudah bertekad..maukan perubahan menyeluruh.

Insy'Allah negeri Johor bakal memiliki Menteri Besar yang baru.OMAK KAU

'KOTA KEMISKINAN' DI SABAH!!!! Menceritakan sesuatu yang tersembunyi di Sabah


GAMBAR yang anda saksikan ini bukanlah sulap atau pondok sementara tetapi 'ISTANA' milik seorang warga emas, MONGKILOU BTE AHMAD, yang terletak lima kilometer dari Pekan Kota Marudu, "Kota Kemiskinan Sabah".

Beliau sudah menetap di rumah bambu beratapkan daun nipah ini sejak 10 tahun yang lalu. Mongkilou tidak pernah mendapat sebarang bantuan seperti rumah PPRT/E-Kasih atau yang berpatutan sejajar dengan kedudukannya sebagai Anak Jati Sabah yang dijanjikan rumah oleh Kerajaan Barisan Nasional.


Kisah Mongkilou ini mengulangi tragedi sedih seorang balu di Kota Marudu, Rosnia @ Annie Marambal, 36, yang mengharapkan ‘bulan jatuh ke riba’ setelah memohon bantuan melalui program e-kasih.


Rosnia yang hidup bersama tiga anaknya di sebuah pondok usang di Kampung Kandaway, Kota Marudu, adalah bukti jelas berlaku ‘gejala politik songsang’ apabila mereka yang benar-benar memerlukan terus dipinggirkan, sebaliknya golongan berada mendapat bantuan yang dikhaskan untuk golongan miskin dan papa kedana.


Disebalik kemiskinan rakyak sabah negeri termiskin di Malaysia kita lihat kekayaan yang dimiliki oleh pemimpin besar di Sabah.



Lihat skandal Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal terbongkar apabila memberikan kelulusan tender kepada saudara terdekat dan kroninya yang memalsukan dokumen kontrak; bukan sahaja untuk menyertai korum, malah mendapatkan kontrak bernilai RM56 juta sekalipun syarikat berkenaan tidak mempunyai sumber kewangan kerana mencatatkan rugi bersih RM286,000. Timbalan Ketua Penerangan Pemuda AMK PKR Sabah, Citra Masadi, yang menghubungi Sabahkini.net selepas membuat laporan di Balai Polis Semporna terhadap syarikat Sama Sama Maju Sdn Bhd, Ahli Lembaga Tender KKLW dan Shafie Apdal menyatakan ruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia agak lembab menjalankan siasatan sehingga beliau terpaksa membuat


“Tim pemantauan PKR telah lama menjalankan siasatan dan akhirnya kita dapat banyak perkara yang tidak betul, terutama penglibatan keluarga Shafie dan kroninya sehingga banyak tender KKLW diberikan kepada kontraktor yang tidak berpengalaman dan merencatkan pembangunan di Sabah,” ujar Citra lagi yang memaklumkan bahawa kenyataannya dalam Sabahkini.net bertajuk ‘Sampai Bila Rakyat Guna Jalan Kerbau?’ bukan merujuk kepada jalan utama Jeroco, sebaliknya jalan yang menuju ke jalan Jeroco yang di bawah pengendalian KKLW.


Citra menjelaskan bahawa beliau terpaksa membuat laporan polis bagi menghentikan kegiatan yang tidak sihat Shafie dan menjalankan tugasnya sebagai ahli PKR yang bertanggung jawab menegur kerajaan yang membazirkan wang. BUKTI....Salah satu bukti yang diserahkan kepada PDRM

Dalam laporan polisnya di Balai Polis Semporna tetapi diberi nombor laporan Putrajaya iaitu Presint 7/ 77006253, Citra mendakwa bahawa; “Pada hari ini lebih kurang jam12.30 tengahari, 25 Julai 2011, saya mendapat maklumat daripada tim pemantauan PKR bahawa syarikat Sama Sama Maju Sdn Bhd, nombor syarikat 789094-K telah mendapat dua projek serentak iaitu, Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) masing-masing bernilai RM21 juta dan RM35 juta.

Pemilik asal syarikat ini ialah Hj.Hassan Bin Osman iaitu saudara terdekat/kroni Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Memandangkan beliau (Hj Hassan) telah muflis, maka beliau melantik anaknya, Khairul Aziah Bte Hassan sebagai Pengarah Urusan dan Pemilik Saham syarikat berkenaan. Saya datang ke balai membuat laporan agar PDRM dan SPRM menyiasat dan menangkap Hj Hassan dan semua pengarah syarikat Sama Sama Maju Sdn Bhd kerana dipercayai mengemukakan dokumen palsu seperti penyata bank, caruman KWSP, sijil jurutera dan sebagainya untuk mendapatkan tnder berkenaan. Syarikat ini juga turut dibenarkan menyertai tender terbaru, iaitu Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Tulid, Lanas, Sook di Keningau dengan mengemukakan harga tender RM87.4 juta sekalipun mengemukakan dokumen palsu.


Laporan ini dibuat agar PDRM dan SPRM menyiasat dan menangkap Mentri KKLW Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kerana bersubahat, menyalahguna kuasa dan mempengaruhi Lembaga Tender KKLW meluluskan kontrak berkenaan kepada saudara terdekat/kroni. Laporan ini juga dibuat agar SPRM menyiasat dan menangkap Ahli Lembaga Tender KKLW yang membenarkan banyak syarikat tidak berkelayakan menyertai dan mendapatkan tender KKLW. Sekian laporan saya.”/sabahkini




Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman (lahir 30 Mac 1951), merupakan Ketua Menteri Sabah yang ke-14 dan terkini. Beliau menggantikan Chong Kah Kiat pada 27 Mac 2003. Beliau juga merupakan pengerusi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu(UMNO) di Sabah.

Dikatakan Musa mempunyai nilai kekayaan yang melampau tapi tiada siapa peduli, jika diteliti dengan benar, setakat menjadi Menteri Besar agak susah untuk mendapat kekayaan sedemikian, namun dalam UMNO segalanya mungkin dan tidak mustahil sama sekali.

SHAH ALAM, 15 JUN: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menuntut penjelasan dan deklarasi aset sepenuhnya daripada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang didakwa terlibat dalam kegiatan rasuah berdasarkan pendedahan “Sarawak Report”.

Timbalan Setiausaha Agung PKR, Darrell Leiking berkata deklarasi berkenaan termasuklah segala aset dan harta yang disimpan di luar negara di atas nama beliau atau nama ahli keluarga.

Laman web “Sarawak Report” dalam beberapa artikel sejak bulan April mendakwa Musa secara sistematik merompak hasil Sabah sejak 1996 dengan mengaut keuntungan melalui rasuah jualan balak.

Dalam satu artikel bertarikh 10 Jun 2012, “Sarawak Report” mempamerkan dokumen-dokumen yang mendedahkan Musa menyimpan wang melebihi USD 90 juta (RM270) juta di bank-bank di Hong Kong dan Zurich.

“Kami difahamkan bahawa kes tersebut telah disiasat badan anti-rasuah di Hong Kong iaitu Independent Commission Against Corruption (ICAC).

Menurut Darell, IACA mendakwa Musa terlibat di dalam transaksi wang haram atau “money-

laundering” melalui beberapa ajen – termasuklah Michael Chia dan peguam Richard Barnes.
Beliau juga menggunakan akaun-akaun di luar negara untuk cuba menyembunyikan identiti beliau.

Darell berkata demikian di dalam satu kenyataan bersama Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua serta Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, R. Sivarasa.
“Sarawak Report” turut mendakwa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail cuba melengahkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Musa.
“Untuk makluman semua, Tan Sri Abdul Gani Patail juga mempunyai pertalian persaudaraan dengan Datuk Seri Musa Aman.

“Tan Sri Abdul Gani Patail wajib menjawab dakwaan bahawa beliau telah melengahkan siasatan SPRM sama ada secara langsung ataupun tidak, hingga mengakibatkan pihak ICAC tidak dapat mengambil tindakan terhadap Datuk Seri Musa,” kata Darrel.

“Difahamkan siasatan terhadap bank UBS AG, yang didakwa membantu menyalurkan wang haram (“money-laundering”) Datuk Seri Musa, akan bermula di Switzerland.
“Mengapa Kerajaan Malaysia kelihatan seperti enggan melaksanakan sebarang tindakan undang-undang berkaitan dakwaan rasuah Datuk Seri Musa Aman? ” soal mereka lagi.

SESAK NAFAS NAJIB!!! Tengok gambar ceramah DAP di seluruh negara



Lihat dengan mata kepala..koleksi gambar-gambar, senario dimana saja DAP membuat ceramah JOM UBAH BERSIHKAN MALAYSIA diseluruh negara.

Jelas sekali kaum tionghua memberikan sokongan amat padu dan jitu kepada perjuangan yang dibawa oleh PAS/PKR/DAP dalam gagasan diberi nama Pakatan Rakyat.

UMNO boleh caci hina, maki hamun, fitnah dengan mereka cipta kisah.

Namun perjuangan yang dibawa Pakatan Rakyat juga yang rakyat mau ratah.

Masih ada harapankah UMNO/BN mau terus memerintah?


JOM UBAH... SELAMAT MALAYSIA NEGARA BERTUAH.OMAK KAU

MIDAH KECUT!!! Mari baca kisah Dr Lee Boon Chye dan Radzi Zainon dihalang untuk berdialog dengan Midah

Selepas selesai solat dan makan tengahari tadi, aku pun bersiap-siap untuk pergi ke suatu majlis dailog bersama masyarakat setempat di Taman Desa Aman kat Pengkalan Pegoh, Ipoh. Jam dah menunjukan 2.30 ptg. tapi Cikgu Nazri dan isterinya tidak sampai-sampai lagi. Mereka berdua janji nak ikut sama ke majlis tersebut.

"Bolehkah saya kesana sama? Saya dan isteri saya ramai kenal mereka di sana tu," jelas Cikgu Nazri kepada saya bila saya beritahu yang YB Dr Lee Boon Chye dan Radzi Zainon akan pergi ke suatu majlis Dailog bersama masyarat setempat di situ.

"Boleh! jawab saya, kita pergi sama..." Begitulah janji kami. Dan tidak lama kemudian, kereta Honda City hitam pun berenti kat depan rumah. Mereka dah sampai.

Kami pun pergi menuju ke tempat yang nak dituju.Aku bukan tau pun tempat tu kat mana, maka aku ngeko aje lah kat belakang kereta mereka. Dalam perjanan tu sempat jugalah aku mengambil gambar ini.


Pendekan cerita, maka kami pun sampailah ke majlis yang di tuju. Aku parking kereta tidak jauh dari khemah.Aku lihat Cikgu Nazri berlalu terus untuk mencari tempat letak kereta fikir ku sebab keadaan agak sesak di situ. Agak lama juga aku menunggu dalam kereta, muka Cikgu Nazri dan isteri tak nampak-nampak pun!

Aku pun terus keluar.Tengok ada RELA? Aku mula agak menggalabah! Tapi aku buat selamba bodoh aku aje terus berjalan menuju ke hadapan - ambil gambar.Ambik kow! muka-muka Umno! Rupa-rupa-nya majlis anjuran Hamidah BP!

Aku seperti biasalah, bukan nak ganggu majlis orang. Aku ambil gambar mana yang menarik pada pikiran aku.Manis-manis wanita Umno kat sini.Korang tengok sendiri kalau tak percaya...


Tapi apa pun, korang jangan tengok gambar awek saje sampai tak ternampak nun belakang tu....YB Dr Lee Boon Chye kena tahan sama diorang!Ada geng samseng yang tak benarkan Dr Lee dan rakan-rakannya untuk hadir dalam majlis dailog tersebut.

Kemudian bila orang RELA ini datang dan Dr Lee jelaskan tujuan kedatangannya bukan untuk buat kacau, maka Dr Lee pun dibenarkan duduk bersama para hadirin yang lain.

Ikut program, ianya akan bermula jam 3.00 ptg. Maka tunggu punya tunggu macam menunggu buah tidak jatuh!

Aku mula menjangkakan yang Hamidah BP tu tidak akan hadir untuk mengelak dari berdepan dengan Dr Lee dan Radzi Zainon yang turut hadir di majlis itu.


Tepat jam 4.00 ptg, diorang pun pasang lagu 'Dia Datang'.Rupa-rupanya menyambut kedatangan Hamidah BP! Apa punya janji! lu sudah lewat satu jam lah hoi mangkuk! cepatlah sikit!

Selepas ramai-ramai nyanyi lagu negaraku, Hamidah pun berucap.Dalam ucapannya itu, dia bagi tau yang majlis tersebut adalah majlis dia untuk beramah mesra dengan orang-orangnya ....'BUKAN' majlis berdailog!Ha! ha! ha! BP ini sudah lupa apa yang tertulis kat kain rentang dia tu! Ha! ha! ha!


"Saya tidak mahu meneruskan ucapan saya ini selagi orang yang tidak berkenaan berada di sini. Saya minta YB Parlimen Gopeng, Dr Lee dan calon DUN Sg Rapat Radzi Zainon beredar dari sini" katanya lalu terus duduk dengan menarik muka semasam cuka.Ha! ha! hangit betul nampaknya siBP!

Kemudian kelihatan beberapa orangnya pun menghala ke arah tempat duduk Dr Lee.Entah apa yang diaorang kecuhkan aku tak dengar atau tanyakan selepas itu.Tapi sudah tentulah mereka suruh Dr Lee dan Radzi Zainon supaya meninggalkan majlis tersebut!

Konon nak buat majlis berdailog dengan orang ramai, tetiba bila orang mai Hamidah BP dah naik hangit pula!Loh! kata 'Kehadiran Tuan/Puan Amat Dihargai'? Ha! ha! ha! ini macam punya orang pun adakah?

Sepatutnya inilah masa dan ketikanya Hamidah BP ambil kesempatan untuk berdailog dengan mereka ini kalau benar perbuatannya itu tidak menyalahi prosedur undang-undang. Kalau dia ikut prosedur betul kenapa mesti terkemut?

Kalau nak buat majlis tertutup, biarlah benar-benar ditempat yang tertutup dan bukan seperti ini di tempat terbuka dan di tempat awam seperti ini! Meroyan betul!

Dr Lee dan Radzi Zainon terpaksa mengalah. Mereka tidak mahu merosakan majlis orang. Tujuannya adalah untuk lebih memeriahkan lagi suasana agar masyarakat setempat dapat memahami situasi sebenar kenapa mereka bantah pembinaan Sekolah Agama Rakyat diatas padang permainan kanak-kanak.


Korang bandingkanlah dengan gambar yang saya ambil sewaktu dalam perjalanan ke majlis ini tadi.Tiada langsung langkah-langkah keselamatan yang sepatutnya diambil.Kawasan tapak bina se4cara terbuka tanpa dipagar.Tiada tanda 'larangan masuk' kepada yang bukan berkenaan dan pekerja pun tidak memakai pakain keselamatan seperti helmet atau safety boot.


Mana ada papantanda memaklumkan projek apa ke apa? Siapa nama kontraktornya, lesen kelulusan DBI apa nombornya, akiteknya siapa? Inilah antaranya yang perlu Hamidah BP kena perjelaskan kepada orang ramai dan jangan fitnahkan dengan memainkan sentimen perkauman bahawa Dr Lee Boon Chye menentang projek tersebut semata-mata bencikan Islam.

Apabila balik dan sampai ke rumah, YDP Hj Rahim beritahu Cikgu Nazri dah berada di Bagan Serai....ha! ha! ha! kejutan untuk Umno! Cikgu Nazri bawa isterinya sekali untuk majlis penyerahan borang masuk PAS kepada Tuan Guru malam ini bersama-sama dengan Abdullah Antong Sabri - salah seorang peminat blog ini suatu masa dulu.... selamat bersama dalam perjuangan yang suci ini, Allahu akbar!AlHusseyn

TERKINI DI HIMPUNAN HIJAU PERAK!!! Bekas Ketua Jamaah Nazir, Tokoh Guru Negeri Perak 2011 isytihar secara rasmi sertai PAS


Tuan Haji Ahamad Zabidi bin Shansuddin mantan Ketua Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia yang pernah menerima anugerah Tokoh Guru Negeri Perak 2011 mengisytiharkan menyertai PAS secara rasmi semasa Himpunan Hijau negeri Perak di Markas PAS Bagan Masjid Tinggi , Bagan Serai.

Haji Ahamad Zabidi yang pernah menjadi Pengarah JPN Terengganu diberi peluang menyampaikan ucapan pada majlis tersebut.

Ucapannya banyak menyentuh tentang kepincangan dalam bidang pendidikan di Malaysia. 

Turut mengisytiharkan secara rasmi menyertai PAS adalah Tuan Haji Nazri Nordin bekas AJK Bahagian UMNO Goepeng yang selama 30 tahun bergelumang di dalam UMNO.

Lebih 10 ribu berhimpun di Markas PAS Bagan Serai menyertai Himpunan Hijau yang bermula dengan himpunan pesawah pada sebelah pagi.





UMNO HINA MAHKAMAH!!! Pagi bangunan kena sita, tengahari UMNO buka bangunan seperti biasa

Tak sampai beberapa jam selepas bangunan Umno Bukit Gantang disita oleh mahkamah, bangunan tersebut dibuka kembali seperti biasa. Arahan mahkamah dianggap macam arahan budak-budak. Mungkin kerana mereka merasakan mereka lebih berkuasa dari mahkamah.

Gambar diatas diambil oleh Team Mediaperak tengahari tadi dan amat jelas bagaimana Umno tidak memperdulikan keputusan mahkamah.

Sejarah Perak moden telah membuktikan bagaimana Umno tidak pernah menghormati undang-undang manakala mahkamah hanyalah digunakan untuk kepentingan Umno, bukan kepentingan rakyat.

Ketika menyaksikan proses penyitaan oleh Mahkamah Tinggi Taiping semalam, ada diantara yang hadir berkata, “Di Perak,Umno lagi kuat dari Sultan.”

Memang benar. Ketika para pakar undang-undang bersetuju bahawa Menteri besar tidak boleh disingkirkan, Umno berjaya menyingkir Menteri Besar dengan memperkudakan Sultan.Ketika para pengamal undang-undang mengatakan bahawa Speaker tidak boleh disingkirkan, Umno mengheret Speaker dengan memperkudakan polis.

Sekarang, seorang rakyat biasa mahu menuntut keadilan dengan mengharapkan mahkamah tetapi Umno mempersetankan arahan mahkamah.
Apakah yang perlu diharapkan lagi?

Umno?

Sultan?

Mahkamah?

Polis?

Tak ada siapa yang boleh diharapkan lagi…kecuali kita sendiri yang perlu bangun mendapatkan hak kita.

Oleh: MSK

SAMSENG SEKOLAH!!! Asuhan Samseng UMNO yang bermaharajalela , polis pun tak berani....


Kurang ajar punya budak. Dah kena buang, buatlah cara kena buang. Ada ka menyemak serang budak2 sekolah dan guru? Patutlah kena buang. Sepatutnya hantar dia pergi sekolah juvana. Biar dia rasa sendiri macam mana hidup kat sekolah macam tue.


Bayangkan ek, sekumpulan samseng tersebut boleh bawa kayu, cota, besi nak belasah budak2 sekolah dan guru? Biadap sungguh. Apa sangatlah yang dia sakit ahti sampai nak membelasah budak2. Macam nak membunuh. Saranan kerajaan baru2 ini untuk meletakkan polis di setiap sekolah nampaknya memang perlu dilaksanakan segera.

Baca kat bawah neh ;
KAJANG: Bagaikan pertempuran kumpulan kongsi gelap. Itulah gambaran saksi yang melihat lebih 30 remaja bersenjatakan kayu, besi, cota dan topi keledar menyerang lebih 30 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cheras Perdana, di sini semalam.

Kejadian jam 12.30 tengah hari yang menyebabkan lebih 10 pelajar dan seorang guru penolong kanan sekolah cedera parah, berlaku sejurus murid tingkatan tiga, empat dan lima keluar dari pekarangan sekolah selepas tamat sesi pagi.

Menurut saksi, pelajar yang berjalan kaki keluar sekolah diserang secara tiba-tiba oleh kumpulan remaja yang menunggu sejak 11.30 pagi di luar kawasan sekolah.

“Mereka memukul menggunakan topi keledar, kayu, besi dan cota sebelum beberapa pelajar lain dari dalam kawasan sekolah keluar membantu rakan mereka yang diserang.

Keadaan bertambah buruk selepas kumpulan pelajar keluar dan menyerang balas serta menyelamatkan rakan. Sejurus selepas itu, seorang guru penolong kanan keluar bagi meleraikan mereka dan menarik pelajar masuk kembali ke dalam kawasan sekolah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Namun, guru itu diserang beberapa remaja menggunakan topi keledar sehingga parah pada kepala dan dihantar ke hospital oleh seorang guru dan beberapa pelajar.
Katanya, kumpulan penyerang adalah bekas pelajar yang dibuang sekolah dibantu beberapa rakan dewasa dengan memukul pelajar yang berada berhampiran mereka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata polis akan menjalankan siasatan menyeluruh dan meminta semua pihak tidak membuat spekulasi, sebaliknya menyerahkan siasatan kepada polis.

Sementara itu, seorang lagi pelajar berkata, dia melihat penyerang bertempiaran lari selepas beberapa anggota polis bermotosikal menuju ke lokasi kejadian.

“Mereka melarikan diri kawasan perumahan berhampiran dan meninggalkan motosikal mereka yang kemudiannya dihumban ke dalam longkang oleh pelajar,” katanya.

Dia berkata, lebih 10 pelajar cedera dibelasah.

Rakannya pula mengesyaki serangan adalah susulan pergaduhan mereka dengan pelajar sekolah berkenaan petang kelmarin._ Bh

Nota : Gambar sekadar hiasan.

Sozcyili : Jadi samseng cita2 dia untuk masa depan.. 

KUBU KUAT UMNO PECAH!!! Anak muda Larut makin hebat, UMNO Larut makin tertekan

Sejumlah 800 orang anak muda terlibat dalam acara konvoi bermotosikal yang dianjurkan oleh Pemuda PAS dan Angkatan Muda KeADILan (AMK) Larut petang semalam.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Larut,Akmal Kamaruddin berkata tujuan program konvoi ini diadakan adalah untuk mengiringi perjalanan penceramah undangan iaitu Pengerusi Ameerah Malaysia,Cik Fareedah Samad ke lokasi program ceramah penerangan yang bakal berlangsung di Markas PAS Kg Gudang pada sebelah malamnya.

Selain itu ujarnya lagi,ia juga sebagai manifestasi suara anak muda di kawasan ini dalam menterjemahkan sokongan mereka terhadap Pakatan Rakyat dan menolak Umno Barisan Nasional.

Konvoi yang memulakan perjalanan dari Ulu Sepetang pada jam 5.30 petang singgah sebentar di Kampung Bechah,Batu Kurau bagi memberi sokongan terhadap satu upacara menaikkan bendera PAS gergasi sebagai simbolik setelah tertubuhnya cawangan baru di situ

Menurut Akmal,Kampung Bechah ini adalah sebuah perkampungan yang cukup sinonim dengan jolokan ‘kubu kuat Umno’.

“InsyaAllah jolokan itu akan bertukar menjadi ‘kubu kuat PAS’ tidak lama lagi apabila PAS kawasan berjaya menubuhkan cawangan bongsunya di kampung ini beberapa hari yang lalu”

Ujar Akmal.Dengan tertubuhnya Cawangan baru di sini,kita akan melipatgandakan usaha menyuntik kesedaran kepada masyarakat di kampung ini agar bersama-sama menyokong PAS dan Pakatan Rakyat dan meninggalkan perjuangan sia-sia bersama Umno Barisan Nasional.

Upacara menaikkan bendera diketuai mantan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah PDRM,Dato’ Fauzi Shaari yang baru sahaja mengisyhtiharkan penyertaannya ke dalam PAS dalam satu majlis pengisyhtiharan yang berlangsung di Taman Kota Wira baru-baru ini.

Para peserta konvoi meneruskan perjalanan ke Markas PAS Kg Gudang sebaik sahaja selesai upacara menaikkan bendera.

Setibanya di lokasi,mereka disambut oleh Pemuda PAS Larut,Mohd Nazri Din yang sempat memberikan ucapan kata-kata semangat kepada seluruh anak muda yang terlibat.

Nazri dalam ucapannya menyeru kepada seluruh pemuda agar terus bekerja kuat bagi memastikan kemenangan di pihak Pakatan Rakyat dan menumbangkan Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang agar seluruh rakyat dapat menikmati kehidupan yang jauh lebih baik daripada hari ini.

Antara pimpinan Pakatan Rakyat lain yang turut serta dalam program ini ialah Timbalan Ketua Cabang KeADILan Larut Cikgu Mohd Adli Kamarun,Timbalan Yang Dipertua PAS kawasan,Haji Zaki Hassan dan Ketua AMK Larut,Shaiful Lizam Yusof
Akmal bersama ketua AMK 
Larut,Shaiful Lizam(kiri)









                                                                                                                                           Dato’ Fauzi memperkatakan sesuatu kepada Timbalan    
                                                                                Ketua Cabang KeADILan Larut,Cikgu Adli
Upacara menaikkan bendera gergasi di Kg Bechah

Bacaan doa sebaik sahaja selesai upacara menaikkan bendera

Konvoi meneruskan perjalanan ke Markas PAS Kg Gudang

Minuman disediakan untuk para peserta konvoi melepaskan dahaga

Reaksi spontan seorang anak muda menunjukkan tanda bagus sejurus selesai konvoi

Ketua Pemuda PAS Larut,Nazri Dun sedang berucap


Written by;
Mohamad Shukri Abd Hamid
Unit Berita PAS Kawasan Larut