Friday, July 20, 2012

KHIR TOYO 'GILA TALAK'!!! Gagal dalam isu Talam dan Air Selangor, meraban kepada isu Ahli Majlis



PETALING JAYA: Dr Mohd Khir Toyo mendakwa pemimpin muda PKR, Latheefa Koya meletakkan jawatan sebagai ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kerana bergaduh dengan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin.

Isu utama ialah Faekah…kerana kuasa Faekah sangat besar menyamai kuasa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Dia (Faekah) bukan sahaja menjadi Setiausaha Politik Khalid tetapi juga mengawal Perbadanan Menteri Besar (MBI).


“Bila wakil rakyat dan orang mengadu kepada Khalid, Khalid akan merujuk kepada Faekah terlebih dahulu.“Ini yang menyebabkan wakil rakyat marah kepada Khalid,” kata Dr Mohd Khir, bekas Menteri Besar Selangor selama lapan tahun mulai 2000.


‘Gila talak’

“Nampaknya Khir Toyo tak boleh angkat muka dalam isu Talam dan Air Selangor jadi dia nak bercakap pasal isu Ahli Majlis.

“Dia ibarat orang yang dah bercerai dan gila talak. Masa ada kuasa tak jaga dan salah guna, rakyat beri amanah dan mandat dia khianat, sekarang meraban (meracau)..


“Isu Ahli Majlis letak jawatan dia kecuh..” kata Faekah.
.

Dr Mohd Khir berkata demikian ketika diminta mengulas peletakan jawatan Latheefa sebagai ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) baru-baru ini.


Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru, Khalid menyerahkan kepada PKR untuk menentukan kedudukan peguam muda PKR itu

GEREJA TERBESAR DI ASIA TENGGARA!!! Bukan main tuduh DAP, hakikatnya berlaku di bawah kuasa UMNO




Sehingga kini masih tiada jawapan apakah sebabnya Kerajaan Malaysia yang dikuasai UMNO/BN membenarkan pembinaan Gereja terbesar di Asia Tenggara dan tercanggih di dunia di Negara ini.

Meskipun agama Kristian bukanlah agama rasmi Negara Islam Malaysia dan jumlah penganut agama tersebut adalah lebih kecil jika dibandingkan dengan Negara jiran Indonesia dan Filipina Negara kita punya Gereja yang terbesar di Asia Tenggara.

Gereja yang dinamakan Calvary Convention Centre (CCC) merupakan gereja yang terbesar dan tercanggih di Asia Tenggara terletak bersebelahan Bukit Jalil Golf &Country Club berhadapan Anjung Hijau Kondominium.

Kos keseluruhan pembinaannya menelan belanja sekitar RM135 Juta ini termasuk harga tanah yang terpaksa dibayar.

Bangunan setinggi 6 tingkat yang punya keluasan 600,000 kaki persegi ini mampu memuatkan 5,000 orang dalam satu-satu masa.

Pembinaan gereja terbesar dan canggih ini bermula pada 15 February 2008 apabila tapak pembinaan gereja ini diserahkan secara rasmi kepada Nam Fatt Construction Sdn. Bhd untuk direalisasikan pembinaanny.

Bukan mahu mempertikaikan kebebasan berugama yang dibenarkan dinegara ini..

Pihak manakah yang membenarkan pembinaan ini? Adakah DAP yang memberikan kelulusan untuk pembinaannya?




Ialah.. kan suatu masa lalu Lidah Rasmi UMNO pernah menyebarkan satu fitnah kononnya DAP mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Negara ini..

Berikut adalah gambar dalam pembinaan Gereja terbesar di Asia Tenggara yang kelulusan pembinaannya diberikan oleh DAP yang dirakam sekitar April lalu ...



Kerajaan UMNO juga dikatakan membenarkan pertubuhan kristian memaparkan logo kristian terbesar jika dilihat dari udara yang terletak di Putrajaya.




Fikir-fikirkanlah...Selamat Berpuasa.
Kedah La

12 KERUSI PARLIMEN DI JOHOR!!! Bakal terlepas ke tangan Pakatan


http://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/mugshots/salahhuddin-ayub.jpgMARANG – Perkembangan Pas dan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (PR) cukup baik bagi pembangkang untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, berlaku kebangkitan rakyat dan peningkatan sokongan pengundi Cina dan bukan Islam kepada Pas dan PR di Johor yang selama ini dianggap sebagai deposit Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Saya ditarbiahkan ulama kita (Pas) supaya berjuang dengan realiti dan bukan fantasi. Di Johor, berlaku kebangkitan rakyat. Sokongan orang Cina kepada Pas dan Pakatan Rakyat cukup baik sekarang ini.

“Di Johor, saya yakin PR boleh menang antara 10 dan 12 kerusi Parlimen," katanya ketika berceramah di Pekan Kedai Buloh, di sini. Salahuddin mendakwa Umno dan BN juga bakal kehilangan banyak kerusi di Johor, Sabah dan Sarawak.

“Kita (Pas) bagi dia (BN) 'stroke' di Johor. Pada PRU13, jika kita (PR) boleh runtuhkan setengah (kerusi BN) pun sudah boleh ke Putrajaya, Insya- Allah,” katanya.

Sementara itu,Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, parti itu menerima apa sahaja sasaran PR di Johor, namun ia perlu bersandarkan pada track record sedia ada.

“Dulu mereka (PR) yakin akan menang di Sarawak. Kemudian sebulan berkampung di sana semasa pilihan raya negeri, tetapi tidak ada satu kerusi pun yang menang. Saya lihat orang di Kelantan yang sudah tidak mahu mereka.

“Bagi saya kita berperang dulu baru tahu siapa menang. Ini baru hendak berperang dah cakap apa sahaja,” katanya.

FITNAH MAKANAN UMNO!!! Adakah Fathul Bari akan mangsa fitnah Papa Gomo?

Aku ingatkan hanya sebahagian blogger-blogger dari UMB saja yang tak boleh terima hasil kerja tak bertamaddun si PapaGomo ni.. rupa-rupanya Fathul Bari Mat Jahaya pun tak boleh terima jugak..

Fathul Bari Mat Jahaya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekreteriat Ulama Muda UMNO kata dia tak setuju dengan kerja-kerja fitnah si PapaGomo itu..
SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekreteriat Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya pada sidang media di Kompleks Karangkraf semalam menolak budaya fitnah yang dilakukan oleh blogger pro Umno, Papagomo.

Beliau yang menjelaskan pendirian tersebut ketika menjawab pertanyaan pemberita berhubung budaya fitnah yang dilakukan oleh blogger pro Umno itu yang sentiasa menjadi topik utama kepada media pro kerajaan dalam usaha meraih sokongan undi.


"Saya katakan secara prinsip tidak setuju dengan bentuk fitnah dan provokasi yang dilakukan.


"Sewajarnya kita perlu perbetulkan dan memperbaiki keadaan, perlu bekerjasama dalam mengurangkan budaya melontar persepsi tanpa fakta dan bukti," jelasnya selepas program debat anjuran Sinar Harian.


Tambahnya lagi, didikan perlu dilakukan dalam membuat analisa sebelum menjatuhkan hukum - Harakahdaily

Secara prinsipnya pula aku sangat suka jika PapaGomo ini meneruskan kerja-kerja memfitnah pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya DS Anwar Ibrahim..

Jangan kurangkan tetapi tambahlah sebanyak mungkin sempena bulan Ramadhan ini, minta video lucah yang kononnya sipelaku adalah Anwar Ibrahim yang si Zamil kata nak edarkan pada PRU13 ini di Permatang Pauh.


Siarkan dalam Blog PapaGomo tu.. barulah rating atau hits boleh mengalahkan APA.


Lagi satu kalau ada video seks fitnah Nurul Izzah tu..simpan buat apa? siarkan sempena menyambut Aidil Fitri ni..


Yang bagusnya si PapaGomo ini ialah penulisan dan fitnahnya kini telah dianggap sebagai hasil kerja UMNO.. bagus!! teruskan..


Dan artikel fitnah yang ditulisnya disebarkan pula oleh Blogger-blogger UMB.. walaupun  Tun Faisal juga tak boleh terima kerja tak bertamaddun dia ni..


Tapi yang aku hairannya kenapa ramai penyokong Pakatan Rakyat dari kalangan wanita suka membaca blog si PapaGomo nih??


Kalau korang tak percaya wanita penyokong dan ahli parti dari Pakatan Rakyat suka baca Blog PapaGomo ni.. korang tanya wanita-wanita dari Pakatan Rakyat yang membaca Blog.. korang tanya "Blog apa yang anda baca".. tanya  dalam 20 orang..


Dari 20 orang tu sekurang-kurangnya 10 akan kata Blog PapaGomo.. tak percaya? Cubalah tanya..
ASD

CATU AIR DI MUSIM HUJAN!!! Membaca putar belit Kerajaan Pusat dan Syabas


Dengan musim hujan mutakhir ini, sukar bagi kerajaan Pusat untuk meyakinkan rakyat bahawa negeri Selangor akan bakal berdepan dengan krisis bekalan air. Cukup ironis, namun itulah sajian media BN saban hari kepada rakyat.

Memang benar. Yang dibicara bukannya air mentah atau air dipermukaan bumi yang dianugerahkan Allah melimpah ruah dalam bentuk hujan. Simpanan lebih besar lagi dari 7 empangan Selangor adalah air bawah tanah (ground water) yang jauh lebih lumayan yang juga belum dimanafaatkan.

Mengapa kerajaan Pusat menganggu dan mencabar kedamaian hidup pengguna dan rakyat di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya dengan isu ini? Mengapa mereka mahu cetus rasa takut, gundah-gulana serta keluh kesah rakyat? Mengapa mereka berhajat bagi menerbitkan rasa krisis di negeri di bawah Pakatan Rakyat ini?

Sekali lagi AIR cuba dijadi modal politik dan isu untuk menjatuhkan kredibiliti dan wibawa kepimpinan Pakatan Rakyat di bawah menteri besarnya. Berdepan dengan pelbagai kebejatan urus-tadbir yang serba dipertikaikan, khasnya pendedahan pelbagai kes rasuah dan salahguna kuasa elit pemerintah, kerajaan BN sememang mahu mengalehkan pandangan rakyat.

Apakah pemimin Umno-BN terlupa bahawa air dan penswastaannya di seluruh negara, khasnya di Selangor, adalah ‘jenayah’ dan ‘dosa’ yang belum lagi mereka tebus dan bertaubat? Ceritanya terlalu panjang untuk diziarahi kembali.

Tegasnya, umum sedar bahawa penswastaan air yang dilakukan dalam zaman Tun Mahathir gagal. Seperti mana gagalnya kebanyakan penswastaan utiliti dan perkhidmatan awam yang dulunya dikendali oleh kerajaan, kegagalan penswastaan air, cuba dirungkaikan ‘selamatkan’ dengan satu dasar bernama “Penstrukturan Semula Industri Air”. Terlalu banyak yang diselamatkan atau ‘bailout’.

Setelah hampir enam tahun selepas penubuhan Suruhanjaya Perkihdmatan Air Negara (SPAN, 2006) dan Akta Perkhidmatan Industri Air (WSIA, 2006) diperkenalkan bersama dengan pengenalan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB, 2006) bagi melaksanakan matlamat ‘penstrukturan’ dan ‘migrasi’ dari ‘regim konsesi’ ke ‘regim pajakan’, kerajaan Persekutuan masih gagal untuk menyempurnakan dasar ini untuk negeri Selangor. Mengapa?

Negeri-negeri lain termasuk negeri Pakatan seperti Pulau Pinang dan Kedah turut berjaya dilakukan ‘migrasi’ dan pemindahan asset-aset negeri kepada PAAB dan berakhir dengan Kementerian Pusat memberi hak pajakan bagi ‘merawat dan mengurus pengedaran’ air samada kepada kerajaan negeri atau pihak swasta. Contohnya, Johor pihak swasta yang dapat. Melaka dan Negeri Sembilan diberikan kepada kerajaan negeri.

Isunya ialah mengapa dalam kes negeri Selangor, kerajaan Persekutuan mengambil sikap yang berbeza? Mengapa kerajaan Persekutuan tidak mahu membuat keputusan untuk memberikan lesen pajakan kepada salah satu entiti ini: Kerajaan Negeri atau Pihak Swasta?

Nah, inilah isu besarnya yang kerajaan Pusat cuba mengelak untuk buat keputusan! Ia sekaligus membayangkan kedudukan serba–salah kerajaan Pusat dan khasnya Menteri KTTHA itu. Tidak sukar untuk membuat telahan mengapa sedemikian jadinya. Nak bagi kat swasta akan dituduh memberi kepada kroni yang telah jelas gagal, antara lainya; mengurangkan NRW atau “Air Tak Berfaedah” hasil kebocoran paip dan sebagainya serta juga gagal memenuhi beberapa terma konsesi tentang perolehan atau ‘procurement’.

Untuk diberikan kepada kerajaan negeri pula, jelas bertentangan dengan kepentingan membela kroni yang sememang hidup dengan ‘pemberian kontrak dan konsesi’ seperti ini.

Umum juga tahu bahawa sudah hampir 4 tahun kerajaan negeri mengemukakan pelbagai cadangan yang terbaik bagi menangani kemelut air di Selangor akibat air penswastaan air yang ‘menswastakan sektor yang untung’ yakni ‘rawatan air’ dan ‘merakyatkan’ sektor yang rugi yakni ‘pengedaran’.

Umum masih ingat tabiat ‘kecurangan dan pengkhianatan’ ini yang menyaksikan bagaimana Jabatan Bekalan Air Selangor (JBAS) pertama-tama diswasta aspek rawatan kepada Puncak Niaga, Abbas dan Splash. Sementara itu ‘aspek pengedaran’ yang ‘tak menguntungkan’ dikekalkan dengan JBAS yang kemudian dikorporatkan menjadi Perkhidmatan Uruan Air Selangor (PUAS) dan akhirnya juga diswastakan menjadi SYABAS (2005).

Syabas dalam pada itu menanggung kerugian sebanyak hampir RM1 bilion atas kos pembanguan (Capex dan juga Opex) sementara pihak pemilik konsesi mengaut keuntungan tetapi masih juga memerlukan hutang bagi kegiatan kos pembangunan atau Capex mereka.

Cerita untung dan rugi dan banyak mana dividen yang telah diagihkan serta hutang yang ditanggung oleh pemilik konsesi air Selangor ini, sarat di bawa dalam media, hal tentang gaji pengerusi, pengarah-penagarah dan kemewahan pejabat dan kereta dan sebagainya. Berita tentang dakwa-dakwi mahkamah satu yang cukup lumrah. Majalah ‘The Edge’ yang terkemuka itu sahaja telah banyak menjadikan isu ‘Air Selangor’ ‘lead story’ mereka beberapa kali. Jenuh dan bosan rakyat membacanya.

Bagi menggemparkan rakyat dan pengguna terkini, Syabas dan sekutu-sekutu NGOnya mendedahkan bahawa keperluan terkini rakyat Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur sudah meningkat ke paras 4329 MLD (juta liter sehari) sementara keupayaan kesemua pihak konsesi rawatan air hanya mampu membekalkan maksimum sebanyak 4371 MLD termasuk, kononnya, loji di empangan Sungai Labu yang baru.

Ini macam pendekatan “Shock Doctrine’ buku karangan Naomi Klien bagi mengejutkan lawan dan seteru politik. Cumanya, Menteri Besar Selangor ini bukan calang-calang lawan yang boleh dijatuhkan begitu sahaja. Bukankah beliau yang merancang strategi menggunakan ‘shock doctrine’ melalukan ‘morning raid’ di Bursa ‘London Stock Exchange’ bagi mendapatkan 51% saham untuk PNB ke atas syarikat gergasi British Kumpulan Guthrie dalam tahun 1981?

Lalu belum sempat kejutan tentang krisis air itu dapat dirasakan oleh rakyat Selangor, MB ini telah menghendap balas dengan ‘pengistiharan mengambilan pengurusan Syabas’. Mengikut perjanjian konsesi penswataan air, kerajaan negeri melalui peruntukan klausa 32, berhak mengambil balik pengurusan pengedaran air sekiranya pihak konsesi gagal memenuhi dan komplian kepada terma-terma perjanjian.

Persoalan samada kerajaan negeri mampu mengambil alih secara teknikal pengurusan pengedaran air yang selama hari ini dikendalikan oleh Syabas menjadi isu kedua. Ramai kakitanagn Syabas dengarnya bersedia berkhidmat dengan kerajaan negeri. Pokoknya, kerajaan negeri punya kuasa yang termeterai dalam peruntukan perjanjian konsesi.

Nah, masakan tak gelabah pihak Syabas. Hampir nak terkencing pengerusinya agaknya. Penulisan ringkas ini tidak berupaya menyenaraikan pelbagai aspek polemik dan pertikaian isu air ini. Ini bukan pentas dan forumnya. Cumanya nak dikatakan bahawa pihak kerajaan Umno-BN tersasar dalam membuat congakan dan percaturannya meleset.

Kini kerajaan negeri mencabar Syabas bahawa mereka akan menghantar satu kumpulan profesional untuk meneliti operasi harian Syarikat Bekalan Air Selangor itu, bagi mengenalpasti keadaan semasa air terawat di negeri ini.

Putar-belit isu Langat 2 dalam menggarap isu ‘krisis kerkurangan air’ di Selangor ini, lebih menampakkan kebobrokan dan pengkhianatan Umno-BN kepad rakyat. Projek yang menelan RM8.65 bilion seluruhnya itu, pada asasnya adalah untuk menangani bekalan air mentah (dan juga rawatan kemudiannya), sebagai projek perpindahan antara negeri yakni bekalan dari Pahang. Isu di sini bukan bekalan air mentah! Kenapa nak belanja sampai RM8 bilion?!

Tentunya lebih banyak tandatanya dan persoalan yang menerjah pemikiran rakyat. Bingung rakyat. Kenapa kerajaan Persekutuan mahu menambah statistik hutang yang sudah mencecah RM456.3 bilion itu? Lebih penting lagi, apakah itu prioritinya?

Paling memalukan terkini adalah penubuhan sebuah jawatankuasa Kabinet bagi menangani ‘krisis air’ ini. Lebih ‘aib lagi adalah keanggotaannya! Sudahlah TPM yang mempengerusikannya, anggota macam Menteri Pertanian itu takpayahlah. Menteri Wilayah itu menasabah juga sebab menyangkut kepentingan rakyatnya. Tetapi Menteri Senator di JPM itu buat apa dimasukkan juga kerana kalaulah untuk ‘power’ penyampaian power-pointnya itu, boleh di koop kemudian sahaja.

Umum terus bertanya perwakilan kerajaan negeri Selangor dan pakar-akar air dari pihak NGO yang bi-partisan dan juga pihak profesional kenapa tak ada?

Kesilapan-kesilapan maha besar kerajaan Umno-BN dihujung-hujung parlimen ke-12 ini semakin terdedah dan terserlah. Apakah begitu nasibnya di saat nazak pemerintahan ini, yang telah terlalu lama berkuasa – lebih  5 dekad!. Cukuplah!


----------------------------------------------------------------
Penulis adalah Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat yang juga anggota Parlimen Kuala Selangor.

JUAL TANAH ORANG MELAYU!!! Dua pemimpin UMNO P.Pinang kaut untung RM5 juta hasil jual tanah Melayu Balik Pulau?



Musa Sheikh Fadzir


Klik di gambar untuk pembesaran imej dokumen bukti

DUA pemimpin Umno Pulau Pinang didakwa sebagai pengkhianat serta seakan menghalau Melayu dari pulau apabila berjaya memujuk 31 pemilik tanah di Kampung Terang, Balik Pulau untuk menjual tanah masing-masing.

Mereka, Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Datuk Omar Faudzar (Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional Pulau Pinang) melalui syaraikat hartanah Maison Heights Sdn. Bhd. (849163-W) didakwa berjaya membeli tanah tersebut dengan harga RM8.6 juta (RM8,563,983.12) pada 31 Januari lepas.



Pembantu Khas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Mohd. Yusri Yaacob mendakwa, Maison Heights yang dikuasai oleh kedua-dua pemimpin parti pendesak Melayu itu pada 16 Mei lepas telah menjual tanah tersebut kepada Kay Pride Sdn. Bhd. pula dengan harga RM13.5 juta (RM13,457,664.00).

"Dalam masa 5 bulan sahaja Maison Heights Sdn Bhd telah mendapat keuntungan hampir RM 5 juta.

"Dengan fakta ini terbukti bahawa selama ini Pimpinan UMNO Pulau Pinang yang 'menghalau' orang Melayu keluar dari Pulau Pinang,"
kata beliau melalui e-mel kepada wartawan.

Perkembangan terbaru ini didedah semasa pihak pembangkang Pulau Pinang khususnya Umno ghairah menuduh pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng cuba menindas serta cuba mengusir Melayu dari negeri berkenaan.Kedah Kini

UMNO JUAL BERIBU EKAR TANAH!!! Tapi tak kutip bayaran premium

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan tindakan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membeli Talam Corporation Bhd (Talam) walaupun syarikat itu dihimpit dengan bebanan hutang berjuta ringgit.
Menyifatkan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor paling berkaliber kerana bijak menguruskan ekonomi negeri, Anwar berkata Khalid tidak patut dipersalahkan apabila Selangor terpaksa menanggung RM392 juta hutang Talam.

Katanya, isu ini sebenarnya berpunca daripada bekas Menteri Besar Dr Mohd Khir Toyo yang bertindak menjual beribu ekar tanah Selangor kepada Talam namun gagal membayar premium tanah walaupun mendapat geran yang sah sehingga menyebabkan hampir dilelong bank.


“Tan Sri Khalid urus ekonomi dalam empat tahun ni tiada tolok tandingnya dengan mana-mana Menteri Besar sebelumnya.

“Khalid terpaksa hutang RM400 juta untuk ambil balik nak selamatkan (tanah daripada dilelong) kamu kata dia jahat.

“Tapi (individu) yang jual tanah itu kamu lupa…ini zaman edan,” katanya dihadapan kira-kira 3,000 penyokong dalam Ceramah Merdeka Rakyat di Jalan Kebun di sini malam tadi.

Pentadbiran Khalid kini dihimpit dengan tekanan isu menguruskan penstrukturan hutang Talam membabitkan jumlah nilai sehingga RM1 bilion.


Ketua Umum PKR itu turut menegaskan pentingnya peranan anak muda menangani politik kotor, zalim dan menolak sistem pentadbiran yang mengamalkan rasuah.


Katanya, anak muda tidak seharusnya mudah terpedaya dengan habuan wang ringgit yang ditaburkan untuk menjalankan kerja politik kotor pihak lawan.


“Jangan kerana RM20 maki orang, baling batu. Saya pergi Johor kereta kena, saya pergi Lembah Pantai kena baling batu…anak muda (dengan hanya) RM20 khianat semangat perjuangan.

Pencacai rasuah

 
“Ini laskar upahan Umno yang cukup rendah akhlaknya. Apa yang hebat kalau anak muda tidak berani menyatakan yang benar kalau jadi perkakas dan pencacai rasuah,” katanya.


Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut berpendirian untuk terus mempertahankan hak dan agama semua kaum sekiranya Pakatan Rakyat memerintah sekaligus menepis dakwaan pihak lawan yang bimbang negara ini akan hilang kedaulatan sebagai negara Islam dan hak Bumiputera.

“Pemimpin ambil bilion ringgit dan jadikan kita kuli, orang hina kaum kita, hina agama, pecahbelahkan rakyat.
“Pergi kepada masyarakat Cina dakwa Islam PAS merbahaya buat mereka. Pergi kepada masyarakat Melayu pula kononnya kuasa kepentingan Melayu akan terhakis…sebenarnya yang merampas itu pimpinan saudara.

“Adakah kerana saya ingin jadi Perdana Menteri saya sanggup gadaikan hak Melayu dan kepentingan Islam? Tidak sama sekali,” katanya.


Turut hadir berceramah Ahli Parlimen Machang Datuk Saifuddin Nasution, Ahli Parlimen Kota Raja Dr Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching, Exco Selangor Dr Xavier Jayakumar, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda Suhaimi Shafiei, dan bekas Adun Pulau Manis, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz.


Suasana ceramah malam tadi turut berlangsung dengan aman tanpa sebarang gangguan walaupun sebelum itu terdapat khabar angin kebimbangan akan berlakunya provokasi daripada kumpulan ‘samseng Jalan Kebun’ yang sebelum ini mengganggu ceramah anjuran NGO Asal Bukan Umno (ABU) dan Hindraf.-FMT




Battle in Penang’s Malay heartland...

Nestled amid a vast agricultural tract of mainland Penang are several Malay-majority constituencies that are seeing intriguing political skirmishes ahead of the next general election.

Two of these – the neighbouring parliamentary areas of Kepala Batas and Tasek Gelugor – have been known as “super-safe” seats for Umno. This may no longer be the case.
 

Most constituencies in Pakatan Rakyat-controlled Penang are widely deemed to have overwhelming Chinese support for the DAP and its coalition partners, and would be difficult for Barisan Nasional (BN) to win. So the focus is likely to be on the Malay heartland where Umno has traditionally ruled supreme.

Like rural Balik Pulau on the island, which Umno dramatically lost to PKR in the 2008 election, there are now doubts about whether Umno can hang on to Kepala Batas and Tasek Gelugor. In particular, PAS’s grassroots activities have significantly intensified in these areas.

With a Malay-majority population of more than 90%, Kepala Batas has been a stronghold of local boy Tun Abdullah Ahmad Badawi, the former prime minister, for two decades.

Tasek Gelugor, which has a similar Malay ratio, has as its MP Tan Sri Nor Mohamed Yackop, who is a minister in the Prime Minister’s Department.

A third constituency, Permatang Pauh, is the stronghold of PKR supremo Datuk Seri Anwar Ibrahim and is almost impossible for his opponents to win.

Yet another, the mixed-race Nibong Tebal constituency, which Umno lost to PKR in 2008 (its MP Tan Tee Beng is now an independent), will see a renewed challenge from Umno’s state chief Datuk Zainal Abidin Osman.

But it is Kepala Batas and Tasek Gelugor that Umno must defend tooth and nail to retain its self-respect and morale in Penang.

Abdullah is not likely to contest in Kepala Batas as he retires from politics. Unless Umno can find a giant local personality to take over, it faces the risk of PAS mounting a powerful challenge with its expanding rural support.

As it is, there has been talk of PAS’s charismatic deputy president Mohamad Sabu, better known as Mat Sabu, coming here to give the local Umno machinery a run for its money. Another person who may contest and win the seat is PKR president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Umno may place its youth information head Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, who worked as an aide to Abdullah in the Prime Minister’s Office, to contest here. But it is uncertain he would be able to garner enough votes.

The only person who can confidently win for Umno is state opposition leader Datuk Azhar Ibrahim, who has been Penaga assemblyman for six terms, but he is retiring from politics due to ill health.

Umno’s uncertainty is even more pronounced in Tasek Gelugor. Local strongman Datuk Seri Shariff Omar held the MP’s seat before 2008 but had to give way for Nor Mohamed to contest in the last election. (The Umno leadership had assigned Nor Mohamed, whose senate term was coming to an end, the safe Tasek Gelugor seat so he could become MP and remain a minister.)

Things have become exciting as Shariff recently issued a warning. He is disappointed at the way he was compelled to give up the seat for Nor Mohamed in 2008.

Shariff has made it clear that he has felt slighted since stepping aside in 2008. The former deputy chief minister said he is prepared to contest Tasek Gelugor for Umno again if called by the party.

What made his statement interesting was that he refused to deny speculation he may contest under a PAS ticket. Should PAS recruit Shariff, who is immensely influential here, it would almost surely win the seat from under the nose of Umno.

“If let’s say I contest with a different party, what is there to be scared?” he said, declining to comment if there were unfulfilled “promises” made to him, including being made Penang’s next governor, if he stepped aside for Nor Mohamed.
 

Shariff has even admitted to be close to opposition head Datuk Seri Anwar Ibrahim (“we began our political careers together”) and other Pakatan Rakyat leaders, naming DAP’s Lim Kit Siang and Lim Guan Eng, and Mat Sabu as his friends.


The scenario offers a dramatic new dilemma within Umno in this traditionally safe seat; one that PAS and its Pakatan partners must relish in taking advantage of in the next election.- Himanshu Bhatt,theSundaily

 
 


 


 






PEMIMPIN PR CABAR POLIS!!!! Dedahkan bukti jangan buat fitnah untuk jaga UMNO

  PDRM diminta jaga negara, bukan Umno 

KUALA LUMPUR: PDRM Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta menjaga kepentingan negara bukannya menjaga kepentingan Umno dengan membuat fitnah kepada pihak lain.

Polis juga diminta jangan menimbulkan suasana tidak tenteram di dalam negara ini, apabila cuba mengaitkan PAS dan Pakatan Rakyat telah diresapi oleh gerakan JI dan komunis.

Permintaan ini dibuat oleh AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar).

Terbaru Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin berkata Cawangan Khas itu mengesan beberapa elemen JI cuba meresapi PAS selain elemen gerakan komunis dalam DAP.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan syarahannya bertajuk "Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama" pada Konvensyen Pemimpin Muda Negara di Parlimen anjuran  Parlimen Malaysia bersama-sama Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi, Institut Pendidikan Guru dan Majlis Belia Malaysia.

"Jika benar perkara ini kenapa  polis tidak bertindak segera, sebaliknya perkara ini telah didedahkan kepada pelajar di dalam taklimat keselamatan.

"Apakah ini modus operandi polis, dedah dahulu baru hendak bertindak?" soal Idris.

Kalau perkara keselamatan negara pihak polis hendak mempolitikkan, maka amat malang negara mendapat perkhidmatan polis seperti begini, kata Idris.

Beliau seterusnya mempersoalkan, mana ada di dunia ini, pihak keselamatan sebuah negara mencerita dahulu, kemudian baru bertindak.

"Pihak PDRM jangan memalukan negara, apabila perkara besar sudah menjadi rahsia umum.

"Modul mana pihak PDRM belajar, suatu perkara yang merbahaya didedahkan kepada umum terlebih dahulu.

"Sampai bila negara akan selamat jika tektik heboh dahulu baru bertindak," soal beliau.

Idris juga bertanya, kenapa pihak PDRM tidak bertindak kepada keganasan yang dilakukan oleh penyokong Umno seperti keganasan di Jalan Kebun Kelang, Lembah Pantai, Imam Masjid Teras Jernang ditumbuk, serangan kepada Ambiga di Merlimau Melaka.

"Apakah ini semua tidak menggugat ketenteraman awam dan merbahaya keselamatan negara. Apakah negara kita ada dua undang-undang.

"Jika penyokong Umno buat tak mengapa walaupun sudah dibuat laporan. Sedangkan tuduhan terhadap PR hanya andaian terus dihebah di dalam media.

"PDRM bertindaklah secara profesional, jagalah negara bukan jaga Umno," pinta beliau

Polis menipu jika gagal dedah ‘pengganas’ – Nik Nazm


PETALING JAYA, 20 Julai: Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad mencabar polis mendedahkan identiti pemimpin Pakatan Rakyat yang dikaitkan dengan Jemaah Islamiah (JI) dan komunis.

Beliau berkata, kegagalan berbuat demikian membuktikan polis cuba menipu rakyat dengan tuduhan tidak masuk akal.


“Kalau ada bukti, sila dedahkan. Kami pun nak tahu siapa individu terbabit. Kalau tiada bukti mereka perlu minta maaf,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di sini hari ini. Hadir sama Naib Presidennya Nurul Izzah Anwar.


Semalam Bernama melaporkan risikan polis Cawangan Khas mendedahkan Jemaah Islamiah (JI) dan komunis meresapi KEADILAN, PAS dan DAP. Malah polis menuduh individu yang dikaitkan dengan gerakan terbabit cuba menjadi calon dalam pilihan raya umum akan datang.

Ahli Dewan Undangan (ADUN) Seri Setia itu menyifatkan tuduhan tersebut sudah lapuk dan dikitar semula disebabkan Umno BN kini benar-benar terdesak.

“Mereka sebelum ini tuduh kononnya DAP nak dirikan negara Kristian, jadi buat apa JI nak sokong DAP. Parti Komunis pulak tak percaya kepada tuhan, jadi kenapa mereka nak sokong PAS. Ini jelas tak masuk akal,” katanya.

Beliau kesal dengan tindakan Umno BN memperalatkan polis semata-mata untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat.

“Saya nasihatkan polis melaksanakan tanggung jawab membanteras jenayah yang semakin serius. Jangan keliru dengan peranan tersebut,” katanya.

Beliau turut menyelar polis apabila berdiam diri terhadap hubungan rapat antara Umno-Parti Komunis China dan MCA-Parti Komunis Korea Utara.

Nik Nazmi turut menempelak Pemuda Umno yang berbangga terhadap hubungan rapatnya dengan Pemuda Komunis China.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=33105
.

 Karpal cabar SB namakan mereka didakwa JI, komunis

Pengerusi DAP Karpal Singh mencabar polis Cawangan Khas supaya menamakan mereka yang didakwa anggota Jemaah Islamiah (JI) dan komunis yang dikatakan cuba meresapi parti-parti pembangkang

NONESambil menyifatkannya sebagai satu tuduhan liar, Karpal, yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor, berkata langkah itu hanya cuba untuk melemahkan Pakatan Rakyat.

"Saya mencabar Cawangan Khas untuk menamakan anggota JI
dan komunis yang dikatakan telah meresapi Pakatan Rakyat," katanya sambil menambah bahawa ia semata-mata satu taktik licin untuk melemahkan pakatan pembangkang.

Karpal (kanan) telah ditemui selepas prosiding pertuduhan hasutan terhadapnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

JUBAH UNTUK IMAM & AJK MASJID!!! Untuk tutup skandal rasuah dan seleweng kuasa Najib


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiahkan jubah kepada 14,254 imam dan 138,746 ahki jawatankuasa masjid-surau demi memperbaiki imej beliau yang dikaitkan dengan pelbagai skandal rasuah dan penyelewengan kuasa.

Inisiatif itu dibuat mungkin selepas meyakini bahawa majoriti Melayu khususnya golongan beragama bakal menolak Umno Barisan Nasional secara besar-besaran semasa Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

"Sebab kita sudah sampaikan awal, saya harap tok imam pakailah (jubah daripada) kain baru ini pada 1 Syawal nanti," katanya pada Majlis Himpunan Perdana Warga Imam di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang, semalam.

"Selain itu, kita akan beri dua tong air zam-zam dan kurma untuk seluruh masjid dan surau (solat Jumaat) seluruh negara,"


Najib turut mengumumkan jumlah imam serta pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang ditawar mengerjakan haji di bawah penajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tahun ini dinaikkan kepada 400 orang, berbanding kira-kira 100 orang tahun lepas.


Dalam ucapannya, Perdana Menteri mengingatkan bahawa masjid tidak boleh digunakan sebagai platform untuk menabur fitnah dan kebencian yang merosakkan perpaduan umat Islam di negara ini.


Dalam Majlis Himpunan Perdana Warga Imam itu dilaporkan 11,000 ribu imam dan jawatankuasa masjid seluruh negara telah dikerah menghadirinya.

Hadirin yang dikerah berkenaan turut menerima 'token' RM100 melalui peruntukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)


Difahamkan, sebanyak RM2 jta wang rakyat dihanguskan oleh JAKIM bagi agenda politik peribadi Najib.


Sumber laporan :
Faqar