KUALA
LUMPUR, 30 Julai – Tindakan dua pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah
keluar parti hujung minggu lalu akan menyebabkan tarikh pilihan raya
umum (PRU) sekali lagi ditangguh dari September ke hujung tahun oleh
kerana BN perlu memastikan negeri Borneo tersebut terus menjadi
‘simpanan tetap’ kepada BN, kata sumber.
Sumber BN dari Sabah dan Kuala Lumpur mengatakan selepas ahli parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing (gambar)
dan ahli parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin keluar menyokong
Pakatan Rakyat (PR) adalah diantara sebab Datuk Seri Najib Razak
terpaksa melihat semula tarikh baru pilihan raya mengejut selepas dari
pembentangan belanjawan pada 28 April untuk mandat peribadi beliau, tiga
tahun tiga bulan selepas ambil alih kuasa pada April 2009.
“Ia tidak mungkin pada bulan September sekarang walaupun
Umno dan rakan-rakan sudah bersedia untuk pilihan raya, “kata seorang
sumber BN dari Kuala Lumpur kepada The Malaysian Insider.
“Umno
perlu memastikan, Sabah dan Sarawak kekal menjadi simpanan tetap dan
memberikan banyak kerusi oleh kerana di Semenanjung, undi Melayu
berpecah,” tambah sumber tersebut dengan menambah Umno hanya mendapat 79
kerusi dalam pilihan raya 2008.
Sumber
ini yang memberitahu The Malaysian Insider bahawa pilihan raya mengejut
akan berlaku pada bulan September jika Najib meneruskan rancangan untuk
membubarkan parlimen pada bulan Ogos, sembilan bulan sebelum mandat BN
tamat pada April 2013. Terdapat berberapa tarikh yang menjadi buah mulut
dalam tahun lalu walaupun perdana menteri keenam Malaysia itu telah
menyatakan keyakinannya untuk mendapat majoriti kerusi Dun dan Parlimen.
Sebelum
dua pemimpin BN Sabah ini belot, BN mengawal 22 daripada 25 kerusi
parlimen di Sabah dan satu di Wilayah Persekutuan Labuan. Dalam pilihan
raya 2008, BN hilang penguasaan tradisi dua pertiga di parlimenoleh
kerana kekalahan teruk di semenanjung di mana BN menang 85 kerusi
manakala pembangkang mendapat 80 kerusi.
Penyelamat
BN adalah Sabah, Sarawak dan Labuan dimana gabungan tersebut menang
besar apabila mendapat 55 kerusi manakala pembangkang mendapat dua
kerusi. Namun selepas hujung minggu ini, BN kini mengawal 136 kerusi, PR
76 kerusi, SAPP dua dan lapan calon bebas dari 222 kerusi Dewan Rakyat.
Menurut
sumber BN Sabah lagi, kemungkinan besar tarikh pilihan raya umum tidak
lagi September memandangkan perkembangan terbaru di negeri tersebut,
tampuk pemerintah perlu memastikan tiada kesan serius menerusi tindakan
keluar parti oleh dua MP veteran itu. Lajim ialah timbalan menteri dan
ahli majlis tertinggi Umno manakala Bumburing ialah timbalan presiden
Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut (Upko).
“Mereka
berdua tidak ada pengaruh yang kuat di luar kawasan mereka namun
keadaan ini boleh merebak dan akan menjadi satu faktor sekiranya pilihan
raya diadakan dalam jangkamasa terdekat ini. Lagipun, keadaan ini boleh
membarah dan tetap akan menjadi satu masalah nanti,” katanya lagi.
Telah
wujudnya spekulasi sejak bulan Jun yang Bumburing dan Lajim akan keluar
dari BN and menyokong PR tetapi ia tidak berlaku sehinggalah minggu
lepas. “Ini merupakan satu misteri kenapa BN tidak mengambil tindakan
awal terhadap mereka berdua,” kata sumber BN Sabah lagi.
Najib
telah berkata minggu lagi yang beliau akan mengambil tindakan terhadap
Lajim yang melepaskan semua jawatan parti pada hari Isnin. Perdana
menteri sebelum ini telah memberi tumpuan pada Sabah dan telah
mengumumkan penubuhan Royal Commission of Inquiry (RCI) yang telah
dinanti-nantikan untuk menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin
walaupun masih belum mempunyai terma dan komposisi untuk panel masih
belum diketahui.
Menurut
seorang penganalisis, BN selama ini melayan Sabah dan Sarawak sebagai
tempat yang pasti menang dalam perlawanan untuk mendapatkan undi Melayu
di semenanjung. “Kehilangan undi Melayu boleh ditampung dengan undi dari
Sabah dan Sarawak, tetapi kini tidak ada sesiapa yang boleh menjamin
apakah masih terdapat simpanan tetap,” kata seorang penganalisis politik
yang tidak mahu namanya diketahui kepada The Malaysian Insider.
Pensyarah
UiTM Sabah, Arnold Puyok memberitahu pada minggu lalu bahawa kajiannya
menunjukkan BN boleh kalah 14 kerusi yang mereka pegang di negeri
tersebut, termasuk Kota Kinabalu, Sandakan dan Pensiangan yang
dikategorikan sebagai kerusi mudah menang bagi parti pembangkang.
Kerajaan
Najib mendapat 42 peratus sokongan terhadap prestasi memberikan
tamparan kepada kerajaannya dalam survey yang dijalankan oleh Merdeka
Center di semenanjung, menurun enam peratus dari bulan sebelumnya.
Akan
tetapi, perdana menteri kekal popular dengan sokongan sebanyak 64
peratus pada bulan Jun, menurun satu peratus berbanding Mei. Penyandang
jawatannya, Tun Abdullah Badawi memasuki pilihan raya 2008 dalam keadaan
mendapt 71 peratus sokongan tetapi hilang penguasaan majoriti dua
pertiga di parlimen.
Najib
dilihat sebagai ahli politik paling berkerja keras dengan pelbagai
lawatan ke tempat berbeza termasuk yang terbaru, program ‘Jelajah Janji
Ditepati dan pemberian tunai dan janji untuk membantu rakyat dari
demografi berbeza.