Monday, August 20, 2012

SAMPAH!!! Salah Kerajaan pusat, jangan pula dok fitnah Kerajaan Kedah


Oleh Mat Kering Bakaq Bata


Sejak kerajaan Pusat (BN) ambilalih pengurusan sisa pepejal nampaknya sampah sarap makin tidak terurus. Rakyat Kedah mengamuk sakan musim raya ni akibat sampah yang tidak diangkut, khususnya di Daerah Kota Setaq ni syarikat E Idaman dok sibuk bakaq lemang dan mabuk ketupat kot sampai tak sempat urus sampah.

Dulu masa Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Chor Chee Heung mai ambik alih kerja pengurusan sampah dari kerajaan negeri, dia berjanji akan uruskan sampah dengan lebih baik, malangnya JANJI BN TAK DITEPATI!

Kepada mana2 pihak yang kawasannya bertimbun sampah sarap tak berangkut jangan lupa hubungi Datuk Chor atau Datuk Ahmad Bashah atau terus ke talian berikut E idamam en ayob 012-3560372/019-2373686 sisa pepejal puan fidzilah 04-7354286/019-4763009 en saiful 013-67252474.

Kalau depa tak angkat hangpa report dekat SPRM.Kedah La

PRU 13 SABAH!!! BN bakal tumbang di semua kerusi majoriti KDM dan Cina



PILIHANRAYA UMUM Ke-13 Sabah kali sememangnya dijangkakan yang paling sengit selepas pilihanraya 1985. Jika pada PRU 1985 itu, satu sejarah telah tercatat apabila Kerajaan Berjaya yang gagah perkasa atas sokongan Kuala Lumpur telah ditumbangkan di bumi Sabah oleh Parti Nyamuk (PBS) pimpinan Datuk Joseph Pairin Kitingan.

Kini setelah 27 tahun berlalu, adakah sejarah berkenaan akan berulang lagi? Tidak dinafikan, angin perubahan sedang bertiup kencang dan rata-rata rakyat Sabah sedang menunggu hari mengundi sahaja kali ini.


Rasa muak dan jengkel semakin membara, terutama semangat ingin menukar baju baru di hati mereka sememangnya telah terpendam sejak PRU 12 lalu; Apatah lagi selepas melihat warga Semenanjung yang meniupkan TSUNAMI sehingga takhta BN di 5 negeri telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan memaksa Tun Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Najib.

Berbalik pada PRU 13 Sabah kali ini, sememangnya kawasan KDM dan Cina yang dimenangi BN dalam PRU-12, kini berada dalam bahaya dan bakal jatuh ke tangan pembangkang.


Kesungguhan pembangkan memainkan isu 20 perkara, royalti minyak, Sabah adalah sebuah Negara dalam pembentukan Malaysia; Borneonisasi dan paling mujarab isu Pendatang Asing di bumi Sabah.


Kesemua isu ini nampaknya telah meracuni fikiran masyarakat KDM dan Cina serta 40% orang Islam sejati Sabah. Jentera Penerangan BN dan Pemimpin BN Sabah nampak tidak berdaya melawan dan menangkis senjata tajam yang telah dimainkan oleh STAR dan SAPP; dua parti yang mendakwa menjadi harapan rakyat Sabah kali ini.


Rakyat Sabah yang begitu sensitif dengan isu parokial, etnocentrisme dan kenegerian begitu ketara di era 85 apabila isu sekecil penyerahan Pulau Labuan telah menjadi senjata menumbangkan Kerajaan Berjaya.


Jika kita analisa, kawasan KDM hanya tinggal 18 kerusi, yang semuanya dikuasai PBS, UPKO, dan PBRS, dengan majoriti di antara 171 undi majoriti paling tipis kemenangan di N 33 Bingkor dan majoriti paling tinggi 5,455 undi di N 40 Labuk. Sementara 16 kerusi yang lain, adalah di bawah 2,900 undi.


Sementara itu, kawasan Cina hanya tinggal 9 kerusi yang 95% adalah pengundi Cina dan 3 lagi iaitu N 2 Tanjung Kapor, N 14 Likas serta N 58 Merotai hanya mempunyai 55 % pengundi Cina.


Jika trend angin orang Cina terhadap BN, seperti pilihanraya Sarawak yang lalu dan dengan sentimen yang sedang dimainkan oleh SAPP dan DAP, kita percaya kesemua 11 kerusi ini bakal jatuh ke tangan pembangkang Sabah.


Jika di analiasa dan kita lihat peluang pembangkang Sabah kali ini, sudah separuh kaki pembangkang telah menjejaki Pejabat Jabatan Ketua Menteri di Teluk Likas. STAR dan SAPP dijangka dapat merampas kesemua kerusi KDM ini dan SAPP dan DAP pada kesemua kerusi Cina.


Jika 18 kerusi dicampur 11, maka jumlahnya adalah 29. Ini bermakna pembangkang hanya perlu 3 kerusi lagi untuk membentuk kerajaan baru Sabah dengan 'simple majoriti'.


Mari kita tengok pula kawasan Umno yang dirasakan ada peluang dirampas daripada BN. Kita hanya 'target' dan analisa 5 kawasan yang Umno menang hanya menang di bawah 2,500 undi dan peratus keluar mengundi di kelima-lima kawasan ini adalah bawah 66%.


Kawasan tersebut ialah;


N 1 Banggi undi majoriti - 2,024

N 43 Sekong undi majoriti - 2,189
N 48 Sukau undi majoriti -2,107
N 49 Tungku undi majoriti 2,389
N 52 Sulabayan undi majoriti 2,037

Kesemua lima kawasan Umno ini, peluang pembangkang boleh merampas kerusi ini menerusi PKR. Andai peratus yang keluar mengundi kali ini boleh mencapai sehingga 90 % ke atas, serta pengundi atas pagar ini menyebelahi PR Sabah dan juga yang paling mustahak, pengundi hantu tidak digunakan BN kali ini.


Kita sangat pasti dengan angin perubahan dan Tsunami yang bakal melanda ini akan dapat menukar kerajaan BN-UMNO dengan kerajaan rakyat Sabah.


Oleh: MOHD DANIAL ABDULLAH

MCA TOLAK HUDUD TERANG-TERANGAN!!! Ulama pencacai UMNO bisu, Mahathir pula gundah gulana



Mahathir gundah gulana pasai hajat besarnya untuk mengislamkan undang-undang negara diludah MCA kelmarin...

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno amat mengalukan-alukan penyertaan Pas dalam parti itu jika ia berpisah dari Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, pelaksanaan hudud hanya dapat dilakukan jika Pas menyertai Umno untuk bersama-sama membina negara dan menggubal perundangan Islam. Selanjutnya disini...
TIBA-TIBA...



MCA, rakan sebantal Umno secara terang terangan... bagai menyuluh ditengahari menolak hudud dilaksanakan dinegara Islam ala Umno neh...

MCA Selangor, Datuk Donald Lim berkata jika Selangor dan negeri-negeri lain di negara ini dikuasai atau kekal di bawah pemerintahan BN, ia tidak akan menjadi negara Islam. Selanjutnya disini...Kahkahkah...Tahniah MCA kerana berjaya membuatkan Mahathir gundah gulana... Cita-cita murni Mahathir untuk melaksanakan hudud di Malaysia hancur berkecai dipijak-pijak oleh ulamak-ulamak MCA....
Kahkahkah...


Setiap kali Umno nak MAMPUIH...
Ayat neh lah yang akan digunakan Umno untuk mengurut kepala Pas... Herannya, ada jugak segelintir dalam Pas yang masih menitik ayaq liuq dan sanggup mendepa tangan bersama-sama...Kedahkini

Tun Mahathir Mohamad (dua, kiri) menyampaikan duit raya kepada penduduk di bahagian Dewan Undangan Negeri Ayer Hitam.

Hudud boleh dilaksana jika Pas sertai Umno



JERLUN - Umno boleh memperkenalkan hukum hudud jika Pas bergandingan dengan parti teras Barisan Nasional (BN) itu, dengan membangunkan sebuah negara Islam.


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno amat mengalukan-alukan penyertaan Pas dalam parti itu jika ia berpisah dari Pakatan Rakyat (PR).


Beliau berkata, pelaksanaan hudud hanya dapat dilakukan jika Pas menyertai Umno untuk bersama-sama membina negara dan menggubal perundangan Islam.

“Sebelum itu, kita harus pastikan hudud yang akan dilaksanakan adalah bukan hudud Pas, sebaliknya hukum hudud yang ditetapkan oleh agama Islam.

“Pas harus keluar dari PR secepat mungkin kerana mereka saling berpelukan dengan orang kafir yang secara nyata menolak hudud,” katanya kepada Sinar Harian selepas majlis sumbangan dan berbuka puasa peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) Ayer Hitam, di Masjid Pekan Jerlun, di sini, semalam.


Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, sudah tiba masanya Pas meninggalkan PR dan menetapkan pendirian sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.

“Apabila Pas meninggalkan PR yang disertai parti bukan Islam, baru mereka boleh meneruskan perjuangannya yang didokong selama ini.

“Selagi Pas bersama parti yang tidak mengakui Islam adalah agama unggul, hukum hudud tidak dapat di laksanakan,” katanya.


Menurutnya, dunia mengiktiraf Malaysia adalah sebuah negara Islam tetapi ia tidak dapat melaksanakan hudud kerana Malaysia mempunyai kehidupan masyarakat yang berbilang kaum dan agama.


“Umno akan mewujudkan sebuah negara Islam yang lengkap jika Pas berbesar hati untuk menyertai Umno.

“Negara Islam lain juga menaruh harapan kepada Malaysia, namun masih ada orang yang cuba memecahbelahkan orang Islam. Oleh kerana itu hajat kita tidak tercapai.

“Untuk membina sebuah negara Islam, orang Melayu harus bersatu dalam satu pakatan dan membangunkannya secara lengkap.

“Kita tidak usah mempedulikan orang yang memperjuangkan hanya untuk menjadi Perdana Menteri, sebaliknya semua orang Melayu dan Islam mesti bersatu untuk membina sebuah negara Islam dan melaksanakan hudud,” katanya.

TAK PERCAYA!!! Ini bukti golongan belia sokong kepimpinan Najib?


BIAR GAMBAR BERBICARA SENDIRI.


PUTRAJAYA, 20 Ogos — Majoriti rakyat menerima dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan konsep 1Malaysia secara terbuka, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk S.K. Devamany.

Lebih membanggakan, katanya golongan belia yang merupakan kumpulan demografi terbesar dalam menentukan hala tuju dan masa depan negara, begitu yakin dengan corak kepimpinan, keupayaan, prestasi dan pendekatan Najib yang lebih terbuka serta telus.


Katanya majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang dihoskan Perdana Menteri dan

menteri Kabinet semalam yang dihadiri kira-kira 100,000 pengunjung, merupakan bukti sokongan rakyat negara ini terhadap kepimpinan Najib.

Pelbagai lapisan masyarakat bukan sahaja dari sekitar Lembah Klang, bahkan

dari Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Pahang dan Johor datang bersama keluarga untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan sokongan mereka terhadap perdana menteri, katanya.

“Saya juga sempat berbual dengan golongan belia yang hadir semalam,” kata Devamany kepada Bernama di sini hari ini. “Mereka begitu yakin dengan kepimpinan dan usaha transformasi yang sedang dilakukan Najib.


Mereka puji Najib sebagai Bapa 1Malaysia, Bapa Transformasi Negara.”

Devamany berkata golongan belia juga memuji sikap dan pendekatan Najib yang sedia mendengar pandangan, idea serta teguran daripada semua lapisan rakyat di negara ini dalam usaha memperbaiki kelemahan sedia ada.

“Kebanyakan belia yang saya temui berkata Najib adalah contoh ikutan mereka,” katanya. “Beliau (Najib) adalah Perdana Menteri yang paling mudah untuk didekati sama ada melalui Facebook, Twitter, blog mahupun secara peribadi serta menyalurkan isi hati mereka.” —
Bernama

DEMI MENJIMATKAN NAFAS AGAR TIDAK MEMBAZIR,  MAKA BIARKAN SAJA GAMBAR BERBICARA SAMADA PARA PEMIMPIN BN BERPIJAK DIBUMI NYATA ATAU KHAYAL DILAMBUNG  BODEK AMPU.
OMAK KAU