Wednesday, August 22, 2012

WAYANG SEBAK SEORANG IBU!!!Strategi Umi Hafilda perkudakan Mak Tom, makan diri

KETIKA umat Islam sedang meraikan hari kemenangan, ada seorang manusia tergamak mengheret ibunya sendiri ke kancah politik untuk mengaibkan abangnya sendiri.

Umi Hafilda, mencolek ibunya Mak Tom untuk beraya ke Melaka di salah sebuah resort, kemudian memanggil wartawan TV3 untuk menyiarkan kisah sedih Hari Raya mereka di perantauan.

Kononnya Mak Tom membawa diri sehingga beraya di perantauan kerana kecil hati dengan Azmin Ali, Timbalan Presiden Keadilan.



Apa yang melucukan, adik beradik Umi Hafilda yang lain tiada seorang pun yang sanggup melayan "kerja gila" beliau beraya di perantauan tak tentu pasal.

Terpaksalah Umi Hafilda menggunakan khidmat pelakon tambahan iaitu dua orang kanak-kanak yang tiada kaitan langsung dengan keluarganya untuk muncul di Buletin Utama TV3.

Di saat Umi Hafilda melakukan "kerja gila" beraya di Melaka, adik beradiknya yang lain pula berkumpul beramai-ramai di rumah kakak mereka di AU2 Hulu Kelang.

Manakala Azmin Ali beraya di Taiping Perak kerana mengikut giliran untuk beraya di kampung isterinya.

Kata Ummi Hafilda, kononnya Azmin Ali buang keluarga. Tapi nampaknya dia sendiri yang melarikan diri daripada keluarga dan mencolek Mak Tom untuk beraya bersamanya di perantauan.

Segar di ingatan bagaimana Ummi mengheret Mak Tom ke dalam kereta Polis semata-mata mahu Mak Tom berkempen untuk Umno pada tahun 1999 dahulu...

Barangkali PRU 13 ini, Ummi Hafilda akan paksa Mak Tom jadi calon Barisan Nasional pula untuk menentang Azmin Ali di mana-mana kawasan yang ditandingi oleh beliau.

ReJaM© "Woi Ummi! Hari Raya bukan hari untuk buat kerja gila kah kah kah... "

RAJA FITNAH MALAYSIA!!! UMNO juaranya kerana itulah budaya UMNO zaman berzaman


PROPAGANDA & FITNAH - SINONIM DGN BUDAYA UMNO/BN

Era APU :
Di era lapan puluhan dulu, Tengku Razaliegh Hamzah pernah mengetuai gabungan parti pembangkang Angkatan Perpaduan Ummah / APU!. Kekuatan APU walaupun tidak sehebat Pakatan Rakyat hari ini ia tetap membimbangkan UmnoBn. 
 
Tentu kita masih ingat,. peristiwa dua tiga hari sebelum PRU 1990, dimana Umno telah membuat fitnah besar kepada Tengku Razaliegh dan APU. Gambar palsu Tengku Razali memakai tengkolok berlambangkan salib telah disiar oleh seluruh media milik Umno.
 
 Ku Li kononnya telah diresapi semangat kristian ! dan bersubahat dengan pemimpin keristian dari Sabah untuk menegakkan kristian sebagai agama resmi di Malaysia menggantikan Islam. 
 
Pemimpin APU tidak berkeupayaan untuk membuat penafian kerana kesuntuklan masa dan sememang dasar akhbar arus perdana tidak memberi ruang dan peluang kepada pembangkang !
 
 Oleh kerana zaman itu belum ada kemudahan internet sebagai media alternatif, maka sebahagian besar rakyat percaya dengan penipuan yang dibuat oleh UmnoBn. Akhirnya UmnoBn menang dalam PRU,.. menang dengan cara menipu dan memfitnah!!

Era REFORMASI :

Peristiwa fitnah dan pemecatan DS Anwar Ibrahim tahun 1998 yang dirancang oleh mantan PM Tun Dr Mahathir,. rupa-rupa membawa seribu hikmah untuk rakyat Malaysia! Sejak peristiwa itu segala-galanya telah berubah, bermula dengan kebangkitan gelombang semangat REFOMASI dan penubuhan parti perbagai kaum – Parti Keadilan Rakyat yang ketuai Datin Sri Wan Azizah.
 
 Hari ini orang Melayu sudah serik untuk percaya dengan janji-janji lunak pemimpin Umno! Mereka sudah cukup meluat dengan berita dan cerita-cerita yang dibawa oleh media penipu milik Umno, yakni Utusan, berita Harian RTM dan TV3. Cukuplah 50 tahun rakyat ditipu.

Era MERDEKA RAKYAT :

Para pemimpin UMNO sangat sedar,.orang Melayu semakin meminggirkan Umno. Kaum bukan Melayu pula memberi sokongan padu kepada Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh DS Anwar Ibrahim. TG Haji Hadi Awang dan Lim Kit Siang. 
 
 UmnoBn cukup gusar andainya mereka tewas kali ini sudah pasti seribu satu satu macam kes rasuah dan penyelewengan mereka akan terbongkar. Maka mahu tak mahu pilihan yang ada buat Umno ialah menggunakan tektik lama yang dikitar semula, iaitu isu agama !

Maka para pemimpin Umno pun berhujjahlah kehulu kehilir memberitahu rakyat bahawa agama Islam akan berkubur tak lama lagi. Media arus perdana pro Umno tak habis-habis menyiarkan cerita karut ini agar orang Melayu akan marah kepada DAP dan kaum Cina umumnya.
 
 Gendang diketuk ke seluruh Negara kononnya kalau Pakatan Rakyat memerintah agama Islam tidak lagi menjadi agama rasmi Persekutuan. Pemimpin Pakatan Rakyat dari DAP akan menobatkan kristian sebagai agama rasmi Negara. 
 
Satu perkara yang langsung tak masuk akal,. kerana untuk mengubah sesuatu dasar atau perlembagaan ia memerlukan persetujuan sekurang-kurang 2/3 ahli parlimen. Sedangkan Ahli Parlimen DAP yang ada tak sampai pun 1/3!
P/S : Mana mungkin cerita bodoh itu boleh terjadi ! Tidak lojik langsung DAP boleh mengubah perlembagaan Negara dengan sewenang-wenangnya,.. melainkan semua pemimpin PAS dan PKR sudah dipukau oleh DAP !!! Duhai seluruh rakyat yang semakin matang dan bijak ! Sedarlah! Umno takkan berhenti membuat kerja tipu dan fitnah, walaupuin terpaksa menggadai agama !!!

RAKYAT TUNGGU!!! Pendedahan Azwan Ali tentang Najib sebaik parlimen dibubarkan

Tiba-tiba ‘timeline’ laman sosial Twitter penulis penuh dengan ‘tweet’ Azwan Ali.

Rupa-rupanya, selebriti ‘panas’ yang baru pulang dari menunaikan ibadah umrah pada Ramadhan lalu tengah ‘naik angin’ dengan sebuah stesen televisyen.

Jika dilihat pada kenyataan-kenyataan Azwan menerusi Twitter miliknya, dia mengatakan stesen televisyen tersebut seperti sengaja memporak-perandakan keluarganya.

Bagi penulis, itu hak Azwan untuk memberi sebarang kenyataan kerana itu melibatkan keluarganya.

Selepas beberapa minit kemudian, ‘timeline’ penulis dikejutkan dengan tweet Azwan yang berbau sedikit berunsur politik.

Azwan seperti mempunyai agenda yang tersirat apabila dia dikatakan akan mendedahkan ‘sesuatu’ selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkan parlimen.

Memetik kenyataan menerusi akaun Twitter milik Azwan, dia akan mendedahkan kenyataan adiknya, Ummi Hafilda berkenaan Najib pada petang 4 Mei lalu di rumah ibu mereka, Hajah Che Tom.

Kenapa perkara tersebut perlu di canang selepas parlimen dibubarkan dan bukan sekarang?

Nampaknya, pergeseran dalaman keluarga mereka semakin ‘hangat’.

Namun, ramai yang sedia maklum bahawa Azwan merupakan artis yang penuh dengan pelbagai kontroversi dan tidak menjadi pelik jika isu sebegini timbul.

Penulis sangkakan isu antara Ummi dan Azwan sudah selesai setelah mereka berdamai tempoh hari.

Rupanya tidak!

Sebelum ini, Azwan telah memohon maaf kepada Ummi pada 18 Januari 2012 setelah dia mengugut untuk membunuh dan membakar Ummi menerusi kenyataan twitter miliknya.

Apa-apa pun, penulis akan meminta maklumbalas dari Ummi Hafilda dan Azwan Ali berkenaan isu tersebut.

Jangan pula kali ini Azwan akan membuat kenyataan seperti dahulu yang mengatakan dirinya telah dihasut oleh segelintir pihak yang mempunyai agenda tersirat.




- HK-74/mynewshub


Peralat ibunya untuk politik kotor, Azwan Ali kecam Umno, TV3


KUALA LUMPUR: Pengacara terkenal, Azwan Ali mengecam keras perbuatan media kawalan kerajaan, TV3 yang memperalat ibunya untuk kepentingan politik kotor Umno.

Beliau kesal kerana ibunya diheret dalam kancah politik ketika umat Islam merai sambutan Aidilfitri, semata-mata untuk mengkritik abangnya, Mohamed Azmin Ali.

“Hati baik bulan? TV3 terus memporak peranda kisah famili Azwan Ali. Masya-Allah. Muhasabah diri.

“Kesian sungguh nasib seorang ibu yang sanggup jadi bahan TV3 untuk rating,” tulisnya dalam twitter, malam semalam.

Beliau merujuk laporan Buletin Utama TV3 yang memaparkan ibunya, kononnya kecewa terhadap Azmin selepas menonton slot itu secara tidak sengaja.

Azwan percaya, ibunya diperalat Ummi Hafida yang bersekongkol dengan Umno bagi memfitnah Azmin yang juga Timbalan Presiden KEADILAN.

“Kesian juga aku tengok.. tapi rasa kesian tu hilang tiba-tiba bila si Ummi Hafilda turut kelihatan berada di sebelahnya,” tulis Azwan merujuk adik perempuannya itu.

Namun, beliau bersyukur kerana ramai peminatnya memberi sokongan kepadanya dan Azmin, malah mengutuk laporan berkenaan yang disifatkan mereka sebagai ‘jijik’.

“Slm. Syukur ramai akui betapa jijik nya usaha @buletintv3! Maha kaya Tuhan kecuali those Lembu Lembu kaki Suapan ya! Amin,” tulisnya.

Ini bukan pertama kali pengacara yang terkenal dengan ungkapan ‘ Ada aku kisah?’ dan ‘Amboi amboi amboi…’, menyelar Ummi Hafilda kerana mengheret ibu mereka ke kancah politik.
-KD

TERKINI!!! UMNO Labuan tenat, Najib makin pening kepala?


Khabar terbaru dari pusat pesisir kewangan antarabangsa yang dibanggakan Umno-APCO kali ini nampaknya semakin memeningkan kepala perdana menteri Najib !

Bekas ahli parlimen Labuan, Suhaili Abdul Rahman mendesak Kerajaan Persekutuan dan Umno-APCO pusat supaya menjelaskan kedudukan sebenar Yussof Mahal yang kini sudah diisytiharkan muflis.


Suhaili bimbang kedudukan Yussof akan dieksploitasi sepenuhnya Pakatan Rakyat bagi keuntungan politik mereka dan ini akan menjejaskan persiapan jentera pilihanraya umum yang dijangka diadakan tidak lama lagi.


Rakyat Labuan kini mempersoalkan status Yusof sama ada masih layak hadir ke Parlimen mewakili mereka atau sudah hilang kelayakan walaupun telah membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah awal bulan ini.


Yusof yang juga kroni Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin juga berdepan tugas berat sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan kerana dia juga terpaksa melepaskan jawatan tersebut dan kedudukan serta imej Labuan sebagai pusat pesisir kewangan antarabangsa (LOFSA) akan menghancurkan masa depan pulau yang terletak dalam Wilayah Persekutuan itu.


Pada 7 Ogos lalu, Yussof diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi Labuan, sekali gus boleh menyebabkannya hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen.


Notis kebankrapannya diiklankan dalam sebuah akhbar tempatan dan rujukan dibuat di laman web carian e-insolvensi www.insolvensi.gov.my.


Notis dikemukakan Pengarah Insolvensi negeri, Leo Anak Saga, itu menyebut permohonan bagi mengistiharkan Yussof sebagai muflis dibuat di Mahkamah Tinggi Labuan pada 24 Mei lalu dan perintah penghukuman dibuat terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Labuan, Selasa lalu.


Ia turut mengarahkan hutang harus dibayar Yusoff perlu dijelaskan kepada Pengarah Insolvensi negeri di alamat Cawangan Kinabalu, Aras Lima, Blok A, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, Jalan Sulaman Ukas, 88450, Kota Kinabalu.


Sementara itu, Yussof, 55, ketika dihubungi berkata, beliau belum boleh memberi ulasan berhubung perkara itu.


“Saya akan berbincang dengan peguam mengenainya,” katanya.


Pada pilihan raya umum 2008, Yussof yang bertanding atas tiket BN menang kerusi Parlimen Labuan selepas menewaskan calon PAS, Matusin Abd Rahman dan calon Bebas, Lau Seng Kiat.

PR TAWAN PUTRAJAYA!!! Melayu takkan hilang kuasa malah bertambah kuat

PUCHONG 21 Ogos: Dominasi kerusi di dalam Parlimen dan di dalam pengurusan syarikat strategik seperti Petronas dan Sime Darby adalah antara bukti yang Melayu akan terus memegang tampuk pemerintahan negara walaupun Umno kalah.
 
Aktivis gerakan Asalkan Bukan Umno (ABU), Al-Jafree Md Yusop menegaskan, momokan orang Melayu akan kehilangan kuasa sering digunakan Umno untuk menakutkan rakyat.

 
Ini bagi membolehkan Umno terus berkuasa dan memburukkan parti lain kononnya status dan masa depan orang Melayu sedang terancam.
Mengikut statistik, hampir 80 peratus daripada kerusi 222 Parlimen dan 576 kerusi Dewan Undangan Negeri dikuasai oleh wakil rakyat Melayu.

 
Ini termasuk dua jawatan utama negara, Perdana menteri dan Timbalan Perdana Menteri, kata Al-Jafree.

 
Sebaliknya, jika Melayu sekarang lemah, bererti Umno gagal dalam membangunkan Melayu selama 55 tahun pemerintahannya.

“Kalau betul Melayu lemah maknanya teruklah Umno sebab secara jelas kuasa di tangan mereka.

 
“Ini bukan salah pembangkang, tapi salah mereka kerana mereka yang memerintah,” katanya dalam program wawancara Terus Terang terbitan TV Selangor.

 
Bagi aktivis ABU, Haris Ibrahim, sasaran serangan ditujukan kepada Umno dan bukannya Barisan Nasional (BN) kerana Umno merupakan parti dominan dalam gabungan berkenaan.

 
Katanya lagi, dengan melumpuhkan Umno, maka BN akan ditumbangkan.

 
ABU dilancarkan pada 15 Disember 2011 dengan memberi fokus terhadap empat kepincangan pemerintahan Umno-BN iaitu kenaikan harga barang, undang-undang zalim, politik perkauman dan pembinaan loji nadir bumi Lynas.