Anwar sedang menyampaikan amanah. |
Barisan pimpinan tertinggi PR. |
Belum pernah ada perhimpunan melibatkan pembangkang semeriah dan seramai itu di Sabah sebelum ini.
Sebahagian dari hadirin. |
Kesesakan jalan raya kerana gangguan. |
Lain-lain pemimpin Pas yang hadir Naib Presiden Pas, Husam Musa, Bendahari Agung Dr Mohd Hatta Ramli, Setiausaha Agung Pas Mustapa Ali, Ketua Muslimat Siti Zailah Yusuf. Ketua Pemuda Pas Nasarudin Hassan bagaimana pun tidak kelihatan.
Pemimpin PKR lain yang hadir Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail, Khalid Ibrahim, Abdullah Sani dan lain-lain.
Bendera Pas melatari himpunan. |
Majlis malam tadi adalah anjuran tokoh politik Umno Sabah tidak asing lagi yang baru meninggalkan parti itu, Lajim Okim.
Program itu juga turut sama dihadiri bekas timbalan presiden OPKO yang menyertai Pakatan Rakyat, Wilfred Bamburing, dan beberapa yang lain.
Husam Musa antara pemimpin Pas yang sampai awal. |
Beberapa orang pemimpin turut berucap menyegarkan semangat sambutan hari Malaysia ke 49 itu; antara Anwar Ibrahim, Abdul Hadi Awang, Khalid Ibrahim, Pengerusi Pas Sabah Ustaz Halim selain tuan rumah Lajim Okim.
Menafsir himpunan malam tadi ia bakal menjadi pencetus rasmi kepada gelombang kebangkitan rakyat Sabah untuk menumbangkan kerajaan UBN. Lebih separuh yang hadir terdiri dari kaum bumiputera bukan Islam dan orang Cina.
Seorang pemimpin DAP dari Libaran ketika bebual dengannya memberi tahu dalam pengetahuannya inilah himpunan terbesar Pakatan Rakyat di Sabah yang dihadiri oleh semua pucuk pimpinan.
Menurutnya rata-rata dan di mana-mana saja di Sabah hari ini orang sedang memperkatakan perubahan dan mahu tukar kerajaan UBN. “Dalam kajian saya secara peribadi 20 yang saya tanya rakan Cina dari berbagai profesyen, 19 mereka mahukan kerajaan UBN ditukar dan diganti dengan Pakatan Rakyat,” katanya.
“Saya yakin kerajaan BN akan bertukar dalam pilihan raya akan datang,” katanya sambil membandingkan dengan gelombang semasa rakyat bangkit bersama PBS ketika hendak menjatuhkan kerjajaan Berjaya dahulu tidak sekuat hari ini.
Serorang pemimpin kaum Kadazan-Dusun menyetujui pendapat itu dengan mengatakan, gelombang kali ini lebih besar dan yang bakal mencatatkan sejarah baru di Sabah.
“Saya tidak mahu cakap banyak tetapi kalau melihat kepada kebangkitan orang ramai seolah-olah kerajaan UBN akan jatuh pada bila-bila masa saja.
“Dulu rakyat masih berasa malu mata kepada UBN dan ada yang takut tetapi hari ini semua sudah berani. Sebagai bukti lihat mereka yang datang hari ini, mereka tidak takut lagi..” sambugnya.
Mereka yang hadir juga juga seronok dan tertarik dengan beberapa perkara yang disentuh oleh para pemimpin dalam ucapan mereka. Lim Guan Eng yang turut berucap memberi sekurang-kurang tujuh janji kepada orang Sabah untuk dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat menang.
Manakala Abdul Hadi dengan penuh sentimental memohon maaf kepada rakyat Sabah kerana telah diabaikan oleh kerajaan BN. “Saya pohon maaf kerana kesilapan dulu,” katanya menyebabkan sebahagian sedikit hadirin terkaget.
Menurut Abdul Hadi rakyat tidak maju dan ketinggalan berbanding dengan negeri-negeri lain walaupun ia memiliki pelbagai sumber ekonomi ialah kerana BN yang mengabaikannya.
“Apa-apa kekayaan disesebuah negeri itu harus dibelanjakan untuk kegunaan negeri berkenaan sebelum ia diagih kepda kawsaan lain. Misalnya kekayaan Sabah ini hendaklah diagih di Sabah ini,” ujarnya disambut dengan laungan takbir.
MSO