Thursday, October 4, 2012

UMNO PANAS!!! Kepala Batas bakal tumbang, Pulau Mutiara kekal milik Pakatan!


Nampaknya semakin hari semakin bermasalah parti yang kununnya memperjuangkan nasib orang Melayu, terutamanya di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.

Terbaru, parlimen Kepala Batas yang dipegang bekas Perdana Menteri yang diarah berundur, Abdullah Badawi kini menjadi panas sekiranya dia tidak tersenarai semula sebagai calon dalam pilihanraya umum akan datang.


Menurut Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang, Rahmad Ishak, sekiranya bapa mertua ahli parlimen Rembau dan Ketua Pemuda Umno-APCO, Khairy Jamaluddin itu berhasrat untuk bersara, bukan setakat Kepala Batas sukar untuk dipertahankan tetapi angan-angan Umno-APCO untuk merampas semula negeri itu hampir pasti pudar.


Sudahlah tiada seorang pun pemimpin muda dalam Umno-APCO negeri mampu menggantikan kredibiliti Pak Lah, pemimpin kanan parti seperti Zainal Abidin Osman dan Ketua Pembangkang di DUN, Azhar Ibrahim sudah tidak dihormati sebilangan orang Melayu sendiri.


Tambahnya lagi, jika Pak Lah memutuskan perkara tersebut di saat akhir sebelum parlimen dibubarkan, bukan setakat Kepala Batas akan terlepas malah dua DUN di dalam parlimen tersebut akan jatuh ke tangan PAS, sekutu kuat Pakatan Rakyat.


Dua DUN tersebut adalah Penaga yang dipegang sendiri Azhar dengan majoriti tipis 1,231 undi dan Bertam yang disandang Zabariah Abdul Wahab yang menang dengan majoriti 2,652 undi sahaja.


Satu lagi kerusi DUN dianggap selamat iaitu Pinang Tunggal yang diwakili Roslan Saidin yang menang dengan majoriti 3,235 undi.


Pak Lah sendiri yang memenangi kerusi tersebut sejak 1978 kehilangan majoriti undi besar lebih 7,000 undi dalam pilihanraya umum lalu jika dibandingkan dengan pilihanraya 2004.


Rahmad juga menempelak formula Naib Presiden Umno-APCO, Zahid Hamidi yang mahukan sistem 3-3-1-1 diguna pakai di saat orang Melayu negeri itu masih kekal dengan Pakatan Rakyat terutamanya PAS dan PKR.


Menurutnya lagi, MCA, MIC dan Gerakan yang menjadi ketua kerajaan sebelum ditumbangkan pada 2008 masih belum mampu bangkit dari kekalahan memalukan dan ini katanya adalah mustahil buat Barisan Nasional (BN) merampas semula negeri yang kini diterajui Ketua Menteri, Lim Guan Eng.


Dengan 40 kerusi DUN keseluruhan, Umno-APCO cuma mampu memenangi 11 kerusi manakala komponen BN lain kesemuanya kalah di tangan calon Pakatan Rakyat.


Sekiranya trend ini berterusan dan Pak Lah berhasrat untuk berundur tanpa meletakkan pengganti yang layak dihormati sepertinya di Kepala Batas, impian dan angan-angan Umno-APCO dan BN kini cuma tinggal angan-angan semata-mata.


JALAN PULANG

TINDAKAN SEGERA!!! Bila selebriti buat aduan, polis minta rasuah

Tyzo turut mengakui menerima panggilan daripada bahagian tatatertib Bukit Aman bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai aduan rasuahnya.
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar kecewa dengan sikap anggotanya yang meminta rasuah daripada penyampai radio Suria FM, Tyzo dan berhasrat mengambil tindakan tegas.
Ismail berkata, perbuatan meminta rasuah tidak boleh dimaafkan dan beliau mahu siasatan terperinci dilakukan berdasarkan kepada laporan yang dibuat penyampai radio itu.
"Saya akan siasat. Perkara begini tak boleh dimaafkan. Kalau perlu, kita akan gugurkan keanggotaannya jika benar didapati bersalah," katanya kepada mStar Online dalam wawancara eksklusif bersama The Star di Ibu Pejabat, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, dekat sini pada Khamis.
mStar Online pada Rabu lalu melaporkan Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zoqarnain Idris telah melalui pengalaman ditahan anggota polis kerana kesalahan memandu kereta bercermin gelap dalam satu sekatan Isnin lalu di sekitar jalan Sunway dekat sini.
Ismail Omar
Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, anggota polis trafik tersebut telah memberi dua pilihan terhadap Tyzo sama ada mahu menyelesaikan kes itu dengan cara membayar wang ataupun dikenakan saman.
Bagaimanapun anggota polis tersebut melepaskan Tyzo selepas deejay tersebut memaklumkan dia adalah petugas media dan berhasrat melaporkan perbuatan tersebut kepada pihak atasan PDRM selepas mencatat nama dan nombor badannya.
Sementara itu Tyzo yang dihubungi mengucapkan terima kasih kepada Ismail kerana memberi respons terhadap aduan tersebut.
Malah kata Tyzo, dia juga telah menerima panggilan telefon daripada Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Superintendan Zulkifli Joned yang mahu mengambil tindakan terhadap perkara itu.
“Saya juga akan ke Bukit Aman esok (Jumaat) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mahu mengambil keterangan selepas berita mengenai kes ini disiarkan di media.
"Insya-Allah, saya akan beri kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkenaan,” katanya.
-Mstar

POLIS MALAYSIA!!! Dah la mabuk, bertengkar, lepaskan tiga das tembakan, cederakan pelayan pub

DI pub inilah seorang anggota polis melepaskan tiga das tembakan sehingga mencederakan seorang pelayan di Padungan, Kuching kelmarin.
KUCHING: Seorang anggota polis berpangkat konstabel berusia 21 tahun berlagak samseng apabila dengan selamba melepaskan tiga das tembakan selepas gagal mengawal emosi ketika bertengkar dalam keadaan mabuk di sebuah pub di kawasan hiburan Travilion Mall, Padungan di sini semalam.

Kejadian pukul 3 pagi itu mengakibatkan seorang pelayan premis cedera apabila terkena serpihan peluru di lehernya.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila anggota yang bertugas di Bahagian Tugas Am Ibu Pejabat Polis Daerah Sri Aman itu pergi berhibur di premis berkenaan bersama seorang rakannya selepas menyertai satu operasi di Serian. Anggota itu menyertai pasukan polis sejak lebih setahun lalu.

RAKYAT KENA TAHU!!! 7 strategi jahat media UMNO/BN

Oleh ZULKIFLI YAHAYA
Kaedah penting yang diguna BN untuk mengekalkan kuasa sejak 12 PRU lalu ialah 3M, itu semua orang tahu. Dengan media penting (media) yang dikuasai sepenuhnya oleh mereka, jentera (machinery) kerajaan yang disalahgunakan dan duit (money) kerajaan yang banyak, dihamburkan untuk ‘merasuah’ rakyat – BN mempunyai kelebihan untuk mengekalkan kekuasaan.
Elok kalau rakyat difahamkan pula dengan tujuh strategi utama yang dimanipulasi BN dengan menggunakan media. Jika rakyat faham akan permainan media BN ini, maka apa saja perkara yang cuba dimanipulasi pihak mereka akan menjadi sia-sia. Ia semacam kefahaman yang terpasak kemas di kalangan ahli dan penyokong tegar PAS bahawa; apa saja yang datangnya media pro BN seperti TV3, Utusan Malaysia dan Berita Harian mengenai PAS adalah karut. Kejayaan tarbiyah PAS selama beberapa dekad berhubung sikap mereka terhadap media penipu itu menyebabkan PAS tidak pernah risau dengan manipulasi jahat untuk memecahbelahlan PAS dengan isu dalaman (kononnya).
Para penyokong Pakatan (tetapi tidak tegar) dan golongan atas pagar perlu didedahkan strategi BN dalam menangani isu ini supaya mereka juga kalis propaganda BN. Biar lepas ini tiada siapa lagi yang boleh diperbodohkan BN dan hanya penyokong tegar BN akan percaya akan propaganda mereka. Maka perlulah terlebih dahulu segolongan rakyat ini didedahkan strategi yang diguna BN dalam memanipulasi isu.
1.       Bohong
Bohong ialah bercerita perkara tidak benar. Jika perkara yang dibohongkan itu ialah rekaan cerita buruk terhadap seseorang atau sesuatu pihak maka ia bernama fitnah. Bohong menjadi kaedah wajib yang dimainkan saban hari oleh media BN. Antara pembohongan oleh media pro BN ialah Mohamad Sabu anggap pengganas komunis sebagai pejuang, kerajaan Kelantan tidak pernah bina masjid, Pakatan terima dana asing, kerajaan Kedah mahu roboh surau dan sebagainya. Bohong dengan media BN macam masin dengan garam. 

2.       Ancaman
Menimbulkan rasa bimbang dan takut di kalangan rakyat jika Pakatan berkuasa merupakan agenda media BN yang tidak kurang pentingnya. Rakyat diancam jika Pakatan menang maka akan mengundang campurtangan kuasa asing, DAP akan tindas Melayu, negara tidak stabil dan sebagainya. PRU 1990 rakyat Kelantan diancam jika PAS menang maka negeri huru hara, kaum minoriti tiada tempat, tidak mampu bayar gaji dan macam-macam lagi ugutan. Namun 22 tahun berlaku tanpa satu pun dari ancaman tersebut berlaku. 

3.       Adu domba
BN sedaya upaya mahu meyakinkan rakyat bahawa pihak lawan (Pakatan) bermasalah, tidak bersatu dan bertelagah. Isu yang agak berjaya mereka gunakan ialah hudud, bagi melagakan PAS dengan DAP. Tindakan pemimpin Pakatan tidak melayan isu tersebut dan menyerahkan kepada pemimpin tertentu sahaja untuk mengulas hudud adalah langkah bijak. Namun mereka akan adu domba dengan isu lain pula seperti pembahagian kerusi bertanding, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang ‘membidas’ DAP, peranan PAS diketepi di Pulau Pinang, peranan DAP diketepi di Kedah serta pelbagai adu domba lagi. Walaupun berusaha keras setakat ini mereka belum berjaya memecahbelahkan Pakatan. 

4.       Racis
Isu racis atau kebencian terhadap pihak yang berlainan kaum menjadi hidangan wajib mereka untuk disajikan kepada rakyat. Api perkauman sangat mudah untuk dinyalakan, justeru BN mengeksploitnya habis-habisan dalam versi berbeza mengikut kaum. Di hadapan orang Melayu mereka dakwa DAP anti Melayu, nasib Melayu akan terabai jika Pakatan memerintah. Di hadapan orang bukan Melayu pula, PAS dituduh kumpulan ekstrimis agama yang tidak menghormati hak-hak bukan Islam. Isu kenyataan pemimpin DAP Ngeh Koo Ham mengenai bantahan hina Nabi adalah contoh terbaik bagaimana media BN mengeksploit isu perkauman. 

5.       Pakatan ‘hilang sokongan’
Berita wajib akan muncul dengan banyaknya menjelang pilihanraya ialah kononnya ahli-ahli parti komponen Pakatan meninggalkan parti untuk menyertai BN. Modus operandi yang mereka gunakan ialah mengenalpasti seorang dua bekas ahli atau penyokong Pakatan lalu menggabungkan dengan kumpulan leih besar yang kononnya adalah ahli Pakatan yang berpaling tadah, walhal mereka semua itu adalah penyokong BN yang menyamar. Apa yang berlaku biasanya ialah ‘ahli UMNO masuk UMNO’. 

6.       Sokongan ‘kuat’ untuk BN
Di samping sokongan terhadap Pakatan berkurang, BN digambarkan mendapat sokongan besar dari rakyat. Propaganda ini dimainkan oleh media BN dengan licik. Jurugambar akan merakam kehadiran Datuk Seri Najib dari sudut yang menampakkan khalayak yang padat, walhal ia cuma manipulasi lensa kamera. Jika foto seperti itu gagal didapatkan maka mereka akan mengubahsuai gambar asal (kaedah copy paste) seperti yang dilakukan oleh sebuah akhbar harian pro BN baru-baru ini. 

7.       Mengalih isu
Mencipta isu baru untuk mengalih isu panas sentiasa dipraktikkan media BN menggunakan kelebihan mereka menguasai media utama dalam negara. Apabila muncul isu penyelewengan NFC mereka cipta isu LGBT, apabila muncul isu tuntutan Bersih mereka alihkan kepada isu ‘keganasan’ Bersih. Apabila timbul isu keganasan polis di Bersih mereka cetuskan isu skandal sex Azmin. Mereka memaksa rakyat untuk melupakan isu yang dimainkan Pakatan dengan menimbulkan isu remeh yang dibesarkan ciptaan mereka sendiri.
Apabila anda menyelak laman akhbar atau menatap televisyen setiap hari, jika terdapat isu politik Pakatan yang dimainkan, maka ingatlah bahawa isu tersebut mesti terkandung dalam mana-mana satu dari tujuh strategi utama BN berhubung isu dalam media.
Jika seluruh rakyat Malaysia difahamkan dengan tujuh strategi yang digunakan oleh BN dalam media itu, maka apa saja isu yang berbangkit selepas ini maka tidak perlu lagi pihak penerangan pakatan berhempas pulas memberi penjelasan. Rakyat sendiri akan menangkisnya dengan kefahaman bahawa itu memang strategi jahat media BN.

BN ANGKUH!!! Gantung bendera tiada permit, lebih tinggi dari Jalur Gemilang

PIHAK pembangkang di Pulau Pinang, dilihat memasang bendera parti lebih tinggi daripada bendera kebanggaan negara, jalur gemilang dan bendera Pulau Pinang. Kejadian ini berlaku di depan salah sebuah pasar raya di Island Plaza, Pulau Pinang.

Perkara ini didedahkan oleh seorang Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), beliau menunjukkan gambar yang
dirakamkan melalui telefon bimbitnya.

Rujuk gambar di bawah, bendera parti pembangkang Pulau Pinang, Barisan Nasional
digantung jauh lebih tinggi daripada jalur gemilang dan bendera Pulau Pinang.



Sumber gambar
: Faqar

Ahli majlis itu turut membuat laporan polis berhubung kejadian ini selepas didapati ada bendera-bendera  dikatakan digantung di atas lampu-lampu jalan menggunakan kren jentera secara haram 
tanpa permit majlis (MPPP) dan permit polis, namun pihak Barisan Nasional tidak mahu mengaku bertanggungjawab.

Cuba anda bayangkan jika bendera yang dipasang itu adalah bendera Parti Islam, PAS, KEADILAN, ataupun DAP. Sudah tentu isu ini akan
diputarkan siang malam pagi dan petang di media-media arus perdana.

Lihat di sini jelas sekali menunjukkan bahawa Barisan Nasional lebih mengutamakan parti berbanding negara dan negeri. Parti lebih diutamakan berbanding rakyat. Biarlah rakyat mati asalkan parti selamat.


ReJaM© "
Barisan Nasional nak buat apa semua boleh, semua betul... "

KES TUKAR DATUK BANDAR PJ!!! Ali Hamsa dan Khusrin perlu ingat mereka hanya penjawat awam

SHAH ALAM,4 OKT: Kerajaan Negeri menyelar tindakan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Dr Ali Hamsa yang membelakangi Menteri Besar Selangor dan ahli-ahli Exco Kerajaan alam kes pertukaran Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohamad Roslan Sakiman yang ditukar secara mengejut baru-baru ini.

Exco Kesihatan. Pekerja Ladang, Kemiskinan Dan Kerajaan Prihatin Dr Xavier Jayakumar berkata, media tempatan melaporkan bahawa kononnya persetujuan untuk pertukaran tersebut dicapai selepas Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berbincang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) tanpa pengetahuan Kerajaan Negeri.

“Kita ingin perjelaskan bahawa SUK, Datuk Khusrin Munawi hanyalah salah seorang ‘ex- officio’ penjawat awam yang dilantik atas kapasiti jawatan beliau dan bukannya diberikan ‘kuasa’ bagi membuat keputusan bagi pihak ‘Pihak Berkuasa Negeri’.


“Pihak Berkuasa Negeri ialah Menteri Besar dan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) atau lebih dikenali sebagai ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor,” kata Dr Xavier dalam kenyataan medianya.


Dr Xavier menegaskan, arahan JPA bertarikh 27 September lepas untuk pertukaran jawatan Datuk Bandar Petaling Jaya tersebut adalah bertentangan dengan Seksyen 10, Akta Kerajaan Tempatan 1976.


Kerana Kerajaan Negeri diberikan ‘kuasa mutlak’ melantik Datuk Bandar pihak berkuasa tempatan (PBT) dan bukannya oleh pihak JPA.


“Jadi tidak berbangkit isu KSN mengenalpasti pengganti kepada Datuk Bandar Petaling Jaya kerana perlantikan ke jawatan tersebut adalah di bawah bidang kuasa dan budi bicara Kerajaan Negeri,” ujarnya.


Jelas beliau, sebagai seorang penjawat awam, Ali Hamsa yang baru dilantik sebagai KSN pada 24 Jun yang lalu seharusnya mempunyai rasa hormat untuk mengadakan lawatan kunjung hormat bertemu Menteri Besar dan ahli-ahli Exconya.


Ia kerana beliau harus sedar sebagai seorang penjawat awam seseorang itu harus akur kepada kerajaan sedia ada dan bukannya sekadar mengambil arahan dari Kerajaan Persekutuan sahaja dengan mengambil tindakan yang boleh mencetuskan kontroversi.


“Kita juga akan berbincang dengan Khusrin dalam mesyuarat Exco terdekat bagi mendapatkan laporan lanjut tentang isu itu kerana Kerajaan Negeri hanya mengetahuinya dari laporan media,” katanya.

400 UNIVERSITI TERBAIK DUNIA!!! Tiada satu pun universiti dari Malaysia


Malaysia terus dilanda sindrom ketinggalan, bukan setakat dari segi ekonomi dan daya saing antarabangsa, malah paling mengejutkan apabila tiada satu pun universiti tempatan berada dalam senarai ranking terbaru yang dikeluarkan Times Higher Education (THES) untuk tahun kedua berturut-turut.

Ranking terbaru untuk tahun 2012-2013 yang dikeluarkan hari ini memperlihatkan tiada satu pun universiti dari Malaysia berada dalam kedudukan 400 universiti terbaik dunia, sekaligus membuktikan bahawa pengenalan universiti bertaraf Apex yang dianugerahkan kepada Universiti Sains Malaysia (USM) langsung tidak memberi sebarang makna.


Mendahului senarai terbaik semestinya datang dari Amerika Syarikat dengan 76 buah universiti di negara berkenaan berada dalam senarai 200 terbaik walaupun 51 daripadanya menunjukkan skor menurun.


Menduduki senarai pertama universiti terbaik dunia adalah California Institute of Technology (CIT) mengatasi universiti yang sangat dibanggakan Ketua Pemuda Umno-APCO, Khairy Jamaluddin yang pernah belajar di Universiti Oxford, United Kingdom yang berada di kedudukan kedua.


Di tempat ketiga adalah Stanford University, Amerika Syarikat manakala Harvard University, United Kingdom dan Massachusetts Institute of Technology (MIT), juga dari negara Uncle Sam itu masing-masing pada kedudukan keempat dan kelima.


Universiti terbaik dari benua Asia adalah University of Tokyo, Jepun yang berada pada kedudukan ke-27 dan THES menjangkakan lebih banyak universiti dari China, Korea Selatan dan Taiwan akan mencabar antara satu sama lain untuk berada pada raning yang lebih tinggi tahun depan.


THES juga memberi penghargaan khas kepada universiti dari benua Asia seperti Universiti Tekonologi Nanyang, Singapura kerana melonjak dengan begitu ketara, naik 83 anak tangga dan berada di kedudukan ke-86 dalam senarai universiti terbaik dunia.


Sebuah lagi universiti dari republik itu, National University of Singapore (NUS) berada dalam kedudukan terbaik sepanjang 14 tahun apabila berada di kedudukan ke-29 sekaligus muncul sebagai universiti terbaik dari Asia Tenggara.


Dalam komen ringkas, Menteri Pengajian Tinggi, Khaled Nordin dengan nada berhelah memberi alasan bahawa universiti dari Malaysia tidak tersenarai kerana THES menggunakan sistem penilaian 10 tahun sedangkan sebuah lagi badan penilai antarabangsa, QS World University Ranking menggunakan sistem penilaian lima tahun yang dianggapnya lebih tepat.


Bagaimanapun dia tidak memberi alasan mengapa Malaysia menerima pakai sistem yang digunakan QS sedangkan THES sebenarnya lebih diiktiraf di peringkat global selepas dipisahkan entiti kedua-duanya pada 2010.


Buktinya, Universiti Malaya (UM) pernah berada dalam senarai ke-180 menggunakan penilaian bersama THES-QS dan ini tidak pernah dipertikaikan oleh Khaled.


Persoalannya, mengapa baru sekarang hendak mengguna pakai ranking yang hanya dikeluarkan QS sedangkan universiti seluruh dunia ternanti-nanti kedudukan mereka dalam senarai THES?


Dan mengapa pula Khaled tidak mampu menjawab bagaimana UM masih belum berada dalam senarai 100 universiti terbaik dunia walaupun menggunakan sistem penilaian QS yang dianggapnya lebih tepat?


Apakah muslihat Khaled hanya semata-mata mahu menutup kegagalannya menjadikan salah satu daripada 20 buah universiti awam di negara ini berada dalam senarai THES?


Malah, Penasihat DAP Lim Kit Siang menulis di laman Twitternya mengatakan sekali lagi Malaysia terkeluar dari senarai 200 universiti terbaik dan apakah Khaled mengambil berat akan hal ini?


Justeru Khaled mesti mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas kegagalan ini dan mesti meletak jawatan supaya martabat dan kedudukan universiti di negara ini tidak terus jauh tertinggal di belakang, termasuk Thailand!


JALAN PULANG

RAHSIA!!! Me Udang Banjir & Bahtera Noh Tanjung Karang.

 
Mee udang banjir di Tanjung Karang hasil dari kolam udang Noh?


JIKA dahulu, mee udang banjir begitu popular di Kuala Sepetang, Taiping, Perak. Teringat ketika pilihan raya kecil Bukit Gantang, rata-rata yang menyertai kempen di sana tidak akan melepaskan peluang untuk singgah menjamu mee udang banjir.


Pada waktu itu juga, peniaga-peniaga di sekitar Bukit Gantang sudah tidak cukup kaki dan tangan melayani kehendak pelanggan yang datang dari seluruh pelusuk negara. Namun kini, warung-warung mee udang banjir sudah mula terbina bagaikan cendawan tumbuh di Kuala Selangor, Tanjong Karang menghala Sungai Besar, berbagai warung mee udang kelihatan yang menanti kunjungan pelanggan.


Tatkala melihat warung-warung tersebut, terus terimbas di fikiran, adakah warung mee udang yang mula rancak di sekitar Tanjung Karang ini mempunyai kaitan dengan wakil rakyatnya? Biarpun kedengaran agak lucu, namun ianya tidak ditolak mentah-mentah bagi sesiapa yang mengetahui kaitan kolam udang dengan wakil rakyatnya, Datuk Seri Noh Omar.


Sekadar untuk bercerita santai berkenaan politik semasa di Tanjung Karang, sudah tentu kaitan kolam udang dengan warung mee udang banjir yang tumbuh melata tidak boleh dipandang sepi.


Berkesempatan menemui Naib Yang Dipertua PAS Tanjung Karang, Misran Serman (gambar), kaitan warung mee udang dengan kolam udang milik Noh Omar itu, katanya sudah pasti menjadi bualan.

"Memang lucu, tapi kalau difikir-fikirkan, mungkin juga ada kaitannya.  Mudah dapat udang agaknya," kata beliau, turut ketawa kecil ketika menyuap mee udang yang dipesan.


Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dikatakan memiliki tanah seluas 30 ekar yang disewakan kepada syarikat Pristine Agrofood Sdn. Bhd. pada tahun 1995.


Tanah itu, yang pada mulanya dikatakan berstatus tanah komersial, dan kemudiannya ditukar kepada tanah pertanian pada 2011 bagi tujuan projek penternakan udang. Dalam siri pendedahan Adun Sekinchan, Ng Suee Lim, berkenaan kolam udang tersebut, secara jelasnya membuktikan wujud 'conflict of interest' memandangkan Noh sendiri merupakan menteri yang bertanggungjawab terhadap urusan pertanian.


Lebih-lebih lagi, apabila pejabat tanah sendiri memaklumkan bahawa kelulusan tanah itu dikeluarkan pada 13 Jun 1995, iaitu dua bulan selepas beliau menjadi ahli parlimen kawasan terbabit. Menurut Misran, isu kolam udang dan Noh ini merupakan satu isu yang benar-benar menyinggung hati penduduk di sekitar kawasan tersebut.


"Kawasan itu tidak boleh diterokai kerana ia tanah simpanan hutan kayu bakau yang dijadikan sebagai penampan dari berlakunya hakisan pantai.


“Sebelum ini apabila penduduk kampung membuat penerokaan hutan akan ditangkap oleh Jabatan Hutan. Dalam jarak 100 meter daripada pantai tidak boleh dilakukan aktiviti pertanian dan ini menyalahi akta alam sekitar,” tegas beliau.


Sayangnya, kata beliau di saat rakyat diminta menghentikan aktiviti mereka, ada pihak lain yang secara senyap-senyap memohon tanah terbabit dan diluluskan. Noh dikatakan membeli tanah itu dengan hanya membayar RM100,000 berbanding harga asal kira-kira RM3 juta pada ketika itu.


Di sebalik siri-siri pendedahan yang dilakukan Ng dan Misran, kedua-duanya menerima notis saman daripada Noh, meminta agar menarik semula kenyataan yang mengaitkan menteri itu dengan kolam udang tersebut. Namun, bagi Misran, Noh tidak berani berhadapan dengan isu tersebut memandangkan satu persatu bukti berupa dokumen rasmi telah dibongkarkan.


"Jika dia (Noh) ingin membawa isu ini ke mahkamah, kita tidak bimbang.  Kita ada bukti yang cukup kukuh untuk mendedahkan lebih banyak mengenai isu ini di mahkamah," sahut Misran menutup perbualan petang itu di warung mee udang banjir. (IH/Hrkh)

TAMRIN DAKWA!!! Mahathir pergunakan bapanya


BUKIT MERTAJAM: Anak Tun Ghaffar Baba, Tamrin Ghafar mendakwa mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed bukan sahaja petualang yang mencetusan pergolakan dalaman Umno sehingga dibatalkan pendaftarannya pada tahun 1997 bahkan sering mengeluarkan kenyataan yang mencabul persoalan akidah.

Beliau yang berceramah di Galeri Pejuang, Ceruk To Kun, Bukit Mertajam bersama dua orang penceramah jemputan  iaitu Ustaz Sharil Long dan Ustaz Hafizal  menambah,  peristiwa pengharaman Umno tahun 1997 adalah angkara Dr Mahathir apabila Ghafar didesak lawan Tun Musa Hitam.

Tamrin yang menyertai PAS baru-baru ini berkata, Datuk Seri Anwar juga didesak Dr Mahathir agar mencabar Tun Ghafar Baba yang dianggap sampah kerana tidak dapat membantunya merealisasikan dasar Pandang Ke Timur dan Wawasan 2020.

"Pada saya mantan Presiden Umnolah yang mencetuskan polimik sebenar dalaman Umno sendiri, kestabilan negara serta akidah.


(Buku Anwar lawan Ghafar pernah diterbitkan)


"Sejak dulu jika dia tidak suka seseorang beliau akan mendesak orang lain cabar dan beliau sendiri akan sembunyi tangan, " terangnya semasa berceramah dalam program PAS Cawangan To Kun dan PAS Bukit Mertajam.


Peristiwa terbesar mengakibatkan pemecatan Datuk Seri Anwar juga dicipta oleh Dr Mahathir sendiri setelah beliau mendapati kekuatan Anwar makin meningkat dan sekiranya dibiarkan kemungkinan pengaruhnya akan hilang.

Jesteru itu, Anwar diinaya bukan sahaja dipecat bahkan ditangkap, difitnah dan diseksa dalam penjara.


Dr. Mahathir adalah durjana sebenarnya, beliau sanggup melagakan orang lain demi memastikan kedudukannya selamat dan terus berkuasa.

Waktu nama Anwar tengah 'top', Mahathir mengambil peluang keemasan  membuang Ghafar Baba dari kabinet kerajaan dengan meminta Anwar lwan Ghafar.

Kes yang terjadi pada Anwar juga berpunca dari perasaan kebimbangan beliau ekoran penampilan Anwar dilihat lebih ke hadapan dari banyak segi.

Bila Anwar jadi mangsa rakyat bangkit dan sampai sekarang isu pemecatanya tidak boleh diterima oleh sebahagian ahli Umno sendiri.

"Tetapi, nak  buat macam mana semua tunduk dengan 'DR M'," tegas beliau termasuk dirinya sebelum ini.

Rakyat juga,  kata bekas Pengerusi MARA itu, tentu masih ingat terlalu banyak kenyataan Dr Mahathir yang boleh mengancam kestabilan negara apatah lagi  akidah.

Sampai hari ini tambah Tamrin, siapa pun tidak boleh menghalang kenyataan dari terus keluar dari mulutnya biarpun kadang- kadang memberikan kesan terhadap sokongan Umno itu sendiri.

Terbaru ujarnya, kenyataan berkenaan 'syaitan yang dikenali lebih baik dari Malaikat yang tidak dikenali' bakal melihat Umno terus jatuh.

"Biarlah dia keluarkan kenyataan merapu sebab Umno akan jatuh tidak lama lagi.  Mungkin diera DR M Umno menjadi terkenal dan selepas beliau pencen Umno pun menjunam," jelasnya yang juga bekas Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.

IC PALSU!!! Komplot terancang UMNO/BN untuk menang p’raya

KUALA LUMPUR 4 Oktober: KEADILAN percaya Umno BN berkomplot dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memalsukan kad pengenalan untuk melayakkan warga asing mengundi bagi membantu kemenangan mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Naib Presidennya, N Surendran berkata, tidak mungkin JPN atau SPR boleh memalsukan kad pengenalan dan senarai daftar pemilih tanpa komplot bersama Umno BN.

“Jelas modus operandinya bagi memastikan survival Umno BN. Perbuatan ini secara terancang. Mana mungkin SPR atau JPN melakukan perkara ini bersendirian.
“Sebaliknya ada pihak lebih berkuasa mengarahkan mereka melakukan penipuan,” katanya ketika dihubungi.

Merujuk laporan Daily Express, Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh pada sidang medianya di Parlimen kelmarin mendedahkan, dua nama dimasukkan dalam data senarai daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), walaupun mereka didapati bersalah oleh mahkamah kerana memiliki kad pengenalan palsu.

Individu terbabit adalah Hassanuddin Manna, warga Filipina layak mengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai, bawah Parlimen Sepanggar, Johor.
Nama kedua pula adalah Salleh Samsul, memiliki kad pengenalan dari Sabah layak mengundi di DUN Permas dalam Parlimen Pasir Gudang.

Surendran berkata, isu kad pengenalan palsu dan pengundi yang meragukan bukan perkara baru, malah dibangkitkan Pakatan Rakyat, namun tiada tindakan serius oleh Umno BN.

“Kalau diperhatikan setiap pendedahan, tiada satu pun tindakan yang diambil. Mereka hanya menafikan kewujudan pengundi hantu dan kad pengenalan palsu.

“Kerajaan enggan menyelesaikan masalah ini dan juga daftar pengundi yang diragui kerana ia memberi manfaat untuk kemenangan mereka,” ujarnya.

MAI TENGOK ELAUN PENASIHAT NAJIB!!! Itu yang nampak, yang tak nampak?

Mereka ialah ahli2 parlimen yang menerima elaun tertinggi. Bekas ahli parlimen pun ada yang dapat elaun. Seme tu dibayar berdasarkan kepada tugas masing2. Lihat bawah neh beb ;


1) Bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis- sebanyak RM27,227.20 sebulan.

2) Bekas Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu yang menjadi Duta Khas ke India- sebanyak RM27,227.20 sebulan

3) Ahli Parlimen Besut Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin yang juga Penasihat Agama kepada Perdana Menteri- sebanyak RM25,106.00 sebulan.

4) Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang juga Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER)- sebanyak RM24,022.00 sebulan

5) Bekas Presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting yang juga Duta Khas Perdana Menteri ke Republik Rakyat China- sebanyak RM20,000.00

6) Bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar yang juga Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)- sebanyak RM20,000.00 sebulan

7) Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga Penasihat Pembangunan Wilayah Ekonomi di bawah Unit Kerjasama Awam Swasta (Ukas) + Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim)- sebanyak RM13,000.00 sebulan
Sumber : sini

Ko dapat RM25,106.00 sebulan. Untuk nasihatkan najib agar memerintah dengan adil dan mengikut acuan islam pun tak boleh. At least najib ada usaha untuk lantik ko jadi penasihat dia dalam bidang agama. Tapi apa usaha ko untuk tarbiah dan ubah najib agar memerintah dengan adil dan amanah?

Dalam banyak2 elaun kat atas neh, aku kritik elaun kepada penasihat agama najib. Tak cukup dengan jamil khir dan mashitah, dia ada penasihat agama peribadi. Tapi itu pun tak boleh pakai.

Tah hapa2.


AKHIRNYA UMNO MENGAKU!!! Pakatan Rakyat akan perintah Malaysia selepas PRU 13


Pakatan Rakyat diakui sendiri oleh UMNO  bakal jadi parti pemerintah untuk  mengurus tadbir Putrajaya selepas PRU 13 nanti.

Ini boleh dilihat apabila admin lihat lidah biawak rasmi UMNO, Utusan keluaran hari telah menerbitkan dimuka depan "Kabinet Bayangan" Pakatan Rakyat.

Jika UMNO melalui lidah biawak rasminya tidak cukup yakin dan percaya yang PR akan mentadbir urus negara ini selepas PRU 13, mana mungkin "kabinet bayangan" boleh diterbitkan dimuka depan.

Yang paling memelikkan ialah, PR sendiri belum mengeluarkan apa-apa kabinet bayangan walaupun PR cukup yakin untuk mengusir UMNO/BN dari takhta kuasa Putrajaya nanti.

INI MEMBUKTIKAN TAHAP KEYAKINAN UMNO/BN YANG PR BAKAL MENJADI PARTI PEMERINTAH NEGARA SELEPAS P13 NANTI  MELEBEHI TAHAP KEYAKINAN DAN KEPERCAYAAN PAKATAN RAKYAT SENDIRI BERKALI-BERKALI GANDA.OMAK KAU