Monday, October 15, 2012

TARIK BALIK SAMAN ANWAR!!! Adakah Musa Hasan bekas IGP yang dikatakan akan sertai PAS?


Belum pun sempat buka mulut untuk disoal, tau-tau dah mintak tarik balik saman?


Itulah yang terjadi terhadap perbicaraan berhubung insiden kes mata lebam oleh Anwar Ibrahim akibat dibelasah ketika dalam tahanan polis 14 tahun lalu yang dijadual bermula hari ini dibatalkan, setelah Musa Hassan menarik balik saman fitnah terhadap Ketua Umum KEADILAN itu pagi tadi.


Penarikan balik saman oleh bekas Ketua Polis Negara itu adalah berkaitan laporan polis oleh Anwar berhubung pemalsuan bukti dalam perbicaraan kes Fitnah 1 pada 1998.
Ia direkodkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Asmabi Mohamad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang penuh sesak dipenuhi penyokong Anwar.
Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Reza Merican yang mewakili Musa, memaklumkan kepada Asmabi mengenai penarikan balik saman tersebut.
Peguam Latheefa Koya yang mewakili Anwar berkata, penarikan balik saman tersebut membuktikan tuduhan fitnah ke atas Anwar tidak berasas.
“Musa Hassan telah tarik balik saman beliau kerana berpuas hati dengan semua kenyataan Anwar selama ini, jadi tiada kes untuk diteruskan,” katanya.
“Jelas apa yang dipertahankan Anwar Ibrahim tentang konspirasi dan fitnah itu benar, kerana Musa Hassan telah menarik dakwaan beliau,” kata seorang lagi peguam, N Surendran ketika ditemui.
Sepatutnya, Surendran akan mula menyoal balas Musa pagi ini dalam kes saman ke atas laporan polis berkenaan pemalsuan keterangan laporan perubatan oleh beliau dan Ketua Pasukan Pendakwa Raya, Abdul Gani Patail.
Merujuk laporan Keadilan Daily sebelum ini, Surendran berkata, sehingga hari ini, tidak ada siasatan bebas mengenai penglibatan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam serangan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu pada malam 20 September 1998 oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Abdul Rahim Noor.
“Selepas 14 tahun, serangan mengerikan itu masih menjadi trauma seluruh negara,” kata Naib Presiden KEADILAN itu.
Surendran berkata, ketika ditangkap, Anwar diikat tangan, ditutup mata, ditampar dan ditumbuk berulangkali sehingga jatuh ke lantai.
“Dalam keadaan separuh sedar, darah keluar dari mulut dan hidung, Anwar dinafikan hak mendapat rawatan. Malah dipaksa menandatangani perintah tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri).
Pegawai tertinggi polis ada di tempat kejadian. Namun tidak seorang pun yang mengambil tindakan membuat laporan,” ujarnya.
Pada malam tersebut, Anwar ditangkap secara salah oleh pasukan khas polis yang menerima arahan kerajaan Barisan Nasional (BN) diketuai Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad ketika itu.
Tangkapan dan serangan itu sebahagian dari perancangan Umno BN mensabitkan Anwar dengan salah laku seks dan pertuduhan rasuah, selepas beliau dipecat pada 2 September 1998.
Namun kes berkenaan mendapat liputan meluas antarabangsa dan desakan berterusan mengheret Rahim  ke penjara serta dipecat dari jawatannya sebagai ketua nombor satu dalam PDRM.
Lebih teruk, kata Surendran, Anwar hanya diberi rawatan selepas empat hari serangan dan dalam keadaan itu, beliau dipaksa memberi keterangan.
“Pada 1 Oktober 1998, Dr Mahathir berbohong kepada seluruh rakyat Malaysia dengan mengatakan bahawa kecederaan itu dilakukan Anwar sendiri,” katanya.
Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID), Mat Zain Ibrahim sebelum ini mengesahkan bukti-bukti yang digunakan terhadap Anwar dalam kes Fitnah 98 dipalsukan.
Mat Zain, pegawai yang menyiasat insiden mata lebam Anwar itu membuat pendedahan tersebut dalam surat-surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara sekarang, Ismail Omar.
Beliau mengesahkan pemalsuan bukti itu dilakukan pegawai penyiasat polis pada masa itu, Musa dan Ketua Pasukan Pendakwa Raya, Gani.

Dalam surat terbuka kepada Ismail 12 September 2011, Mat Zain menyatakan pemenjaraan Anwar adalah ketidakadilan yang dirancang Musa dan Gani.
Pemalsuan bukti diperoleh berdasarkan perbezaan di antara fail rasmi kes pada tahun 1998 dengan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir di dalam autobiografinya, ‘A Doctor in The House’.
Beliau mendedahkan Musa dan bekas Ketua Polis Melaka, Mohd Rodwan Yusof, ‘mencuri’ sampel darah Anwar daripada doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Zahari Noor sewaktu siasatan peristiwa mata lebam dibuat.
Mat Zain mengakui bertemu dan berinteraksi dengan watak utama dalam konspirasi ini, termasuk Mahathir, Gani dan Musa selain pesuruhjaya Suruhanjaya Diraja Siasatan insiden mata lebam.
Surendran menambah, Umno BN terus memanipulasi undang-undang dengan memperalatkan polis apabila mensabitkan Anwar dengan kes Fitnah II.
“Serangan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri dan campur tangan pihak tertinggi membuktikan tidak ada rakyat Malaysia yang selamat di bawah Umno BN,” katanya.
Bagaimanapun, mahkamah membebaskan Anwar daripada tuduhan Fitnah II pada 9 Januari lalu.
JALAN PULANG

(VIDEO)BETULKAN SEBUTAN DIK!!! Bukan Najib tapi Najis Mughallazah, sebab tu Najib tergamam tak boleh jawab

http://img337.imageshack.us/img337/5316/awek20n20babi2006ba8hl3.jpg 
Ini jawapannya Dato' Seri - Najis Mughallazah

 Rupanya benarlah tindakan Perdana Menteri Najib sehingga kini mengelak untuk berdebat dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim walaupun berkali-kali dipelawa malah didesak supaya berbuat demikian.

Jangankan dengan Anwar, dengan budak sekolah pun Najib langsung tidak dapat menjawab soalan fardu ain asas yang diajar dari kecil lagi!


Najib Altantuya hadir di pameran pendidikan tersebut pada 13 Mac 2012 dan video tersebut memaparkan kununnya Najib tertarik dengan kaedah "Peta Pemikiran" (Mind Mapping) untuk matapelajaran Pendidikan Islam yang dipamerkan oleh Sekolah Kebangsaan Kiaramas, Jalan Duta, Kuala Lumpur.


Buktinya, saksikan dari minit ke 2:00 video di bawah ini, anda akan melihat Najib disoal oleh salah seorang pelajar dari sekolah tersebut yang terlibat dengan projek i-THINK Pilot.

Soalan yang ditanya oleh salah seorang pelajar itu setelah menjelaskan tentang takrifan dan contoh najis Mutawassitah (najis sederhana) dan bertanya kepada Najib dengan memintanya memberikan jawapan kepada soalan: “Bolehkah Datuk Seri memberikan contoh untuk najis Mughallazah?”

Najib ternyata gagal memberikan jawapan lantas berpaling kepada timbalannya, Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran dengan harapan mendapat bantuan tetapi Muhyiddin juga sama seperti Najib gagal memberikan jawapan hingga akhirnya murid lelaki yang bernama Hafiz di sebelah murid yang bertanya tadi membantu memulihkan air muka Najib yang tergamam dengan memberikan cadangan iaitu Babi.


Nampaknya bukan setakat Najib  terkantoi, malah Muhyiddin yang kunun hendak 'mengenakan' Najib  turut terkantoi sama!


Kah kah kah...


JALAN PULANG 

TAN KENG LIANG MENGHINA ISLAM!!! Mana UMNO, PERKASA,JATI , ISMA ?

Gua cakap MCA dan GERAKAN tolak ISLAM baruah Najib tak percaya.. nih sikit bukti. 

sebelum nih Pemuda MCA Kedah dan SELANGOR berikrar akan menentang segala bentuk islamisasi negeri2 tersebut. (cari sendiri keratan akhbar untuk tajuk ini)

TAN KENG LIANG MENGHINA ISLAM, BUKTI POLITIK ULAR KEPALA DUA BARISAN NASIONAL
Pagi ini kira-kira jam 11 pagi tadi saya telah terbaca satu twitter dari akaun Tan Keng Liang, Ketua Pemuda Gerakan Kedah yang mempersendakan dan menghina arahan berpakaian sopan kepada bukan Islam dan menutup aurat kepada Islam.

Ini mungkin muncul dari garis panduan Majlis Perbandaran Alor Setar (MBSA) yang mula melaksanakan garis panduan supaya model iklan yang dipaparkan dalam kawasan mereka hanya memaparkan model yang berpakaian sopan. ERA PASCA

LAPORAN AUDIT !!! Ditapis, namun terlalu banyak yang tidak telus maka tidak tertapis semuanya


KUALA LUMPUR 15 Oktober: Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang dibentang hari ini tidak mendedahkan secara menyeluruh mengenai kepincangan dalam urus tadbir negara, kata Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail. Beliau berkata, kelewatan 27 hari pembentangan laporan itu memberi peluang kepada kerajaan Umno BN memilih isu-isu tertentu untuk diambil perhatian dan mengenepikan isu-isu besar yang dibangkitkan.

“Laporan Audit sepatutnya menyentuh mengenai laporan kewangan dari 1 Januari hingga 31 Disember 2011. Dalam tempoh itu, kita harap ada satu laporan spesifik mengenai isu-isu yang berlaku sepanjang tahun 2011. Tapi dalam laporan ini tidak mengandungi isu-isu yang berlaku sepanjang tempoh itu.

“Kerajaan buat keputusan untuk membuat saringan mengenai isu apa yang lebih diutamakan untuk diisi dalam laporan tersebut,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.

Azan berkata, kerajaan sepatutnya menyentuh isu-isu besar yang berlaku sepanjang tahun lalu termasuk penyelewengan projek NFC (National Feedlot Corporation), isu rumah pertamaku, hutang isi rumah dan lebihan perbelanjaan luar jangka.


“Tapi malangnya semua ini tidak kelihatan. Walaupun Laporan Audit itu ada, tetapi untuk tujuan dokumentasi untuk diserah kepada Ahli Parlimen, ia telah disaring,” kata Azan.
~kd
 
Walaupun laporan Audit ini ditapis tapi kerana terlalu banyak ketidaktelusan maka terpaksa di lapor juga seperti di bawah :

Laporan Audit 1


Mindef bayar RM3.2b untuk kuarters 'tak memuaskan'


Laporan Ketua Audit Negara yang dikemukakan ke Parlimen hari ini mendapati kontrak untuk membina kuarters untuk kakitangan yang berkahwin menelan kos sebanyak RM3.21 bilion namun hasil projek berkenaan dinyatakan tidak memuaskan.


Kos untuk 38 projek tersebut – melibatkan 9,455 unit kuarters dari jenis pangsapuri hingga banglo – pada asalnya dianggarkan menelan kos RM1.74 bilion namun meningkat 84 peratus kepada RM3.21 bilion.


Laporan itu menyebut, hanya satu daripada projek yang diaudit itu, yang merupaan sebahagian daripada Rancangan Malaysia Ke-9, dianugerahkan melalui tender terbuka manakala bakinya melalui rundingan terus, tender terhad atau dengan sebut harga.


Enam daripada projek ini terletak di Lembah Klang dan dianugerahkan kepada Syarikat USL – satu kerjasama di antara Syarikat Perumahan Negara Bhd dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera Sdn Bhd.


Menurut laporan tersebut, USL didapati "tidak berpengalaman" dan pegawai teknikal syarikat itu pula "kurang kompeten" untuk menyiapkan projek tersebut.


Laporan Audit 2


Indah Water rugi hampir RM1 bilion – Audit


KUALA LUMPUR 15 Oktober: Syarikat pembentungan nasional, Indah Water Konsortium (IWK) mengalami kerugian terkumpul secara berterusan sehingga akhir tahun 2010 berjumlah RM888.1 juta, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang dibentang hari ini.


“Kes kecurian di loji olahan kumbahan melibatkan anggaran kerugian berjumlah RM25.40 juta, air kumbahan tidak dirawat mengikut standard ditetapkan, kerosakan struktur loji serta pelanggaran standard efluen melibatkan fi lesen berjumlah RM1.554 bilion.


“Prestasi kewangan IWK kurang memuaskan. Syarikat tidak mampu menjana keuntungan dan terlalu bergantung kepada subsidi kerajaan untuk menampung perbelanjaan operasinya,” tulis laporan tersebut.


Justeru, prestasi syarikat pembetungan nasional itu ditandakan sebagai ‘kurang memuaskan’ dalam laporan tersebut.


“Setakat 31 Disember 2011, IWK hanya berjaya membangunkan sistem pembentungan negara ke satu tahap lebih baik selepas 17 tahun mengendalikannya.


“Projek tidak dirancang dengan teliti. Sijil Perakuan Siap Kerja dikeluarkan bagi projek yang komponen utamanya gagal dalam pengujian dan pentauliahan,” jelas laporan berkenaan.


Laporan Audit 3


Audit tegur kerugian Rapid KL RM300 juta


KUALA LUMPUR 15 Oktober: Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) mencatat kerugian terkumpul sehingga 31 Disember 2010 berjumlah RM293.82 juta, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011.


“Prestasi kewangan RapidKL kurang memuaskan di mana syarikat mengalami kerugian pada 2008 dan 2010, walaupun mencatat keuntungan pada 2009.


“Bilangan bas sedia guna bagi empat model iaitu Dong Feng 120, Iveco, Dong Feng 75 dan King Long Suzhou hanya mencapai kurang 50 peratus daripada keseluruhan bas sebenar,” jelas laporan itu.


LKAN 2011 turut menegur kelemahan pengurusan dokumen kewangan serta kawalan dalaman sistem kutipan RapidKL yang kurang memuaskan, manakala peratusan bas boleh beroperasi tidak mencapai 100 peratus.


RapidKL ditubuhkan pada 26 Julai 2004 dengan modal berbayar RM300 juta. Pada Jun 2009, Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) mengambil alih RapidKL daripada Menteri Kewangan Incorporated dengan pegangan ekuiti 100 peratus.


RapidKL juga adalah pengendali sistem tren transit aliran Ampang dan Kelana Jaya serta pengangkutan bas di Kuala Lumpur dan sebahagian di Lembah Klang.


Laporan Audit 4


Projek jalan raya di Sarawak bermasalah, kata Ketua Audit Negara


KUALA LUMPUR, 15 Okt — Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan hari ini di parlimen mendapati projek membina dan menaik taraf jalan luar bandar di negeri Sarawak bermasalah malahan terdapat juga projek yang disifatkan sebagai “projek sakit” dan perlu diberikan perhatian.


“Sebanyak 101 projek bernilai RM437.57 juta yang disiapkan adalah tidak memuaskan, manakala 38 projek (37.6%) bernilai RM178.94 juta telah mengalami kelewatan antara 15 hingga 242 hari daripada jadual asal.


Sebanyak 13 projek sakit (17.6%) bernilai RM229.27 juta daripada 74 projek kerana kelewatan menepati jadual patut siap sebanyak 20%,” tulis laporan tersebut.


Lebih memeranjatkan, laporan itu juga mendapati projek pembinaan jalan yang telah siap tidak mengikut spesifikasi kontrak dan kualiti pembinaan jalan, keselamatan dan keselesaan jalan tidak memuaskan pengguna jalan raya hasil daripada maklum balas yang diperoleh.


“Kebanyakkan projek yang tidak mengikut piawaian tersebut telah menimbulkan pelbagai masalah seperti jalan terlalu berbukit, turapan bitumen nipis, jalan tidak rata, jalan cepat rosak dan berlubang.


“Di samping itu, lawatan oleh pihak audit juga mendapati tiga projek (satu di Miri, dua di Samarahan) pembinaan jalan baru dan naik taraf jalan sedia ada bernilai RM 28.75 juta tidak memasukkan keperluan membina culvert dan jambatan yang sesuai dalam skop kerja kontrak.


“Selain itu, semakan pihak audit terhadap 25 sampel projek telah mengenalpasti tiga projek bernilai RM22.54 juta tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan seperti ketebalan road base aggregate dan premix,” tulis laporan tersebut.


Bagi tempoh tahun 2006 hingga 2011, Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) telah diluluskan peruntukan untuk melaksanakan 175 projek dengan nilai asal kontrak berjumlah RM1.727 bilion.


Daripada 175 projek ini, sebanyak 146 projek bernilai RM1.104 bilion dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya Sarawak (JKRS) manakala sebanyak 29 projek lagi bernilai RM622.84 juta dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak (JPSS).


Bagi menangani dan mengelak daripada mengulangi masalah sama, pihak audit telah mengesyorkan kepada KKLW supaya lebih teliti dan menyeluruh dalam setiap projek pembinaan jalan baru atau naik taraf supaya projek berjalan dengan lancar tanpa gangguan.


Pihak audit juga menegur JKRS selaku agensi pelaksanaan projek ini perlu merancang secara holistik supaya objektifnya tercapai dan memberi nilai wang serta hasilnya kepada pengguna, memastikan setiap projek menepati spesifikasi, standard dan kualiti yang ditetapkan dan seterusnya boleh memberi keselesaan kepada pengguna dan memantau pelaksanaan projek dengan memastikan kawalan kualiti dilakukan sepanjang proses pembinaan sehingga Certificate of Practical Completion (CPC) dikeluarkan.


Laporan Audit 5


Pensyarah sementara UiTM dilantik tanpa bukti tamat pengajian


Semakan audit mendapati 15 penerima biasiswa - yang terdiri daripada seorang peringkat PhD dan 14 peringkat sarjana - telah dilantik sebagai pensyarah sementara Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada tahun 2003 hingga 2009 tanpa bukti mengemukakan bukti telah tamat pengajian.


Mereka telah dilantik berdasarkan Borang Melapor Diri Bagi Pemegang Biasiswa TPM, demikian menurut laporan maklum balas daripada Perbendaharaan Malaysia ke atas isu-isu utama dalam Laporan Ketua Audit Negara mengenai aktiviti badan berkanun persekutuan serta pengurusan syarikat subsidiari bagi tahun 2011.


"Mengikut borang tersebut 15 penerima biasiswa itu menyatakan telah menamatkan pengajian tetapi masih belum menerima keputusan rasmi daripada Universiti berkaitan.


"Pelantikan ini adalah bertentangan dengan prosedur pelantikan pensyarah sementara kerana tidak mengemukakan bukti tamat pengajian," kata laporan tersebut.


Katanya, ini disebabkan Borang Melapor Diri Bagi Pemegang Biasiswa TPM tidak menghendaki sesalinan skrol, transkrip atau pengesahan universiti tempat pengajian dikemukakan bersama sebagai bukti tamat pengajian.


"Oleh itu semua 15 pensyarah sementara ini telah berkhidmat selama dua hingga lapan tahun tetapi tidak dapat diserap ke jawatan tetap.


"Pada pendapat Audit, UiTM hendaklah mengambil tindakan proaktif dengan menghubungi Universiti berkaitan bagi memastikan 15 pensyarah sementara tersebut telah tamat pengajian dengan jayanya," kata laporan tersebut.


Selain itu, tambahnya, UiTM perlu memastikan semua penerima biasiswa TPM mengemukakan bukti tamat pengajian dengan jayanya semasa melaporkan diri.


"UiTM memaklumkan pemegang biasiswa bertanggungjawab memberitahu UiTM jika ada perubahan status Ijazah sepertimana perkara 10 (d) dalam Memorandum Syarat-Syarat Tawaran Biasiswa.


"Selain itu, Jawatankuasa Latihan dan Pembangunan Staf (Induk) pada 27/02/2012 telah membuat keputusan pemegang biasiswa TPM yang melaporkan diri selepas tamat tempoh pengajian tanpa mengemukakan salinan surat Senat bagi pengesahan tamat pengajian, tidak akan dilantik ke jawatan pensyarah," kata laporan itu lagi.


Menurut laporan itu, semakan Audit mendapati JPSM (Jabatan Pembangunan Sumber Manusia) dan JPbSM tidak mempunyai prosedur kerja yang lengkap untuk pengurusan biasiswa TPM.


"Ini menyebabkan pengurusan biasiswa TPM tidak dapat diurus dengan teratur. Selain itu, Pejabat PUU tidak mempunyai prosedur kerja terperinci berkenaan tempoh masa dan kekerapan bagi pengeluaran notis serta surat peringatan," tambahnya.


Sementara itu, tambahnya, semakan lanjut terhadap 48 fail pemegang biasiswa TPM yang pecah kontrak di Pejabat PUU mendapati ia tidak diselenggarakan dengan lengkap dan kemaskini, kata laporan itu lagi.


Menurutnya, proses kerja yang tidak lengkap menyebabkan tindakan undang-undang dan susulan sukar diambil kerana didapati lima fail tiada dokumen asal perjanjian dan surat tawaran. 30 fail tiada dokumen asal perjanjian dan kesemua 48 fail itu tiada kertas minit dan senarai semak kandungan.


Sementara itu, dalam jawapannya, UiTM memaklumkan mengenai penambahbaikan terhadap memorandum baru biasiswa dengan memasukkan klausa tambahan iaitu pegawai hendaklah mengemukakan surat Senat/surat pengesahan universiti tempat pengajian semasa atau selepas melaporkan diri sebagai bukti tamat pengajian.


UiTM juga telah memberi maklumbalas pada 25 Jun 2012 berdasarkan surat daripada Jabatan Audit Negara bertarikh 14 Jun 2012 mengenai Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Aktiviti Badan Berkanun Persekutuan Tahun 2011.


Dalam surat tersebut, UiTM memohon para 10.4.4.1 -“JPSM dan JPbSM tidak mempunyai prosedur kerja yang lengkap dengan pengurusan biasiswa TPM. Ini menyebabkan pengurusan biasiswa TPM tidak dapat diurus dengan teratur” digugurkan kerana JPSM tidak terlibat dengan pengurusan biasiswa TPM, hanya melibatkan urusan pelantikan TPM sebagai pensyarah.


JPbSM pula, jelas UiTM, mempunyai prosedur kerja yang lengkap dan terperinci melibatkan pengurusan biasiswa sepertimana yang telah dilampirkan selepas mesyuarat 'exit conference' pada 27 April 2012.


"PUU dalam proses merangka prosedur kerja yang lengkap melibatkan urusan mengambil tindakan undang-undang ke atas tindakan pecah kontrak.


"Bagi proses tindakan undang-undang, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia hanya mengemukakan salinan dokumen berkaitan untuk tindakan pihak PUU," jelas UiTM


Kompilasi oleh
Greenboc

TERKINI!!! PRU 13 akan diadakan hujung tahun ini?

http://cj.my/wp-content/uploads/2012/05/Pilihanraya-Umum-13-PRU-13-General-Election-13.jpgPRU 13 sudah hampir pasti akan diadakan pada Disember ini. Najib sudah merancang lama untuk mengadakan pilihanraya sebelum tahun hadapan.  

Janji Ditepati tema Hari Kebangsaan dipilih ada kaitan dengan taktik Najib menggunakan bajet untuk menabur pelbagai umpan kepada rakyat walaupun tahu duit tiada untuk membiayai peruntukan bagi umpan-umpan tersebut 

Kini apa yang dirancang sudah makin nyata melalui ucapan Najib bahawa kerajaan akan menunaikan janji dalam setiap ucapannya sejak kebelakangan ini.  

Parlimen berkemungkinan besar  akan dibubar sebaik jamaah haji terakhir pulang ke tanah air. Pilihanraya sebelum perayaan Krismas.

Najib akan menggunakan musim tengkujuh mengadakan pilihanraya kerana mempunyai pengalaman menguntung dalam pilihanraya kecil di Tenang.

Najib juga mahu melekakan PR bahawa pilihanraya akan diadakan pada tahun hadapan selepas umpan bajet diterima rakyat.

DSAI juga sudah beberapa kali mengingatkan bahawa pilihanraya akan diadakan pada tahun ini bukan tahun hadapan.

Dua berita di bawah membuktikan , Najib sekarang sedang menyakinkan rakyat bahawa umpan bajet akan dilaksanakan walaupun pilihanraya diadakan sebelum bajet dilaksanakan.

Najib dan BN akan berkempen dalam pilihanraya, jika mahu RM 500, mahu RM 250 kena undi BN dahulu. 

Berita 1

PENAMPANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) boleh diadakan bila-bila masa kerana rakyat sudah yakin janji yang dibuat akan dilaksanakan.

"Ini sebab bila kita umum BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) rakyat yakin kita akan bayar tahun depan. Kita boleh buat pilihan raya bila-bila masa sahaja kerana rakyat dah yakin janji kita tunai... kadang-kadang lambat sedikit tetapi lambat laun kita akan laksanakannya," jelasnya.


Najib, Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata demikian ketika berucap pada majlis pecah tanah Bangunan Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri dan perasmian jambatan Inobong di Padang Pagansakan, Inobong, dekat sini, hari ini.


Beliau yang juga Menteri Kewangan mengumumkan BR1M 2.0 ketika membentangkan Bajet 2013 pada 28 September lalu.


Presiden Umno ini berkata, kunjungannya ke Sabah adalah untuk menepati janji dan memperkukuhkan komitmen bagi membela nasib rakyat dan negeri itu.


"Seorang pemimpin tahu merasai denyutan dan nadi rakyat dan kita mesti tahu apa aspriasi rakyat. Kita tidak boleh jadi pemimpin besar kalau hanya petah bercakap seperti orang jual ubat di tepi jalan," katanya.


Beliau turut menyarankan agar satu kajian komprehensif dibuat bagi menentukan masa depan sistem kehakiman anak negeri Sabah.


"Kita mahu sistem ini dibangunkan dan diolah dengan baik supaya system mahkamah anak negeri ini tidak dilihat sebagai 'ala kampung' sebaliknya kita mahu tingkatkan asas keilmuan dan kedudukan.


"Jadi saya minta yang pakar dalam bidang ini memberi pandangan dan cadangan agar sistem anak negeri terus relevan pada masa akan datang," katanya.


Pada majlis itu, Najib turut mengumumkan kelulusan projek pembinaan Sekolah Menengah Kivoupo, pembinaan Dewan Serbaguna Kampung Pagansakan dan penubuhan Pusat Permata di Penampang. - Bernama



Berita 2

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa kerajaan hari ini yang diterajui BN menjanjikan sesuatu perkara yang mampu dilaksanakan untuk faedah rakyat kerana jika tidak menepati janji, ia tergolong dalam kalangan munafik.

Menurut Najib kegagalan menepati janji yang diberikan kepada rakyat bukan sahaja menyalahi perintah agama dan berdosa besar malah dianggap sebagai berbohong dan pihak yang suka menabur janji kosong berkenaan akan dihukum oleh rakyat.


"Jangan sekali-sekali kita menjadi orang munafik. Sebab itulah kita menggunakan ungkapan janji ditepati supaya sebagai sebuah kerajaan, bila kita bercakap, kita bercakap yang benar dan bukan kita bohong. Bila kita janji, kita jangan mungkir janji sebab peribahasa menyebut 'binatang dipegang pada ekornya manusia dipegang pada janjinya.

"Kalau kita menggalas amanah, jangan kita khianati amanah. Sebab itulah saya bagi jaminan (kepada) tuan-tuan, setiap ayat, setiap perkataan yang kita luahkan kepada rakyat, kita dasarkan kepada kemampuan kita. Kalau kita tak mampu, kita tidak akan sebut kerana kalau berjanji kita tidak tunaikan, dosa itu adalah amat besar.

"Tuhan akan laknat kita, rakyat akan hukum kita, mereka (rakyat) akan hukum pemimpin yang tidak melakukan apa yang dia janjikan ataupun dia menipu rakyat," katanya ketika berucap merasmikan program Jelajah Janji Ditepati di Kompleks Sukan Kudat, hari ini.

Program yang turut dihadiri Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman itu dibanjiri kira-kira 50,000 rakyat yang datang dari pelbagai kawasan berhampiran Kudat seperti Pitas, Matunggong, Kota Belud, Tandek dan Pulau Banggi.

Najib juga berkata sambutan rakyat di Sabah dalam beberapa siri lawatannya ke negeri ini seperti di Sandakan, Sipitang, Kota Belud, Penampang dan Kudat yang mendapat sambutan cukup menggalakkan, menggambarkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan BN.

Katanya kehadiran beramai-ramai rakyat juga menggambarkan keyakinan bahawa rakyat hanya boleh menyandarkan harapan masa depan mereka kepada kerajaan BN dan bukan kepada orang lain, sekaligus melambangkan sokongan padu rakyat kepada kerajaan sekarang.

Najib juga memberi jaminan bahawa semua yang dijanjikan kerajaan BN akan ditunaikan tanpa mengambil kira bila pilihan raya umum akan diadakan.

Perdana Menteri juga menyifatkan Sabah sebagai cerminan masa depan rakyat 1Malaysia kerana di samping kepelbagaian kaum dan kepercayaan, rakyat negeri ini masih mampu bersatu padu dan hidup dalam suasana harmoni sejak kemerdekaan Sabah 49 tahun lalu menerusi pembentukan Persekutuan Malaysia.             

Mengenai pemilihan Kudat sebagai lokasi program Jelajah Janji Depati, Najib berkata ia bukan semata-mata disebabkan sentimen nostalgia Kudat sebagai bekas ibu negeri Sabah serta tempat kelahiran pemimpin agung Tun Datu Mustapha Datu Harun tetapi ia melambangkan iltizam kerajaan BN untuk terus membawa pembangunan kepada daerah itu.

Najib berkata sebagai seorang pemimpin, beliau perlu memahami keluh-kesah rakyat serta memahami denyut nadi mereka dan mesti mampu dan sanggup memenuhi aspirasi atau kehendak rakyat.

"Salah satu aspirasi rakyat, khususnya di Kudat ialah supaya bertitik tolak daripada pelancaran Jelajah Janji Ditepati ini, Kudat akan melalui zaman pemulihannya, Kudat dapat kembali kepada suatu ketika ianya merupakan ibu negeri Sabah dan kalau kita tidak boleh kembalikan ibu negeri Sabah kepada Kudat, sekurang-kurangnya kita dapat terus membangunkan Kudat ini seperti mana kehendak masyarakat di sini," katanya.

Selepas pelancaran Jelajah Janji Ditepati, Najib melawat kediaman bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun. Sebelum itu, Najib turut mengadakan tinjauan rakyat di sekitar Kampung Air dekat Kudat sejurus tiba dari Kundasang.

- Bernama 

TERKINI!!! Empat negeri Pakatan Rakyat terus dipuji Ketua Audit Negara!




Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang dikeluarkan hari ini menunjukkan pengurusan fiskal yang baik oleh semua empat negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah dari segi perolehan pendapatan.


Keempat-empat negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat itu terus mendapat pujian Ketua Audit Negara, Ambrin Buang berdasarkan petunjuk imbangan perolehan dan mengawal kadar hutang di samping berusaha meningkatkan pendapatan kerajaan negeri masing-masing.


Pulau Pinang yang diterajui DAP terus mendahului senarai dari segi pungutan hasil negeri, mencatatkan peningkatan sebanyak RM192.19 juta atau 46.8% berbanding dengan RM410.70 juta yang dicatat pada tahun 2010 manakala Selangor, negeri terkaya di Malaysia pula meningkat sebanyak RM62.50 juta atau 4% untuk tempoh yang sama.


Bagaimanapun, dalam pada itu, Kedah menyaksikan penurunan lebihan apabila ia mencatatkan peningkatan dalam perbelanjaan operasi kerajaan negeri walaupun meningkatkan hasil, tetapi laporan itu menyatakan bahawa pimpinan PAS, kerajaan negeri telah lebih atau kurang mengekalkan lembaran imbangan "memuaskan".


Tetapi negeri jelapang padi itu dianggap sebagai salah satu negeri paling miskin, masih jauh daripada mencapai had hutang yang dibenarkan, kata laporan itu.


"Komitmen kerajaan negeri untuk baki hutang awam kini berada pada RM2.60 bilion berbanding dengan RM2.61 bilion pada tahun 2010, ia adalah masih tinggi," ia membaca, sambil menambah bahawa Kedah mesti berusaha lebih untuk meningkatkan kutipan hasil.


Negeri yang kaya dengan sumber petroleum, Kelantan, juga mendapat prestasi memuaskan disebabkan oleh peningkatan dalam dana yang disatukan sebanyak RM86.17 juta atau 58.1% kepada RM234.47 juta berbanding dengan RM148.30 juta yang diperolehi pada tahun 2010.


Negeri yang dikuasai PAS ini juga menyaksikan pelaburan meningkat pada tahun 2011 iaitu peningkatan sebanyak RM95 juta daripada RM16.33 juta pada tahun 2010 kepada RM111.33 juta pada tahun 2011.


Prestasi penyata kewangan secara keseluruhan di negeri ini, di mana perolehan berbanding jumlah pengurusan dan perbelanjaan pembangunan bagi tahun 2011, mencatatkan peningkatan daripada defisit berjumlah RM171.70 juta pada tahun 2010 kepada RM141.53 juta pada tahun 2011.


Tetapi laporan Ketua Audit Negara menekankan pengurusan hutang yang longgar di Kelantan.


"Hutang awam meningkat sebanyak RM27.85 juta daripada RM1.11 bilion pada tahun 2010 kepada RM1.14 bilion pada tahun 2011. Tunggakan pembayaran balik hutang kepada kerajaan persekutuan juga meningkat daripada RM121.57 juta pada tahun 2010 kepada RM179.81 juta pada tahun 2011. "


Sementara itu, laporan itu menyatakan peningkatan yang ketara dalam prestasi agensi kerajaan negeri dengan kebanyakan undian "cemerlang" berbanding dengan 2010, walaupun Ketua Audit mencadangkan Kelantan dan Kedah untuk menyediakan lebih banyak latihan untuk pegawai bagi tujuan peningkatan kualiti sistem penyampaian.


Selangor dan Pulau Pinang telah dipuji kerana inisiatif mereka untuk meningkatkan prestasi pengurusan kewangan mereka.