Tuesday, October 23, 2012

TERUKNYA UMNO!!! Ulama pun boleh hanyut apabila sertai UMNO


SHAH ALAM
– Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, tokoh-tokoh ulama yang menyertai Umno "hanyut", antara kerana tidak boleh menerima persekitaran politik parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

Asri, antara tokoh agama yang melihat arena politik tempatan dari dekat berkata, pengalaman masa lalu menunjukkan bahawa sebahagian ulama yang menyertai Umno tidak timbul dalam peranan disebabkan kewujudan amalan politik wang.


Katanya, ulama-ulama terbabit tidak dapat mengadaptasikan pendekatan dan persekitaran politik diamalkan dalam Umno.


Sambil menekankan bahawa peranan ulama dalam pemerintahan bukan sesuatu yang baru dan telah wujud sejak zaman nabi lagi, ahli akademik ini menambah: "Tapi, masalah dalam parti pemerintahan, politik wang selalu digunakan dalam Umno, ini akan menyebabkan para ulama hanyut."


“Selain itu, kalau kita lihat dalam persekitaran Umno, agama mereka tidak kuat dan ini akan memberi kesan kepada para ulama sekiranya menyertai Umno," kata Asri pada siri Wacana Sinar Harian ke-15 bertajuk "Peranan Ulama, Menasihati Pemimpin” semalam. Wacana dianjurkan oleh Sinar Harian.


Selain itu, Asri turut menegaskan, tugas ulama sepatutnya menegakkan keadilan sosial dalam masyarakat, bukannya berpihak kepada mana-mana parti politik.


“Jangan pula kita meraikan ulama yang mengampu mana-mana parti politik, ini kerana agama tidak membenarkan ikut sesuatu yang kita tiada ilmu mengenainya," jelas Asri.


Pada masa sama, Asri turut menegaskan bahawa sekiranya  percaturan wang dalam politik sering digunakan oleh mana-mana parti termasuk Umno sendiri, tampuk pemerintahan itu seharusnya berundur.


“Dalam pemerintahan, kita tidak sepatutnya menggunakan wang untuk sesuatu agenda politik, tapi perlu menjaga kebajikan rakyat.


“Tapi apa yang dilihat sekarang, pemerintahan Umno masih menggunakan wang. Amalan menghulur semakin subur dalam kalangan pemimpin.


“Jadi, sekiranya ini berterusan, Umno patut berundur,” jelas beliau lagi...SINAR HARIAN

PATUTLAH AHLI AGAMA SETELAH MASUK UMNO KENA IKUT PERANGAI AHLI-AHLI UMNO YANG LAIN JUGA...JADI PENGAMPU BODEK DAN TUKANG ANGGUK APA JUA PERBUATAN DAN PERCAKAPAN PARA PEMIMPINNYA.

MEMBERI MAKNA , PARA ULAMA DALAM UMNO LANGSUNG TAK BOLEH PAKAI PUNYA... JENIS ULAMA JUAL AGAMA DEMI SECIPUT KEPENTINGAN DIRI... AHLI AGAMAWANG BUKAN AGAMAWAN.

KALAU MEREKA YANG ADA ILMU CUKUP TINGGI DALAM HAL EHWAL AGAMA DAN BERTARAF ULAMA PUN BOLEH HANYUT BILA MASUK UMNO, INIKAN PULA MEREKA YANG ADA ILMU ISLAM PERINGKAT ASAS SAJA... IKUT HUKUM AKAL LOGIK.OMAK KAU

AWANG ADEK DEMAM!!! Parlimen meletup kes pegawai kastam beli-belah RM1.8 Juta

NONEApa yang bermula sebagai satu pertanyaan mudah berkaitan Laporan Ketua Audit Negara 2011 akhirnya bertukar menjadi huru-hara apabila para ahli Parlimen menjadi emosional  semasa jawapan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin di peringkat jawatankuasa dalam perbahasan belanjawan Kementerian Kewangan.

Fong Poh Kuan (DAP-Batu Gajah) berkali-kali mendesak mendapatkan
jawapan dari Awang Adek (kanan) apakah tindakan yang akan diambil terhadap pegawai kastam yang membelibelah sebanyak RM1.82 juta tanpa kebenaran, tetapi diejek oleh penyokong BN kerana ia memanjangkan lagi sesi Parlimen yang sudahpun panjang.

Awang Adek berkata pegawai tersebut telah meletak jawatan dan audit telah mengenal pasti masalah tersebut, manakala (jabatan) kastam telah membuat laporan polis.

Tegasnya lagi, tindakan akan diambil kerana tiada siapa pun yang mahu melindungi orang yang bersalah.

Fong pula berkata beliau tidak berpuas hati dengan jawapan Awang Adek, sambil meminta penyokong BN supaya senyap.

Katanya beliau mahu tahu apakah tindakan yang akan diambil, dan bukan setakat berkata 'akan, akan, akan', tetapi mahu jawapan yang konkrit.

Fong juga meminta supaya penyokong (BN) menghormatinya kerana beliau sedang menjalankan tugasnya, sambil menegaskan, jika mereka tidak berminat, mereka boleh balik.

Sementara itu, Awang Adek berkata kesalahan telah dikenal pasti dan tindakan akan diambil, sambil bertanya kepada Fong apa lagi yang dia mahu dan meminta ahli Parlimen DAP itu mencadangkan kepadanya, apakah jenis tindakan yang dia mahu?

Fong: Apa tindakan? Hanya laporan polis?

Awang Adek: Satu laporan polis telah dibuat, apa ini ... Aiyo ... Okay, saya mengucapkan terima kasih kepada semua, Wassalamualaikum.

Awang Adek yang kelihatan berang duduk di kerusinya dan enggan menjawab sebarang soalan lagi, termasuk soalan yang telah dikemuka oleh ahli parlimen lain sebelum itu, manakala Fong pula terus mendesaknya.

NONEIni menyebabkan beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat membantah
tindakan Awang Adek itu dan Dewan menjadi riuh-rendah: "Tak boleh! Tak boleh! kami telah menunggu sepanjang hari untuk mendapatkan jawapan!".

Timbalan speaker Datuk Ronald Kiandee kemudian campurtangan, dengan menyatakan bahawa Awang Adek akan memberikan jawapan bertulis dan berkata sesi tamat dan Awang Adek telahpun menjawab selama satu jam 20 minit.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pakatan termasuk Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota), R Sivarasa (PKR-Subang) dan Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) tidak puas hati.

Chong Eng berkata, mana boleh Awang Adek menjadi emosional dan enggan menjawab soalan.

Azan pula mencelah, dengan berkata mereka sering dijanjikan jawapan bertulis sebelum ini, tetapi tetapi tidak pernah menerimanya.

Pada ketika ini, Ronald memberi jaminan bahawa jawapan bertulis akan diberikan "secepat mungkin" dan merayu kepada ahli Parlimen berkenaan supaya tidak bertengkar tetapi usahanya itu tidak berhasil.

Timbalan speaker itu akhirnya putus asa cuba untuk mengawal ahli Parlimen dan terus meminta undian dengan suara untuk meluluskan bajet Kementerian Kewangan dan kemudiannya menangguh sidang semalam dalam keadaan Dewan menjadi riuh-rendah dengan jeritan bantahan.

Ketika ditemui di luar Dewan kemudiannya, Awang Adek menjelaskan bahawa tindakan selanjutnya terhadap pegawai kastam itu hanya akan diputuskan selepas siasatan polis selesai.

"Satu laporan polis telah dibuat, apa lagi  yang (MP) Batu Gajah mahu? Adakah dia mahu bunuhnya?" katanya.

Ditanya mengenai dakwaan ahli Parlimen tidak menerima jawapan bertulis seperti yang dijanjikan oleh kementerian lain, Awang Adek berkata beliau adalah seorang yang mengotai janjinya.

'Saya kurang sihat'
Pada masa ini, Chong Eng yang kebetulan lalu di situ, terus melepaskan rasa kecewaannya tetapi akhirnya berbual dengan elok dengan imbalan menteri itu.

Chong Eng: Aiya, apa ini!

Awang: Jangan macam itulah (MP) Bukit Mertajam, saya demam hari ini, anda tak tahu.

Chong Eng: Mengapa tak cakap? (Beralih kepada media) Beliau sangat emosional hari ini, dia tidak boleh terima cabaran

Awang: Saya demam...

Kedua-duanya kemudian berdamai dan Awang Adek memberi jaminan beliau akan memberikan jawapan bertulis kepada Chong Eng hari ini

UMNO BACUL!!! Soi Lek boleh kata apa, UMNO akan pertahankannya

 
KUALA LUMPUR: Umno bolehlah berpesta habis-habisan apabila Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek makin ganas mengutuk Islam, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu .

"Ego Presiden MCA sudah melambung hingga ke peringkat tidak takut apa-apa pun lagi untuk mengutuk dan menghina Islam. Dia tahu Umno pasti melindunginya.

"Sekarang bolehlah Umno, ulama-ulamanya termasuk lebai-lebai pecacai terbarunya dan semua yang mengampu bodek parti itu memeriahkan lagi sepuas-puasnya pesta mengutuk dan menghina Islam," katanya sambil menyifatkan Chua seolah-olah ditabalkan sebagai 'mursyidul am' Umno dalam pakatan jahat mereka menghina Islam.

Mohamad mengingatkan bahawa pakatan jahat mengutuk dan menghina Islam diasas dan dimulakan oleh para pemimpin Umno dan semakin menjadi-jadi apabila PAS memerintah Kelantan pada tahun 1990.

"Semua kutukan, penghinaan dan persendaan mereka direkodkan dalam sejarah.

"Contohnya, merekalah mencipta istilah 'sup tangan' untuk menghina dan mempersendakan hukum potong tangan seperti yang diperintahkan di dalam al-Quran," katanya.

Apabila mereka melihat para pemimpin Umno berbuat demikian, orang-orang bukan Islam akhirnya semakin berani menghina Islam secara terbuka dan lantang, kata Mohamad.

Beliau yakin, orang-orang bukan Islam seperti Chua tidak akan berani mengutuk dan menghina Islam jika para pemimpin Umno tidak mengajar mereka berbuat demikian.

"Kenyataan Chua bukan sekadar menolak perlaksanaan hudud berdasarkan keyakinan agamanya dan tafsirannya terhadap Perlembagaan, tetapi sudah melampau hingga ke peringkat mengutuk dan menghina Islam," katanya.

Mohamad menyifatkan apa yang dilakukan oleh Chua itu sebagai menyambung kerja Umno yang kini sudah pandai berdalih dengan alasan kesesuaian masa untuk melaksanakan hudud, maqasid syariah dan sebagainya.

"Dulu ketika mereka tidak pandai lagi menggunakan hujjah dalam ilmu-ilmu Islam seperti maqasid syariah untuk menolak perlaksanaan hukum Islam, para pemimpin Umno dan pengikut mereka mencaci dan mencerca hukum Islam habis-habisan dan menuduh hukum Islam primitif, menimbulkan huru hara dan sebagainya.

"Kerja jahat itulah yang kini disambung oleh Chua sekarang dengan restu Umno yang sengaja berdiam diri dengan perbuatan Presiden MCA itu menghina Islam," katanya.

Mohamad bagaimanapun menolak dengan tegas untuk menghina agama Chua.

"Kita tidak akan hina agama Presiden MCA itu seperti dia menghina agama kita kerana perbuatan itu dilarang di dalam al-Quran.

"Kita adalah manusia yang bertamaddun yang tidak akan melakukan kejahatan seperti yang dilakukan oleh Chua," tegas beliau.

FAKTA KEMARAHAN UMNO!!! 4 tahun Pakatan tadbir Selangor lebih baik daripada 55 tahun BN

KUALA LUMPUR 23 Oktober: Kejayaan Selangor membawa wang lebihan sebanyak RM2 bilion dalam masa empat tahun Pakatan Rakyat mentadbir negeri itu lebih baik berbanding 55 tahun pemerintahan Umno BN, kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Beliau berkata, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011 yang memuji prestasi kewangan Selangor gagal menipu dan menyekat sokongan rakyat terhadap ketelusan pentadbiran kerajaan negeri walaupun BN bertubi-tubi menyerang menerusi media kawalannya.

“Kita ada wang lebihan RM2 bilion, semasa Umno BN kejayaan itu tidak pernah berlaku. Ini baru empat tahun (Pakatan) perintah, jadi lebih baik Pakatan daripada BN walaupun 55 tahun tadbir.

“Kalau kerajaan nak beri duit, ambik, jangan tak ambik, kerana itu duit kita, bukan dia punya,” kata Khalid disambut sorakan 500 penyokong yang tidak berganjak dalam hujan lebat pada Jelajah Merdeka Rakyat di Sungai Sekamat, Taman Klang Utama, Klang, petang Ahad lalu.

Khalid berkata, konflik yang sengaja dicipta Umno BN memakan diri mereka apabila kemenangan sentiasa berada di pihak yang benar.

“Mereka sengaja nak cari salah kita, tapi rupanya dia (BN) yang buat salah. Untung hutang Talam, dia cakap kita kutip hutang, silapnya dia yang bagi Talam hutang tapi tak kutip hutang.

“Isu air pula dipolitikkan, jadi hujan ini adalah rahmat buat kita kerana tidak perlu (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) nak lawat empangan Sungai Sireh yang sudah dipenuhi air. Kita bersyukur kerana Tuhan memberikan kemenangan kepada orang yang benar,” kata Khalid.

RM 210 BILION!!! Hutang kroni dan keluarga pemimpin BN, tak mampu bayar tabungan rakyat jadi sandaran

KUALA LUMPUR 23 Oktober: Kroni dan keluarga pemimpin Umno BN paling banyak berhutang iaitu RM210.5 bilion (b) atau 19.5 peratus dari jumlah keseluruhan pinjaman dalam sistem perbankan negara.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, 12 peminjam terbesar perbankan negara, tidak termasuk Petronas antaranya,  UEM Khazanah (RM23b), Tenaga Khazanah (RM19b), Axiata Khazanah (RM12b), Plus Khazanah (RM12b) dan IHH Healthcare Khazanah (RM13b).

"Manakala enam kumpulan bukan GLC (agensi kerajaan) iaitu YTL – Tan Sri Francis Yeoh, Syed Mokhtar, Ananda Krishnan, mendiang Lim Goh Tong, Vincent Tan dan William Cheng terdedah kepada pinjaman berjumlah RM134.84 bilion dan membentuk 10 peratus daripada keseluruhan jumlah pinjaman dalam sistem tersebut,” katanya.“Bukankah Bank Negara punyai garis panduan menghadkan pinjaman kepada sesebuah syarikat atau individu?

Apakah jumlah pinjaman ini mengikut garis panduan yang dibenar Bank Negara?” soal Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dalam teks perbahasan beliau hari ini.Menurut laporan Pengurusan Pinjaman, Pasaran Kewangan dan Aktuari Kementerian Kewangan merekodkan pinjaman YTL sebanyak (RM53b), Kumpulan Syed Mokhtar (RM34b), Kumpulan TS Ananda Krishnan (RM18b), Genting (RM16b), Berjaya (RM8b) dan Lion Group (RM3.8b).


Tegas Anwar, negara tidak boleh membiar rakyat menanggung risiko ketika krisis ekonomi dan kewangan, sedangkan peminjam-peminjam terus menikmati kemewahan.“Sistem perbankan sudah banyak kali runtuh dan terpaksa diselamatkan kerajaan. Kita pernah mengalami ‘Skandal BMF’ yang membankrapkan Bank Bumiputra.“Kumpulan Carian dipunyai George Tan diberi pinjaman mencurigakan sebanyak RM2.5 bilion dan sistem kewangan runtuh pada 1998-99. Bank-bank terdedah kepada pinjaman yang dicagar dengan aset yang susut nilai akibat krisis kewangan Asia 1999.“Kerajaan kemudian terpaksa bail-out melalui Danamodal dan Danaharta dan penggabungan bank dalam negara,” jelas Anwar. ~kd

SKANDAL MB N.SEMBILAN!!! Rembat tanah secara haram

KEADILAN hari ini mendedahkan skandal penyelewengan pengambilan tanah secara haram di Negeri Sembilan oleh Menteri Besarnya.

Perkara itu dibongkar Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN di sini.

Beliau berkata, di antara tahun 2005 hingga 2011, Umno BN telah menghapuskan hutan simpan seluas 8,616 hektar melalui perwartaan membatalkan status hutan simpan kekal.


Menurutnya, pembatalan tersebut diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan MB Datuk Seri Mohamad Hassan.


“Seperti yang dijangka, keputusan pembatalan sebenarnya tidak sah kerana melanggar undang-undang yang diperuntukkan,” kata Rafizi.


Jelas beliau, pembatalan tersebut bertentangan Seksyen 18(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa (Akta 172).




“Malangnya, kerajaan Umno di bawah pentadbiran dua Menteri Besar, Tan Sri Isa Samad dan Mohamad Hassan tidak menghiraukan undang-undang dan membenarkan penerokaan berlaku,” katanya.


Rafizi berkata, KEADILAN mempunyai bukti pimpinan Umno mendapat keuntungan hasil dari kegiatan pembalakan dan penanaman kelapa sawit.


“Kita akan bongkar lebih banyak penyelewengan melibatkan syarikat dan pemimpin negeri berkepentingan dalam skandal ini,” katanya.


“Pemimpin negeri dan MCA sendiri perlu bersiap sedia kerana mereka semua terlibat,” kata Rafizi. Hadir sama dalam sidang media itu, Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, T Kumar; Setiausaha KEADILAN Negeri Sembilan, Sabaruddin Mohd Yassin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ampangan, Rashid Latiff -
Keadilandaily

Apa implikasinya kepada negara?


•Peratusan hutan simpan tetap di seluruh Malaysia semakin berkurangan dan dijangkakan jika tidak ada perubahan dasar bersabit pembalakan dan pengekalan hutan simpan, Malaysia akan berdepan dengan kepupusan hutan dalam dua generasi


•Kegiatan pembalakan dan rampasan hutan simpan telah menjadi punca utama rasuah hasil dari persekongkolan di antara ahli politik dan ahli perniagaan yang menjadi proksi atau pembiaya kepada ahli politik. Tanah-tanah rakyat yang luasnya berpuluh ribu ekar hilang tanpa pengetahuan rakyat kerana dipindahmilikkan kepada syarikat-syarikat kroni sedang hasilnya tidak masuk ke Perbendaharaan Negeri


•Tanah-tanah hutan simpan yang diterokai untuk pembalakan, kemudiannya dijadikan pula ladang untuk penanaman kelapa sawit dan akhirnya dibangunkan menjadi kawasan perumahan. Keuntungan beratus juta ringgit yang sepatutnya milik rakyat akhirnya menjadi kekayaan peribadi tokoh-tokoh Umno/Barisan Nasional dan kroni mereka


•Pembalakan dan penerokaan yang berleluasa itu sering tidak mengendahkan kesan alam sekitar yang mengundang bencana alam seperti tanah runtuh, banjir dan hakisan. Akibat ketamakan Umno/Barisan Nasional, puluhan ribu penduduk di sesuatu tempat yang terkesan dari aktiviti penghapusan hutan simpan akibat pembalakan ini berhadapan dengan bencana alam.


Tapi... pencacai UMNO peduli apa itu semua... diaorang menderita tak apa.. asal pemimpin diaorang bahagia..



Lagi dokumen berkaitan sila lihat di sini (
Rafizi Ramli )ASD