Wednesday, November 14, 2012

VIDEO PANAS!!! Rosmah bergoyang sakan, pencacai UMNO meleleh air liur

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhZXNW2umM27xbJzv5w7J70YsmJzH3fIZYW7duhij-JegEY4MeCx_W07VSG89SkQZwt_HVjbNInIaOoZY2PZGsl8i6I8X7IvgqR2GwRPADgd13lInSGBmZQlRHuw_Acs5bG2oUK-QavuR4/s1600/Rosmah+menari.pngSungguhpun aku benci Tun Mahathir tapi aku tak tergamak nak kutuk Isterinya Tun Siti Hasmah, aku juga menyampah dengan Pak Lah tapi aku tak rasa pulak nak kutuk isterinya..

Sebab bagi aku, walaupun mereka itu merupakan wanita yang berada dibelakang kedua-dua mantan Perdana Menteri yang aku benci tu, mereka tidaklah gila glamour seperti Rosmah Mansor.


Selain dari terkenal dengan sifat borosnya, Rosmah Mansor juga dikhabarkan sering menyibuk dalam mesyuarat Menteri kabinet..


Ini pula adalah video Rosmah Mansor menarikan tarian Hindi dalam satu majlis entah dimana dan bila..


Rasanya dalam banyak-banyak isteri perdana menteri, Rosmah Mansor dianggap paling banyak menimbulkan kontroversi sama ada dari segi penampilannya, kemewahan luar biasanya dan paling jelek, apabila tanpa segan silu menari di khalayak ramai, walaupun menyedari dirinya isteri seorang pemimpin tertinggi negara!


Rosmah kelihatan asyik bergoyang sambil diiringi alunan muzik Hindustan bersama denga penari pengiring sempat dirakamkan salah seorang penonton yang hadir di majlis tertutup itu..ASD

VIDEO!!! Abby Abadi failkan saman fitnah RM5 juta ke atas Utusan Malaysia

SEBELUM ini MiLo SuaM pernah menyiarkan hasrat pelakon Gerak Khas yang popular dengan watak Inspektor Aliza, Abby Abadi untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar yang memfitnahnya rujuk sini [Utusan Malaysia].

Baru-baru ini, hasil daripada nasihat peguam, Fadiah Nadwa, pelakon itu akan
memfailkan saman dan tuntutan sebanyak RM5 Juta ke atas akhbar pemegang rekod paling banyak kalah saman di Malaysia kerana memfitnah, iaitu Utusan Malaysia.

Abby turut meluahkan kekecewaannya dan mendedahkan bahawa akhbar milik Umno itu sering melakukan fitnah ke atas dirinya meskipun sebelum beliau menyertai Pakatan Rakyat.


Menurut peguam, pihak Abby Abadi menuntut RM5 juta dan permohonan maaf dalam masa tujuh hari yang mesti disiarkan dalam Utusan Malaysia kerana memfitnah pelakon itu.


ReJaM© "Siapa lagi kena fitnah dengan Utusan Malaysia, sila saman... "

MARI BONGKAR!!! Ahli UMNO berbangsa bukan Melayu, beragama bukan Islam


zambery sami
Ketua Wanita Umno Melaka , Rabiyah Ali yang seolah-olah mengakui dirinya itu matang berkata, kenyataan Nurul Izzah mengenai ayat 256 al-Baqarah , boleh mengelirukan umat Islam.
Dengan bangganya pula, dia menyatakan : “Perlembagaan Persekutuan juga telah menetapkan bahawa seorang Melayu merupakan seorang Islam.” di sini 
Siapa sebenarnya yang mengelirukan umat Islam dan bangsa lain di Malaysia kalau bukan Umno?
Umno bersungguh-sungguh cuba mengexploitasikan kenyataan Nurul Izzah itu sambil mendabik dada bahawa hanyalah mereka pencinta dan penegak agama Islam dan beraqidah betul.
Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu
Yang menjadi penyebab utama kenapa bangsa lain seperti Cina atau India enggan masuk Islam adalah kerana mereka sayang dan bangga dengan keturunan bangsa mereka dan tidak mahu jadi ‘Melayu’.
Umno menjadikan masyarakat keliru bila mengatakan bahawa seorang Melayu merupakan seorang Islam. Kekeliruan yang Umno semaikan selama ini menjadi  lebih haprak lagi bila Umno merasakan bahawa hanya Umno sahaja yang Melayu.

Apakah seseorang itu terlucut keturunan bangsa Melayunya hanya kerana dia bukan beragama Islam? Keluar agama Islam dianggap telah keluar dari bangsa Melayu.Begitulah pentafsiran perundangan dan perlembagaan negara Malaysia. Mengapa tidak ada hukum Murtad?
‘Melayu Islam, Islam Melayu’ ini juga menyebabkan orang Melayu merasakan diri mereka lebih ‘superior’ daripada bangsa lain yang baru memeluk Islam. Orang Melayu menganggap seolah-olah Islam ini adalah hak exclusive bangsa Melayu sahaja.
Maka sebab itu, tidak hairanlah kenapa bangsa lain yang baru memeluk Islam akan dicop sebagai ‘Muallaf’ selama hayatnya walaupun muallaf ini sudah menjadi lebih celik agama daripada Islam baka tadi.
Ada juga yang kononnya untuk lebih menghormati kalangan ‘Muallaf’ ini lalu golongan ini dipanggil sebagai ‘Saudara Baru’. Ini hanya berlaku di Malaysia. 

Pernahkah Rasulullah layan sahabat-sahabat yang baru masuk Islam macam itu? Tetapi inilah budaya yang Umno serapkan kepada orang Melayu!
Adakah  Melayu dilahirkan semuanya Islam?
Sebagaimana yang kita sedia maklum, pengertian Melayu adalah meluas kerana ia merupakan penduduk pribumi Nusantara yang meliputi seluruh kepulauan Melayu – Indonesia , Filipina, Tanah Besar (Thailand, Burma, Indocina termasuk Kamboja) dan Semenanjung Tanah Melayu.
 Apakah semua Melayu ini dilahirkan ke dunia ini beragama Islam? Bangsa Melayu telah melalui beberapa peringkat perkembangan mengikut zaman-zaman yang turut mempengaruhi kepercayaan dan budaya mereka.
Pada awal mulanya, mereka dengan amalan animismanya mula di pengaruh Hindu-Budha dan kemudian diikuti dengan kedatangan Islam dan seterusnya pengaruh penjajahan Barat yang beragama Nasrani.
Melayu di Bali hingga kini kekal dengan anutan agama Hindu. Ramai orang Melayu Malaysia yang keliru bila berkunjung ke Indonesia kerana percaya bahawa ‘Melayu merupakan seorang Islam’.
Saya sendiri pernah mengalaminya bila tersalah masuk ke sebuah kedai makan.Setelah saya duduk dan meneliti menu untuk buat pesanan, saya terkedu lalu bertanya : Kenapa ada kodok di sini Pak?
“Itu untuk yang bukan Islam, Pak” jawab tuan kedai itu yang berkulit matang sawa persis orang Melayu, pakai songkok persis orang Umno! Ha! ha! ha! aku sudah terkena…bisik saya dalam hati.
Rupa-rupanya saya sudah silap masuk ke kedai makan bukan Islam. Rasanya ramai orang Melayu Malaysia macam saya yang pernah mengalaminya kerana percaya Melayu itu Islam, Islam itu Melayu! Bagaimana nanti dengan khabar mengenai kemasukan Melayu dari sana kemari? Bukan 2 atau 3 orang cuma, tetapi beribu jumlahnya.
Apakah kita mampu membezakan antara orang Madura yang Islam dan bukan Islam? Antara yang Batak Muslim dan non Muslim? Malah janganlah lupa bahawa kita juga ada baka yang mengamalkan kepercayaan animisma iaitu saudara kita,Orang Asal …
Umno bukan parti orang Melayu pun!
Semasa saya menjadi guru sekolah, ramai murid-murid Orang Asal yang menggunakan nama Melayu tetapi bukan Islam.
Tidak dinafikan Umno adalah dalang dalam usaha untuk mengasilimisasikan Orang Asal supara diserap dijadikan Melayu Umno.
Samalah sebagaimana pengasilimisian manusia yang asal berketurunan Malayalee menjadi Melayu setelah nama asalnya Mahathir s/o Iskandar Kutty di tukar jadi Mahathir Mohamad. Kalau nama ada s/o mana bisa diterima untuk jadi ahli Umno kan?
Semasa belajar di university Singapura dulu, Mahathir didaftarkan sebagai orang India. Bapanya, Iskandar Kutty adalah berasal dari Kerala, Selatan India. Lihat sumber di sini 
Umno tidak perlu bermati-matian mendabik dada bahawa hanyalah mereka pencinta dan penegak agama Islam.Jangan juga merasakan bahawa Melayu itu sinonim hanya kepada Umno sahaja.
 
Umno bukan parti orang Melayu pun! Apakah Melayu Umno tidak sedar bahawa Perdana Menteri Malaysia yg pertama dulu itu , Tengku Abdul Rahman adalah keturunan Siam?
Bahawa Perdana Menteri Malaysia ke-4, Mahathir Mohamad pula adalah keturunan Malayalee. Korang tentu masih ingat lagi Jeane isteri mantan PM Malaysia, Abdullah tu orang bangsa Serani tetapi boleh diterima menjadi ahli Umno walaupun bukan keturunan Melayu.
Ramai yang bukan Islam yang menganggotai parti Umno. Sebagai contohnya, Charern Intachat Ketua Cawangan UMNO Kota Giam Sungai Baru Bahagian Kubang Pasu, adalah seorang penganut Budha.
Bukan dia sorang…. Charem Intrachat ini adalah Pengerusi Persatuan Siam Malaysia. Persatuan ini bernaung di bawah UMNO. Cuba bayangkan, persatuan ini  mewakili Masyarakat Siam di Malaysia yang dianggarkan berjumlah 60,000 dan memberi pengakuan menyokong Umno/BN
Adakah korang ingat hanya Charem Intrachat seorang penganut Budha tu sorang saja yang jadi ahli Umno? Sila baca di sini
Umno pada realitinya bukan sebuah Parti Melayu Dan juga bukan sebuah Parti Islam. Sepatutnya malu jika mengaku sebagai parti Islam yang terbesar di dunia.
Tetapi yang paling pelik sekali ialah bila Umno menganggap bahawa semua Melayu itu adalah Umno? Kalau tidak menganggotai Umno , maka bukanlah Melayu!

Mereka sanggup menafikan pendokong PAS itu bukan Melayu. Bahawa orang Kelantan tu bukan Melayu hanya kerana mereka menyokong PAS maka Umno perlu sisihkan dan tindas mereka? Apakah hanya Umno punya jati diri Melayu?
Umno beranggapan bahawa orang PAS semuanya adalah kuda tunggangan orang lain.Malah mereka beranggapan diri mereka lebih mulia dari orang Arab walaupun tak ngerti baca al-Quran.
P/S: sampai kiamat melayu FELDA dan melayu kampung akan terus tertipu!Al Husseyn

CUBA TUTUP TAPI TERBONGKAR!!! 1000 ahli MCA tinggalkan MCA


PANAS! The Star Sorok Berita 1,000 Ahli MCA Keluar Parti?

Dua bom jangka telah meletup dalam MCA sepanjang dua hari lalu tetapi media arus perdana, terutamanya media yang dikuasai parti perkauman Cina itu, The Star, langsung tidak menyiarkan berita ini.

Kira-kira 1,000 ahli MCA dari Pulau Pinang dan Johor telah meletak jawatan secara keseluruhannya (en bloc) dan mereka menyatakan hilang keyakina
n dalam kepimpinan parti sebagai alasan untuk keluar.
  Perletakan jawatan beramai-ramai ini hanyalah sekelumit kecil dan ia menandakan permulaan satu tamparan hebat buat parti komponen Barisan Nasional (BN) kedua terbesar ini.

Menurut beberapa orang-orang yang berhenti tetapi enggan dinamakan, lebih ramai ahli MCA di seluruh negara dijangka akan keluar beramai-ramai sebelum pilihanraya umum akan datang.

Media arus perdana menggelapkan berita ini kerana ia adalah satu tamparan besar untuk MCA dan persiapan BN untuk menghadapi pilihanraya umum yang dijangka akan dipanggil oleh perdana menteri, Najib Altantuya pada bulan Februari atau Mac depan.

Mereka yang berhenti mengatakan bahawa mereka telah hilang keyakinan dalam kepimpinan MCA kerana ia dipimpin oleh seorang presiden yang dicemari skandal dan tidak bermoral, Chua Soi Lek.

“Apabila dia bercakap tentang apa-apa isu, ia akan menjadi ‘backfire’ dan bahan ketawa rakyat atau akar umbi. Ini adalah kerana Chua tidak layak kedudukannya untuk bercakap mengenai isu-isu moral dan integriti.

“Kita tidak boleh terus dikaitkan dengan pemimpin dan kroni beliau yang hanya menjaga kepentingan sendiri dan kedudukan mereka,” kata bekas ahli MCA yang dikenali kepada penulis.

Memetik peristiwa baru-baru ini dan isu-isu, bekas anggota berkata: “Ia memalukan untuk Soi Lek bercakap tentang kebebasan akhbar dan kebebasan bersuara.

“Apa yang dia cakap tentang perkara pertama yang dia (Soi Lek) lakukan apabila beliau memenangi jawatan presiden secara kebetulan adalah untuk meletakkan The Star terus di bawah kawalan parti.

“Kertas (senarai calon) kini di bawah kawalan keseluruhan anggota panel termasuk anaknya (Chua Tee Yong) sebagai ahli utama. Beliau juga melantik anaknya dalam kedudukan kerajaan.

“Kepimpinan MCA kini diketuai oleh seorang lelaki yang moralnya tercemar dan orang yang mengamalkan nepotisme dan kronisme untuk menjadikan parti itu ke dalam empayar keluarganya,” katanya.

Seorang lagi bekas ahli menambah: “Hanya menunggu masa menyaksikan bagaimana MCA meledak dalam menjelang pilihanraya umum ke-13. Sekurang-kurangnya 30 peratus daripada ahli-ahlinya akhirnya akan meninggalkan parti pada hari pengundian. “

Dalam perkembangan lain, maklumat dalaman parti berkata MCA Selangor berada dalam keadaan kacau-bilau berikutan pertelagahan antara Soi Lek dan ketua MCA negeri, Donald Lim Siang Chai.

Sebagai bos MCA negeri, Donald Lim tidak mempunyai kuasa pemutus untuk membuat keputusan calon mana patut bertanding di kerusi yang diperuntukkan parti itu.

Donald Lim dikatakan mengintai kerusi parlimen Selayang tetapi Soi Lek sudah mempunyai orang lain di fikirannya – mungkin seorang calon wanita.

Apa yang jelas, Donald Lim tidak mempunyai keyakinan walaupun dikatakan mencuba untuk merampas kembali bekas kerusi parlimennya, Petaling Jaya Selatan – di mana beliau telah ditumbangkan oleh calon KEADILAN, Hee Loy Sian dengan majoriti 5706 undi pada 2008.

Sumber dalaman parti berkata Donald Lim yang merupakan Timbalan Menteri Kewangan yang dilantik menerusi pintu belakang (senator) kini terdesak dan muslihat untuk mendapatkan apa yang dia mahu.

Sumber itu turut mengatakan ia akan menjadi permusuhan paling menarik untuk dilihat bagaimana teruk MCA Selangor akan berpecah disebabkan oleh perebutan Soi Lek-Donald Lim ini.

Oleh Jackson Ng, bekas wartawan
(Dipetik dari laman Facebook Ronnie Liu)