Monday, November 19, 2012

DAH TAHU BANKRAP!!! ADUN UMNO cuba nak masuk DUN Kedah juga....


[Gempar] Petang ini ada ADUN BN yang di istihar BANKRAP cuba nak masuk DUN KEDAH petang nanti..!!




berita dari SINAR HARIAN:



Muflis: Speaker sah Syed Sobri hilang kerusi Adun


ALOR SETAR - Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, Datuk Dr Abd Isa Ismail mengesahkan Adun Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim telah hilang kelayakan sebagai wakil rakyat ekoran laporan Jabatan Insolvensi membuktikan beliau sudah muflis sejak 7 April 2010.


Katanya, berdasarkan laporan rasmi itu, secara automatik Syed Sobri tidak boleh hadir Sidang Dun Kedah, bermula hari ini.“Saya sudah maklumkan pada beliau melalui surat rasmi yang dihantar Ahad lalu bahawa beliau tidak boleh hadir sidang Dun sebab sudah hilang kelayakan sebagai wakil rakyat,” katanya.


Menurutnya, pihaknya menerima laporan daripada Jabatan Insolvensi minggu lalu dan daripada laparon itu, Syed Sobri sudah pun diisytiharkan muflis sejak 2010.


Mengulas mengenai kekosongan kerusi Dun Kuala Nerang sejurus pengesahan itu, Dr Abd Isa berkata, ia perlu diisytiharkan secara rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


“Sama ada kerusi Kuala Nerang perlu dikosongkan atau sebaliknya, bukan bawah bidang kuasa saya. Itu hak SPR untuk umumkan. Saya bercadang menghantar salinan dokumen berkaitan kepada SPR hari ini (semalam),” katanya. -SH 16/4/2012

Adun-Adun Pembangkang Dari BN

HUKUM TETAP HUKUM!!! Boleh murtad jika perlekeh Islam , yang UMNO dok terasa kenapa?


KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sesiapa sahaja orang Islam yang memperlekeh agama Islam dengan sengaja maka ia boleh jatuh kepada murtad (terkeluar dari Islam).

Katanya, tindakan memperlekeh Islam boleh berlaku dengan banyak cara termasuk menolak Islam sebagai dasar perjuangan kerana menganggap Islam itu sudah lapuk dan tidak sesuai lagi zaman ini.

"Tak kira siapa pun kalau tok guru berserban berjanggut sekalipun kalau tolak islam dengan hati yang sengaja, dia kata Islam tak guna, dia murtad sekalipun tak ada mufti bagitau dia.

"Umno tolak Islam maka nampak dia telah memperlekeh Islam. Dia buang Islam macam buang ubat habis tempoh. Boleh jadi yang tolak Islam tu murtad dah, boleh jadi dia jahil, boleh jadi dia tak faham," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Muktamar Tahunan PAS kali ke 58 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) di sini hari ini.

Menteri Besar Kelantan itu juga berkata, bagaimana PAS boleh percaya dengan ajakan Umno untuk bersama-sama mereka membela Islam sedangkan sejarah membuktikan Umno sendiri menolak ulamak dalam biro agama Umno waktu perjuangan kemerdekaan dahulu.

"PAS bukan dicipta oleh orang PAS tapi oleh biro agama Umno. Kami hanya jaga sahaja.

"Sekarang (Umno) nak ajak PAS (bersama-sama) bela Islam. Alim ulamak kamu pun kamu tolak, takkan kamu nak terima ulamak kami pula. Itu logiknya," tegasnya memberi analogi.

Sementara itu, dalam sidang media berasingan, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut ditanya wartawan berhubung kenyataan Mursyidul Am PAS itu yang mengaitkan Umno dengan murtad.

Presiden PAS itu bagaimanapun berkata, huraian berhubung murtad boleh dirujuk dalam Kitab Mustika Hadis yang diterbitkan Jabatan Perdana Menteri.

"Baca kitab itu, ada hukum mengenai orang yang memperlekehkan Islam. Itu kitab yang ditandatangani Tun Dr Mahathir," katanya tidak mahu mengulas panjang.

Carian Harakahdaily terhadap kitab dimaksudkan itu mendapati, bahagian kedua di bawah tajuk 'Iktikad kepercayaan yang bertentangan dengan dasar-dasar Islam', menyebut;

Melalui percakapan, iaitu tiap-tiap perkataan yang mencaci, menghina, merendah-rendah, mengecil dan mempermain-mainkan nama Allah, sifat-sifat-Nya, malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya, kitab-kitab-Nya, ayat-ayat-Nya dan hukum-hukum-Nya serta hukum-hukum yang diterangkan oleh rasul-Nya.

Dan juga perkataan yang menolak, menafi dan mengingkari segala perkara yang sekata alim ulamak mensabitkannya atau menafikannya serta diketahui oleh orang ramai bahawa perkara itu dari agama.

Misalnya seperti katanya mengenai mana-mana hukum Islam:

1. “Hukum apa ini?”

2. “Hukum ini sudah lapuk.”

3. “Zaman sekarang tak patut diharamkan riba kerana mnghalangi kemajuan.”

4. “Dalam zaman yang serba maju ini kaum wania tak perlu dibungkus-bungkus.”

5. “Berzina kalau suka sama suka apalah haramnya?”

6. “Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya?”

7. “Berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung ruginya apa salahnya?”

8. “Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam sampai kiamat kita tak maju.”

9. Berkata: “Perbuatan yang demikian tidak beradab” – apabila diceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w selepas makan: menjilat sisa makanan dijarinya.

10. Berkata: “Aku tak mahu memotong kuku sekalipun sunat” – apabila diberitahu bahawa memotong kuku adalah sunat.

11. Berkata: “Si anu dah mulai menyalak” – semasa ia mendengar azannya.

12. Membaca ayat-ayat suci, hadis-hadis Nabi dan nama-nama Tuhan dengan cara mempersenda dan mempermain-mainkannya.

13. Kata-kata mengkafirkan seseorang Islam, pada hal orang itu tidak diyakini ada padanya sesuatu sebab yang menjadikannya kafir, sebagaimana yang diterangkan oleh hadis Ibnu Umar yang diriwayatkan oleh Muslim.

Sumber :-
http://www.facebook.com/pas.selangor

KEHENDAK AWANG SELAMAT!!! Ketua Pengarah Kesihatan yang ditangkap khalwat diberi peluang kedua?


Dijangka satu mesyuarat Lembaga Tatatertib Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) peringkat tertinggi akan bermesyuarat hari ini, untuk menentukan nasib Ketua Pengarah Kesihatan (SKIM U – Perubatan- jawatan tertinggi dalam Skim Perubatan).

Lembaga Tatatertib tersebut difahamkan terdiri dari :-

        Ketua Setiausaha Negara (KSN) (PTD) - Ali Hamsa
        Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) (PTD) – Mahmood Adam
        Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia KKM  (PTD)

Mereka-mereka ini akan akan menentukan nasib Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Hasan Abdul Rahman (gambar kiri) (56 tahun) dan juga pasangannya iaitu jururawat gred U41, Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan (gambar kanan)  (35 tahun) dalam satu mesyuarat tatatertib di Sabah pada hari ini mengikut prosiding jenayah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Enam tindakan tatatertib yang boleh diambil terhadap mereka termasuk :

      1) diberikan amaran
      2) diturun pangkat
      3) ditahan kenaikan gaji
      4) hilang enrolmen
      5) ditahan kerja
      6) dipecat

Buat masa ini, Hasan Abdul Rahman diarahkan bercuti dan Timbalan Pengarah Kesihatan, Lokman mengambil alih tugas dan memangku tugas sebagai Ketua Pengarah Kesihatan untuk sementara waktu.


Utusan Malaysia baru-baru ini di dalam akhbar Mingguan Malaysia menerusi nukilan pojok Awang Selamat mengharapkan orang ramai dan termasuklah juga kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia memberikan peluang kedua kepada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia ini, Hasan Abdul Rahman kerana Awang Selamat merasakan :

       Pertama -  Hasan Abdul Rahman seorang yang bertangungjawab dan telah mengaku terhadap kesalahan yang telah dilakukannya.
  
        Kedua - Dengan sikap bertanggungjawab yang ditunjukkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia ini, Hasan Abdul Rahman ini tanpa memberikan sebarang alasan, Awang Selamat merasakan Ketua Pengarah ini mempunyai sikap yang mulia.
   
        Ketiga - Oleh sebab itulah Awang Selamat menerusi nukilannya merasakan anda, anda semua di sini patut memberikan peluang kepada Hasan Abdul Rahman.
   
 Dan paling menarik kenyataan dari Awang Selamat, yang merasakan masih ada lagi pemimpin yang lebih teruk perangainya tetapi tidak mahu mengaku kesalahannya. 


Siapakah pemimpin yang dimaksudkan Awang Selamat?  


Kalau dia maksudkan Anwar Ibrahim dan para pemimpin Pakatan Rakyat sudah pasti nama itu disebutnya.


Adakah dia maksudkan di kalangan pemimpin tertinggi Umno dan BN?

Jika ya mengapa tidak berani tulis di ruangannya sendiri?


Apakah hanya tunggu masa untuk bertindak dan menanti isyarat 'lepaskan' dari ibu pejabat Umno baru terbongkar siapa sebenarnya yang dimaksudkan?


Sekali terlanjur, sampai bila-bila orang akan pandang serong kerana kakitangannya sendiri sudah tidak mampu nak sorokkan muka setiap kali melawat hospital kerajaan di seluruh negara!JALAN PULANG