Tuesday, November 27, 2012
GAMBAR HARI INI!!! Di pentas yang sama, orang yang sama terserlah inilah UMNO
Di atas pentas ini UMNO bercakap akan memartabatkan Islam, UMNO menegakkan syiar Islam dan berbagai lagi lah..
PANAS!!! Siapa dalang di belakang pendedahan Deepak Jaikishan?
Sebenarnya, kita tidak perlu memerah otak mencari maksud dan punca mengapa seorang penjual permaidani yang satu ketika dulu rapat dengan isteri perdana menteri, Rosmah Mansor, mengubah haluan 180 darjah mendedahkan apa yang terbuku di hatinya selama lebih enam tahun.
Deepak Jaikishan yang cuma berniaga diancam lebih 50 penguat kuasa atas arahan Umno hanya setelah tidak mahu lagi terlibat dalam konspirasi besar menyembunyikan misteri di sebalik pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribuu pada 19 Oktober 2006.
Mungkin ada yang tertanya, mengapa sekarang?
TIDAK BERANI LAGI TAHUN INI!!! Najib sahkan depan perwakilan UMNO , PRU 13 tahun depan
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun
Razak dikatakan telah mengesahkan bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)
tidak akan diadakan bulan depan meskipun dalam temu bual sempena
Perhimpunan Agung Umno (AGM) 2012, yang disiarkan kelmarin, beliau ada
mengatakan musim hujan bukan halangan untuk memanggil pilihan raya.
Perdana Menteri yang juga Presiden Umno mengatakan perkara ini kepada
ahli-ahli Umno pada majlis Taklimat Presiden yang diadakan di Dewan
Merdeka, petang ini sempena AGM kali ini.
UMNO PENIPU!!! Siapa Ketua Wanita UMNO yang menipu Deepak Si Penjual Karpet?
Hari ini lelaki yang yang juga seorang peniaga karpet menjadi tajuk utama esok kita akan membaca apa yang akan dikatakan oleh bekas ketua polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pasal indeks jenayah negara yang sebenarnya..
Jika sebelum ini Deepak telah mendedahkan hubungnnya dengan Rosmah Mansor yang juga merupakan wanita kesayangan pencacai UMNO.. sila baca di ( SINI )
Ini pula juga adalah pendedahan Deepak mengenai bagaimana beliau telah ditipu berjuta-juta RM oleh seorang Ketua Wanita UMNO.