Monday, December 10, 2012

BUMI DIPIJAK MILIK UMNO!!! Fakta Tanah Rizab Melayu jadi mangsa nafsu UMNO


KL: Umno BN mesti ditumbangkan di dalam Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang demi menyelamatkan tanah Melayu yang semakin terhakis setelah 55 tahun negara merdeka.

“Apabila Umno BN kalah maka terdedah fail-fail yang menunjukkan tanah Melayu menjadi mangsa kerakusan pemimpin Umno,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad (gambar) kepada Harakahdaily.

ISU LYNAS!!! 4 Menteri mula ugut Syarikat Lynas, tak sedar sudah kena kencing


Kebodohan empat menteri rejim Umno ini kian terserlah apabila dengan mudahnya dipermainkan syarikat asing yang mereka sendiri izinkan untuk bertapak di negara ini!

Keengganan syarikat Lynas Advance Material Plant (LAMP) mengeksport keluar sisa dari kilang mereka ke negara asal, Australia kini menjadi tanda tanya apabila rejim Umno tersepit dengan perjanjian yang sudah ditandatangani sebelum kilang tersebut dibina lagi.

BN TAMBAH GOYANG!!! Rakyat semakin ramai sertai PKR di Sabah


Setelah 68 penduduk Kampung Togop dalam DUN Kiulu di kawasan parlimen Tuaran beramai-ramai menyertai KEADILAN tiga hari lalu, kelmarin 36 lagi penduduk Kampung Guakon Baru di DUN Tamparuli, juga dalam parlimen yang sama menyertai komponen Pakatan Rakyat itu.

Kesemua borang permohonan itu diterima Ketua Cabang KEADILAN Tuaran, Ansari Abdullah semasa satu majlis penerangan dan penyerahan borang yang disampaikan wakil penduduk kepada Ansari sendiri.

BEZA PR Vs BN!!! BN menambah hutang, PR mengurangkan hutang


Najib tambah hutang negara RM200 billion, mengaku pandai urus ekonomi

Hutang yang ditinggalkan Umno di Kelantan ialah RM718 juta. Kerajaan Pas Kelantan bayar secara konsisten RM11 juta setiap tahun kepada kerajaan pusat dan sehingga kini telah membayar RM220 juta

Di Pulau Pinang, kerajaan negeri diketuai Lim Guang Eng selesaikan hutang negeri sebanyak RM600.47 juta yang gagal diurus oleh parti Gerakan BN hanya dalam masa 4 tahun sahaja. Kini baki hutang hanya tinggal RM29.66 juta

MAKIN PANAS!!! Musa Hassan dedah Phang arah polis lulus projek berkaitan APCO ( Syarikat Israel)


PETALING JAYA 10 Dis: Tan Sri Musa Hassan mendedahkan, satu projek komunikasi Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bernilai ratusan juta ringgit mempunyai kaitan dengan perunding perhubungan awam, APCO Worldwide – syarikat Israel untuk menggilap imej peribadi Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan di mata dunia.
Kata bekas Ketua Polis Negara itu, ia adalah projek komunikasi Motorola dari sistem analog ke digital PDRM.

KANTOI LAGI!!! Gambar Jelajah Janji Ditepati Najib diedit untuk gambarkan ramai rakyat bersama Najib

Seakan tidak serik dengan pembohongan demi pembohongan yang dilakukan kununnya sambutan rakyat terhadap program bersama perdana menteri tidak surut sambutannya, kali ini The Star pula menyiarkan sekeping gambar yang sudah 'diubah suai' terutama di bahagian belakang imej yang dipaparkan.



Sekiranya sebelum ini, agensi berita nasional Bernama dan Utusan Malaysia saling berlumba-lumba membodek Najib hingga penipuan mereka menerusi gambar yang dimuatkan di laman web mereka cukup mudah terbongkar, kali ini akhbar yang dikuasai rejim MCA pula mengambil giliran dilondehkan tembelang mereka.

Keganjilan yg di bulat-bulat.. kahkahkah
Patut lah Najib rilek je muka dan perbanyakan pogram mari tabur janji.. kahkahkah rupanya media mereka pun menipu Najib sendiri, konon2 sokongan tak berbelah bagi.. kahkahkah