KUALA LUMPUR:
Sehingga kini beratus orang mungkin telah dilantik sebagai Duta Khas
Palestin dari seluruh dunia dan salah seorang dari mereka adalah Datuk
Abdul Azeez Rahim, Ketua Putera Umno Malaysia.
Kerana berbangga
dengan perlantikan itu, akhbar Umno telah membuat laporan muka depan
tentang perlantikan Abdul Azeez, Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia itu.
Antara laporan itu, Utusan memaklumkan, perlantikan itu satu pengiktirafan buat Malaysia yang pertama kali dilakukan.
|
Click untuk besarkan. |
- Merujuk kepada Laporan Audit 2010, kerajaan Negeri Melaka telah mewujudkan akaun Amanah Tabung Kemanusiaan Palestin pada 2009.
- Jabatan audit negara mendapati sejumlah RM680,747.00 telah berjaya
dikumpulkan hasil dari sumbangan Jabatan/Agensi kerajaan dan orang awam.
Hari ini sekali lagi Lidah Rasmi UMNO @ Utusan Malaysia dibuktikan oleh
Mahkamah Tinggi sebagai penyebar fitnah.. dan mangsa fitnah mereka ialah
Karpal Singh pula.
Ini berikutan dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang
mengarahkan pihak Utusan membayar RM50,000 kepada Karpal kerana artikel
yang memfitnah beliau pada tahun 2008.
Hakim telah mendapati artikel bertajuk “DAP diingat jangan bakar perasaan Melayu” sememangnya berniat jahat...
KUALA LUMPUR, 13 Dis — Hasil kaji selidik oleh badan bukan kerajaan The
Asia Foundation (TAF) mendapati majoriti belia di Malaysia lebih
cenderung memilih parti berbilang kaum berbanding parti berteraskan kaum
ataupun agama.
Dalam pembentangan laporan "The Youth Factor 2012" hari ini, panel
penyelidik membentangkan hasil kajian yang telah dijalankan dari 13
April hingga 9 Jun 2012 tersebut dan melibatkan seramai 2,105 belia di
seluruh negara secara bersemuka.
Kajian bersama Taylor Nelson Sofres Malaysia (TNS) itu dijalankan ke
atas rakyat Malaysia berumur lingkungan 17 tahun hingga 35 tahun.
KUALA LUMPUR - Datuk Ibrahim Ali menasihatkan mana-mana pihak khususnya
parti politik tidak memperkecilkan peranan ahli-ahli Perkasa dalam
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Sehubungan itu, Presiden Perkasa ini tidak menolak pertubuhan bukan
kerajaan ini, yang terdiri daripada sekitar 300,000 ahli akan memainkan
peranan penting dalam menentukan kejayaan dan kegagalan sesebuah parti
dalam PRU13.