Wednesday, December 19, 2012

KAUT UNTUNG PELAJAR!!! Najib, Muhyiddin gadai masa depan 7,000 graduan pendidikan IPTS

PETALING JAYA 20 Dis: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempertaruh masa depan 7,000 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) demi mengaut keuntungan daripada pelajar, sedangkan kursus tersebut gagal menawar peluang pekerjaan kepada mereka.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, dari jumlah itu, 2,000 graduan tersebut adalah daripada Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) yang dipengerusikan oleh Najib.

Beliau berkata, seluruh graduan tersebut masih menganggur menyebabkan mereka tidak mampu membayar hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

KEBERANIAN MENYATAKAN KEBENARAN!!! Presiden Mursi menjadi orang ke 4 paling berpengaruh di dunia

Al-ikhwan.net -
Presiden Mesir, Dr Muhammad Mursi menduduki kedudukan ke-4 orang yang paling berpengaruh di dunia versi Majalah Time.

Majalah Time menyatakan bahawa Mursi adalah presiden pertama dari kalangan awam yang dipilih terus oleh rakyat secara demokratik di Mesir. 

TIKAM PETUGAS PR!!! Betulkah Mamat ini bekas polis atau masih anggota polis?

Dorang cakap bekas polis. Aku tak pasti mana dorang dapat info tue tetapi kalau ko rujuk facebook dia, tak nampak macam dia tue bekas polis pun. Dia still menggunakan nama sebagai inspektor dan masih lagi mengakui kerja di bukit aman. 
Lihat facebook dia disini ;



Paling terbaru dia update ialah 10 december. Kalau ikut info yang tersebar ;

Nama dia Herry. duduk berhampiran dengan kawasan kejadian. baru berusia dalam 22-23 tahun. budak lagi. pernah kerja polis tapi dibuang akibat kes rasuah dan salah laku. abang dia pula org kuat kepada ketua pemuda UMNO gombak, megat zulkarnain omardin.

Sumber : sini.

BN MENANG 154 KERUSI!!! Najib jadi khayal dengan buaian angka War Room UMNO

http://www.gwgf.org.my/v2/images/lofthumbs/210x100/images/stories/berita/najib.jpgKetika ini semua pihak sibuk membuat ramalan, andaian serta kajian tentang siapakah antara BN dan PR yang dijangka akan memenangi pilihanraya umum akan datang ini dan seterusnya berjaya menubuhkan kerajaan. 

Pusat-pusat kajian, universiti dan kalangan pensyarah pula turut tampil dengan pelbagai teori dan pandangan mengenai siapa yang dijangka kalah dan siapa yang dijangka menang.

Merdeka Center dalam kajian terbarunya menunjukkan populariti Najib hanya meningkat 1 peratus kepada 65 peratus selepas pembentangan Belanjawan 2012 yang dianggap banyak pihak sebagai belanjawan paling pemurah dengan taburan gula-gula dan pemberian wang saku secara langsung kepada rakyat.

BLOGGER UMNO!!! Dalang sebar fitnah insiden Sg. Petani


KUALA LUMPUR 19 Dis: Umno menerusi bloggernya paling berperanan memainkan sentimen perkauman dalam insiden Sungai Petani, Kedah kononnya untuk menyatupadukan orang Melayu, kata Datuk Johari Abdul.
 
Ahli Parlimen Sungai Petani itu mengulas khabar angin kononnya berlaku rusuhan di daerah tersebut.
 
Jelas Johari, ia hanyalah pergaduhan antara dua kumpulan samseng tetapi berita itu sengaja disebar oleh Umno melalui media sosial seperti facebook, twitter dan sistem pesanan ringkas (SMS) dan menyatakan insiden berkenaan merupakan pergaduhan antara kaum.