Jempol: Timbalan Pengarah Konvoi Oren
‘Selamatkan Felda’ Negeri Sembilan, Karip Mohd Salleh hari ini mendesak
polis Jempol menahan segera Ketua Pemuda Umno Jempol, Mohd Nizam Aman
(gambar) kerana didakwa menjadi punca kekecohan Konvoi Oren di Felda
Bukit Rokan Utara pada hari Ahad lalu.
Kekecohan itu mengakibatkan dua peserta cedera dan cermin sebuah kenderaan pacuan empat roda dipecahkan oleh sekumpulan lelaki yang dipercayai penyokong Umno-Barisan Nasional.
“Dalam laporan Sinar Harian edisi Negeri Sembilan semalam, Mohd Nizam secara terbuka mengaku mereka (Pemuda Umno Jempol) sejak awal lagi merancang mengadakan sekatan jalan di lebih 30 tanah rancangan Felda sebaik sahaja mengetahui kehadiran Konvoi Oren.