Wednesday, January 23, 2013

CERITA DEBAT DI PERAK!!! Yang Halal setia menanti, yang Haram tak mari-mari



Ini kisah Halal dan Haram di sebuah program debat negeri Darul Ridzuan...

Semalam berlangsung Debat Darul Ridzuan di antara Halal  dan juga Haram, ramai menjangka Haram tak akan  berani terima cabaran ini dan ianya tepat sekali, kerana sebelum ini Haram membuat macam-macam alasan tak mahu terima cabaran dengan sebab-sebab yang tak masuk akal manusia.

Perangai hipokrit Haram ini memang diketahui umum kerana hanya berani berucap dikalangan mereka saja ,bila diajak berdebat mengenai beberapa isu yang Haram fitnahkan kepada Halal, Haram pasti cuba lari sebab sifat pengecut piang hanya pandai menuduh tanpa fakta dan sumber.

SOKONGAN MENINGKAT!!! Janji Pakatan diterima rakyat, janji BN diragui


(Sokongan terhadap janji mansuh PTPTN)

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat terus mendapat sokongan terhadap janji-janji yang dibuatnya berdasarkan satu kajian baru-baru ini.

Ia berlaku ketika Barisan Nasional (BN) terus memperlekehkan janji itu melalui slogan 'Janji ditepati'.

Kajian yang dilakukan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) Universiti Malaya melalui 1409 responden itu mendapati sebanyak 57 peratus menyokong cadangan Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak.

PANAS DI JOHOR!!! 9 bilik gerakan UMNO ditutup kerana 'Janji Dicapati'



Semuanya gara-gara janji 10 tahun lepas yang hingga kini masih tak ditepati oleh pemimpin Menteri Besar Johor sendiri..


Sebahagian besar bilik gerakan Umno cawangan di sembilan kampung setinggan, dekat sini ditutup tanpa sebarang aktiviti persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), meskipun tarikh yang ditunggu itu semakin hampir.

Pengerusi Tetap Umno Bahagian Pasir Gudang, Abu Bakar Alibi berkata, pihaknya tidak akan menjalankan sebarang kerja-kerja persediaan PRU13 kerana terlalu kecewa dengan tindakan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman yang masih gagal menunaikan janji pemberian hak milik tanah kepada penduduk setinggan.

KAJIAN TERKINI!!! Semakin hampir pilihanraya, Pakatan semakin dapat kepercayaan rakyat


(Keputusan kajian yang dibuat oleh UMCEDEL)


KUALA LUMPUR: Kajian yang dibuat oleh Universiti Malaya menunjukkan sokongan kepada Pakatan terus meningkat dari masa ke semasa dan kini hampir dengan Barisan Nasional.

Ini menghasilkan, persaingan antara Pakatan Rakyat dengan BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini dijangka paling sengit dalam sejarah politik negara.

Hasil kajian yang dibuat Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) hari ini menunjukkan hanya perbezaan kecil antara sokongan terhadap kedua-dua kumpulan politik yang bertanding itu.

JAMBUL TERJOLOL!!! Rosmah malukan Najib di Palestin, Jamil Khir , Nasharuddin , Zul Kulim tak nasihat ka?

Dengan muka tak tahu malu Rosmah tampa segan silu mengayakan jambul rambut terjojol di dalam lawatan konon-nya yang ulung bagi seorang Perdana Menteri Malaysia.

Najib memang tidak berani menegur apatah lagi mengarahkan Rosmah supaya berpakain sopan ketika melawat kesebuah negera Islam yang amat terkenal sejarah para syuhada dan juga tempat dimana ramai dikalangan Nabi berada di sini suatu masa dahulu.

Sikap angkuh,sombong dan bodoh Rosmah tidak henti-henti dilakukanya,menyebabkan krebiliti Najib semakin jatuh disebabkan Rosmah.