Sunday, January 27, 2013

TEMBELANG PECAH!!! Inilah 10 OOO rakyat yang menyambut Najib pulang dari Gaza


Heboh satu dunia yang dihebohkan oleh media milik dan kawalan UMNO/BN terutamanya BERNAMA, UTUSAN, BERITA HARIAN, TV3, RTM kononnya hampir 10,000 rakyat sambut kepulangan Najib dan Rosmah dar Gaza sampai nada yang menobatkan Najib sebagai WIRA ISLAM yang cukup gagah berani tidak takut mati.

Pergi ketempat yang aman tidak waktu kena serangan Israel dianggap sebagai wira paling berani...Ajak berdebat dengan DSAI pasal isu semasa yang menghantui rakyat seperti ekonomi dan politik langsung tergigit lidah takut menikus nak terima cabaran.

Rupa-rupanya yang sambut beliau terdiri dari mereka yang belum akil baliq.. Belum boleh pun mengundi...

TERKINI!!! 18 kerusi Parlimen Sabah bakal ditawan Pakatan

GEMAS 28 Jan: Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin, yakin 18 kerusi Parlimen negeri itu akan berjaya dirampas pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13).
Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata, rakyat Sabah berani membuat perubahan walaupun diugut pelbagai cara oleh Umno BN.
“Sudah lama saya sertai politik, daripada umur 31 tahun. Kali ini melihatkan kebangkitan rakyat Sabah, saya yakin sekurang-kurangnya 18 kerusi Parlimen Umno akan tumbang.
“Kalau kamu ke Sabah sekarang, tanya mood mereka, moodnya seperti tahun 1995 ketika berlaku perubahan kuasa,” katanya ketika menyampaikan Ceramah Perdana Merdeka Rakyat di Pekan Pasir Besar, Gemas, Negeri Sembilan, malam tadi.

BANTUAN SEKOLAH RM 100!!! Bukan sahaja nak jadi TUKANG SERAH, UMNO sanggup tukar logo kerajaan dengan logo parti

Lagi bukti Umno/BN berkempen di sekolah...

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu dibawah KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

UMNO/BN MEMPOLITIKKAN BANTUAN KHAS PERSEKOLAHAN 2013

Kerajaan Malaysia + Kementerian Pelajaran Malaysia ada logo sendiri

KEJAM!!! Dihalau kerana beza fahaman politik, kalau orang PAS pasti dituduh kerana 'Amanat Haji Hadi'

Bukan sebab tak bayar sewa bulanan ataupun ada tertunggak sewaan bulanan,tapi hanya kerana berubah sokongan kepada bulan mereka sekeluarga diusik keluar dari rumah yang disewa mereka.

Paling menyedihkan apabila keluarga tersebut telah dijanji-kan oleh pemilik rumah tersebut untuk menjual kepadanya. Tapi disebabkan tak sokong UMNO..mereka sekeluarga dihalau keluar dari rumah.

Begitulah keadaannya, rakyat boleh menjadi  kejam dan zalim akibat taksub dengan pemerintahan yang zalim UMNO BN.

PROJEK LANGAT 2!!! Rakyat Selangor didera kerana nak jual air kepada Selangor, nak kayakan kroni, nak atasi masalah air di Pahang


Langat 2 adalah projek untuk menyalurkan bekalan air dari Sungai Pahang melalui sungai dan terowong buatan manusia ke Lembah Klang. 

Dengan penjualan air mentah itu Pahang akan mendapat hasil antara RM80 juta setahun bagi menampung projek bekalan air di Pahang yang agak kritikal. 

RM30j atasi masalah air di Felda





 Merujuk Berita Sinar Harian bertarikh 20hb. Oktober 2010, Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri mengatakan kerajaan akan menaik taraf dan menggantikan paip lama di Felda-Felda sekitar Bera.

 Masalah bekalan air paip yang dihadapi warga Felda sejak 20 tahun lalu di beberapa tanah rancangan di Felda Gugusan Bera akan berakhir tidak lama lagi apabila kerajaan memperuntukkan RM30 juta bagi menangani masalah itu.

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peruntukan itu adalah untuk menaik taraf dan menggantikan paip lama dan uzur yang sering bocor yang sering dihadapi 30,000 peneroka di kawasan terbabit.

Menurutnya, bagi fasa pertama ini, keutamaan akan diberikan kepada Felda Purun, Mayam dan Kumai terutamanya mereka yang tinggal di kawasan tinggi yang sukar mendapat bekalan air bersih.

“Peruntukan itu termasuk menggantikan batang paip lama dan meningkatkan keupayaan loji bekalan air serta memasang penggalak (booster) di kawasan tekanan air rendah. Dimaklumkan tiada peruntukan diluluskan sehingga kini  Oleh JBA Pahang dan juga dari kerajaan negeri 



Bekalan air sering terputus di Felda Gugusan Bera

SEJAK lebih 34 tahun lalu, kehidupan kami di Felda Gugusan Bera sering terjejas berikutan masalah gangguan bekalan air yang tidak berkesudahan.

Keadaan semakin bertambah kritikal apabila hampir seluruh kawasan Felda Kumai, Mayam, Purun dan Mendi tidak mendapat bekalan air sejak sebulan lalu.

Masalah ini telah dikemukakan kepada Jabatan Bekalan Air (JBA) tetapi tiada tindakan diambil melainkan pihak berkenaan menghantar lori tangki untuk dibekalkan kepada penduduk.

Penduduk yang tinggal di kawasan yang lebih tinggi paling teruk menghadapi masalah ini berikutan tekanan air yang rendah. Bagi penduduk yang tinggal di kawasan rendah, mereka agak bernasib baik kerana masih mampu menyimpan bekalan walaupun air paip yang diterima di rumah agak perlahan alirannya.

Masalah bekalan air ini menyebabkan banyak urusan harian seperti membasuh pakaian dan memasak terjejas. Lebih teruk lagi jika ada penduduk mahu mengadakan kenduri kahwin atau berlaku kematian.

Kami menyedari JBA dan Felda telah mengeluarkan peruntukan yang besar untuk menangani masalah gangguan bekalan air tetapi masalah tersebut masih berterusan.

Difahamkan Felda pernah menaik taraf sistem paip air dengan menggantikan yang baru di beberapa kawasan di Gugusan Felda Bera. Bagaimanapun, ia masih tidak dapat menyelesaikan masalah yang dialami penduduk dan peneroka.

Setiap hari ada sahaja rungutan penduduk mengenai bekalan air sehingga ada di antara mereka hilang kepercayaan kepada JBA dan Felda. Malah, sebahagian mereka menganggap JBA dan Felda gagal menjalankan tugas dalam memulihkan bekalan air di gugusan tanah rancangan itu.

Ketika media Umno saban hari menyerang kononnya kerajaan negeri Selangor, Kedah dan Kelantan tidak pandai menguruskan bekalan air, media yang agak bebas melaporkan masalah bekalan air sedang melanda negeri BN.

Hampir setiap tahun, penduduk negeri Perdana Menteri iaitu Pahang menghadapi masalah air. Nak dikatakan air tidak cukup, Kerajaan BN lah saban hari berkempen agar projek Langat 2 dilaksanakan kerajaan negeri Selangor untuk hadapi krisis air.

Langat 2 adalah projek untuk menyalurkan bekalan air dari Sungai Pahang melalui sungai dan terowong buatan manusia ke Lembah Klang. Namun rupa-rupanya, penduduk Pahanglah saban hari menghadapi masalah air.


Menurut laporan Sinar Harian, penduduk Jengka 7 menghadapi masalah bekalan air hampir setiap tahun khasnya di hari raya Aidil Fitri. Pada hari itulah mereka terpaksa berbaris panjang untuk mendapatkan bekalan air untuk minuman, membersihkan pakaian bahkan membersihkan pinggang mangkuk yang bertimbun-timbun di hari raya.

"Jika begitu, yang tidak pandai mengurus air sebenarnya kerajaan BN. Air banyak tetapi tidak sampai kepada pengguna...inilah kelemahan mengurus yang nyata," kata salah seorang mangsa ketiadaan air ini.

(Muhyidin wajar membantu Najib menyelesaikan masalah air di Pahang dahulu sebelum membuat kenyataan sebegini supaya orang tidak ketawa.) 

Media Umno selalu sahaja memaparkan kerajaan negeri Selangor, Kelantan dan Kedah tidak pandai menguruskan air di negeri masing-masing.

Padahal apa yang dibangkitkan tidak ada pun bahkan sekadar reka-rekaan semata-mata dan bukan isu.Di Selangor misalnya, kerajaan negeri mendakwa amaran Syabas untuk mencatu air di negeri itu hanya retorik politik untuk menekan kerajaan negeri dan menggusarkan rakyat Selangor.

Padahal air di empangan penuh bahkan melimpah apabila hujan turun. Semuanya bertujuan mahu menekan kerajaan negeri agar meluluskan projek Langat 2. Bagi kerajaan negeri Selangor, mereka keberatan untuk meluluskan projek ini kerana kosnya terlalu tinggi dan tidak wajar.

"Hari ni eksklusif keluar di Sinar Harian Pahang. Mana PM?... Kelantan dan Selangor dikatakan tidak pandai mengurus air.. Tapi di Pahang lebih teruk rupanya.. Hampir 40 tahun masalah berlaku... kasihan mereka yg teraniaya," tulis beliau merujuk kepada laporan Sinar Harian itu.

Lebih memalukan JBA Pahang baru dikorporatkan awal tahun 2012. sekarang dah jadi Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), tapi servis makin HANCUR dan cukup mengecewakan.

Kedahkini

PERANGAI BURUK PENCACAI UMNO!!! Tak mampu berhujah digodamnya facebook Rafizi, buat kenyataan palsu

 
Bila keluar kenyataan palsu, blogger Umno pun tabur fitnah macam blog ini http://yuseriyusoff.blogspot.com.au/2013/01/terkini-rafizi-ramli-mengaku-fitnah.html?spref=fb

Baca penafian Rafizi :

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli menafikan bahawa beliau membuat permohonan maaf kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Facebook hari ini.
Dalam satu kenyataan lewat petang ini, Rafizi berkata kenyataan palsu tersebut dimuatkan di laman Facebook beliau yang didakwa digodam.

"Saya dimaklumkan bahawa laman-laman Facebook yang berkaitan dengan saya ada menyiarkan satu kenyataan maaf terhadap Dato' Seri Zahid Hamidi sekitar jam 7 petang ini.


GAMBAR HARI INI!!! Pencacai UMNO pasti meroyan, nak fitnah Tuan Guru Ni Aziz dan Karpal Singh

Dalam satu perkembangan mengejutkan, mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengunjungi pengerusi DAP Karpal Singh di Pulau Pinang.

Nik Aziz tiba di kediaman Karpal pada kira-kira jam 3 petang dan meluangkan masa selama 20 minit di kawasan yang meriah dengan sambutan Thaipusam, di Jalan Scotland.