Friday, February 15, 2013

TERBONGKAR!!! Senjata terakhir UMNO pecahkan PAS dari Pakatan Rakyat

GEROMBOLAN MAHU PECAHKAN PAS DARI PAKATAN

PROJEK PECAHKAN PAS DARI PAKATAN

gambar banner yang sedang dicetak 

dan sudah mulai digantung sejak semalam.



banner ini dicetak melebihi 10 ribu 

di beberapa buah kilang di ampang / pandan.


DEMO CAI UMNO MENYAMAR PAS!!! Tak ada gaya ahli PAS, dihadiri tak sampai sedozen orang


Lakonan hebat pencacai Umno Melaka terbongkar lagi. Kali ini pencacai Umno menyamar sebagai ahli PAS dan berdemo di masjid Selat adalah lawak yang hebat.

Sudahlah gaya pun takde macam ahli PAS, buat demo di masjid yang terpencil dari orang ramai. Di hadiri tak sampai sedozen penyokong. Lawak hebat dari pencacai Ali Rustam.

BUKAN BERLAKON MACAM UMNO!!! Kubu UMNO pecah lagi, 2 cawangan PAS ditubuh di Parit Sulong


Malam tadi 2 Cawangan baru PAS dapat ditubuhkan iaitu PAS Cawangan Kg Pt Gantung dan Bt 22 Jalan Muar. Hampir 50 orang menyertai PAS termasuk bekas2 pemimpin dan penyokong kuat Umno.

Meskipun UMNO cuba manipulasi isu Kalimah Allah dengan buat Solat Hajat selepas jumaat di seluruh Masjid di negeri Johor dan menakutkan orang melayu dengan DAP; ia tidak menghalang lebih ramai ahli Umno menyertai PAS.

Pt Gantung dan Bt 22 terletak dalam Parlimen Pt Sulong.

TERKINI!!! Bas rombongan ke program PM terhumban ke dalam parit


Simpang Pulai - “Saya sempat bergayut di palang berhampiran kerusi sebelum melihat penumpang lain terhumban dan terhimpit ke sebelah kiri bas,” ujar Urusetia Persatuan Orang Asli Kelantan, Jabbar Salleh, 53.

Jabbar adalah seorang daripada 36 Orang Asli yang menaiki bas persiaran dalam perjalanan dari Gua Musang, Kelantan ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar dekat sini.

Bas tersebut adalah salah satu daripada 25 bas yang membawa kira-kira 1,000 Orang Asli dari Kelantan bagi menghadiri Program Himpunan Perdana Warga Orang Asli Bersama Perdana Menteri dan Pelancaran Program Mengubah Destini Orang Asli di Padang A, petang semalam.

TU DIA!!! Himpunan rakyat Kedah pertahan Kerajaan PAS/PR, senyap UMNO.....

RAKYAT KEDAH BANGKIT MEMPERTAHANKAN KERAJAAN PAS/PR KEDAH PIMPINAN YAB DS AZIZAN RAZAK DARI DISERANG DENGAN FITNAH JAHAT UMNO!!!!!..

Puluhan ribu rakyat Kedah Darul Aman semalam telah turun beramai-ramai tanda memberikan sokongan padu dan jitu kepada Kerajaan PAS/PR Kedah pimpinan YAB DS Azizan Razak dengan berhimpun aman di Charok Genting Bunga, Empangan Pedu, Kuala Nerang, Kedah petang semalam selepas solat Jumaat.

Jalan ke lokasi Himpunan Kebangkitan Rakyat Kedah sesak dan trafik jem sehingga lebih dari 3Km panjangnya, sehingga ribuan rakyat terperangkap tidak dapat ke lokasi himpunan.

Rakyat mula berhimpun Di Dataran Putra Kuala Nerang., Kedah lebih kurang jam 3.00 petang dan berkonvoi ke lokasi dengan didahului konvoi anak-anak muda bermotosikal, sekitar 2 ribu buah motosikal ambil bahagian.

POLIS DAH JAWAB!!! Ternyata bakal Ketua Menteri Melayu BN terkantoi menipu


GEORGE TOWN– Pihak polis tidak menerima sebarang laporan ancaman ke atas bintang dari Korea Selatan Psy pada Isnin lalu, kata ketua Jabatan Siasatan Jenayah SAC Mazlan Kesah.