Wednesday, February 20, 2013

PANAS!!! Utusan dakwa PAS berpecah tapi kenapa bangunan UMNO yang runtuh?




Berita panas ni dijamin tak masuk Utusan Meloya dan TV3 Suku

Manusia mana kat dunia ni yang tak boleh dikritik..dikomen...atau ditegur...melainkan para nabi dan rasul...kerana mereka dah terserlah dengan sifat maksum dari segala dosa dan kesilapan...


tapi kalau dah kita sama-sama manusia marhein biasa ni...yang imannya pun macam roda..

hari ni kat atas..hari esok kat bawah...malam ni kuat..bangun tahajud...lepas tu sebulan tidoq berdengkuq..subuh pun jadi subuh gajah...

memang sure...jelas tanpa disuluh-suluh tentunya ada kesilapan dan boleh ditegur...

DULU UMNO SEKARANG PAS!!! Pak Din KB sertai PAS, tamparan hebat buat UMNO Bagan Serai



19 Feb 2013 : Munajat dan Ceramah Perdana PRU-13 Peringkat Negeri Perak, Masjid Tinggi Bagan Serai terlakar sejarah bagi PAS Perak apabila Adris B. Salleh 66 tahun yang lebih dikenali Pak Din KB oleh penduduk setempat menyertai PAS secara rasminya disini.



Pak Din KB yang dahulunya orang kuat UMNO dan kini menjadi ahli PAS memberi tamparan hebat buat UMNO Perak khususnya UMNO Bahagian Bagan Serai.



Pak Din KB yang sekarang menetap di Kubu Gajah Gunung Semanggol telah menjadi ahli UMNO sejak 26 tahun yang lalu juga pernah memengang banyak jawatan-jawatan terpenting didalam UMNO hari ini telah terbuka pintu hati bersama PAS untuk memperjuangankan Al-Quran dan Hadis sebagai landasan.


UMNO!!! Pengkhianat sebenar orang Melayu

Orang Melayu harus menerima hakikat bahawa DAP tidak pernah mengancam kedudukan mereka apalagi agama Islam yang jelas diangkat sebagai Agama Persekutuan dalam perlembagaan negara.
Malah, realitinya kini, semakin ramai orang Melayu menyertai DAP kerana asakan dan fitnah jahat dari UMNO yang menuduh DAP anti-Melayu dan anti-Islam tidak benar sama sekali dan bohong.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin berkata, walaupun DAP mempunyai majoriti orang bukan Melayu dan Islam, parti itu tidak pernah mengancam kedudukan Melayu Islam seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.