BN atau sekutunya didakwa membayar beberapa penulis untuk menulis
artikel propaganda dalam penerbitan arus perdana di Amerika Syarikat
(AS), yang menurut portal berita AS - BuzzFeed - disasarkan terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pendedahan tersebut dibuat selepas Joshua Trevino (kanan),
yang
digambarkan sebagai cendekiawan konservatif, memfailkan 'compulsory
disclosure' pada 24 Februari di bawah satu undang-undang AS yang
mengkehendaki ejen asing mendaftar.
Dokumen itu telah disiarkan dilamanweb Akta Pendaftaran Ejen Asing (Fara), Jabatan Kehakiman AS.