JEMPOL: Siri jelajah Negara Berkebajikan di Negeri
Sembilan semalam menerima kemasukan 30 pemuda Umno ke dalam PAS yang
disaksikan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Penyerahan
borang permohonan keahlian PAS itu diadakan di Felda Raja Alias pada
lokasi terakhir ceramah jelajah Negara Berkebajikan di Negeri Sembilan
yang dihadiri kira-kira 1,000 orang.
Salah seorang bekas ahli
Umno, Jamaluddin Rashid yang ditemui memberitahu beliau mengambil
tindakan menyertai PAS kerana kecewa dengan tindakan penyokong Umno yang
membuat kekacauan pada satu program ceramah PAS di Felcra Ayer Hitam.
TUMPAT- Acap kali penduduk menemui ular sawa sebesar betis. Namun
lama-kelamaan kawasan paya menjadi semakin sempit. Bermula dari situlah
wujud perkampungan Melayu.
Kewujudannya sebelum air bah merah sekitar 1925. Penduduk berpakat
mendirikan rumah. Di kawasan seluas kira-kira dua ekar itulah anak-anak
mereka membesar.
Malah generasi awal yang meneroka kawasan itu sekarang sudah tidak ada lagi.
Hari ini tinggal generasi kedua dan ketiga. Malangnya penempatan yang
diteroka datuk nenek mereka rupa-rupanya dimiliki orang lain.
Sedangkan Lot 305 Seksyen 1 Bandar Tumpat itu merupakan tanah rizab
Melayu, tetapi sekarang dalam geran tertera nama keluarga bekas pemimpin
BN, Datuk Foo Chow Yong.