Tuesday, May 21, 2013

PERSEMPADANAN SEMULA!!! UMNO akan guna SPR untuk tipu? Pakatan tak akan biarkan

KUALA LUMPUR, 22 Mei — Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) berikrar akan menggunakan peningkatan kerusi Parlimen mereka untuk memastikan kawasan pilihan raya dilakar semula secara adil apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan persempadanan semula akhir tahun ini.
 
Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mengingatkan aktiviti itu akan menyebabkan peningkatan jumlah kerusi dan undi majoriti dua pertiga diperlukan untuk mengesahkan perubahan sebelum diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Pemerintah Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen dengan hanya 133 kerusi berbanding PR 89 kerusi dan memerlukan undi dari ahli Parlimen pembangkang untuk mengesahkan aktiviti itu.

ADAM ADLI Vs SAMSENG UMNO!!! Mana yang dibenci Polis , mana yang dilindungi Polis?

Dua perhimpunan nyalaan lilin diadakan masing-masing di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang bagi menyatakan kebersamaan dengan aktivis Adam Adli yang lima hari polis bawah Akta Hasutan bermula Sabtu lalu.

NONEBagaimanapun, suasana di kedua-dua tempat amat berbeza apabila kecoh dekat Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang dan ceria di depan Lokap Berpusat Kuala Lumpur dekat Jinjang, Kepong.

Di USM, kira-kira 30 orang yang berkumpul depan kampusnya diganggu sekumpulan individu kira-kira sepuluh orang, yang menyaksikan Penyelaras Suaram Sean Ho dan dua wartawan dikasari ketika membuat liputan.

Semuanya bermula apabila seorang lelaki bertopi keledar dan berbaju oren dengan logo 1Malaysia bertempik kepada peserta himpunan menyuruh mereka pulang atas alasan Pakatan Rakyat sudah menang di Pulau Mutiara itu.