Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam A Tanasekharan diberi
amaran keras oleh speaker Pulau Pinang Law Choo Kiang kerana mengaitkan
kumpulan pendesak Melayu PERKASA dengan Umno.
Tanasekharan mendakwa Umno menggunakan PERKASA untuk mengadakan demonstrasi antikerajaan negeri dan menghasut kebencian kaum, lapor Bernama.
"Umno
menggunakan Perkasa untuk menganjurkan demonstrasi menentang kerajaan
negeri," beliau dipetik sebagai berkata pada persidangan dewan di George
Town semalam.