TELUK INTAN : Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan
Teluk Intan Kali ke-39 baru-baru ini menyaksikan jawatan Yang Di Pertua
kekal disandang oleh Ustaz Ismail Che Nik. Mesyuarat agung tahunan
tersebut telah diadakan di Dewan Karentina, Batak Rabit dekat sini.
Selain itu, jawatan tertinggi kawasan yang turut melibatkan pertandingan ialah Naib Yang Di Pertua turut menyaksikan persaingan tiga penjuru yang mana akhirnya undi terbanyak perwakilan telah berpihak kepada Hj. Mohd. Azhar Rafiei.
Walau bagaimanapun, jawatan Timbalan Yang Di Pertua telah disandang oleh Sdr. Rahmat Maliki selepas tiada pertandingan.
Para perwakilan juga telah memilih 18 ahli jawatankuasa daripada 42 orang yang dicalonkan.