KUALA TERENGGANU:
Kesemua lapan PAS kawasan di negeri Terengganu telah selesai
bermesyuarat agung yang menyaksikan empat kawasan masing-masing menerima
Yang Dipertua PAS (YDP) baru.
Antaranya, PAS Kawasan Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Setiu dan Kemaman pada pemilihan yang dibuat oleh para perwakilan di kawasan masing-masing.
Manakala, empat kawasan lagi iaitu Besut, Marang, Kuala Nerus dan Dungun mengekalkan YDP sedia ada pada pemilihan tersebut.
Di Kuala Terengganu, Ketua Jabatan Penerangan PAS negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dipilih oleh perwakilan sebagai YDP baru bagi menggantikan Mohd Abdul Wahid Endut.
Abdul Wahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam pernah menerajui PAS Kuala Terengganu selama dua penggal sebelum ini.