Kamarulzaman Muhamad , jawatan YDP Putraya yang dipegangnya tidak sah?
Sumber facebook pemegang jawatan YDP yang asal Ust. Nazir Zakaria.
Keputusan Mesyuarat PAS Pusat ini menetapkan mesyuarat agung PAS Putrajaya tidak sah kerana notis tidak sah
Jawatan YDP PAS Putrajaya dikembalikan kepada Ustaz Nazir Zakaria.
Merujuk kepada pandangan seorang peguam, mesyuarat agung PAS Putajaya ini akan memberikan kesan secara langsung terhadap PAS.
Jika
Mesyuarat Agung Tahunan Pas Putrajaya tidak sah, maka perwakilan yang
dihantar oleh PAS Putrajaya adalah perwakilan yang tidak sah. Jika
perwakilan Pas Putrajaya memilih di dalam Muktamar Agung PAS November
nanti, pemilihan tersebut akan menjadi tidak sah kerana perwakilan yang
memilih itu tidak layak memilih. Apabila pemilihan Pusat tidak sah, maka
PAS Pusat yang baru dipilih secara keseluruhannya tidak sah dan PAS
boleh dibatalkan pendaftarannya dan diharamkan seperti mana Umno
diharamkan dulu.
Tulisan ini bukan untuk mempertahankan mana-mana pihak tetapi untuk
melihat dari sudut perundangan dan kesannya terhadap Pas secara
keseluruhan.