Wednesday, October 30, 2013

PEMILIHAN PAS!!! Presiden, timbalan presiden, naib presiden tidak semestinya ulama - Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

Pemimpin PAS tidak semestinya ulama, kata Nik AzizMursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) menegaskan, pemegang jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden dan menteri besar PAS tidak semestinya daripada golongan ulama.
Perkara ini disampaikan beliau melalui anaknya Nik Mohd Abduh Nik Aziz dalam kuliah Jumaatnya baru-baru ini.

“Ayah ambo (saya) suruh sebut hak tu. Ambo tak sir (mahu) sebut, tak berani mana nak sebut hak nih (perkara ini), takut orang marah, tapi dia ghoyat (beritahu) semalam, kalu tak ghoyat (beritahu) takut balik dia tanya susah pulak nak jawab,” kata Nik Abduh ketika memberikan kuliahnya di Kota Bharu.

PAS sedang menghadapi muktamar yang ke-59 bermula 22 hingga 24 November ini.

PEMILIHAN PAS!!! Kintan kekal Ketua Muslimat PAS Melaka


BUKIT KATIL:
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka sesi lalu, Kintan Man (gambar) mengekalkan jawatannya tanpa bertanding pada Muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka, kelmarin.
Timbalannya, Sopiah Ahmad juga sekali lagi mendapat kepercayaan dari perwakilan apabila dilantik tanpa sebarang pertandingan.

Manakala Naib Ketua pula disandang oleh muka baru iaitu bendahari sesi lalu Maisarah Abu Bakar yang menggantikan Aziah Saad yang berpindah ke Selangor