Sunday, November 17, 2013

PEMILIHAN PAS!!! Langgar etika kempen, AJK R&D Dewan Ulama PAS Pusat disiasat ?

 
 Adakah ini majlis Liqa' Fikri yang dimaksudkan?

Jawatankuasa Pemilihan PAS sedang membuat kajian mendalam terhadap tuduhan seorang pensyarah terhadap dua pemimpin PAS dalam satu majlis anjuran parti itu di Perak baru-baru ini. 

Pengerusinya Asmuni Awi berkata, pihaknya sedang menyiasat laporan itu dan setelah cukup maklumat, ia akan diserahkan lepada Lembaga Disiplin PAS untuk diambil tindakan.


Dalam majlis Liqa' Fikri  (bercambahan pemikiran) anjuran Lajnah Tarbiyah PAS Perak itu, seorang penceramah program yang disertai ahli dan pemimpin PAS itu didakwa membuat pelbagai tuduhan terhadap dua pemimpin PAS iaitu Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr Dzulkefly Ahmad dan ahli parlimen Bukit Gantang, Datuk Dr Mujahid Rawa.


PEMILIHAN PAS!!! Ustazah Nuridah mahu Muslimat lebih dinamik, haraki


KUALA LUMPUR: Calon Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh menjadikan matlamat untuk memposisi muslimat parti ini supaya lebih dinamik dan berketrampilan.

"Pencalonan yang diterima dihormati dan saya menawarkan diri sebagai alternatif kepada perwakilan untuk membantu usaha melahirkan Muslimat PAS yang berjiwa haraki.

"Pemahaman muslimat untuk menggerakkan proses perubahan yang lebih baik penting demi mendukung kejayaan parti," katanya ketika dihubungi Harakah.

Sehubungan itu, beliau berazam untuk memberikan perhatian serius bagi membantu kejayaan cemerlang PAS pada PRU14 nanti.

PEMILIHAN PAS!!! Dr Najihatussalehah azam tembusi Melayu luar bandar


KUALA LUMPUR: Latar belakang dan pengalaman bergelumang dengan masyarakat Melayu di luar bandar menjadikan Dr Najihatussalehah Ahmad terpanggil untuk menawarkan khidmat sebagai Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS.

Beliau yang dicalonkan untuk jawatan nombor dua dalam sayap itu berazam untuk mencari jalan konkrit menembusi 'pasaran' golongan masyarakat berkenaan.

"Gabungan antara pemimpin pelbagai latar belakang dan budaya perlu diletakkan secara sistematik supaya Dewan Muslimat PAS boleh menjadi rujukan untuk wanita di luar sana.