Naib presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berpuas hati dengan
keputusan pemilihan untuk jawatan tersebut, yang menurutnya berjaya
menonjolkan pemimpin dari tiga kelompok utama dalam parti Islam itu –
ulama, aktivis dan profesional.
Katanya, setiap golongan dalam
PAS kini juga harus berpuas hati kerana telahpun mendapat wakil
masing-masing dalam pemilihan kali ini, dan memfokuskan usaha untuk
menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Jelasnya, beliau
melihat pandangan umum yang menganggap dua lagi naib presiden yang
mengekalkan kedudukan mereka dalam pemilihan kali ini – Salahuddin Ayub
dan Datuk Husam Musa – masing-masing sebagai tokoh aktivis dan tokoh
profesional.
Dua lagi yang calon yang kecundang dalam pemilihan
kali ini ialah Datuk Mahfuz Omar, yang disifatkannya sebagai tokoh
aktivis dan juga tokoh ulama Datuk Abu Bakar Chik.