Friday, February 28, 2014

JUMUD & RASIS!!! ISMA berpendirian assabiyah, tak ikut teladan Nabi

KUALA LUMPUR 28 FEB: Pendirian Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)yang mahu seluruh dunia mengiktiraf Malaysia sebagai warisan dan hak Melayu adalah bersifat jumud dan berbaur perkauman, kata Adun Caves, Amiruddin Shaari.
 
Katanya, tindakan itu tidak membantu aspirasi rakyat negara ini dalam memperkukuh persefahaman dan perpaduan di antara kaum.

“Pendirian ISMA ini juga menzahirkan pegangan assabiyyah (perkauman melampau) di dalam organisasi tersebut.

“Ia jelas bertentangan dengan prinsip dan ajaran Islam yang bersifat syumul dan tidak membeza-bezakan di antara satu bangsa dengan bangsa yang lain,” kata Amiruddin alam kenyataan kepada Keadilandaily.


Semalan, Naib Presiden II ISMA, Abdul Rahman Mt Dali menuntut agar masyarakat antarabangsa mengiktiraf Malaysia sebagai warisan kaum Melayu kerana etnik itu jelasnya wujud lebih lama di benua ini daripada pelbagai kaum lain.

Sedangkan kata Amiruddin, jika dihimbau sirah Nabawi, Nabi Muhammad SAW sepanjang menjadi pemimpin utama di Madinah tidak pernah mengisytiharkan Madinah sebagai negara warisan Arab dan hak Arab semata-mata.

“Baginda SAW mentadbir dan melayan setiap penduduk Madinah secara adil dan saksama tanpa membeza-bezakan bangsa, suku mahupun kepercayaan.

“Justeru, ISMA sewajarnya bersikap realistik dan rasional dalam menyatakan pandangan berkaitan isu-isu sebegini dan bukannya bertindak semberono sehingga mengundang salah tanggapan terhadap ajaran Islam,” tegas Amiruddin.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=59708

No comments: