Monday, April 7, 2014

3 PERKARA MH370!!! Datuk Husam kritik, Hishamudin , Najib tolong jawab

MUAR: Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa membidas kelemahan kerajaan dalam menangani isu kehilangan pesawat MH370 sehingga mendedahkan keselamatan dan kedaulatan negara kepada bahaya.

Antara komennya, 3 perkara seperti dipetik dari Harakah Daily..

Satu:
"Bagaimana polis boleh benar FBI yang siasat keluarga Kapten Zaharie (Ahmad Shah). Ini tamparan hebat kepada polis Malaysia.

"Tak kan kita tiada kepakaran nak soal siasat sampai pihak luar ceroboh kedaulatan kita, malu la kita," kata beliau sambil menambah sepatutnya polis boleh meminta FBI hanya menghantar soalan dan siasatan dilakukan polis Malaysia.

Dua: 
Beliau juga menyelar sikap kerajaan melalui beberapa kenyataan yang seolah-olah berbangga apabila misi mencari dan menyelamat SAR disertai lebih 25 buah negara.

"Mereka bangga kendali 26 negara cari 29 hari tak jumpa.

"Cari la dulu, lepas tu kalau dah jumpa, nak bangga, bangga la," kata beliau.

Tiga: 
Beliau juga melahirkan kerisauan terhadap jumlah wang yang terpaksa dibayar kepada negara-negara yang mengeluarkan aset membantu misi SAR tersebut.

"Saya tak rasa mereka bantu percuma. Nanti dia bagi bil, claim kepada negara kita," kata Husam.

2 comments:

Anonymous said...

Flight 370: The Straw That Breaks The Cabal's Back

http://divinecosmos.com/start-here/davids-blog/1159-flight-370

Anonymous said...

Claim? Jgn risau..duit pembayar cukai kan ader..bedal jer laa..dulu kini & selama nyer