MUFTI
Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria dilaporkan sebuah akhbar harian
membidas pemimpin pembangkang khususnya PAS kerana menyertai perhimpunan
mendesak kerajaan menurunkan harga barangan dan perkhidmatan. Katanya,
PAS gagal memahami Al-Quran.
Perhimpunan aman yang difitnah oleh media talibarut BN sebagai
Himpunan Mengguling Kerajaan diadakan di Dataran Merdeka tempat
berlangsungnya sambutan tahun baru oleh kerajaan Malaysia.
Di situ para
artis terkinja-kinja di atas pentas, mendedahkan aurat, menari dan
menyanyi lagu-lagu yang melalaikan.
Akibat himpunan aman yang diadakan itu, maka pihak penganjur kepada
pesta maksiat terpaksa menghentikan persembahan mereka.
Sepatutnya
Harussani memilih untuk mengecam penganjuran program maksiat kerana
gagal mengikut perintah Al-Quran serta mengucap tahniah kepada peserta
himpunan kerana berjaya menggagalkan program maksiat. Pendirian
Harussani nampaknya sudah terbalik dari ajaran Al-Quran.
Pemimpin Pemuda Pakatan Rakyat membidas Mufti Perak Tan Sri Harussani
Zakaria yang menyatakan bahawa sepatutnya semua peserta perhimpunan pada
31 Disember lalu ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan
“dihalalkan darah golongan bughah (pemberontak)”.
Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin (bawah) menyifatkan
kenyataan Harussani itu seperti 'seorang mufti yang tak ada umat
(penyokong)' berbanding tokoh agama tersohor Dr Yusuf al-Qaradhawi.
"Jika kita bandingkan dengan protes di Mesir, ada mufti Mesir, ulama
kerajaan keluar kenyataan jangan (terlibat dalam) protes tapi Yusof
al-Qardawi menyangkal dakwaan tersebut dan protes itu dihalalkan.
"Maka pandangan mufti Perak ini, boleh digambarkan dalam konteks begitu
yang (mana) beliau tidak mempunyai umat (untuk mendapat sokongan)," kata
ahli parlimen Bukit Katil itu ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.